Thursday, April 30, 2009

JIMAT DUIT RAKYAT UNTUK MENERUSKAN KHIANAT ?

NAMPAKNYA macam lebah, sarangnya disembar helang - tak tentu hala nak terkam - akhirnya berduyung pindah mengikut permaisuri ke pohon lain dengan serentak bunyinya ....ngongggggg ... sedap sungguh iramanya itu.

Begitulah dengan pemimpin Umno/Bn dan agensi-agensi kerajaan yang bersekutu dengannya sentiasa menyebut ayat 'jimat duit rakyat' sepanjang pertuturan kini terutamanya SPR!

Mr. One Malaysia sebut 'jimat duit rakyat' belacinya pun sebut 'jimat duit rakyat' ! Macamlah beriya sangat si hamba Allah ini nak menjaga duit rakyat sedangkan sebelum ini Kerajaan Umno/Bn termasuk si hamba Allah tersebut telah banyak membazirkan duit rakyat dengan beberapa projek yang tidak berfaedah kepada rakyat serta mengadakan acara keraian terang-terangan membazirkan duit rakyat!

Apakah kononnya menjimatkan wang rakyat - rakyat akan mewah dan senang? Atau menjimatkan wang rakyat untuk memudahkan pemimpin Umno/Bn nak mengebasnya cara tersendiri yang tidak dipanggil rasuah tetapi disebut komisyen bersandarkan projek atau pembelian yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Mr One Malaysia?

Maka laongan slogan itu pun terikut-ikut oleh rakyat yang tak tahu apa-apa sedangkan dulu lagi wang untuk diagih-agihkan kepada mereka memang dijimat-jimatkan oleh Kerajaan Umno/Bn - tetapi pemimpin Kerajaan Umno/Bn pula menghianatinya dengan melakukan penyelewengan menguntung kroni dan pembaziran!

Satu Malaysia atau guna satu mata tadbir Malaysia ?

SELADANG: Masih mencari jawapan siapa sebenarnya yang kebas duit rakyat Rm 510 juta atas nama komisyen kapal selam Altantuyya.

Wednesday, April 29, 2009

KITA BERBAGI SAMA RATA

LAPANGKAN FIKIRAN MENGHAYATI PUISI SAHABAT ...

Mari kita rebahkan mentari pagi ini
kita belah dan berbagi
sama banyak tanpa haloba
sampai matilah kita benderang sendiri
orang lain bergelap kita apa peduli
pergilah mati!

Malam nanti kita ambil pula bulan
kita kerat ambil seorang sebelah
orang lain jangan kita pedulikan
malamnya gelita tak dapat bercumbu rindu
pergilah mati!

Esuk pula kita berbagi Titiwangsa
dari gunung Tahan ke Teberau
engkau ambiklah
dari Genting Highland ke Segenting Kera
aku nak
di puncaknya kita bena mahligai
engkau satu aku satu.

Orang lain nak duduk dalam laut ke
dalam parit ke
dalam longkang ke
kita peduli apa
pergilah mati!

Sekarang engkau dah tengok sendirikan
bahawa
aku sikitpun tak tamak
segalanya kita berbagi sama rata.

yassinsalleh
lebuhraya timur - barat
29 april 2009

pulang dari meniduri
mimpi ...

SPR: Tepi-Tepi Hantu Nak Lalu!

BILA Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) umumkan larangan membina pondok panas oleh parti-parti politik yang bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Penanti 31 Mei 2009 nanti ianya bukan saja melanggar peraturan Pilihanraya yang selama ini diamalkan dengan pembinaan pondok panas sejarak 50 meter dari pusat mengundi larangan tersebut juga boleh diandaikan mempunyai satu tujuan utama iaitu memberi kemenangan kepada calon BN.

Pondok panas lazimnya sebagai tempat penyemakkan daftar pemilih terakhir oleh pengundi juga menjadi tempat pemantau oleh parti-parti politik yang bertanding jika ada pengundi hantu dibawa masuk untuk memenangkan parti berkuasa - ianya Umno/Bn!

Jika ada pondok panas pun berlaku kekalutan tentang kehadiran pengundi hantu inikan pulak bila tiada tempat pemantau tersebut. Bebaslah hantu keluar masuk!

Oleh itu untuk kali ini setelah kian banyak kali Bn tewas, maka SPR berusaha untuk memenangkan Umno/Bn pimpinan Mr. One Malaysia dengan gelagat bukan saja memeluatkan tetapi melanggar prinsip demokrasi dan peraturan Pilihanraya.

Seolah-olah SPR amat besar kuasanya dan menggunakannya secara ikut suka aku demi kermenangan Bn.

Sikap membodek SPR yang hodoh dan bodoh ini seperti memberikan laluan kepada pengundi hantu untuk kemenangan BN. Apakah ini kejutan yang dibawa oleh Mr. One Malaysia untuk menyatakan Umno/Bn diterima oleh rakyat ?

Orang kuat SPR menyatakan larangan membina pondok panas adalah bertujuan untuk para pengundi datang dengan aman- tenang dan tiada dikacau fikiran mereka!

Apakah SPR berpandapat bahawa pengundi di DUN Penanti ini jahil sangat ke? Jangan cuba mengkambing hitamkan pengundi untuk memenangkan Bn. Cuba sebut berapa banyak pengundi yang mati dikerumun oleh perayu undi di pondok panas?

Jangan beri alasan yang tidak munasabah kerana ianya menampakkan ketidak cerdik dan kebodekan SPR terhadap Umno/Bn sendiri!

Jika nakkan benar-benar aman dan tenteram - buat saja undi lambung duit di tempat penamaan calon antara calon-calon yang bertanding - Duit rakyat tak habis - SPR makan gaji buta - Demokrasi mati!


SELADANG: Tabik tok anak cucu nak lalu!

Tuesday, April 28, 2009

BILA LEMBU DITINDIK HIDUNG

PAGI tadi aku senyum sendirian bila tiba-tiba lembu jantan aku yang berusia 2 tahun lebih itu menghampri aku dan menjilat-jilat lengan aku.

Lembu jantan aku ni masa kecilnya memang suka berkejaran di kawasan rumah aku. Ianya menjadi hiburan kepada keluarga aku dengan gelagatnya melompat dan tekun makan rumput di kawasan halaman.

Bila usianya menjangkau 2 tahun, ia dah mula buat hal. Ada masa balik ke kandang, ada masa ke kandang lembu jiran. Nak cari apa itu aku tak nak sebutlah ....

Lama-lama terus tak balik-balik. Tinggallah lembu-lembu betina dan jantan jaras saja yang pagi ke padang dan petangnya pulang ke kandang. Si lembu jantan terus bertandang.

Hampir 3 bulan ianya bertandang, aku tak sedap hati juga. Tak kan lembu kita orang jaga. Lalu aku tangkap. Susah juga nak bawa balik ke kandang belakang rumah aku. Ianya tak mahu berjalan. Hampir 20 orang anak muda kampung tolong aku mengheret lembu jantan itu pulang.

Sampai di kandang. Si Lembu jantan ini ditambat lehernya dengan tali dan diikat pada batang kayu tepi kandang.

Esoknya aku dengan adik aku dan beberapa orang rakan menindik hidungnya! Dua hari lepas ditindik hidung aku pun lepaskan tali pengikat tapi masih dikurung dalam kawasan rumah aku.

Seminggu kemudian aku lepaskan ia dengan kelikir masih dihidung. Baik sungguh! Taat sungguh! Pagi lepas petang balik, ada masanya tengahari dah balik.

Rupanya lembu kalau kena tindik hidung memang taat, memang setia, memang bodoh!


SELADANG: Bukan dari baka lembu!

Monday, April 27, 2009

CADANGAN UNTUK BN MENANG PRK DUN PENANTI

MEMANDANGKAN SPR sudah berkelabut untuk memikirkan kemenangan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah + Mahathir di PRK DUN Penanti, dicadangkan:

1) Wakil SPR jemput calon - pencadang dan penyokong di rumah. Lepas tu tak kiralah nak disembunyikan oleh Hantu Kopek luar perkiraan.

2) Kertas pencalonan diisi oleh SPR sendiri tanpa ditunjukkan pada calon - pencadang dan penyokong.

3) Polis unit kepala merah di bariskan 7 lapis keliling tempat penamaan calon dengan meriam air asid serta siap sedia dengan gas pemedih mata. Jangan bawa c4 sudahlah!

4) Cepatkan jarum jam SPR supaya waktu penamaan calon tamat cepat. Kalau ada bantahan jangan risau serah pada mahkamah dan Linggam sedia menghubungi para hakim.

5) SPR hadiahkan tv besar pada setiap bilik gerakan Bn agar pengundi dapat melihat propaganda bodoh para menteri Bn.

6) Polis buat perintah berkurung 24 jam dari 23 Mei hingga 31 Mei 2009 di kawasan DUN Penanti. Makan mimum para penduduk yang terlibat akan ditanggung oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kebajikan Masyarakat!

7) SPRM ditugaskan menunggu simpang jalan ke kawasan DUN Penanti - Mana-mana kereta penyokong pembangkang masuk sila hambat keluar dengan mengatakan: "anda melakukan penyelewengan jalan raya dan boleh didakwa."

8) Hari mengundi (jika berlaku pertandingan - mungkin Hantu Kopek tak cukup duit nak jamu mangsa - duit komisyen kapal selam Rm510 juta dah habis) diarahkan pengundi sahaja keluar dengan menaikki kereta polis menuju ke tempat mengundi. Masa dalam kereta tu bolehlah kempen cara apa sekali pun untuk undi Bn. Balik boleh jalan kaki!

9) Tidak dibenarkan sesiapa pun berada dalam tempat mengundi kecuali - Polis - SPR - SPRM dan pengundi yang hendak mengundi hanya memerhati sahaja kertas undi mereka dimasukkan ke dalam tong undi.

10) Tv dan radio Bn boleh buat siaran langsung dari pukul 6 pagi hingga 6 petang dan belum tamat tempuh masa pengundian sudah boleh umum: " Calon Bn mendapat ..... Calon pembangkang tidak dapat apa-apa. Dengan ini sah dan nyata calon Bn menang di DUN Penanti!"

Malam itu juga Rtm akan temuramah dengan Najib Rosmah. Antara kata-katanya yang telah didraf oleh belaci di Bernama 5 hari sebelum hari pengundian: " .... kita telah melaksanakan demokrasi dan inilah kehebatan konsep One Malaysia yang saya bawa ...."


SELADANG: Mencari habat dalam hebat!

KALAULAH DALAM MIMPI

SEKETIKA BERSAMA PUISI SAHABAT ....

"Tolonglah berhenti
nyanyi boleh tak?"

Khianatnyalah,
nyanyian itu
mendera
bagaikan menabur bara pasir
ke mata fakir
nestapa.

Betapalah ya,
mampunya aku
sekadar menyisir rambutnya
bagaikan
angin timur menunda buih
ke pasir rindu
yang tak kesampaian.

Lagu yang kau tak mau
kedengaran itu
kalaulah dalam mimpi
itu adalah genta sepiku
yang tak terbisikkan
itu adalah rontaan rinduku
membenamkan gelisah
pilu yang singgah,
kakinya luka
tertancap
pecahan kaca jendela
yang enggan dibuka.

Alahai,
kalaulah sekadar menyanyipun
sudah demikian kau
angkuh serakah
betapalah gerangan
amarahmu meledak
sekiranya aku minta pinjam
sebiji viagra
dan angsa tua
yang kau tiduri itu.

yassinsalleh
kuala lumpur
27 april 2009

mencari esuk
untuk menempah
lusa
yang tak tau
berkata-kata.

PRK PENANTI - Pertandingan Mencipta Ayat Sumpah ....

23 MEI 2009 SPR tetapkan tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Kalau ada pertandingan 31 Mei 2009 membuang undi. Rakyat Penanti pasti ternanti-nanti.

Selain menanti 'durian runtuh' seperti hadiah, subsidi serta ugutan dan pemantauan tak tentu pasal oleh pihak Polis - SPR dan SPRM, pengundi Penanti juga munginkah menunggu sumpah baru Najib? Mereka dah lupa dengan sumpah lama dulu.

Adakah boleh sekarang ini dicadangkan dari awal untuk satu pertandingan mencipta ayat-ayat sumpah menyumpah ?

Semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dulu, Najib telah bersumpah bahawa dia tidak kenal dengan janda Monggolia bernama Altantuyya yang mati dan badanya hancur oleh bom C4.

Oleh kerana perkara tersebut mungkin dibangkitkan kembali oleh pengundi Penanti maka haruslah dipersiapkan ayat-ayat lafaz agar tersusun dan kemas mengikut lunas-lunas sumpah dalam Islam. Mungkin Mufti Perak yang hebat tetapi berdiam diri dengan program Jom Heboh di Lumut itu boleh membetulkannya kalau ada sikit-sikit bahasa Arab yang telur lidah menyebutnya!

Kalau tidak ianya akan menjadi sesumpah yang mana kalau pada batang warnanya bertukar kelabu, kalau pada daun warnanya hijau!

Bolehkah pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan seantaro dunia dan dicadangkan juga masjid mana yang sesuai? Masa terhad! Bahasa biar beradap kalau tidak aku tak siarkan. Siapa cepat dia dapat! Dapat apa tak tahu lagi! Jangan dapat ISA sudahlah!

Hakimnya akan ditentukan oleh Linggam tetapi bolehkah Mahathir izinkan?


SELADANG: Teringat hakim gula-gula Hacks!

Sunday, April 26, 2009

SPRM DAH HABIS KERJA ? Fail Kes Melibatkan Pemimpin Umno Tercicir Atau Dicicirkan Atas Arahan ....

JANGAN tidak nak buat kerja - kerja yang ada berlambak tak diselesaikan, cari pula kerja baru yang tak tentu lagi hujung pangkalnya. Itulah dia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - agensi yang dianggap oleh setengah pihak sebagai menjaga kepentingan pemimpin Umno.

Terkini SPRM membuka ruang untuk menyiasat dan bertindak jika ada aduan atau dilihat bibit-bibit rasuah dalam pemilihan kepimpinan PAS pada bulan Jun akan datang.

SPRM dah habis kerja ke? Atau SPRM ditunjuk oleh satu pihak untuk mengaburi fikiran rakyat tentang politik wang (rasuah) yang menjadi amalan Umno/Bn?

Mari kita bertanya kepada SPRM - Berapa banyak aduan dan penyelewengan yang SPRM sendiri tahu dan tidak diambil tindakan - contoh terbesar dan terang-terang ialah kes Ali Rustam dari Melaka yang dilarang bertanding kerana amalan rasuah (politik wang) menjelang pemilihan Umno lalu?

Sudah selesaikah Kes Rafidah Aziz ? Sudah selesaikah kes yang membabitkan orang kuat Azlina Othman ? Kes Khir Toyo dah selesai ke ? Bagaimana dengan kes pembelian kapal selam dengan melibatkan wang rakyat sejumlah Rm510 juta yang dinamakan komisyen? Atau semua kes ini sudah di tong sampahkan failnya atas arahan pihak tertentu yang menguasai SPRM?

Peliknya kes Fairus dari Pulau Pinang begitu cepat selesai dan diumumkan sedangkan kes tersebut boleh dikatakan antara kes yang terkemudian dari kes rasuah melibatkan pemimpin Umno.

Sudah berpuluh muktamar PAS berlangsung sejak 1951 - tiada terdengar sedikit pun tentang rasuah untuk pemilihan. Bukan macam Umno - tahun demi tahun rasuah (politik wang) semakin bertambah nilai dan banyaknya!

Aduan siapa yang SPRM nak terima untuk buka kertas penyiasatan ? Aduan ahli PAS atau aduan ahli Umno/Bn ? Pastinya aduan ahli Umno/Bn yang sentiasa memandang cemburu terhadap kepimpinan PAS yuang harmoni sebelum, semasa dan sesudah pemilihan.

