Sunday, May 2, 2010

CERITA RAKYAT MODEN: INGATKAN SERIGALA RUPANYA ANJING - Tukar Dengan Wang Dan Pangkat!

AL-KISAH maka menggemalah hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang dengan suara lantang dan petah dari salakan Sang Serigala Tambatan penjaga Karung Rahsia bertimbun di dalam gua entah di mana?

Di mana saja salakannya, maka penghuni Alam Serabut Seribu menunggu terbukanya Karung Rahsia yang dikatakan ada tujuh dalam simpanan dan jagaan Sang Serigala Tambatan!

Tunggu punya tunggu, punya tunggu! Bukan sahaja cerita Karung Rahsia tidak terbuka, malahan suara Sang Serigala Tambatan semakin luntur dan semakin menyepikan hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang. Lalu Sang Serigala Tambatan pun entah ke mana meninggalkan perjuangan yang sekadar menceritakan 'Karung Rahsia' sahaja itu.

Tiba-tiba suara lantang si anu tu telah bertukar menjadi lunak dan nyaring serta gagap dari garau menggema satu tika dulu! Arah salakannya pun sudah berbeza! Ianya datang dari bandar dan kota menghala hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang!

Salakannya bukan lagi salakan seekor Serigala! Salakan kini adalah salakan seekor Anjing (kalau pun tak makan taik, cium mahu juga) Peliharaan!

Cerita Karung Rahsia sudah tidak ada, konon ampunya cerita, ianya adalah rekaan sahaja, ertinya si Anjing Upahan ini pandai mereka-reka untuk menarik perhatian isi Alam Serabut Seribu!

Kalau dulu ianya pendongeng cerita, kini dan selamanya, suaranya adalah suara dongeng sahaja. Untuk apa dongengan itu?

Oh! Kata ampunya hikayat, ini semata-mata mengejar wang dan pangkat! Harta bertimbun yang telah diperolehi dan diharapkan sebagai Anjing Upahan. Sebagai seekor binatang yang berotakkan 'dapat makan' akan terus memperbanyakan cerita - cerita dongengnya terhadap siapa sahaja yang mahu menentang tuan baru yang menjadi Pemerintah Alam Serabut Seribu ini!

Demikianlah bentuk rupa binatang cerita dongengan. Namun ianya bila-bila masa boleh berubah demi berapa upah dan tinggi mana pangkat yang mesti dibayar untuk bertukar wajah dan suara?

SELADANG: Suka kumpul cerita rakyat moden!

No comments: