Tuesday, December 30, 2008

TANG TUM BUNYI APA ITU ?

(Puisi Malam 31 Disember 2008)
Add Image
Tang tum
Oiii bunyi apa itu?
Bunyi mercun tarian naga
Tahun Baru Cina ke?

Tang tum
Oiii bunyi apa itu?
Pukulan gendang tambla
Hindu menyambut Deppavali ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Buluh lemang terbakar
menjelang esoknya Aidilfitri dan Aidiladha ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Belon pecah
Krismes yang meriah ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Rentak rock
menyambut 2009 menjelang tiba ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Tembakan meriam
Menyambut ulang tahun merdeka ke?

Tang tum
oiiii bunyi apa itu?
Tong undi disepak
kalah dalam pilihanraya ke?

Tan tum
Oiii bunyi apa itu?
Kayu, daging dan tulang berserak
C4 meletup sendiri ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Mercededes bertembung
milik menteri atau Wakil Rakyat ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Peti duit dihempas
isinya sudah diagih pada perwakilan ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Tangki getah ditebuk
harganya amat murah ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
tepukan meja ahli parlimen
menyokong harga barang naik ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
pintu pagar banglo
ditutup wakil rakyat ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Pintu penjara ditutup
tahanan ISA di dalam ke?

Tang tum
bunyi apa itu?
rakyat berarak di jalan
meminta belas kasihan ke?

Tan tum
Tang tum
Tang tum
Tang tang tang
Tum tum tum !!!!
Bunyi apa itu?
Entah! Aku pun belum dapat tahu!

SELADANG
Teratak Tok Peran
Pahang.

(Puisi ini telah saya baca pada 31 Disember 2009 di Malam Puisi Menjelang 2009 bertempat di rumah Dato Kamal Amir Hijja Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur)

Sunday, December 28, 2008

Puisi Hujung Tahun 2008


SIAPAKAH YANG LUPAKAN DIRINYA?
(Untuk renungan Dato Hissamuddin Hussin)

Lalu memikirlah tentang diri dia
telah kian lama bertahta
dan menceritakan tentang bangsanya
harga bahasa untuk budaya temaddun
bangsanya yang kian hancur
lebur dimamah
kegilaan pencarian
yang tidak ketemu keputusan.

Diakah yang meleburkan bahasanya
dari anak kecil lupa ibunda penyusu
mempertahankan sistem yang karut
bagi bangsa bertamaddun dan merdeka
bahasa ibundanya
hanyalah kemuncup di tepi jalan

Demikian anak bangsanya dididik
dari fikiran rakus meruntuh
mertabat bangsa yang utuh
terkulai di tangan orang berkuasa
dalam tutur kegampangan penjajah
yang sekadar mempertahan kuasa.

Siapakah yang memperlekehkan Melayu
dengan mengenepikan bahasanya?
Siapakah yang menonjolkan bahasa penjajah
mengatasi bahasa Melayu
Bahasa Rasmi bumi ini?
Siapakah yang mempertahankan
pembelajaran bahasa keramat penjajah itu?]
Siapakah yang mempertaruhkan bangsanya
dengan menggadaikan bahasanya?
Siapakah yang mencarekkan Bahasa Rasmi
di Perlembagaan Negara ini?

Kitakah yang memerdekakan diri
atau kitakah yang dimerdekakan
dengan seribu janji
yang mesti dipatuhi?

Bahasa Melayu
waktu demi waktu terkulai layu
di tangan si jalang yang berkuasa
kononnya dialah pejuang
bangsa dan negara dari terbuang.

Apakah si celaka
merobek bahasa bangsanya
akan terus bertuah dan gagah
memekakkan telinga
menutup pintu hati
memutus di fikiran
menuduh sembarangan
penentang bahasa penjajah
adalah petualang negara!

Siapakah yang lupakan dirinya?
Siapakah si jahat itu?


SELADANG
Teratak Tok Peran,
Pahang.
28hb. Disember 2008




Monday, December 22, 2008

MENJAWAB PENCABULAN IDEA ...

Suka-suka cerita ...

ANJING UPAHAN TIADA IDEA

ANJING -anjing upahan yang semakin lapar terus menyalak dan menyeringaikan taring. Mula mencemuh dan bercakap menuduh yang bukan-bukan! Mula mencuri idea orang dan menokok tambah dengan cerita jahat dan menyiarkan gambar lucah!

Maka jelaslah bahawa anjing-anjing upahan ini adalah binatang paling bacul! Bacul! Bacul! Tiada perkataan yang sesuai untuk anjing-anjing upahan ini selain perkataan itu! Jelaslah bahawa anjing-anjing upahan hanya tahu mencelah idea orang lain!

Yang paling jelas sekali ialah anjing-anjing upahan hanya pandai mengutuk sahaja dan langsung tidak mendatangkan ilmu sedikit pun. Blog mereka adalah blog biadap yang tidak mencerminkan budaya bangsa yang kononnya mereka perjuangkan. Ketemaddunan manusia dan bangsa langsung tidak bersarang di hati perut mereka ini! Mereka adalah poerosak jenerasi bangsa mereka akan datang! Mereka seperti juga tuan-tuan mereka!

Amat layaklah anjing-anjing ini dipanggil anjing upahan!


SELADANG: Kenal sangat ampunya suara anjing-anjing itu!

Saturday, December 13, 2008

3 EKOR ANJING

Saja-saja nak cerita ..

