Bila seseorang pemimpin atau nak jadi pemimpin Umno (bawah-pertengahan-tinggi) hulur wang untuk tujuan tertentu pada dirinya - ianya tidak boleh disebut rasuah - sebut saja politik wang! Baru tak kena apa-apa tindakan undang-undang! Sebab politik wang tidak ada dalam akta BPR yang digubal Umno/Bn ....
Ahli-ahli biasa habuk pun tak da!!! Entahlah ....
Ahli-ahli biasa habuk pun tak da!!! Entahlah ....
FULUS OH FULUS
Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus
Perwakilan minta fulus
Perwakilan minta fulus!
Perwakilan oh perwakilan,
Mengapa minta fulus?
Macamana tak minta fulus
Pemimpin kaya raya
Pemimpin kaya raya!
Pemimpin oh pemimpin
Mengapa kaya raya?
Macamana tak kaya raya
Dapat duit komisyen
Longgok duit rasuah!!!
Umno oh Umno
Bila lagi tak guna fulus?
Tunggu Umno hapus
Tunggu Umno pupus!!!!
SELADANG: Takut dibakar api ....
5 comments:
Assalamu'alaikum Wr,Wb
Salam sejahtera!
Mereka memang dah 30 tahun bekerja membeli orang supaya sokong mereka, dan mereka sebenarnya kaum kerabat Fiaun
Biarkan lah Umno dengan wangnya. Siapa yg tak perlukan wang? Adakah PKR & Pas tiada wang? Atau adakah wang itu dipersia-siakan?
Samada Umno Pas atau PKR..sebut saja ada org nak beri wang pasti akan meluru datang...
Anwar Ibrahim tidak perlu wang?
Nik Aziz tidak perlu wang?
Hadi tidak perlu wang?
Tokperan tak perlu wang?
Anak Pahang Jati tidak perlu wang?
Jangan berpura2...
waallahualam
Memang wang diperlukan tapi ianya bukan untuk dijadikan bahan sogokan. Dengkal sangatlah fikiran jika berhujjah bahawa wang itu boleh diambil dan dihulur cara apa pun, halal atau haram dengan dasar matlamat menghalalkan cara!
Jika dasar itu digunakan, maka akan runtuhlah moral dan perjuangan seseorang atau sesebuah pertubuhan itu kerana wang demi kepentingan pangkat dan jawatan.
Yang jelas kini ialah dalam pemilihan UMNO! Diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO sendiri termasuk mantan Presiden UMNO!
Setuju dengan komen Anak Pahang Jati. Sebenarnya semua sama saja. PKR atau PAS sama. Malah semasa An War sebelum jadi TPM guna banyak wang untuk dapatkan pencalonan. Saya masih ingat dan saya kerana saya mengikuti. Pengikut PAS dan PKR pun sama. Seperti kata APJ, kalau Tok Peran macam mana?, jangan tipu diri sendiri. Bezanya antara sedikit dan banyak. Yang dapat sedikit akan tak puas hati kepada yang dapat banyak.
HNH Kelantan. Assalamualaikum, saya baru ketemui blogerilah ini. Nantilah saya buat komen selepas diteliti kandungannya. Wassalam
Post a Comment