Saturday, January 15, 2011

Subsidi kelentong rakyat: ANAK AYAM & BENIH NANGKA MADU

HAMPIR menjelang Pilihanraya Umum maka Kerajaan Barisan Nasional melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang rapat dengan rakyat luar bandar mulalah menabur subsidi sebagai tanda ingatan dan buah tangan (jangan sebut rasuah) menandakan prihatinnya Umno/Bn terhadap rakyat terutamanya mereka yang miskin tegar!

Tahun demi tahun pemimpin Bn terutamanya pemimpin Umno memberikan ucapan untuk menghapuskan kemiskinan tegar tetapi kemiskinan itu terus cambah subur. Apakah kemiskinan adalah keutamaan Kerajaan Bn mengikat rakyat untuk terus mendapat sokongan ?

Subsidi yang dihulurkan sememangnya tidak boleh mengeluarkan rakyat yang miskin terutamanya miskin tegar dari kepompong kemiskinan. Malahan kini rakyat bertambah sudah untuk menuju kemiskinan.

Bayangkanlah bagaimana rakyat yang miskin berjaya keluar dari kemiskinan. 25 ekor anak ayam (samada benih baik atau tidak) disubsidikan kepada rakyat dalam masa hampir menjelang PRU.

Bagi rakyat miskin dan luarbandar yang mahu bertani pula, kerajaan mengsubsidikan sebatang anak nangka madu pada setiap keluarga.

Namun di dalam media pencacai Bn akan diumumkan 100 ribu anak ayam diberikan percuma kepada rakyat luarbandar dan 10 ribu batang benih nangka madu diberikan percuma kepada rakyat miskin luarbandar.

Tidak disebut berapa orang yang menerima jumlah tersebut. Jelasnya setiap orang mendapat 25 ekor anak ayam dan sebatang benih nangka madu.

Maka propaganda demikian melalui akhbar pencacai kerajaan Bn akan mempengaruhi rakyat yang kaki anggok dengan pemimpin Bn.

Hakikatnya propaganda begini tidak dapat mempengaruhi generasi muda negara terutamanya mereka yang mengundi di saluran 2 dan 3. Subsidi yang mengelirukan rakyat ini tidak akan dapat menjamin kemenangan Bn di PRU ke 13 nanti.


SELADANG: Menyedarkan rakyat tentang kelentong Kerajaan Bn di luar bandar.


No comments: