Monday, March 30, 2009

Petikan riwayat marbalara: AKULAH LANUN DALAM INI NEGERI !

MAKA dikisahkan oleh empunya riwayat setelah berkampung berhari-hari dengan makan rumput bersabit kata bidalan di kuala tanah daratan, lanun-lanun yang datang dari beberapa arah mata angin pun pulanglah ke sarang-sarang mereka membawa satu saranan pembaharuan agar mereka disayangi semula oleh rakyat.

Lanun yang datang itu untuk memilih pemimpin mereka yang terdiri dari lanun-lanun kaya dengan memperjudikan nasib rakyat yang dipaksa, diugut dan dipujuk menyokong mereka. Harta rakyat adalah aset utama menjadikan pemimpin lanun-lanun ini kaya raya!

Ada juga dalam kumpulan lanun ini yang dhaif kedana dengan mengharapkan huluran subsidi untuk kais pagi makan pagi kais petang terus berhutang! Tapi mereka setia kepada pemimpin lanun kerana mereka dijanjikan itu dan ini setiap kali ada pertemuan.

Rakyat mulai sedar - saki baki lanun yang dah nak nyanyok memang tak sedar diri diperguna dan dikelentong oleh pemimpin mereka. Rakyat sudah tidak mengindahkan lagi ugutan, paksaan dan pujukan pemimpin lanun. Rakyat sudah beralih ke penyelamat rakyat!

Inilah yang membimbangkan pemimpin lanun. Mereka bimbang dengan 'suara rakyat suara keramat!' Lantas itu mereka nak membuat berbagai teori perubahan untuk menyelamatkan mereka! Teori saja. Sebab berkali-kali udah pertemuan mereka sebelum ini semuanya mahukan perubahan dan penyatuan!Add Image

Namun bila pulang ke sarang masing-masing laku bak lama jua!

Pertemuan berkampung kali ini ada beberapa kambing hitam disembelih sebagai membayar nazar untuk pertukaran seorang pemimpin.

Pemimpin mengharapkan agar lanun-lanun yang pulang ke sarang dari berkampung bukan saja bersorak sorai dengan lagu "akulah lanun dalam ini negeri" tetapi hendaklah merapati rakyat agar rakyat boleh memberi sokongan dan kita boleh ..... ngruppppp sampai ke tulang!!!!

Mana yang besar ngruppp besar - mana yang kecil ngruppplah kecil atau jilat tulang ajalah!!

Nak rapati rakyat macam mana? Rakyat bukan bodoh sekarang ini! Rakyat tahu tabiat dan sifat hati budi lanun! 100 umpuk kamu - Sejuta umpuk aku: Itu dasar agihan ekonomi lanun! Bukan ekonomi rakyat!

Lanun tidak akan lari dari tabiatnya: mencuri - menyamun - meragut - merampas - merompak - memecah rumah - merogol - menipu - mencolek - membakar - mengurung - menerima dan menghulur rasuah - menyelewengkan kuasa - tak percaya sesama sendiri - berzina - mabuk tunggang langgang - ngerjakan anak bini orang - meraba punggung dan buah dada - akhirnya membunuh!!!

Balik ke sarang mana sekali pun kalau dah lanun tu lanun jugalah!!!! Hanya rakyat yang mampu menghancurkan lanun-lanun ini dengan slogan 'suara rakyat suara keramat!' 'Undi rakyat undi penyelamat!' 'Pakatan Rakyat perjuangan rakyat untuk rakyat!'

SELADANG: Tak mahu jadi kaldai untuk tunggangan lanun-lanun yang zalim.

Sunday, March 29, 2009

KICAU SERINDIT

TENANGKAN FIKIRAN DAN HAYATI PUISI INI ...

Kerana wajahmu
separuh sembunyi
melalui matamu
aku masuk
ke kamar kalbumu
yang ku temui taman pelangi
mekar ranum
kuntum-kuntum orkid
menari-nari
dalam melodi bayu
mengiringi
kicau serindit
mendayu pilu
menahan sedu.

yassinsalleh
bukit puchong
mac 2009

Saturday, March 28, 2009

LAWAK BODOH MANTAN PRESIDEN

BILA mantan Presiden umno dan Perdana Menteri yang kini sudah tidak menjadi ahli umno menyatakan tidak hadir dia dalam pembukaan perhimpunan agung umno kerana pemuda umno ternyata tidak menolak rasuah.

Sejak bila pulak Dr M ini menjadi juara anti rasuah? Adakah bila anak lelakinya tewas di tangan Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah merebut ketua pemuda umno lalu dia berlawak dermikian? Atau hanya nak saja-saja melawak untuk dapat perhatian?

Di masa 22 tahun pemerintahan Dr. M, rasuah dan penyelewengan kuasa berputik dan berbunga lalu kini menjadi benih yang amat subur di lembah umno!

Banyak kes-kes rasuah yang dikesan tetapi diam begitu saja malahan diselesai dengan mudah di mahkamah antaranya kes Perwaja, kes BMF, kes Rafidah Aziz, dan kes video Lingam yang melibatkan kewibawaan hakim-hakim mahkamah dan pemimpin negara.

Semua kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkedudukan tinggi ini di zaman Dr. M yang kini amat jijik dengan rasuah sehingga menyekat dirinya datang atas undang bersama di perhimpunan agung umno.

Atau adakah Dr. M terasa bahawa dia sudah tersasul mengutuk selama ini akan KJ yang dimanjakan oleh Pak Lah? Kini KJ menjadi salah seorang naib presiden umno dan mungkin dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kabinet Najib.

Yang menjadi lawak bodohnya bila menjelang penangguhan perhimpunan Dr. M muncul dengan segaknya!

Apakah masa itu KJ bersama para pemuda umno tidak berada dalam dewan perhimpunan yang Dr. M boleh mengizinkan kehadirannya? Mahathir lantas meluahkan hasratnya untuk masuk umno dengan syarat. Apakah syarat itu?

Adakah Dr. M mahu semua ahli pemuda yang duduk dalam MT termasuk KJ tidak ada dalam umno? Sebab Dr. M kata pemuda umno tidak menolak rasuah! Ia seolah-olah jijik untuk bersama pemuda umno.

Adakah kemunculannya setelah dia memikirkan kalau dia tidak hadir umno tidak akan pedulikan dia setelah anak lelakinya gagal untuk menukeh tangga jawatan umno dan agendanya untuk menjadi idola pemerintahan Najib gagal?

Adakah Dr M juga menerima amalan rasuah yang ada dalam umno itu?

Rakyat tersenyum dengan gelagat lawak bodoh Dr. M kali ini? Pemuda umno ada unsur-unsur rasuah seperti yang didakwa oleh Dr. M, apakah anak yang rintik itu bukan dari baka yang borek?

Pelokan, luahan kata-kata, redup kelopak mata bersama sebak di dada adalah kepura-puraan sahaja, kerana inilah yang berlaku setiap kali berakhirnya perhimpunan tetapi akan mengulang jejak sikap dan cara buruk untuk memenangi setiap jawatan yang dipertandingkan!

Cuma tahun ini Dr. M para perwakilan dan pemerhati dihidangkan dengan lawak bodoh Dr. M yang kita tidak tahu siapakah pengarahnya?


SELADANG: Melawak sinis!

SANG MATADOR SI LEMBU-LEMBU

AYUH BERSAMA MENGHAYATI PUISI INI ....


Bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata di hati takkan lupa.

Membeli dan menjual
adat orang kaya raya
hilang marwah
tapi dapat kekalkan kuasa
demi bangsa
demi negara
demi agama
demi matlamat
makanya,
halallah segala cara
dari
meratah bangkai
saudara
sehinggalah
menaburkan isi gua qarun
sambil berebutan
mengkakak-tuakan
hadith dan quran
dan mengucup keris
dengan penuh azam
tak akan minta ampun
minta maaf lagi kali ini.

Makanya,
mustainlah
gerombolan kafilah itu membina
fatamorgana idaman bangsa
yang dirayakan
penuh sorak sorai
hilai tawa yang amat gempita,
mengiringi nakhoda perkasa
mempertinggi tempat jatuhnya.

Bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
pulanglah
yang buta tuli dan bisu
setelah shopping
sesakan-sakannya.

Tinggallah
patung-patung biara
berpencak dan bertandak
mematuhi rentak dan bentak
sang matador si lembu-LEMBU.

yassinsalleh
mesjid jamek, kuala lumpur
28 mac 2009

Thursday, March 26, 2009

AWAS PEJUANG DEMOKRASI!

SEBAIK Najib ditabalkan sebagai Presiden Umno yang akan membawa ke tahta Perdana Menteri, terdetik di hati untuk memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia yang berjuangan menuntut dan mempertahankan demokrasi di negara ini tidak kira dari parti mana pun dan juga individu dengan pertanyaan adakah pintu-pintu pusat tahanan ISA sedang bergerak-gerak terbuka untuk mereka?

Adakah Najib terus menerus menggunakan Polis, SPRM, Mahkamah, SPR sebagai benteng terakhir mempertahan dan mengukuhkan kekuasaan Umno? Adakah Najib mahu demokrasi di Malaysia ini mati?

Pertanyaan ini timbul dari senario tindakan dan kata-kata pimpinan Umno yang baru mendapat junjung, sebelum ini!


SELADANG: Mendengar batu-batu gua di bukit semakin runtuh!

PADA SIAPA NAK KU SERAHKAN ROTAN INI ? suara dari yassinsalleh.

SDR YASSINSALLEH MENGUNGKAP KATA LAGI ....

Uwan
masa aku kecil
Uwan serahkan rotan sebilah
pada Ulung Berahim guru quranku
"kalau jahat cucu sey
dogil dio tak nak belajar
tak nak nongar cakap
kau rotanlah dio
jangan buto
jangan patah
sudalah."

Alhamdullilah Uwan
aku membesar,
remaja, berkeluarga
dan kini sudah tua
dalam sesempurna
yang terdaya ku
renangi
arus takdir hayatku.

Uwan
di kota digital ini
anak-anak mengaji
pakai software.

Uwan
pada siapa nak ku
serahkan rotan itu?
Add Image
Uwan
bawalah aku pulang ke kampung
dan kembalikan
semalamku yang hilang
di kota ini
orang-orang dirotan
kalau mereka tak mahu jadi setan.

yassinsalleh
kuala lumpur
26 mac 2009

Wednesday, March 25, 2009

LANUN DENGAN LOCENG

APABILA Kerajaan umno/bn menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dengan alasan dari menteri berkenaan kerana banyak fitnah, maka rakyat bertanya: Apa fitnah yang dimuatkan dalam kedua-dua akhbar tersebut? Kenapa fitnah itu tidak diambil tindakan sewajarnya melalui undang-undang?

Kenapa akhbar-akhbar lain yang juga dituduh oleh pihak lain mempunyai unsur fitnah tidak diharamkan sehingga memaksa dibawa ke arena undang-undang?

Atau pengisian kedua-dua akhbar tersebut amat menakutkan pemimpin umno yang selama ini begitu rakus dengan kuasa? Adakah ianya bukan fitnah tetapi pendedahan? Lantas itu mereka cuba menutup seketika akhbar tersebut menjelang perhimpunan agung umno seterusnya musim Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta Batang Ai!

Penggantungan itu merampas hak kebebasan bersuara rakyat di sebuah negara yang demokrasi agar rakyat tidak mengetahui akan isu sebenar yang didedahkan.

Ianya bagaikan cerita lanun yang mencuri loceng!

Oleh kerana loceng yang digantung di tengah-tengah sebuah kampung akan dibunyikan bila ada kelibat lanun masuk di dalam kampung tersebut, maka kumpulan lanun telah berpakat untuk mencuri loceng tersebut agar ianya tidak menjadi suatu yang mengganggu kerja jahat mereka.

Ketika si lanun melarikan loceng tersebut terus berbunyi kerana bergoyang. Si lanun bimbang ianya akan didengar oleh penduduk kampung. Lantas dia menyangkut loceng tersebut pada bahunya dan kedua belah tangan menutup kedua belah telinganya.

Dia tidak mendengar lagi bunyi loceng yang dibawanya lari tetapi orang kampung semakin ramai menghambatnya mengikut bunyi loceng yang dibawanya itu. Rahsia lanun mencuri loceng itu pun terserlah!


SELADANG: Menghambat musuh di 2 bukit dan di batang air!

KOKOK BERDERAI2 - EKOR GELUMANG TAHI

KALAU melihat dan mendengar Hishamuddin Hussin berucap dengan bibir luas terjueh menuding orang lain sebagai petualang, agak-agaknya terpengaruhkah rakyat untuk mengiyakan kata-katanya selain dari pencacai yang ada dalam dewan persidangan pemuda umno di pwtc?

Hishamuddin seolah-olah badot politik yang bersalut anika warna menghiburkan penonton persidangan sedangkan di sebaliknya nyata sekali keris yang diusung dan lidah yang bergerak menikam dan mengata diri dan umno itu sendiri?

Siapakah petualang Bahasa Melayu? Bukankah pemimpin umno yang melakukan dan mempertahankan PPSMI?

Siapakah yang menghancurkan kekuasaan Raja-Raja Melayu? Bukankah pemimpin yang melakukannya pada 1993?

Siapakah yang memohon maaf pada mca dan gerakan setelah dikritik bila ketua pemuda umno mencium mata keris? Bukankah pemimpin umno?

Siapakah yang menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura? Bukankah kelemahan pemimpin umno?

Siapakah yang memberhentikan mufti bila si mufti menangani masalah maksiat di negara ini? Bukankah pemimpin umno?

Siapakah yang mencemarkan ketelusan mahkamah? Bukankah pemimpin umno dengan pita linggam?

Siapakah yang mengizinkan pemain kriket Yahudi Israel bermain di Malaysia? Bukankah pemimpin umno?
Siapakah yang memecah belahkan bangsa Melayu? Bukankah pemimpin umno yang mengutamakan kroni mereka dalam semua hal?

Rakyat hanya ketawa melihat Hishamuddin berdegar-degar bercakap! Di fikiran mereka berlainan dengan permohonan mengiyakan oleh Hishamuddin itu!

Dengan fikiran yang terbuka kita dapat menjawab siapakah sebenarnya petualang bangsa, agama dan negara?

SELADANG: Terbayang-bayang gelagat bodoh dan hodoh badot parlimen satu tika dulu!

Tuesday, March 24, 2009

PERAJURIT YANG TELANJANG DAN LUKA - suara dari yassinsalleh

HARI INI AKU HANYA MEMAPARKAN SMS YASSINSALLEH YANG DIHANTAR TENGAHARI TADI PADAKU DI KAMPUNG PENDALAMAN INI .... Begini patah katanya:

Aku adalah perajurit terakhir
Empayar Melayu Kesultanan Melaka
lebih 500 tahun kemudian
aku masih melarikan diri
dari Peringgi
dan hari ini
dalam telanjang
dengan luka yang kian
membuka di dada
aku menjerit kesakitan
yang lebih bisa dari luka peluru
sekujur tubuhku
dalam pesta
jual beli orang-orang di pwtc
kelihatan ribuan kapal perang
peringgi mengepung Melayu
orang-orang Tuah
akan hilang jua
Melayu di dunia ini
akhirnya Tuah.

yassinsalleh
kuala lumpur.
25 mac 2009

Monday, March 23, 2009

MENDUNG MEMBAWA MENUNG


MENDUNG si mega mendung,
Mendung pagi ke petang hening;
Gantung kenalah gantung,
Gantung tak boleh ikut bertanding.

Mendung si mega mendung,
Mendung berarak tak tentu arah;
Gantung kenalah gantung,
Gantung disebab amalan rasuah.

Mendung si mega mendung,
Mendung menuju ke pantai Batam;
Gantung kenalah gantung,
Gantung sebagai si kambing hitam.

Mendung si mega mendung,
Mendung menghayal fikir Pak Jono;
Gantung kenalah gantung,
Kononnya Najib bersihkan Umno.

Mendung si mega mendung,
Mendung bertindih bertambah mendung;
Gantung kenalah gantung,
Perwakilan ikut sama termenung.

Mendung si mega mendung,
Mendung menutup si rumah lesong;
Gantung kenalah gantung,
Perwakilan pulang berpoket kosong!!!!

SELADANG: Senyum tengok pencacai Umno termenung tak tahu sebab di kedai kopi!

Saturday, March 21, 2009

24 HINGGA 28 MAC - UMNO BERSIH ?

KUALA LUMPUR mula menjadi tumpuan ahli-ahli politik Melayu Umno. Perjalanan mulai sibuk dengan kereta mewah para pemimpin terutamanya perwakilan. Penyokong juga ada yang menaiki kereta dan ada yang menggunakan bas sewa khas oleh bahagian masing-masing sebagai balas jasa mengundi kepada perwakilan yang menang.