Oleh itu SPRM jangan membazirkan masa, duit rakyat dengan kerja membazir itu dan SPRM sepatutnya menyelesaikan dan mengumumkan keputusan aduan-aduan yang telah berlambak dibuat terhadap pemimpin Umno dulu dan terkini!

SPRM adalah agensi kerajaan bukan agensi Umno/Bn! Kerana itu ianya mestilah telus agar tidak membazirkan wang rakyat dan juga ianya dihurmati oleh rakyat seluruhnya!

Kerja yang membazir ini sepertilah juga kata pepatah: Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Atau memang nak dicicirkan atas arahan pihak tertentu yang merasakan politik dan kuasa mereka akan tergugat jika kes itu dijalankan!


SELADANG: Makan suap sendiri!

SPRM DAH HABIS KERJA ?

ULAMAK KEPALA HARUAN

AL - KISAH didatangkan satu cerita tentang seorang lelaki di sebuah kamnpong yang membawa seekor ikan haruan sebesar betis. Dia bertemu dengan seorang ulamak di kampungnya tersebut.

Lelaki: Tuan, saya ni nak bertanya.

Ulamak: Tanyalah, mana yang saya boleh jawab saya jawab, insyaAllah.

Lelaki: Ada sebuah lubuk yang kawasannya setengah dalam tanah saya dan setengahnya dalam kawasan jiran saya tetapi jiran saya tu dah lama pindah. Lubuk tu terjadi pun kerana paluan air yang kuat musim banjir dulu.

Ulamak: Kalau soal sempadan lubuk tu, saya nasihatkan kamu ke Pejabat Tanah Daerah.

Lelaki: Oh tidak! Saya telah menjala di kawasan saya. Dapat seekor haruan. (Sambil menunjukkan haruan tersebut pada ulamak) Apa hukumnya tuan? Halal ke saya memakannya?

Ulamak: Disebabkan ikan ini hidup di dua kawasan lubuk dan tuan tanah kawasan itu tidak tahu menahu hal ikan ini kamu tangkap, hukumnya haram!

Lelaki: Terima kasih tuan - saya nak lepaskan balik ikan ini - ianya pun dah nak mati! (Lelaki itu berpaling melangkah pergi ke pintu pagar) Kalau halal tadi saya nak beri tuan separuh cadangnya.

Ketika lelaki itu sampai di pintu pagar. Ulamak itu memanggilnya dan lelaki itu kembali semua ke pintu rumah.

Ulamak: Baru sebentar aku tengok kitab! Kalau ianya boleh membawa kepada pembaziran disebabkan ikan itu mungkin mati, maka hukumnya makhruh!

Lelaki: Kalau begitu bolehlah dimakan!

Ulamak: Bolehlah tapi makhruh!

Lelaki itu mencabut parang untuk mengerat ikan tersebut.

Ulamak: Kalau boleh beri saya sebelah kepala ya!

Lelaki itu menoleh ke dalam rumah dan nampak lambang parti keris telanjang di dinding bersama lambang dacing lama.

SELADANG: Suka makan belut mencegah lelah!

ROKOK HANCURKAN PERJUANGAN

ADAKAH anda seorang pejuangan rakyat ? Adakah anda seorang pejuangan kebenaran ? Adakah anda seorang pejuang meruntuhkan kezaliman dan kemungkaran ?

Jika anda seperti di atas lebih baik anda tidak merokok - kalau merokok berhenti merokok!

Merokok bukan saja merosakkan kesihatan ! Ianya juga membantu kerajaan mendapatkan hasil cukai yang banyak dan digunakan untuk menentang perjuangan yang kita bawa!

Jangan jadi pemimpin Umno/Bn - Buat undang-unbang cegah merokok tapi terus beri keizinan jual rokok kerana nak kutip cukai dan keuntungan besar dari rakyat!

Aku dulu merokok juga tapi bila aku ke hospital dan tengok banyak sangat orang sakit kerana akibat dari merokok, aku insafkan diri aku! Aku tidak lagi merokok!

Ok! Boleh menulis sampai tengah malam, lagi banyak dapat idea, ada masa pandu kereta hampir 400 kilometer terus tak mengantuk. Darah tinggi tiada, kencing manis pun tiada, lemah jantung dah lama pulih, Anak isteri serta cucu pun riang gembira kerana rumah dan kereta tidak dikabusi oleh asap rokok macam dulu-dulu!

Berhenti merokok! Jangan banyak alasan!


SELADANG: Suka berulamkan rebus peria katak!

ANTARA ULAMAK DENGAN ULAR DALAM SEMAK - Yang Mana Satu Ada Di Perak ?

SEBELUM Kerajaan Perak ditadbiri oleh oleh golongan lanun politik Umno/Bn, banyak sangat ulamak beri fatwa macam-macam termasuk Tok Mufti yang dianggap amat bijaksana. Baginya yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal! Usahanya untuk menubuhkan Kerajaan Campuran Umno/PAS Perak tidak dapat sambutan walaupun airmata darah dialirkannya.

Sure Heboh atau sekarang Jom Hebuh ikut sama menjadi sasaran si Mufti - Hukumnya Haram!!!

Bila Kerajaan Lanun berkuasa, Jom Heboh begitu hebat di persembahkan di Lumut!

Si Mufti dan para ulamak bodek Umno tidak berbunyi sedetik pun! Boleh jadi Jom Heboh kali ini dimuatkan mushabaqah al Quraan dan programnya beragendakan Islam dari awal hingga akhir.

Anak aku di Kuantan telefon aku tentang hal itu. Aku beri jawapan begini:

1) Ulamak kerjanya menyelamatkan ummah dari terjerumus ke lembah yang di murkai oleh Allah SWT - amal makruf nahi mungkar!

2) Ular Dalam Semak kerjanya - intai - tangkap - lulur, perut kenyang tidur. Tunggu salin kulit!

Di Perak ada yang mana satu?

Anak aku tak jawab cuma dia ketawa kecil saja.

SELADANG: Teringat Tok Nikah Kawin filem "Musang Berjanggut" - Undang-undang itu kita yang buat ...."

Saturday, April 25, 2009

BUAH UJUNG ULAI - Ranum Tapi Bahaya!

MASA aku kecik-kecik dulu, balik dari sekolah suka sangat lewat-lewat sampai rumah. Terutamanya bila tiba musim buah-buahan. Yang seronoknya bila tiba musim mengujung kata orang tua-tua.

Musim ini musim buah-buahan berakhir. Hanya yang tinggal beberapa biji saja di ujung ulai dahan. Memang masak betul dan memang ranum. Ianya tertinggal oleh capaian tangan atau oleh jolokkan pengolan (galah pengait) atau masa buah banyak masak, ianya masih muda!

Lazimnya buah yang tinggal masak ranum di ujung ulai ni ialah buah kundang - rambutan - langsat - bidara - mempelam taju - rambai - di dusun-dusun dan di tepi jalan kampung.

Aku adalah antara kanak-kanak masa itu yang dianggap cekap oleh rakan-rakan melempaikan diri di ujung ulai dahan untuk mendapatkan buah ranum.

Rakan-rakan aku hanya melopong aja memandang aku mencapai buah ranum ujung ulai itu dan mereka senyum-senyum bodek aku untuk dapat sama merasa! Aku pula memang dididik oleh keluarga supaya tidak kedekut - hati gajah sama di lapah - hati kumang sama dicecah - kalau banyak sama menggulai - kalau sedikit sama menyambal - bukan Rais Yatim aja pandai berpatah petitih!

Pada satu tahun tika aku dalam darjah 5, balik sekolah aku mengintai-intai di bawah pokok kundang yang telah ditinggalkan beberapa minggu oleh jagaan Pak Long aku! Pastilah buahnya sudah dianggap habis olehnya.

Aku nampak dua tiga biji buah kundang begitu ranum mengiurkan anak tekak aku sehingga melilih air liur sebelum aku memanjat dan mengulai ke ujung dahan.

Rakan-rakan yang selalu pulang sekolah bersama, hari itu tidak bersama aku. Mereka memberikan aku keseorangan untuk menikmati apa yang aku intaikan!

Dalam keegoan berserta harapan besar aku mengulai dahan dengan pantas dan mencapai buah kundang tiga biji setangkai! Ranum dan mengiurkan!

Tiba-tiba seekor kerengga merayap di lenganku! Aku menguisnya dengan pantas dan sepantas itu juga buah kundang tiga setangkai itu jatuh 'belempung' ke dalam sungai yang mana dahan kundang itu mengulai ke sungai ujung!

Aku hanya sempat memandang ianya hilir di bawa arus yang tak berapa deras dari hujung ulai dahan. Setelah hilang dari pandangan di selekoh sungai, aku pun turun dengan hampa.

Rasa penat tak seberapa tetapi rasa hampa yang benar mengecewakan aku! Aku duduk bersandar pada pangkal pokok kundang tersebut dan membuka buku bacaan untuk melayan perasaan hampa.

Sebentar Pak Long aku melintas jalan tepi pangkal pokok kundang aku bersandar itu. Dia baru mandi di sungai aku rasa kerana kain basahan hitam di bahunya masih basah lagi.

Aku menoleh padanya yang berdiri tercegat di sisi aku sambil merepong buah kundang ranum. Kelihatan bibirnya begitu merah berseri kerana menikmati kelazatan buah kundang ranum. Merah bibirnya macam bibir Najib Rosmah!

"Pak Long dapat dari mana buah tu?"

"Masa bilas badan di hilir tadi, buah ni langgar peha aku."

"Sebiji je?"

"Tiga! Dua dah habis aku sental, medu manisnya."

Aku monyok tak tentu pasal mendengar cakap Pak Long aku tu!

"Nak ?"

Pak Long aku menghulurkan sisa kundang repongannya pada aku. Nak tak nak aku sambut juga dan lelapkan mata lalu dengan bijinya sekali aku telan!

Pagi esok berteran sungguh aku dalam jamban nak mengeluarkan ulas biji kundang ranum ujung ulai!

SELADANG: Nasib tidak semestinya menyebelahi orang yang berusaha.

Friday, April 24, 2009

AWAS KERAJAAN NEGERI PR - Akan Berulangnya Colekan Hantu Kopek !

KERAJAAN 'Hantu Kopek' (pinjam dari gelaran yang diberikan oleh Rahim Kassim) akan melaksanakan missi kedua - ketiga - ke empat - kelima - keenam untuk merampas Kerajaan -Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat setelah berjaya merampas Perak sacara tidak demokratik disamping merampas mandat rakyat!

Dengan menggunakan 'Hantu Kopek' yang memangnya kerja 'mencolek' ahli-ahli YB Pakatan Rakyat dengan cara mengundang dan menyimpan beberapa hari di lokasi yang tidak diketahui umum dan akan muncul dengan iringan surat pengakuan keluar parti dan menyertai parti 'Hantu Kopek' .

Pengalaman yang lalu mereka yang disembunyikan oleh 'Hantu Kopek' ini akan muncuo dengan wajah pucat lesi, malu tak tentu pasal, ketawa buat-buat, tangan membaca teks pengakuan keluar parti pun terketar dengan suara tertekan-tekan.

Kenapa begitu ? Kerana mereka telah disuap makan dengan benda-benda haram dan janji seribu!

Taktik colekan 'Hantu Kopek' adalah taktik politik era baru menumbangkan sesebuah Kerajaan pilihan rakyat mnelalaui pilihanraya! Syaratnya duit mesti banyak untuk menyediakan bermacam-macam makanan yang lazat untuk mangsa bertukar fikiran cara paksa tidak langsung.

Ini adalah usaha Najib Rosmah setelah mengumumkan senarai nama Ketua Perhubungan Umno Negeri-Negeri yang baru!


SELADANG: Lokasi sorokan dulu di tebing kuala sungai besar!

RumahINDUK rumahPUSAKO Nan Gadang

SEJENAK DENGAN PUISI SAHABAT ...

Cuba
dan cuba
dan ku cuba lagi
berulang kali
ku cuba mencari
kesan denai-denai
laluan remajaku
memikat balam di pinggir hutan
menajur haruan di tebat pandan
mengutip berangan gugur bersepahan
menggetah punai di hujung dahan
melastik tupai makan putik durian
sambil menunggu merbah datang
menyerah ke pintu jebak
tiang buluh kulit bertam yang tengadah.

Aduhai
bagaimanakah akan tercari olehku lagi
denai-denai laluan remajaku
yang telah mengajarku
menyayangi alam
dan segala hikmah kesemulajadiannya
yang telah mendidikku
menghargai daulah imbangannya
yang mengikatku
ke dahan ingatan yang tertambat
ke pohon zaman
yang sudah entah ke mana hilangnya
kenangan tak berkesan.

Bersama semalamku
yang tidak lagi menyambutku pulang
terlentang sawah dah jadi belukar
dan mayat pepohon pokok
pokok hutan bergelimpangan
di tengah halaman
rumahINDUK
rumahPUSAKO
nan gadang yang lengang.

yassinsalleh
Pelangai
24 april 2009

KERAJAAN EMAS HITAM - Telagah Sesama Umno Tak Mudah Berakhir!

PERBALAHAN sesama sendiri Umno Terengganu antara kumpulan Datuk Sri Idris Jusuh dengan Datuk Seri Ahmad Said berlarutan sejak dari berakhirnya PRU 12 (Mac 2008) lalu.

Terkini Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu meminta kedua pihak (Deris dan Ahmad - Besut dan Kemaman) berdamai dengan alasan SMS mengugut ADUN pro Deris Jusuh tidak datang dari Pejabat MB Terengganu. Penghantarnya telah dapat ditangkap.

Dari jendela politiknya, apa yang mereka nak damaikan ? Perbalahan ini bukan muncul dari SMS - itu hanya larutan perbalahan dari perlantikan Menteri Besar selepas PRU 12.

Oleh itu jika nak didamaikan, maka persoalan utama iaitu perlantikan Menteri Besar didahulukan perdamaiannya. Deris diajukann oleh pimpinan Umno. Ahmad dilantik oleh pihak istana. Mana lebih berhak? Ini yang mesti dihurai dan didamaikan segera.

Kudis dari luka yang tak sembuh kerana dibendung oleh kencing manis!! Minum dulu air teh misai kucing ubat kencing manis! Sembuh kencing manis baru ubat kudis!

Rumit memangnya rumit untuk mendamaikan ahli politik bertelagah! Mereka ada dalil dan ada dalih! Mereka ada sergah mereka juga ada hujjah!

Tolak ajuan Umno ertinya menolak kehendak parti yang berhempas pulas menggunakan tenaga, tektik startegi dan wang serta agensi kerajaan (sepatutnya tidak boleh digunakan) untuk memenangi pilihanraya atas kehendak demokrasi!

Nak tolak lantikan istana? Tolong pemimpin dan pencacai Umno beritahu perkataan apa yang pemimpin Umno nak gunakan untuk menyatakan penolakan kehendak istana itu?

Adakah seperti kain rentang dahulunya, "Kami nok Deris Jusuh Ngatang" ? atau "kami nak membuat sembah derhaka" ? atau "kami tak mahu ikut kehendak istana" ?

Umno dari pertuturan umumnya amat beriya mempertahankan hak mutlak pihak istana walaupun pernah mengikis kekebalan Raja-Raja Melayu di zaman Mahathir Mohammad. Masih belum dipulihkan lagi.

Terengganu yang terkenal dengan emas hitamnya (minyak) bukan saja menjadi idaman puak Deris dengan puak Ahmad tetapi banyak lagi puak berada di luar Terengganu yang mengidamkan penggunaan hasil emas hitam itu.

Jika sesama pemimpin Umno sudah tidak dapat dipersefahamkan, bagaimana pula nak menggabungkan PAS/Umno dengan Kerajaan Perpaduan ? Memang tidak boleh dilakukan kerana pemimpin Umno bergabung dengan tujuan mengaut untung laba sendirian, sedangkan PAS untuk keadilan - kesejahteraan - keamanan rakyat!

Pertelagahan pimpinan Umno Terengganu adalah gambaran jelas sikap pemimpin Umno yang seperti kata: Makan sama sepingan, basuh tangan di tempat lain-lain!


SELADANG: Cadangkan bubar ADUN Terengganu! Pilih MB baru!

Thursday, April 23, 2009

Isu Hutang Pahang Rm63 juta -AGAK-AGAKNYA SIAPA SANGGUP PIKUL?

KALAULAH Datuk Seri Adnan Yaakob (Long Nan) tiba-tiba mengambil keputusan samada didesak atau sukarela melepaskan jawatan Menteri Besar Pahang ? Siapa agaknya yang menggantikannya disamping memikul beban hutang Negeri Pahang yang dituntut oleh sebuah syarikat pembalakan sejumlah Rm63 juta ?

Adakah mereka ini orangnya?

1) Shahkar Haji Shamsuddin - Antara ADUN kesayangan Long Nan.
2) Ishak Muhammad - ADUN dalam kawasan Parlimen Pekan.
3) Wan Adnan - ADUN yang rapat dengan istana.

atau

1) Tengku Azlan Shah - MP Jerantut tukar suka sama suka dengan ADUN Pelangai.
2) Jamaluddin Jarjis - MP Rompin tukar suka sama suka dengan ADUN Pelangai.

Kalau tidak pun akan diturunkan seorang dari angkasaraya (bukan dewa purba dan bukan rakyat Monggolia) atas kehendak Najib Rosmah/ Mahathir Mohammad bertanding di salah satu DUN Pahang dan ADUN tersebut direhatkan?

Teringat pantun yang dipanjangkan oleh Genderal Talib Belengu:

Sungai Pahang airnya deras,
Dalam deras libang libu;
Orang Pahang hatinya keras,
Walaupun keras mudah dirayu!


SELADANG: Pandang2 - Jeling2 !!!

KEMPEN MANSUHKAN PPSMI - Katak sudah kembung !!

SIAPAKAH akan meneruskan perjuangan untuk menghapuskan PPSMI yang ditaja oleh Mahathir Mohammad dan disambung di zaman Pak Lah kini terawang-awang di awal PM Satu Malaysia?

Kalau suatu tika beberapa NGO begitu garang tampil menuntut PPSMI dihapuskan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah yang Cemerlang - Gemilang - Terbilang dan Berhutang (?) serta Lintang Pukang dan Sepak Terajang - sehingga beberapa tokoh karyawan , sasterawan dan politik serta pimpinan masyarakat termasuk para mahasiswa tampil berarak ke istana menghantar memorandum ke Yang DiPertuan Agong!

Bagaimana pun tidak semua NGO yang menuntut itu berarak, yang banyak berarak ialah para mahasiswa, ahli-ahli parti bukan kerajaan bersama pemimpin mereka. Ada tokoh sasterawan yang ikut serta dan mengemudi perarakan namun amat kecil bilangannya.

GAPENA yang kononnya mempunyai kepimpinan memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi dan Pendidikan Negara tidak ikut serta. Mereka awal lagi menghala ke balai polis membuat aduan. Seterusnya bercita-cita untuk menyaman Kerajaan Malaysia jika PPSMI tidak dihapuskan. Hingga sekarang senyap begitu saja! Hanya suara dalam kamar sahaja!

Pak Lah berundur dan Najib Rosmah naik dengan thema pentadbiran 'Satu Malaysia'. Di belakangnya pula Mahathir Mohammad, orang yang melaksanakan PPSMI. Menteri Pelajaran masa itu Hishamuddin Hussin, orang yang terus mempertahankan PPSMI (kini Menteri Dalam Negeri yang ada kuasa ISA tentu amat menggerunkan) dan kini Mahayuddin Yassin, orang yang dijangka akan meneruskan PPSMI kalau tidak akan jadi seperti beberapa orang Timbalan Perdana Menteri di zaman Mahathir Mohammad.

Kokok sudah berderai-derai - Ekor rupanya bergelumang tahi! Begitulah dengan beberapa NGO dan individu yang garang di zaman Pak Lah menuntut penghapusan PPSMI tetapi menikus diam di zaman Satu Malaysia. BUkan menyurukkan kuku tetapi memang tak berkuku!

Rupa-rupanya aku tahulah! Ada udang sebalik batu. Hapuskan PPSMI menjadi alat penyatuan NGO dan mempergunakan parti politik bukan kerajaan untuk menendang lebih cepat Pak Lah dari kerusi PM.

Agenda Mahathir Mohammad terus berjalan dengan lancar. Kroni yang yang mendapat habuan membekal peralatan PPSMI terus mengaut untung! Rakyat tercengang-cengang apa hal PPSMI.

Tokoh NGO yang menjadi pemimpin upahan Najib Rosmah tersandar di kerusi menunggu dana dari Kerajaan Najib Rosmah/ Mahathir dan bolehlah mengadakan program terutamanya mengadakan jamuan bakal menyambut PM baru atau untuk membawa rombongan ke luar negara mengkaji itu dan ini serta memperagakan konsep Satu Malaysia!

Duit rakyat habis begitu saja oleh NGO-NGO yang tidak ada guna satu sen pun kepada kemajuan dan kesejahteraan rakyat tetapi menjadi pasukan upahan terhormat Najib Rosmah / Mahathir untuk terus mengekalkan kuasa warisan mereka dan rakyat dilalaikan oleh gema jeritan yang kosong dari pemimpin NGO pembodek Umno/Bn!