ANJING pertama: Duduk depan pintu pagar. Orang lalu salak. Orang masuk pagar juga salak. Nak repong kaki musuh belum tentu. Suara nak kuat melalak. Ada masa tuannya juga disalak. Balik sumpah lalu pun disalak. Biawak pun disalak. Babi pun disalak. Lembu pun disalak, Daun jatuh pun disalak. Bulan mengambang pun disalak. Roket naik ke angkasa pun disalak. Nampak anak bulan kembar pun disalak. Awan berarak pun disalak. Tugasnya menyalak saja untuk dapat sepinggan nasi pagi, sepinggan petang. Ada masanya sepinggan sampai pagi petang berlaukkan kepala ikan takok masin! Sesekali ada juga disuruh mengintai-intai sarang musuh tuannya. tapi tidak boleh bertindak. Tunggu arahan tuannya. Anjing ini dipanggil Anjing Pengampu!

ANJING kedua:
Duduk dalam rumah. Comel. Mata bersinar cahaya. Manja. Main atas kosyen lembut. Tidur atas tilam empok. Makan sedap-sedap, ada masa diimpot dari luar negara. Selalu dibawa berjalan-jalan oleh tuannya. Suaranya halus. Sekali bunyi menghiburkan tuannya. Untuk menjaganyalah terpaksa tuannnya cari duit lebih selain dari gaji dengan elaun. Ada masa tuannya kena ambil rasuah kalau pun tidak mencuri balak haram,. Mencuri pasir haram! Anjing ini dpanggil Anjing Haram Jadah!

ANJING ketiga: Garang! Muka bengis saja. Selalunya diberikan arak atau pil perangsang bengis sebelum memburu. Pantang jumpa musuh tuannya, hambat, belasah, pijak kerumun ramai-ramai, gigit, kitai, repong, heret. Makanannya pun tak seberapa juga. Ada masanya tersalah langkah dia pula kena seret oleh tuannya kerana tuannya nak cover line siapa bunuh panda comel? Anjing ini dipanggil Anjing Mabok Todi!

Kalau diminta memilih, anjing mana yang anda pilih? Pilihan anda biar tepat, kalau tidak anda akan menerima bencana kerana "melepaskan anjing tersepit".




SELADANG: Suka berlawan dengan serigala!

Saturday, December 6, 2008

KENAPA UMNO NAK TUMBANG ??

Kita nyanyi lagu lama ...

TANYA SAMA ANGIN

Tanya sama pokok
Apa pasal goyang ?
Nanti jawap pokok
Angin yang goncang

Tanya sama angin
Apa pasal goyang ?
Nanti jawap angin
Umno nak tumbang.

Tanya sama Umno
Apa pasal nak tumbang ?
Nanti jawab Umno
Ahli dah berang.

Tanya sama ahli
Apa pasal berang ?
Nanti jawap ahli
Sebab politik wang.

Tanya sama poilitik
Apa pasal wang ?
Nanti jawap politik
Memang amalan!
Memang amalan!
Memang amalan!!!!


SELADANG: Terbau debu lalang terbakar.

Sunday, November 30, 2008

HADIAH TUKANG JAHIT KECIL

(Puisi buat Anwar Ibrahim)













Satu tika dulu
bawah bumbung bocor-bocor
simen lantai hancur-hancur
Pasar Dato Keramat pinggir Kuala Lumpur
tukang jahit kecil ini
antara penghuni pasar mencari rezeki
mengayuh kaki melenggok tangan
meminta suatu pertolongan
baikilah pasar ini
tempat penampung rezeki kami !

Berita ini sampai pada seorang menteri
turun ke pasar dan perbaiki
tersergam kembali bangga
tempat berteduh peniaga !

Sepuluh tahun menjangkau masa
tukang jahit ini tidak pernah lupa
jasanya menteri itu
walaupun menteri itu dipenjara
dengan tuduhan yang diada-ada
dari satu konsperasi undang-undang rimba
melumpuhkan perjuangan suci
menyekat keadilan rakyat di negara demokrasi !

Sepuluh tahun itu
tukang jahit kecil ini berhati jitu
tetap kental menunggu
bersama setahun sehelai baju
sebagai hadiah pada bekas menteri
yang terus berani tanpa henti
membawa reformasi
suaranya adalah suara rakyat
perjuangannya adalah perjuangan rakyat
jiwanya adalah jiwa rakyat !

Baju itu dipamerkan malam ini
ditubuh bekas menteri pencetus reformasi
hadiah dari seorang rakyat
tukang jahit kecil Pasar Dato Keramat
yang tidak pernah kenal kalah dan mengalah
dalam perjuangan besar dan gagah
membujur lalu melintang patah !

SELADANG

Kongres PKR Ke 5.
Stadium Melawati
Shah Alam, Selangor
12.00 malam, Sabtu
29 November 2009

Friday, November 28, 2008

BICARA 9

Mari berpantun ...

PEMBAYANG LAMA
MAKSUDNYA BA
RU



Kelip-kelip disangka api
Kalau api mana dapurnya?
Duit-duit pembeli undi,
Tidak memikir apa padahnya.


Lancang kuning berlayar malam,
Haluan menuju ke laut dalam;
Dapat duit diam diam,
Nanti jawatan dianggap haram.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Kiri makan kanan pun makan,
Masa mengundi tak siapa tahu.

Harap-harap kelapa puan,
Kalau tak puan kelapa bali;
Harap harap dapat jawatan,
Umno hancur tidak peduli!




SELADANG: Hidu asap api embun berderai ...