Hotel mula penuh setelah ditempah. Tapi mungkin bilik hotel dari perwakilan Melaka belum tentu lagi berisi atau tidak setelah Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Begitu juga bilik untuk perwakilan dari Paya Besar Pahang setelah empat orang kuatnya digantung! Pengawal Masjid Negara bersama FRU kena bersiap sedia dimana dikhabarkan Ketua Bahagian Umno Paya Besar akan menunggu Pengerusi Perhubungan Umno juga MB Pahang untuk bersumpah .........!

Sudah pasti kedua pihak membawa ahli kumpulan masing-masing sebagai saksi umum untuk dibicarakan di kedai-kedai kopi! Siapakah Tok Imam yang akan mengepalai saksi-saksi persumpahan tersebut? Adakah Tok Imam itu nanti akan naik pentas PR untuk dedahkan tentang peristiwa persumpahan itu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau?

Ketika itu Umno memang kelihatan 'bersih' ! Tidak ada siapa yang akan hulur dan terima duit! Politik wang (tepatnya Rasuah) terhenti seketika! Semuanya sudah bersedia! Poket perwakilan pun dah penuh - SPRM tak payahlah nak kelam kabut intai-intai lagi! Tak ada siapa nak buat kerja tak elok dalam masa 5 hari tu. Hanya untuk menambah elaun bolehlah.

Tapi ingat! Jangan sampai ada perwakilan yang terpinga-pinga mencari tukang bayar bil coffee house!

Adakah 'bersih' 5 hari itu akan berpanjangan? Adakah di pemilihan akan datang ada lagi kambing hitam untuk Najib menyatakan; "Kita akan bersihkan Umno" sebagaimana yang disebutkannya ketika mengulas keputusan Lembaga Displin Umno membuat tindakan terhadap Ali Rustam?

SELADANG: Selalu perhati spesis sesumpah. Kalau pada dahan ia warna dahan, kalau pada daun, ia bertukar warna daun! Nak selamatkan diri!

Friday, March 20, 2009

HIKAYAT TERKINI CACA MARBA

MAKA tersuratlah dalam hikayat parti caca marba yang melaongkan dulu kini dan selamanya, bilamana kecundangnya pahlwan cucu cicit Benggali Putih di jampi menjadi kambing hitam oleh Semenda Monggolia untuk menunjukkan bahawa parti itu bersih dari gejala rasuah.

Semenda Monggolia akan mengambil alih pimpinan parti Caca Marba dari cucu cicit al Baduwi yang banyak mendekati al Shafie dan al-Ghazali dengan membawakan Islam Adahari.

Di belakang tabir pentas yang penuh dengan hulur dan sambut itu cucu cicit al Mamak dari saki baki Madaliar menghetung hari dan jari, siapa dan bila akan kembalinya era pentadbiran ala Al Mamaki dengan bertopengkan perjuangan Melayu!

Rakyat terutamanya Melayu terus termangu-mangu menunggu dengan harapan akan makan kenduri besar bila Semenda Monggolia mengambil alih pentadbiran. Dapatlah makan kerbau atau ayam goreng. Cukuplah!

Ekonomi yang semakin menguncup tak payah ambil tahu. Biar sampai bulur barulah bangun cakap ikut surat khabar tulis dan tayang: Ini semua kerana adanya parti pembangkang.

Oleh kerana itu tidak perlu parti pembangkang? Lagi baik! Ikut suka hati apa nak buat! Nak rompak! Nak rasuah! Nak bunuh! Nak rampas! Nak kepong! Nak maki! Nak tipu! Nak seleweng kuasa! Macam-macam boleh buat bila tak ada pembangkang!

Rakyat nak mampus-mampuslah! Asalkan kroni kaya raya! Yang pentingnya PDRM - SPR - SPRM - Pejabat Peguam Negera - Mahkamah - Ikut telunjuk seseorang sahaja! Aku yang berkuasa! Ikut cakap aku! Kalau tidak ......


SELADANG: Tak pernah jadi pemainan sarkis!


Thursday, March 19, 2009

NAJIB ATAU RASUAH BERSIHKAN UMNO?

SETIAP kali menjelang perhimpunan terutamanya bila diadakan pemilihan jawatan dari cawangan hingga ke tertinggi, pemimpin Umno sentiasa menyuarakan bahawa Umno mesti dibersihkan dari politik wang (sebenarnya rasuahlah tu!).

Dari tahun ke tahun dari persidangan ke persidangan, hal yang sama diutarakan menjadi modal utama pemimpin tertinggi membuat kenyataan.

Namun barah politik wang (rasuah) sudah tidak dapat dibendung lagi! Ianya sudah menjadi darah daging kepada pemimpin Umno. Ianya bolehlah dikatakan 'kalau tak rasuah tak dapat jadi pemimpin' tak ada siapa nak undi mereka.

Penyakit rasuah dalam Umno telah tenat dan diibaratkan seperti sebatang pokok yang mana seluruh batang, ranting dan akarnya telah dihinggapi cendawan. Tidak ada ertinya lagi.

Hanya ahli-ahli yang tinggal di kampung-kampung sahaja masih teraba-raba berbicara mempertahankan kononnya Umno tidak ada rasuah!

Amalan rasuah ini bukan saja di musim pemilihan Umno tetapi diamalkan juga oleh Umno/Bn semasa Pilihanraya Kecil dan Umum. Kalau semasa pemilihan Umno disebut Politik Wang, di dalam Pilihanraya Kecil atau Umum disebut Bantuan dan Sumbangan. Caranya dan hajatnya sama, cuma sebutannya saja lain.

Maka rasuah adalah antara agenda dalam Umno (parti berslogan dulu, kini dan selamanya) untuk memastikan tertunai sesuatu hajat.

Kini Najib bersuara untuk bersihkan Umno dari gejala Rasuah (sebutan Umno Politik Wang) dengan meminta ahli-ahli yang pasti ditujukan kepada penyokong-penyokong mereka yang termasuk perangkap agar menghurmati Lembaga Tindakan Displin dan Tata Tertib Umno.

Sudah berbuih pemimpin Umno bersuara hal ini dari dulu lagi. Mereka tetap menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Lembaga Displin dan Tatatertib Umno adalah untuk membersihkan Umno. Namun ianya bukan saja bersih tetapi bertambah kotor dan menjijikan!

Kenapa jadi begitu. Kerana pemimpin Umno yang dapat jawatan tersebut berada dalam kawah rasuah juga! Masakan amaran ketua lanun supaya lanun-lanun jangan merompak boleh didengar akur oleh lanun-lanun!

Kini Najib mahu membersihkan Umno. Bersih bagaimana tu? Adakah dia mahu membersihkan Umno dari rasuah? Sedangkan rasuah sudah berakar umbi dalam Umno/Bn! Adakah Najib rasa berjaya dengan melarang Ali Rustam dari bertanding Timbalan Presiden Umno tahun ini maka Umno bersih dari Rasuah (Politik Wang)?

Atau dengan tiadanya Ali Rustam yang duikatakan orang kuat Pak Lah maka Najib telah dapat membersihkan orang yang tak sahaluan dengannya? Dengan itu Najib boleh sapu bersih Umno macam Kassim Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sapu semua harta penyamun dalam gua?

Atau Najib terasa rasuah (Politik Wang) akan membersihkan Umno sebagai sebuah parti yang pemimpinnya ego, rakus dengan kuasa yang ada untuk menimbunkan harta bergunung bagi diri sendiri, keluarga dan kroni? Ertinya Umno hancur dan berkubur kerana rasuah!

SELADANG: Tertanya-tanya apa pasal Najib yang cakap Ali Rustam tetap Ketua Menteri Melaka. Pak Lah masih lagi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Awal-awal lagi Pak Lah dah diketepikan!



Sunday, March 15, 2009

PEMIMPIN UMNO GUNA DASAR ALA DIKTATOR

LARANGAN yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk parti-parti poembangkang mengadakan ceramah di Pahang adalah satu tindakan luar biasa di sebuah negeri yang dibentuk dengan dasar demokrasi.

Tapi mengapa yang luar biasa itu biasa dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia? Jelas ianya begaikan menerima satu tunjuk arah dari satu pihak yangt dalam ketakutan tembelang mereka pecah kepada rakyat umum.

Siapakah mereka itu? Tentu rakyat rata-rata tahu bahawa mereka itu ialah pemimpin Umno yang kini dilamun oleh badi rasuah dan penyalahgunaan kuasa terutamanya menjelang Najib menjawat jawatan Presidsen Umno!

Mereka bertindak agar rakyat tidak mendapat maklumat yang disampaikan oleh para pimpinan parti pembangkang di ceramah-ceramah umum. Rakyat akan dapat tahu kedudukan dan perkara sebenar dimana mereka boleh membandingkan dengan apa yang dipropagandakan di akhbar arus perdana serta tv yang mengampu dan dikuasai oleh pemimpin Umno/Bn.

