Sunday, November 30, 2008

HADIAH TUKANG JAHIT KECIL

(Puisi buat Anwar Ibrahim)













Satu tika dulu
bawah bumbung bocor-bocor
simen lantai hancur-hancur
Pasar Dato Keramat pinggir Kuala Lumpur
tukang jahit kecil ini
antara penghuni pasar mencari rezeki
mengayuh kaki melenggok tangan
meminta suatu pertolongan
baikilah pasar ini
tempat penampung rezeki kami !

Berita ini sampai pada seorang menteri
turun ke pasar dan perbaiki
tersergam kembali bangga
tempat berteduh peniaga !

Sepuluh tahun menjangkau masa
tukang jahit ini tidak pernah lupa
jasanya menteri itu
walaupun menteri itu dipenjara
dengan tuduhan yang diada-ada
dari satu konsperasi undang-undang rimba
melumpuhkan perjuangan suci
menyekat keadilan rakyat di negara demokrasi !

Sepuluh tahun itu
tukang jahit kecil ini berhati jitu
tetap kental menunggu
bersama setahun sehelai baju
sebagai hadiah pada bekas menteri
yang terus berani tanpa henti
membawa reformasi
suaranya adalah suara rakyat
perjuangannya adalah perjuangan rakyat
jiwanya adalah jiwa rakyat !

Baju itu dipamerkan malam ini
ditubuh bekas menteri pencetus reformasi
hadiah dari seorang rakyat
tukang jahit kecil Pasar Dato Keramat
yang tidak pernah kenal kalah dan mengalah
dalam perjuangan besar dan gagah
membujur lalu melintang patah !

SELADANG

Kongres PKR Ke 5.
Stadium Melawati
Shah Alam, Selangor
12.00 malam, Sabtu
29 November 2009

Friday, November 28, 2008

BICARA 9

Mari berpantun ...

PEMBAYANG LAMA
MAKSUDNYA BA
RU



Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana dapurnya?
Duit-duit pembeli undi,
Tidak memikir apa padahnya.


Lancang kuning berlayar malam,
Haluan menuju ke laut dalam;
Dapat duit diam diam,
Nanti jawatan dianggap haram.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Kiri makan kanan pun makan,
Masa mengundi tak siapa tahu.

Harap-harap kelapa puan,
Kalau tak puan kelapa bali;
Harap harap dapat jawatan,
Umno hancur tidak peduli!




SELADANG: Hidu asap api embun berderai ...

Thursday, November 27, 2008

BICARA MINDA 8







Injit-injit semut
sapa sakit naik atas
Injit-injit Umno
Sapa berduit undi teratas!


NAIK-NAIK TURUN!


Sekarang sekilo lebihkuranRm 1.65

Dulu sekilo lebihkurang Rm 4.75









Sekarang setan lebihkurang Rm 125.00

Dulu setan lebihkurang RM 800.00


Sudah lama rakyat menderita
Dari desa hingga ke kota
Gaji murah tak sepadan kerja
Demikian hidup di negara merdeka.

Minyak naik barang pun naik
Harga sawit getah tumpang tenggek.

Harga minyak turun
Harga getah sawit pun turun
Hujan pun turun
Harga barang tetap tinggi melantun.

Rakyat termenung
Pemimpin Umno sela panggung!




SELADANG: Turun bukit naik bukit.

Tuesday, November 25, 2008

BICARA MINDA 7

Kita nyanyi balik lagu lama ...

Bila seseorang pemimpin atau nak jadi pemimpin Umno (bawah-pertengahan-tinggi) hulur wang untuk tujuan tertentu pada dirinya - ianya tidak boleh disebut rasuah - sebut saja politik wang! Baru tak kena apa-apa tindakan undang-undang! Sebab politik wang tidak ada dalam akta BPR yang digubal Umno/Bn ....

Ahli-ahli biasa habuk pun tak da!!!
Entahlah ....

FULUS OH FULUS









Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus
Perwakilan minta fulus
Perwakilan minta fulus!

Perwakilan oh perwakilan,
Mengapa minta fulus?
Macamana tak minta fulus
Pemimpin kaya raya
Pemimpin kaya raya!

Pemimpin oh pemimpin
Mengapa kaya raya?
Macamana tak kaya raya
Dapat duit komisyen
Longgok duit rasuah!!!

Umno oh Umno
Bila lagi tak guna fulus?
Tunggu Umno hapus
Tunggu Umno pupus!!!!


SELADANG: Takut dibakar api ....

Monday, November 24, 2008

BICARA MINDA 6


Saja-saja je ...

YOGA HARAM!!!!
SENAMAN BERIRAMA (EROBIK) ????

Terima kasih Majlis Fatwa
Berdiri teguh mengharamkan yoga
Jangan jadi amalan umat Islam yang setia
Kerana ada unsur-unsur keHinduan katanya.

Apalah salah diputuskan juga
Senaman berirama selalu menjadi aturcara
Menggoyangkan body mengikut irama
Lagi hebat ghairah jika Hindustan iramanya.

Tolonglah Majlis Fatwa
Senaman ni memang menyakitkan mata
Kaki tangan anggota digerak
Punggung digoyang buah dada melonjak.

Tak tahulah kalau senaman berirama ini
Budaya baru Islam Hadhari
Yang menjadi kegemaran menteri-menteri
Ada masanya lebih-lebih isteri!

Senaman Berirama ini tiruan tari Hindustan
Kononnya nak menyihatkan badan
Sebenarnya rakyat nak dibudayakan
Tarian menjadi amalan harian!!!!


SELADANG: Tebas hutan dengan tanduk untuk sihatkan badan.

Saturday, November 22, 2008

BICARA MINDA 5

Ada sikit cerita ...

TEMPUR ITEK BETINA


Sharizat cabar Rafidah!
Rafidah buka mulut: Tetap bertahan!

Itek nila leher merah menyala.
Matanya buntang bersinar tajam.
Celak hitam membulat garang.
Bibir tebal mulut luas.
Seram sejuk bila menyeringai!

Itek gembo-gembo debap.
Bibirnya merah pipinya gebu.
Lehernya kontot suaranya nyaring.
Tumit kakinya pernah patah.
Mula membodek kemudian melatah!

Berkocaklah kolam
Berebutkan ikan-ikan
Atas nama habuan
Sebagai Ketua Wanita
Parti tempat melonggok harta!


SELADANG: Perhati dari lereng bukit.

Friday, November 21, 2008

BICARA MINDA 4

Kita nyanyi seketika ...

LAGU: CAN MALI CAN

Can mali can oiii
Can mali can oiii
Can mali can ketipong payung.

Di mana ia anak kambing saya?
Anak kambing saya ada di rumah nyonya;
Siapa dia pembunuh Altantuyya?
Pembunuh Altantuyya menjadi tanda tanya.

Can mali can oiii
Can mali can oiii
Can mali can semuanya terlopong.

Di mana ia anak kambing saya?
Anak kambing saya di pangkal pokok durian;
Siapa dia pembunuh Altantuyya?
Kalau tak manusia tentunya Orang Bunian!

Can mali can oiii
Can mali can oiii
Semuanya pembohong?
Semuanya berselindung?
Semuanya dapat can?
Semuanya dapat komisyen?




SELADANG: Membelah rotan dengan tanduk saja!

Thursday, November 20, 2008

BICARA MINDA 3

Mari kita baca cerita ....

PAK PANDIR = RAZAK BAGINDA?

Maka Pak Pandir pun nak menyurukkan karung duitnya.
Diletakkan pada pangkal pokok.
Bila dipandangnya nampak.
Dialih ke lain tempat.
Dipandangnya nampak juga.
Ditanamnya karung duit itu.
Dipandangnya tak nampak.
Puas dipandang tak juga nampak.
Dia terasa juga kalau ada orang tahu.
Lalu fikiran pandirnya sampai.
Dipacaknya papan tanda:
Di sini tidak ada duit!

Setelah berhempas pulas kian lama.
Mahkamah bebaskan Razak Baginda.
Dia tak ada kena mengena dengan kes Altantuya.
2 pegawai polis diminta bela diri.
Adakah Altantuya datang saja-saja ke Malaysia?
Mencari petai di hutan?
Agaknya terpijak jerangkap samar c4?
Dalam sidang akhbar Razak Baginda berkata:
Altantuya tak kenal Najib.
Tiba-tiba saja Razak berfikir tentang Najib.
Kenapa?
Kenapa tak berkata tentang SMS antara N dengan S?
Kenapa tak berkata tentang komisyen kapal selam?
Kenapa tak cakap tentang C4?
Kenapa tak cakap tentang pemadaman data Imigresen?
Nafikan biar orang tahu!
Adakah fikiran Razak bercelaru?
Adakah fikirannya sama dengan Pak Pandir?
Atau baca kenyataan?
Tiba-tiba saja Razak berkata:
Naib dengan Rosmah tidak terlibat!

Razak bagaikan jurucakap keluarga Najib.
Minta jangan fitnah Najib!


Kesimpulannya:
Adakah begini?

Pak Pandir tulis:
DI SINI TIDAK ADA DUIT!
(Dalam kes sorok karung duit)

Balas Razak Baginda:
NAJIB DENGAN ROSMAH TIDAK TERLIBAT!
(Dalam kes pembunuhan Altantuya)


SELADANG: Mengesan gerak tapak pemburu.


Wednesday, November 19, 2008

BICARA MINDA 2

Mari kita berfikir seketika dengan ...

SERAPAH BARU

Poo kiri
Poo kanan
Cepat lari dari Barisan!

Poo kiri
Poo kanan
Mari-mari masuk Pakatan!

Poo kiri
Poo kanan
Jangan membeli untuk jawatan!

Poo kiri
Poo kanan
Jaga diri tetapkan iman!

Poo kiri
Poo kanan
Teguh berdiri dengan kebenaran!

Poo kiri
Poo kanan
Teguh berdiri tegakkan keadilan!


SELADANG: Tengok depan nampak belakang!

------------------------------------------------------------------------------------------
--------

Cerita paling pendek ....

OB vs OB

Di Amerika Syarikat hanya ada seorang OB!
Di Malaysia banyak-banyak OB!
Di Amerika Syarikat OB - Obbama!
Di Malaysia OB - Oh Bangau!

Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Pemimpin banyak yang gemok!

Pemimpin oh Pemimpin
Mengapa engkau gemok?
Macam mana aku tak gemok
Lantak duit rakyat!!!
Lantak duit rakyat!!!
Lantak duit rakyat!!!


SELADANG: Pantang disergah
!






Sunday, November 16, 2008

BICARA MINDA 1

Mari kita berpuisi ..


LEMBU YA
NG SETIA














Pagi-pagi lagi sudah bersedia
untuk diperah susunya
dengan mata yang sayu
si lembu penuh setia menunggu
hingga susu diangkut
diganti dengan segumpal rumput
dan anak berlari melutut
menghisap sisa susu di bawah perut.

Tengaharinya diiring melepasi pintu pagar
bersepah di padang meragut rumput
yang pernah dipijak dan diragut
itulah sekadarnya menunggu petang
pulang ke kandang
untuk sekali lagi susu diperah
dan dipunggah.

Anak cucuku!
Jangan seperti lembu susu itu
disaji segumpal rumput bersabit
dilepas dipadang berpagar
diperah susu bertakar
hingga kurus oleh tuan yang rakus
sampai tua setianya tidak beralih
hidung ditindik leher disembelih!


Seladang



2hb. Disember 2007

http://tokperan.blogspot.com

Wednesday, November 12, 2008

RINGGIT BERTABURAN ....

Mari kita menyanyi ....


SAYANG DISAYANG
Angin menderu
dahan jatuh
menimpa batu
berguguran ....

Sayang di sayang ....

Umno celaru
ahli riuh
pemimpin menipu
ringgit bertaburan ...

Gayang menggayang ...

SELADANG: Menanduk kezaliman!

Monday, November 10, 2008

UMNO & POLITIK WANG - Buat Pembuka Tirai!

Mari kita berpantun ...

RUSA MENGHAMBUR KERA MEMANJAT,
BURUNG GAGAK MENYAMAR ANGSA;
WANG DITABUR JAWATAN DIHAJAT,
CAKAP BERLAGAK PEJUANG BANGSA.

MENCARI BUAH DI BUKIT RASAH,
PAKAT BERLIMA SATU REGU;
UMNO DAN RASUAH TIDAK TERPISAH;
BAGAIKAN IRAMA DENGAN LAGU.

BAPAK BERUANG IBU PUN BERUANG,
ULAT LUNDI DI TEBING PERIGI;
HULUR WANG DIAMBIL WANG;
SIAPA DIUNDI TAK TAHU LAGI.

SUDAH LAMA DI BAWAH BERANGAN,
TAKUTKAN BADI BINATANG BURUAN;
UMNO MENJELMA FIRMA PERNIAGAAN,
PERWAKILAN MENJADI MODAL PELABURAN.

GANTUNG BALDI TALINYA KASAR,
GANTI UPEH DI ZAMAN DULU;
NILAI UNDI AMATLAH BESAR,
MANA LEBIH DIFIKIR DAHULU.

IKAN BILIS IKAN SEPAT,
IKAN TEMENUNG MEMBUAT SARANG;
DUIT HABIS UNDI TAK DAPAT,
DUDUK MENUNG BERCAKAP SEORANG.

MENCARI SARANG BURUNG BALAM,
BERBEKAL GUNI DENGAN JALA;
BERCAKAP SEORANG SIANG MALAM,
BERTAMBAHLAH PENGHUNI HOSPITAL GILA

KAIN BENANG PEMBALUT SUASA,
KAIN DITENUN DI TANAH RATA;
SIAPA MENANG MENDAPAT KUASA,
MENJADI LANUN MENGUMPULKAN HARTA.

BERELA-ELA KAIN DITENUN,
KERAT SEHASTA DI PANGKIN HALAMAN;
PEMIMPIN GILA BERHATI LANUN,
RAKYAT DERITA SEPANJANG ZAMAN!!!!

SELADANG: Tanduk tetap runcing!!