Sunday, April 5, 2009

TIDAK ADA UNSUR FITNAH - Rakyat boleh percaya Harakah & Suara Keadilan


BILA mendengar pengumuman Najib bahawa Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik penggantungan sementaranya, bolehlah rakyat ketawa kecil.

Harakah dan Suara keadilan digantung sementara 3 bulan oleh Kementerian Dalam Negeri. Perkataan sementara itu boleh disambung ke tempuh sementara lagi! Pemimpin Umno/Bn boleh menafsir sesuatu itu dengan mudah mengikut selera mereka. Contohnya royalti boleh ditafsirkan sebagai ehsan!

Alasan yang diberikan oleh Syed Hamid selaku menteri berkenaan ialah Harakah dan Suara Keadilan banyak buat fitnah!

Tak sampai sebulan kedua akhbar yang menjadi idaman rakyat ini ditarik balik penggantungan sementaranya oleh PM Malaysia. Tanpa ada alasan.

Harakah dan Suara Keadilan tidak diterbitkan dalam masa penggantungan sementara, maka tidak ada isi tulisan terbaru diterbitkan.

Ertinya penilaian yang dilakukan atas Harakah dan Suara Keadilan ialah pada naskah penggantungan sementara yang dikatakan banyak berunsur fitnah! Apakah pihak penilai yang arif tentang persurat khabaran telah mendapati bahawa isi kedua-dua akhbar idaman rakyat itu tidak ada unsur fitnah lalu Najib mengumumkan penarikan balik penggantungan sementara dan akhbar-akhbar tersebut boleh meneruskan penerbitan semula.

Ini bermakna apa yang terkandung dalam Harakah dan Suara Keadilan itu benar! Tidak ada unsur fitnah dan yang fitnahnya ialah mereka yang mengatakan kedua-dua akhbar tersebut ada unsur fitnah!

Oleh itu rakyat Malaysia yang tidak percaya pada Harakah dan Suara Keadilan sebelum ini terutamanya suku sakat Umno/Bn sudah boleh berpendirian percaya dengan apa yang terkandung dalam kedua akhbar tersebut sekarang ini.

Maka apa yang tercatat dalam Harakah dan Suara Keadilan tidak fitnah dan pihak rakyat mesti ambil perhatian dengan isu-isu yang terkandung dalam kedua-dua akhbar tersebut dimana ianya bukan fitnah!

Kalau ada fitnah takkan Najib nak tarik balik penggantungan sementaranya sebelum sampai edah!

Apakah tindakan rakyat terutamanya pengundi di Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau dan Batang Ai serta Parlimen Bukit Gantang? Rakyat sedang mencari kebenaran! Kini kebenaran telah terdedah di depan mata melalui Harakah dan Suara Keadilan!


SELADANG: Mengintai pengundi hantu!

2 comments:

a.b geldofg said...

pcaya lagi?

hahahahahha

tk habis2 duk pcaya
tu yg kena jajah dgn bngsa sndiri sampai 50thn lebih

hahahahahha

Prof. Era Pasca said...

royalti sebagai ehsan
rasuah sebagai politik wang
komisyen sebagai keuntungan luar jangka
melancong sebagai melawat sambil belajar
pembangunan mee segera sebagai kebetulan tak disangka..

kalau camtu umno sebagai rasuah lah kan... sume nak tukar2...