Rakyat hari ini sentiasa menunggu maklum balas dari pihak pembangkang setiap isu yang dipaparkan di akhbar arus perdana dan tv. Mereka dapat membandingkan secara terbuka setiap isu yang dipropagandakan oleh pemimpin Umno/Bn terutamanya menjelang setiap kali Pilihanraya Kecil dan Umum.

Pendedahan balas oleh pihak parti-parti pembangkang melalui ceramah umum bukan sahaja membuka minda rakyat umumnya terutamanya ahli-ahli Umno di kampung-kampung tetapi ianya juga banyak memberikan pemahaman kepada rakyat dan rakyat lantas memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Kalau dulu ceramah diizinkan dengan berbagai syarat dan dipatuhi oleh penganjur tetapi kini ianya tidak diizinklan terus oleh pihak polis.

Rakyat mula tertanya-tanya kenapa berlaku demikian? Jawapannya mudah sangat kerana pemimpin Umno rasa takut dengan tembelang busuk mereka akan pecah dalam beberapa kes besar dan terpenting yang membuatkan mereka tidak senang duduk di kerusi empok mereka duduki hari ini.

Bila kes-kes yang besar melibatkan pemimpin Umno/Bn terdedah kepada rakyat, selama ini pemimpin Umno/Bn mengelirukan fikiran rakyat melalui akhbar arus perdana dan tv, rakyat sudah boleh memilih antara antah dengan beras!

Pemimpin Umno/Bn jangan merasa lega duduk dengan ketiadaan kebenaran ceramah oleh pihak polis pada parti pembangkang, kerana rakyat terutamanya dari golongan muda mula memikir akan sikap Kerajaan Umno/Bn yang selama ini memperaga dan melaongkan dasar demokrasi sebenarnya mulai mengalih kepada dasar diktator dengan menggunakan kuasa polis!

Pemimpin Umno/Bn mahu rakyat hanya mendengar cakap dan propaganda mereka sahaja dengan menutup pintu penerangan kepada parti-parti pembangkang!

Mereka tidak boleh berasa puashati dan merasa rakyat akan menerima apa yang dipropagandakan di akhbar dan tv tentang kebaikan mereka dan tentang keburukan parti pembangkang. Rakyat tidak pekak! Rakyat mahu mendengar bunyi bersahut bila tangan kanan menghayun dan tangan kiri menyambut!

Jika sikap yang ditunjuk dan dilakukan oleh pemimpin Umno/bn terus menggunakan kuasa polis sebagai menghalang keterbukaan minda rakyat, maka suara rakyat adalah suara keramat! Mereka akan teersungkur dari asakan rakyat yang selama ini dibekukan minda mereka oleh pemimpin Umno/Bn.

Suara rakyat suara keramat, minda rakyat telah terbuka oleh parti-parti pembangkang dalam arus perjuangan demokrasi, pemimpin yang membawa dasar ala diktator akan lebur dan Umno/Bn akan berkubur!

Apakah tindakbalas kerja seharusnya dilakukan oleh para pejuang rakyat yang mendudukki parti-parti pembangkang bila suara mereka mula disekat?

SELADANG: Amat yakin dengan kebangkitan rakyat dalam arus demokrasi!


Friday, March 13, 2009

JANGKAAN AKU

DALAM jangkaan aku, bukan hayalan tapi pengharapan. Suatu tika nanti, tidak berapa lama sangat sebelum aku mati kalau bolehnya, akan ada produser filem luar negara kalau baiknya produser Malaysia sendiri melayarperakkan filem yang ada hubung kait dengan Trajedi Altantuyya.

Cerita ini pasti meletup kerana ianya ada banyak masej yang boleh ditonton! Terutamanya menyeramkan! Pasti box office!!

Jika ianya berlaku aku tertanya-tanya:

1) Siapa penulis lakonlayarnya? Adalah Musa Hassan? Ghani Patail?

2) Siapa pengarahnya? Adakah Jin Shamsuddin yang satu masa pernah nak melayarperakkan King of The River zaman Ramli Ngah Talib di Perak tapi entah ke mana? Atau Raja Petra?

3) Siapa pelakon-pelakonnya? Adakah para seniman tanahair layak memainkan peranan watak-watak utama dalam cerita tersebut? Atau ianya dipinjam dari Monggolia?

4) Siapakah yang akan menjadi propmaster dan juru tunjuk untuk meletupkan bom C4? Ketua Polis ke? Atau Ketua Angkatan Tentera?

5) Siapa yang nak menandatangani surat kebenaran untuk mengeluarkan bom C4 dari setor? Menteri Pertahanan ke? Menteri Dalam Negeri ke? Timbalan Perdana Menteri ke? Perdana Menteri ke? Atau penjaga setor saja?

6) Dimana lokasi penggambaran filem tersebut? Di Malaysiakah? Atau di Monggoliakah? Atau di Pariskah? Atau kesemuanyakah?

7) Adakah nama watak-watak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terdiri dari penjawatan awam, pemimpin negara dan individu tertentu menggunakan nama sebenarnya?

8) Siapakah yang akan merasmikan tayangan perdana filem tersebut semasa mula ditayangkan di Malaysia?

Dan akhirnya aku tiba-tiba tertanya-tanya?

Sirul - Azilah - Razak Baginda - Bala - Najib Rosmah - Para Pendakwaraya - Hakim yang melepaskan Razak Baginda - Para peguam - Para saksi - dimana sekarang ini nama-nama tersebut disebut dalam mahkamah semasa perbicaraan kes tersebut dan digembar gemburkan oleh ahli-ahli politik dan non politik yang suka sembang kedai kopi - dimana mereka masa itu?

Yang pastinya Altantuyya sudah sedia menunggu di alam baka'!


SELADANG: Sedang buat skrip "Curi Balak"!

Thursday, March 12, 2009

TERTANYA-TANYA DIRI SENDIRI

ENTAH mengapa akhir-akhir ini aku sentiasa sahaja gelisah, ada masanya terasa sedih bagaikan mahu menitiskan air mata dengan nasib dan usia aku serta kesihatan aku yang mula tidak menentu terutamanya bila pulang dari Perarakan Menghantar Memorandum Mansuhkan PPSMI ke Istana Negara pada petang 7 Mac yang lalu.

Aku sentiasa berdoa agar aku dimatikan oleh Allah SWT sebagai orang yang beriman. Aku juga mengharapkan usia aku yang dirahmatkan oleh Allah SWT di dunia ini dapat aku gunakan untuk memperjuangankan keadilan untuk semua rakyat di negara ini, walaupun aku hanyalah sehelai rumput di tepi jalan jika dibandingkan dengan pejuang-pejuang rakyat yang hebat di tanahair kita ini.

Walaupun aku sekecil mana dan hanya memberi sedikit sumbangan bagaikan daki sahaja dengan perjuangan rakyat di tanahair ini, namun aku tetap akur dengan keputusan pimpinan selagi pimpinan itu patuh dengan dasar perjuangan yang diperjuangkan.

Selalu sangat kini terlintas di kepala aku tentang kehampaan aku untuk menubuhkan Cawangan PKR Simpang Jenderak. Ianya sudah ada Jawatankuasa Penaja. Tapi ianya bagaikan terbiar begitu saja. Tidak ada siapa ambil peduli. Aku seperti kaku untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pimpinan untuk menubuhkan cawangan tersebut!

Entah mengapa begitu? Aku amat mengharapkan kerjasama rakan-rakan lain, tapi sepi sahaja! Aku hanya mampu mengharapkan kini Sdr Srivinasan yang banyak mencari ahli untuk Penubuhan Cawangan PKR Simpang Jenderak dan kampung sekitar. Beliau bukan orang senang. Bukan orang muda. Tidak kacak. Pakaian pun tak berapa kemas. Macam aku juga.

Tapi jiwa beliau besar! Besar untuk meruntuhkan keegoan Umno/Bn! Jiwa beliau besar untuk berjuang menegakkan perjuangan rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat!

Sri mengigaukan fikiranku! Aku berhajat sangat jika jadilah dalam masa yang sengkat ini tertubuhnya Cawangan PKR Simpang Jenderak, akulah yang akan mencadangkan Sdr Srivinasan sebagai Ketua Cawangan tersebut.

Fikiran ini datang bukan kerana aku mahu berguru dengannya tentang Bahasa Tamil tapi kerana ketabahannya berjuang sekuranbg-kurangnya mencari ahli untuk cawangan yang aku sebutkan tadi.

Tengahari tadi aku tunggang motosikal sahaja ke rumahnya. Malangnya tidak bertemu dengannya. Malahan berhubung dengan telefon tidak dapat. Aku tidak jadi ke Pekan Kuala Krau kerana aku tengok langit mulai redup mengandung mendong. Bimbang hujan aku kembali memusing jalan ikut tebing Sungai Pahang dan keluar di Simpang Kuala Tekal. Sempat juga jumpa dengan beberapa orang penduduk tempatan di situ, bual-bual biasa untuk mendapatkan sahabat baru.

Naik motosikal seronok tetapi takutnya ada maklumlah mata aku bukan boleh sangat kena angin kuat, pedih dan berair lalu kelabu. Dada aku pun tak tahan sejuk. Tapi itulah yang aku mampu untuk sampai ke Simpang Jenderak dimana aku menjadi Setiausaha Penaja Cawangan PKR di situ.

Aku amat malu untuk bertemu dengan rakan-rakan Orang Asal Jahut dari Berdot/Rekoh, Paya Pelong, Penderas, Pasu, Pian serta rakan-rakan dari Felda Jenderak Utara, Paya Luas dan Gong Halt, dimana mereka telah berjaya menubuhkan Cawangan PKR dengan membentuk ahli Jawatankuasa penuh serta keahlian yang bertambah dari hari ke hari.

Malu sangatlah aku! Kerana itu aku akan meminta kerjasama Sdr Srivinasan untuk berjaya menubuhkan Cawangan PKR Simpang Jenderak secepat mungkin.

Inilah kekecewaan yang besar ketika aku berusia 60 tahun jika Cawangan PKR yang aku menjadi ahli cawangannya tidak berjaya ditubuhkan.

Dulu aku rasa aku hanya mampu ke Simpang Jenderak sebulan sekali tetapi dengan menunggang motosikal aku mampu seminggu sekali. Belanjanya tak berapa besar tetapi keluarga aku bagaikan tidak mengizinkannya kerana banyak mengundang bahaya.

Kalau aku terus mendengtar cakap keluarga, jiwa aku terus tersiksa kerana berjuang dalam fikiran sahaja, cakap dalam mesyuarat berdegar-degar tetapi pelaksanaannya tiada! Cakap saja-saja kata orang tua-tua. Aku lebih suka diam dan tidak berapa suka berhubung dengan sesiapa saja yang tidak mendatangkan faedah!

SELADANG: Ingat lagi pesanan arwah abah aku: Jangan amalkan mesyuarat tak putus kerja tak siap!


Monday, March 9, 2009

BENTENG PEMISAH ANTARA RAKYAT DENGAN ISTANA

PERISTIWA berulang lagi berlakunya benteng sekatan antara rakyat dengan istana. Peristiswa terakhir benteng itu dibina semasa perarakan rakyat untuk mengadu hal ke istana berkaitan dengan Memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada petang 7 Mac 2009 yang lalu.

Walaupun hajat untuk menyerahkan memorandum itu sampai juga ke pintu Istana Negara tetapi ianya penuh dengan cabaran dan perjuangan.

Dengan semburan air asid bersama bom asap pemedih mata dan paluan belantan dari pasukan FRU Polis DiRaja Malaysia, rakyat mara dengan kecekalan untuk menemui raja atau pun masuk ke istana atau pun sekurang-kurangnya mendakap pintu istana untuk mengadu hal.

Sebuah negara yang rakyatnya beraja yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara. Raja Berpelembagaan adalah hak rakyat seluruh negara, bila ada sesuatu yang tidak dapat diselesaikan, maka rakyat mahu mengadu kepada raja.

Malangnya rakyat yang datang mengadu menempuh azap derita, bukan sahaja dihinggapi belantan, sepak terajang, bersama semburan air asid yang menggatalkan badan, pedih mata dan boleh mendatangkan sesak nafas terhidu bom asap pemedih mata, malahan ada yang dikilas tangan dan digari, diangkut ke trak dan disumbat ke lokap untuk disoal siasat.

Apa yang nak disiasatkan lagi? Memang yang berarak itu ialah rakyat yang mahu mengadu sesuatu hal kepada rajanya. Adakah salah rakyat mengadakan perarakan aman untuk bertemu dengan seorang raja di istana?

Perarakan yang aman itu diganggu halang oleh polis dengan berbagai sekatan yang terpaksa mencekalkan hati untuk sampai ke pagar istana.

Apakah tujuan pihak polis menyekat perarakan rakyat yang aman ke istana?

1) Adakah perarakan menyerahkan memorandum itu dianggap perderhakaan kepada raja?

2) Adakah perintah raja supaya Polis Di Raja Malaysia menyekat rakyat jangan sampai ke istana?

3) Adakah memang Polis Di Raja Malaysia tidak mahu rakyat bertemu dengan raja atau rakyat mengunjungi istana?

4) Adakah pihak Polis Di Raja Malaysia mahu rakyat marah pada raja bila tidak dapat ke istana?

5) Adakah Polis Di Raja Malaysia mengikut telunjuk pemimpin Umno agar rakyat tidak dapat mengad pada raja di ijstana?

6) Adakah Polis Di Raja Malaysia bertanggapan bahawa hanya segelintar orang Umno sahaja di Malaysia ini yang berhak menemui raja atau masuk ke istana, yang lain tidak boleh?

Amat malang bila kumpulan Umno atau pro Umno, samada upahan ataupun bodekan untuk mendapatkan habuan berarak dan berkumpul di depan istana atau bangunan-bangunan kerajaan termasuklah Parlimen, pihak polis buat tak kisah saja.

Rakyat Malaysia yang hati terguris dengan corak pemerintah untuk mengadu kepada Raja, tiba-tiba Polis Di Raja Malaysia membena benteng bukan saja menghalang malah boleh mengancam diri rakyat yang berarak secara aman.

Apa saja alasan yang diberikan namun rakyat yang semakin matang menghadapi kerenah Kerajaan Umno/Bn ini tetap tidak dapat menerima tuduhan yang mengatakan perarakan rakyat adalah mengancam keselamatan negara.

Ianya telah terbukti dengan beberapa perarakan dan perhimpunan aman yang dilakukan oleh rakyat bersama parti-parti pembangkang, hanya bila pihak polis menghalang maka terjadilah bertempiaran bukannya pertempuran!

Jika rakyat terpisah dengan raja, siapakah yang kerap membena benteng untuk menggagalkan pertemuan murni antara rakyat dengan raja itu?

Siapakah yang menghalang pertemuan Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu untuk mengadu hal kepada raja Melaka tentang hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada Tuah? Pastilah ianya Orang-Orang Besar yang rapat dengan istana.

Apakah akan menjadi mainan kata-kata nanti bahawa Polis Di Raja Malaysia akan disebut oleh rakyat satu masa nanti sebagai Polis DiUmno? Jika ini berlaku maka tercemarlah imej polis yang dimomokan selama ini menjaga keselamatan negara!


SELADANG: Tabik tok, anak cucu tumpang lalu!

Saturday, March 7, 2009

TUMBANG & TIDUR

Berbekalkan Rm 10.00 dari isteri dan menumpang kereta anak ke Kuala Lumpur, aku menyertai demontrasi Mansuhkan PPSMI. Bersama Mat Sabu berarak dari Masjid Negara dari arah jalan Depan Mahkamah Syariah. Kena gas pemedih mata polis - aku tumbang sesak nafas sekejap - basuh muka dan makan garam dihulur oleh seorang anak muda - aku bangun merangkak meneruskan perjuangan - jam 9.00 malam sampai rumah, mandi dan sembahyang Isya lalu tidur kerana badan asam-asam, jantung aku berdenyut sedikit!

Bagaimana aku menyertai perarakan Mansuh PPSMI dari datang hingga balik ke rumah akan aku tulis esok jika badan aku sihat ....


SELADANG: Tetap menerkam untuk menegakkan keadilan!

Thursday, March 5, 2009

SERONOK & KECEWA

SERONOK menjalankan tugas terakhir selaku Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau. Dengan dibekalkan oleh isteri RM 45.00. Isi minyak RM 30.00 di Batu 3 Mentakab dan sampai di Pejabat PKR Kuala Krau jam 10.00 pagi. Ditunggu oleh Tengku Aziz dan Zakaria dimana mereka berusia lengkungan 18 tahun untuk membantu kerja mengedarkan surat jemputan Majlis Perasmian Cawangan PKR Kampong Berdot/Rekoh pada 6hb Mac 2009, 4.00 petang dirasmikan oleh Cikgu Bard selaku ahli MPT Parti Keadilan Rakyat.

Beli air maneral 3 botol, nasi lemak 3 bungkus dan sebungkus rokok murah untuk Tengku Aziz dan Zakaria, aku sendiri sudah berhenti merokok, berbaki Rm 2.70 dalam poket.

Kami bergerak membawa alatan untuk berucap serta khemah dan beberapa helai bendera jam 10.37 pagi. Sampai di simpang Felda Jenderak Utara, aku dapat panggilan telefon. Ingatkan dari Ketua Task Force, sebenarnya dari Sdr Md Nor Bakar selaku Ketua Cawangan PKR Felda Jenderak Utara meminta aku singgah di kedai Felda Jenderak Utara untuk dia pergi sama membuat kerja yang diarahkan oleh parti.

Lama juga aku tak sampai ke Rekoh dan Berdot, perkampungan Orang Asal Suku Jahut itu selalu aku ulangi masa Pilihanraya dulu! Terasa macam perangai Umno/Bn pulak aku dengan masyarakat. Jalannya masih aku ingat lagi. Pengingatan aku masih kuat walaupun usia sudah menjangkau 60 tahun.

Di kedua kampung ini kami buat kerja mengedarkan surat jemputan dan memasang kemah serta mengemas dan menghias tempat perasmian di rumah Derus Puteh mendapat perhatian dan sambutan dari penduduk setempat.

Rata-rata mereka mengenali aku! Mereka kata aku adik Haji Suhaimi Said Ketua PKR Bahagian Kuala Krau yang berulang alik ke kampung mereka itu. Ada juga yang panggil aku haji! Kerana aku suka pakai songkok putih!

Tengku Aziz dengan Zakaria kelihatan begitu seronok dengan kerja yang kami lakukan walaupun dia kata ini pertama kali buat kerja merayau dari rumah ke rumah, selalunya hanya tampal poster pada pokok dan tiang letrik sahaja. Md Nor Bakar pulak banyak kenalannya di Berdot dan Rekoh itu. Mesra nampaknya dia berbual dengan masyarakat di kedua kampung itu.

Md Nor juga laju kerjanya dari rumah ki rumah, tak tahu bimbang, tak tahu segan! Aku memandu kereta, berhenti dan turun sama membantu terutamanya menampal poster selain menghulur pada mereka yang lalu di jalan dalam kampung-kampung tersebut. Terbagi juga aku pada orang dari kampung luar yang nak ke ladangnya.

Jam 1.20 tengahari kami meninggalkan Rekoh/Berdot. Singgah seketika di Felda Jenderak Selatan menampal poster untuk ceramah PR di Gong Halt pada sebelah malam hari yang sama dengan majlis di Berdot/Rekoh.

Md Nor Bakar turun di Felda Jenderak Utara. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke Pejabat PKR Kuala Krau. Dalam perjalanan itu Tengku Aziz tanya, bila nak makan? Aku jawap, bila-bila boleh tapi nasi lemak saja.

Aku tidak nampak muka kecewa anak muda berdua ini. Selamba saja mereka sambil hisap rokok. Mereka sudah tidak bersekolah!

Aku mencari tempat teduh untuk berhenti tetapi kiri kanan jalan semuanya tidak ada tempat teduh, lantas sampai ke pejabat di Kuala Krau. Pantas kedua anak muda ini membawa bungkusan nasi lemak sebaik pintu pejabat aku buka.

Kami bertiga makan seorang sebungkus nasi lemak. Aku kata pada mereka, inilah saja makan yang aku daya beli. Airnya air maneral! Mereka kata, alhamdulillah.

Sebenarnya kalau nak makan sedap boleh. Aku boleh berhutang pada kedai berhampiran dengan pejabat PKR tu. Tapi aku nak uji sikit ketahanan dua anak muda ini. Aku juga dulu sampai sehari semalam tak makan pun ada buat kerja parti. Masa tu masih muda lagi walaupun sudah berumah tangga. Masa di Lubok Merbau dulu pernah makan nasi bersama ikan kering keras sepinggang seekor saja dengan lada berpatah bersama Haji Suhaimi Said. 15 hari lamanya!

Selesai makan aku sembahyang zohor. Kedua anak muda ini pulang bersembahyang di rumah mereka kerana nak mandi dulu.

Jam 3.05 petang kami bergerak ke Gong Halt dan Paya Sok untuk mengedarkan poster ceramah dari rumah ke rumah. Kedua anak muda ini nampaknya mulai letih. Aku cuba juga paksa sedikit mereka tetapi jelas mereka sudah tidak larat. Oleh itu aku mengajak mereka naik kereta, bila sampai di depan rumah orang atau orang berkumpul di kedai berhenti dan kami bertiga sama-sama berpecah mengedar poster.

Nak ketawa juga aku bila aku tiba pada sebuah rumah. Beri salam tidak dijawab oleh seorang wanita dalam usia lengkunbgan 70 tahun. Bertudung lingkup warna hitam. Bila aku hulurkan poster yang ada lambang parti PAS, DAP dan PKR dia lantas mengatakan, makcik tak nak! Makcik tak nak! Berkali-kali. Aku pun pergi sambil dua anak muda tersenyum memerhati dari tepi jalan gelagat perempuan tua itu.

Tengku Aziz cuba menampal poster pada pokok getah tua yang tidak bertoreh dalam semak tepi jalan hampir halaman rumah perempuan itu. Lantas perempuan tua otu meneriak, jangan tampal pada pokok tu! Berkali-kali! Kami membalas dengan senyuman dan beberapa orang kampung memanggil kami meminta poster depan perempuan tua itu.

Itu di Kampung Paya Sok. Sementara di Kampung Gong Halt simpang ke Kampung Seratus pula ada gerai orang berkumpul. Zakaria pergi menghulurkan poster ceramah pada mereka yang ada di situ. Semuanya menyambut kecuali seorang lelaki tua yang memakai baju T shirt putih lusuh berlambang dacing dengan ketayap buruk menolak berkali-kali!

Setelah menyiapkan tempat ceramah dan memasang poster di rumah Pak Daud, kami bergerak nak pulang ke Pekan Kuala Krau sambil menampal poster di tepi jalan. Ketika singgah di kedai minum sebelah rumah Pak Daud. Lelaki Tua yang menolak poster huluran Zakaria tadi sampai dengan motosikal lamanya.

Dia memerhati akan kereta aku. Dia pandang tepat pada aku yang sedang menampal poster pada pokok kelapa dekat kedai itu. Sebentar dia meneriak; Ohhhh mu tadi! Dalam telo Kelantan.

Aku terkejut, aku sangka dia marah! Kemudian dia mempelawa aku minum tea dengan isyarat tangan. Aku menolak kerana aku mahu segera pulang ke Pekan Kuala Krau.

Kedua-dua anak muda kelihatan dalam keletihan tapi masih merokok dan makan gula-guia yang aku bekal dalam kereta. Aku cuba bergurau kata-kata, mereka nampaknya tak berapa nak membalas. Aku tahu mereka letih. Mereka belum biasa dengan kerja yang begitu.

"Seronok ya!" Kata Tengku Aziz.

"Pasal?" Aku jawap.

"Seronok ikut Pakngah kerja," jawapnya.

"Seronok apa? Makan pun nasi lemak bungkus aja," jawap aku menguji pendirian anak muda ini.

"Seronok kerana kita tahu banyak mana operang suka dengan kita kalau buat kerja macam, tadi," balas Tengku Aziz.

Zakaria hanya tersenyum keletihan.

Sebenarnya kerja begitu memang selalu aku buat kerana inilah kerja yang diajar oleh guru politikku Haji Suhaimi Said. Kerja ini banyak memberikan pengaruh parti pada masyarakat setempat. Malahan kita juga dikenali dari hari ke hari!

Tapi kerja ini berat. Berat badan dan kaki melangkah, berat perasaan menghadapi ujian berbagai kerenah masyarakat.

Kami berpisah di Pekan Kuala Karu. Kedua anak muda yang keletihan itu melembaikan tangan pada aku dengan pesanan kalau ada peluang mahu ikut lagi! Aku keseorangan dalam perjalanan pulang meninggalkan Pekan Kuala Krau. Hajat pertama nak cari Srinivasan untuk nak tahu apa ucapan Selamat Malam dalam bahasa Tamil.

Aku terlupa setelah diajarnya masa aku singgah di kedai kopi Simpang Jenderak pagi tadi. Yang aku ingat Selamat Pagi dan Selamat Tengahari dalam Bahasa Tamil. Malai Mendekem dan Kalai Mendekam! Ya tak iya aku kena pastikan lagi!

Oleh kerana tak jumpa Sri aku terus masuk simpang ke Kampung Jenderak ikut jalan Kampung tepi Sungai Pahang keluar ke Simpang Kuala Tekal.

Aku singgah sembahyang Asyar di Masjid Kampung Benom. Ada beberapa orang yang bersembang di halaman masjid itu. Aklu sempat berbual setelah mereka menyangka aku datang dari Kuala Lumpur kerana plat kereta aku berhurufkan Wilayah Persekutuan. Mereka lihat lambang PKR dan PAS pada kereta aku.

Salah seorang bertanya tentang hal Perak! Aku terangkan sikit. Tapi lepas itu dia bercakap hampir 15 minit tentang hal Perak yang dirampas oleh Umno/Bn dan Pakatan Rakyat.

Dia kata; Bn takut adakan pilihanraya kerana mereka takut kalah!

Jam 6.20 petang aku meninggalkan Kuala Krau pulang ke rumah. Hari ini cepat kerana anak aku yang berkerja di Kuala Lumpur ada balik. Mana tahu kalau-kalau aku dapat kecek sikit duit minyak untuk pergi dengar ceramah Cikgu Bard besok.

Dalam keadaan memandu yang ingin cepat untuk dapat bermaghrib di rumah kerana badan pun dah panas miang tak mandi satu hari tiba-tiba kereta aku semakin perlahan bergerak dan aku pantas ke tepi. Injin pun mati.

Alamak! Aku ngelabah juga! Sebab aku jahil dengan hal kereta! Aku berada lebih kurang 2 kilometer dari rumah aku. Azan Maghrib kedengaran dari masjid tidakl lama kemudian.

Seorang yang bermotosikal aku kenal berhenti! Aku beritahu kereta aku tiba-tiba slow injinnya dan mati!

Dia pun periksa injin dan cuba hidupkan injin. Kemudian dia tersenyum. "Awok ni pandai pakai kereta tapi tak pandai isi minyak!"

Aduhhh!!! Aku nak suruh dia beli minyak, aku hanya ada duit Rm 2.70 sahaja dalam poket. Aku nak telefon anak aku, credit aku dah habis, hanya tunggu panggilan saja. Kawan akuntu pulak nak cepat balik kerana dia ada hal keluarga. Aku suruh dia pulang kerana dapat tutup rahsia aku tak berduit kalau dia beritahu dia sanggup pergi beli minyak.

Akhirnya aku ambil kesimpulan jalan kaki ke rumah aku. Tak ada sorang pun yang aku kenal melintasi. Mungkin ada juga yang tak berapa perasaan akan aku kerana kesamaran senja. Aku berfikiran baik.

Sampai di rumah peluh aku menyimbah membasah baju. Isteri dan anak aku tertanya-tanya kenapa aku tak ada kereta pulang. Lepas sembahyang Maghrib aku terang pada mereka.

Berderailah ketawa mereka. Anak perempuan aku bergurau, "kalau jadi Wakil Rakyat, minyak kereta habis, malulah!"

Isteri aku kata, "jangan cerita pada orang kampung! Nanti abah teruk kena sindir di kedai kopi!"

Aku begitu seronok hari ini dengan macam-macam hal yang terpaksa aku hadapi! Aku akan tanya Srinivasan; minyak kereta habis, apa dalam bahasa Tamil?

Aku menyuruh anak dan menantu aku pergi mengisi minyak dan mengambil kereta yang aku tinggalkan itu, aku pun mandi! Bila lega sedikit badan, aku menjamah kuih dan minuman, air tawar saja.

Aku seronok mengepalai kerja tersebut kerana program tersebut dirancang ketrka aku memegang jawatan Ketua Penerangan PKR Bahagian Kuala Krau. Lepas ini sebagai ahli biasa, aku hanya akan mengikut saja apa yang diarahklan oleh pemimpin-pemimpin PKR Bahagian Kuala Krau.

Ada masanya menjadi pengikut lagi seronok dari menjadi pemimpin, kerana pemimpin itu amanah! Jika amanah tidak boleh ditunaikan, maka kepimpinan itu hilang secara tidak langsung. Amanah itu tidak dapat aku laksanakan kerana ekonomi negara meleset dan aku sebagai rakyat Malaysia terkena kemelesetannya!

Aku membuka PC. Aku buka blog. Blog yang pertama aku buka seperti lazimnya ialah blog Semangat Lubok Kawah untuk aku mendapat maklumat dan arahan kerja dari Ketua Bahagian PKR Kuala Krau. Aku buka blog ini, pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, sebelum tidur sekali. Itupun kalau aku ada di rumah.

Keseronokan dengan kerja siang tadi tiba-tiba hancur berderai bilamana dalam blog tersebut dinyatakan Ceramah di Gong Halt batal kerana Polis tak luluskan permit!

Kecewa sungguh aku dengan tindakan pihak berkuasa itu. Hati aku yang kecewa ini terus mengatakan bahawa sudah tentu arahan dari pimpinan Umno/Bn yang sedang nyawa-nyawa ikan!

Semasa kami melaksanakan kerja dengan seronoknya langsung tak terlintas di fkiran kami akan kekecewaan datang di akhirnya.

Apakah demokrasi di Malaysia sudah mati? Apakah Malaysia akan menjadi Negara Polis? Namun aku rasa sikap ytang ditunjukkan oleh pemimpin Umno/Bn ini bukan saja mengecewakan aku tetapi juga mengecewakan 90% rakyat Malaysia termasuk orang-orang Umno/Bn yang telah muak dengan maklumat berat sebelah disiarkan oleh tv dan dicetak oleh akhbar arus perdana!

Esok mungkin aku hanya memendam rasa dengan rasa seronok bercampur kecewa menatap blog demi blog kerana anak aku dah kata, belum dapat gaji lagi!


SELADANG: Memikul beban lebih seronok dari memberi beban!






UMNO/BN TAK MAMPU LAGI TADBIR MALAYSIA

DENGAN tajuk di atas bolehlah disimpulkan cara rengkas mengapa pemimpin Umno/Bn kini menggunakan polis untuk menyekat perjalanan demokrasi di negara ini. Tidak meluluskan permit ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Gong Halt, sebuah kampung Melayu yang berada di hujung sempadan Temerloh - Jerantut Pahang adalah bukti bahawa polis diperalatkan oleh pemimpin Umno/Bn yang sudah tidak mampu menyekat arus kehendak rakyat beralih angin ke parti-parti Pakatan Rakyat!

Kita juga harus percaya bahawa satu tika nanti Kerajaan Umno/Bn akan membatalkan keputusan Pilihanraya Umum atau Kecil jika keputusan itu tidak menyebelahi mereka!

Dengan penggunaan kuasa polis (ikut suka hati) di merata tempat untuk menyekat kebangkitan rakyat dalam negara yang memperjuangkan dasar demokrasi ini maka jelaslah demokrasi mulai mati di negara ini dan akan terbentuk sebuah NEGARA POLIS yang mengikut telunjuk seseorang pemimpin Umno/Bn sahaja!


SELADANG: Untuk apa lagi pilihanraya?

Wednesday, March 4, 2009

SEKARANG TERINGIN BELAJAR BAHASA TAMIL

RIMAS ada lega pun ada. Inilah waktu yang aku terasa berada di dua persimpangan. Kini aku tidak lagi memegang sebarang jawatan di Bahagian PKR Kuala Krau, dulu adalah, kecil aja. Kini telah aku serahkan kembali dengan rela hati.

Bukan kerana aku merajok! Bukan kerana aku tidak sesuai mengikut rentak rakan-rakan pimpinan yang boleh dikatakan semuanya begitu laju membuat kerja parti! Banyak masa lebih dari Ketua Bahagian lagi kerja mereka! Kalau mesyuarat pun seronok juga dengar banyak cadangan dari rakan-rakan pimpinan! Bukan kerana kalah sabung!

Aku tewas dengan kemelesetan ekonomi negara sekarang ini. Orang lain aku tak tahulah. Pendapatan perniagaan aku dengan isteri aku sekarang ini merosot. Ialah ekonomi dan politik negara pun merosot, cuma pemimpin Umno/Bn kata tak merosot.

Negara kita berada lebih jauh positifnya jika dibandingkan dengan Somalia, Uganda dan Senegal berserta Laos! kata mereka. Faham-faham jelah belit mereka tu.

Untuk minyak kereta ke Kuala Krau amat mendukacitakan aku sekarang ini. Pendapatan keluarga aku hanya sekadar untuk periuk nasi sahaja. Tentu rakan-rakan dalam Umno gembira kerana berjaya menyekat sedikit perjalanan aku!

Walaupun aku kesempitan untuk ke Kuala Krau sebagai ahli biasa dan hanya tinggal jawatan sebagai Setiausaha Penaja Cawangan PKR Simpang Jenderak, aku masih mampu juga menjengok rakan-rakan yang pasti ligak berjuang saperti hebat bercakap dalam mesyuarat!

Ianya hanya mampu aku bertemu mereka (mungkin) sebulan sekali kalau tidak pun 2 atau 3 bulan sekali! Aku akan habiskan masa aku sehari di Simpang Jenderak sahaja untuk aku berjaya menubuh dan memperbanyakan ahli cawangan aku di sana dengan pertolongan beberapa orang kawan-kawan secawangan.

Setakat ini Srisivasan seorang aktivis PKR yang aktif di cawangan aku tu menghubunbgi aku mengatakan sudah tambah lagi 4 orang mengisi borang PKR. Dulu ada 27 orang + 4 = 31 ahli! Okey tu sudah boleh tubuh cawangan.

Dengar kabarnya pulak ahli-ahli PKR di Ladang Sungai Tekal pimpinan Sdr Bala juga nak joint dengan Simpang Jenderak kerana mereka juga tak cukup nak tubuh cawangan. Bila dah cukup nanti mereka boleh berdikari!

Di Kampung Dato Shariff dari risikannya sudah ada 6 orang isi borang. Dulu masa aku rayau keliling tepi Sungai Pahang dari Simpang Kuala Tekal ada juga orang tanya tentang PKR ini. Ada harapan tu! Ertinya rakyat dah nak ke PKR sekarang! Selain dari PAS dan DAP!

Di kawasan perkampungan sekeliling Simpang Jenderak ini tidak banyak orang Cina. Yang ramainya Melayu dan India! Inilah masalah aku pulak.

Isteri aku kata kalau nak menarik perhatian dan sokongan orang India dan mereka faham apa yang aku cakapkan, aku disuruh belajar Bahasa India. Bahasa Melayu aku dah tahu dari nenek moyang aku dulu.

Ya tak iya juga. Padanlah Orang Asal Jahut sekarang ini banyak masuk PKR bila Haji Suhaimi selaku Ketua Bahagian PKR Kuala Krau sudah mulah fasih cakap Orang Asal Suku Jahut. Suku Orang Asal yang mendiami kawasan Kuala Krau. Contoh yangn harus dituruti!

Kerana itu aku cakap dengan isteri aku, sebulan sekali aku akan ke Kuala Krau, bawa buku kecil., disamping kerja cawangan PKR Simpang Jenderak, aku akan belajar Bahasa Tamil dari Serivasan dan Bala. Pagi aku datang buat kerja parti tengah malam boleh baliklah. Aku akan rakamkan perbualan aku dengan guru-guru bahasa Tamil aku itu nanti. Dalam kereta pulang ke rumah aku boleh dengar!

Cawangan Simpang Jenederak tu banyak ahlinya Kaum India!

Bila aku sampai pagi, balik tengah malam menjelang subuh! Banyak yang aku boleh lakukan untuk kemajuan cawangan dan diri aku belajar Bahasa Tamil, itupun kalau rakan-rakan tolong!

Ertinya sebulan sekali aku ke kawasan Simpang Jenderak! Sebulan sehari semalam aku di Simpang Jenderak! Lepas jugalah emosi perjuangan aku dari terpengap di rumah hanya melihat blog sahaja. Tentulah isteri aku mampu nak hulur duit minyak kereta sebulan sekali!

Jika ada rakan-rakan nak jumpa berbual seketika sambil kita jalan-jalan jumpa masyarakat Kawasan Simpang Jenderak silakanlah. Tapi anda dingatkan jangan bercakap yang tak tentum pasal dan membuang masa aku. Namun aku percaya kita susah nak bertemu kerana semua mungkin terus sibuk kerana kita akan tawan DUN Jenderak di PRU 13.

Masa Pilihanraya nanti bolehlah aku bersama-sama jaga Unit Peti Undi Kampung Jenderak atau Kampung Dato Shariff!

InsyaAllah aku mula menyusun gerak kerja cawangan PKR Simpang Jenderak dan melembutkan lidah untuk belajar Bahasa Tamil setelah aku melepaskan semua jawatan dalam Bahagian Kuala Krau ketika sumber kewangan meleset sekarang ini!


SELADANG: Mula cari ubi gadung!

Tuesday, March 3, 2009

SPRM AGENSI GAJAH PUTIH ?

PADA awalnya dijangka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi satu agensi yang amat diharapkan untuk menstabilan politik, ekonomi dan pentadbiran negara Malaysia ini untuk membersihkan saki baki kejahatan musuh nombor satu negara iaitu rasuah disamping menghalang salah laku dan penjenayahan rasuah serta penyelewengan.

Rakyat Malaysia rata-rata bagaikan menyokong kewujudan SPRM untuk mereka dapat meluahkan rasa kesedaran terhadap kejahatan rasuah, penyelewengan kuasa dan salah laku.

Namun setelah dilihat hampir sebulan ianya aktif, dari tindak tanduk yang dilakukan oleh SPRM mulai meragukan rakyat dimana ianya lebih banyak dilihat diperalatakan oleh pemimpin Umno tertentu.

Ditambah pulak dengan kenyataan Najib Rosmah yang mengatakan mereka yang membuat aduan pada SPRM akan menerima padah yang buruk jika tidak benar!

Apakah benar atau tidaknya keputusan jika aduan itu ianya tidak disiasat?

Apakah SPRM bebas dan telus para pegawainya menjalankan tugas dan tidak mengikut telunjuk satu-satu pihak?

Apakah Najib Rosmah sanggup membiarkan saja ketelusan SPRM jika terkena pada batang hidungnya dan juga para kroninya?

Dengan amaran yang diberikan Najib Rosmah terlebih dulu sebelum SPRM membuat kerja, maka rakyat mulai takut jika aduan mereka diputuskan palsu atas telunjuk satu-satu pihak yang berkepentingan.

Oleh itu SPRM akan menjadi agensi Gajah Putih kerajaan yang bakal dipimpin oleh Najib Rosmah pada akhir bulan Mac 2009 ini dengan hanya menunggu berfungsi bila Najib Rosmah mengkehendakinya sahaja bertindak.

SPRM menjadi satu lagi spesis agensi kerajaan diragui peranannya oleh rakyat selepas SPR dan Polis!

SELADANG: Kesihan melihat gajah menjadi hamba tunggangan keramaian dan alat persembahan sarkis sahaja. Bebas tapi kaki tetap berantai dan besi tajam tersedia di tangan gembala!

Sunday, March 1, 2009

ANTARA CADANGAN KESELAMATAN MP PEMBANGKANG

SETELAH berlakunya serangan dan serbuan biadap oleh ahli dan pemimpin Pemuda Umno terhadap MP Pembangkang di kawasan bangunan Parlimen Malaysia, dapat diperlihatkan Umno sudah mula bermain sesuatu yang tidak diingini oleh budaya negara ini serta bertentangan dengan akta keselamatan individu dan negara.

Pengalaman lemahnya kawalan pasukan keselamatan di Parlimen walaupun pihak polis mendakwa anggotanya cukup tetapi tidak bermakna kawalan kemas! Mungkin kebiadapan itu digerakkan oleh Umno maka keselamatan untuk ahli parti Pembangkang dianggap mudah saja berbanding jika ianya dianggarkan untuk berlaku kepada pihak Umno/Bn walaupun tidak pernah berlaku seperti apa yang dilakukan oleh pemuda Umno terkini!

Nyata kawalan keselamatan amat lemah untuk individu. Kalau untuk MP sudah tidak terjamin keselamatannya, apatah lagi dengan rakyat biasa. Pihak polis juga tidak membuat penjelaskan dan sesuatu tindakan terhadap mereka yang melakukan kelakuan budaya tidak bertemaddun itu. Adakah kerana ianya dilakukan oleh Umno?

Oleh itu disarankan kepada MP Pembangkang:

1) Jangan terlalu yakin dengan keselamatan yang diberikan oleh polis.
2) Adakan pengawal khas pribadi.
3) Pakai baju kalis peluru.
4) Siapkan penyembur kecil berisi air lada dalam baju.
5) Belajar dan mahirkan seni mempertahankan diri.
6) Sentiasa berdoa agar Allah menyelamatakan perjalanan semua.

Saranan ini jangan dipandang rengan. Dunia telah masuk ke arah globalisasi. Tambahan pulak di bawah pentadbiran Najib Rosmah tak lama lagi sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia, tak tahulah apa akan jadi Malaysia ini.

Demokrasi telah mati di Malaysia?



SELADANG: Sabar pertahanan utama.