Namun harapan masih ada! Dato Hassan Ahmad - SN A Samad Said serta Jawatankuasa Masuhkan PPSMI dan parti-parti politik bukan kerajaan diikuti oleh beberapa NGO-NGO kecil dan individu yang menekatkan hati akan meneruskan penentang terhadap pelaksanaan PPSMI.

Kepada beberapa tokoh sasterawan yang besar dan yang kecil sama ada penulis besar atau penulis kecil terutamanya pemimpin badan-badan penulis tanahair kebanyakannya hanyalah seperti 'katak memanggil hujan - bila hujan lebat turun - perut kembung - senyap membisu di carok tebing.'

PPSMI mesti dihapuskan melalui saluran politik! Ianya tidak akan berkesan dengan hanya suara-suara dari NGO-NGO yang sentiasa bergantung kewangan pentadbiran dan kegiatan mereka pada Kerajaan Umno/Bn! Suara Rakyat Suara Keramat - laongan tumbangkan Umno/Bn oleh Pakatan Rakyat yang mampu menghapuskan PPSMI buah tangan kerakusan Mahathir Mohammad kini kembali tampil di persada politik negara!


SELADANG: Ahem! Ahem! Aku tahulah ... Upah membodek bukannya rasuah?



Wednesday, April 22, 2009

ANCAMAN ERA BARU - Landaan ke Kerajaan Negeri Malaysia

BEBERAPA negeri dalam Malaysia terutamnya di Semenanjung sedang berdepan dengan kemelut ancaman era baru dalam politik tanahair membelakangkan demokrasi.

Perak adalah negeri pertama dilanda kerakusan pemimpin Umno/Bn dengan merampas mandat rakyat dan menubuhkan Kerajaan Haram hasil dari tipu muslihat melibatkan pihak berkuasa yang menyalahgunakan kuasa!

Selangor tidak ketinggalan diusik oleh sejak kemenangan PR di PRU 12 2008 dengan gelagat Khir Toyo (Bekas MB yang suka melancung keluar negara) berura-ura menubuhkan Kerajaan Perpaduan PAS/BN.

Usaha mengerjakan MB (Khalid Ibrahim) tak sudah-sudah sebagai usaha menyurukkan tembelang busuk Kerajaan Bn Selangor yang lalu.

Terengganu sudah memulakan rentak di gelanggang percaya dengan tidak sejak Idris Jusuh ditolak oleh istana untuk menjadi MB selepas PRU 12 lalu. Ahmad Said sedang dihujani anak panah ura-ura undi tidak percaya dan taburan bahawa MB tidak mempedulikan geng Deris Jusuh.

Isa Sabu di Perlis juga terkena tembias kemelut politiik dalam Umno dimana Shahidan Kassim tidak mahu berundur dari mengerjakan MB yang diperkenan oleh istana.

Pahang pula beberapa tokloh di belakang Adnan Yaakob (Long Nan) sedang menunggu gelombang Hutang Rm 63 juta. Jika Long Nan lalai sikit bertindak pastilah jejuak yang selama ini membodek dia akan terus menumpe Long Nan ke longkang!

Melaka menanti arus perkembangan politik Najib Rosmah -Mahathir. Ali Rustam belum sejok punggung duduk di kerusi KM Melaka setelah gagal menyertai pertandingan Timbalan Presiden Umno atas pertuduhan rasuah (disebut dalam Umno politik wang) yang lalu.

Ini semua berlaku kerana kerakusan pemimpin Umno untuk menerus, menyambung, mengukuhkan kuasa mereka bagi mengikis harta dan mandat rakyat untuk diri sendiri - keluarga - kroni dengan menjeritkan One Malaysia !

Adakah kuasa politik dan tadbir negara ini mesti mengikut telunjuk seorang? Siapakah di belakang One Malaysia itu?


SELADANG: Lama menunggu kemenangan rakyat!

Di sebabkan balak - HUTANG RM 63 JUTA - Kenapa Tok Nan pikul sorang ?

NAMPAKNYA kes tuntutan Rm 63 juta dibebankan pada Tok Nan selaku Menteri Besar Pahang terkini tanpa ada rasa tanggungjawab dari orang lain untuk memikul sama beban besar itu!

Riuh di kedai kopi dengan perbincangan kes Tok Nan kena bayar Rm 63 juta pada sebuah syarikah pembalakan atas arahan Mahkamah. Seriuh mana pun rakyat terutamanya ahli-ahli Umno namun sunyi sepi tanpa kenyataan dari rakan-rakan Exco dan Adun Pahang terkini.

Malahan mereka yang telah melepaskan jawatan dari bertanggungjawab di Dewan Undangan Negeri Pahang pun senyap sepi. Mana dia bekas MB yang sebelum Tok Nan? Tak kan diam saja memerhati Tok Nan keseorangan mengelek beban tak terhingga besarnya, sedangkan dianya menikmati kesegaran angin Selat Melaka.

Ada antara tukang borak kedai kopi kata: "Perkara ini bukan masa Tok Nan jadi MB - Orang sebelumnya ...."

Ada pula kata: "Dia MB dia kena pikullah!"

Ada pula kata: "Apa nak susahkan, bukan dia hutang pribadi - ambil duit kerajaan Pahang, bayar habis cerita."

Ada pula kata: "Kalau balak ni selalunya bersabit dengan Umno - Ini semua belanja pilihanraya dulu-dulu! Sandar saja pada Kerajaan Pahang, nak bayar mana kerajaan ada duit!"

Kata seorang lagi: "Keluarkan saja kawasan balak baru, hutan dara ke atau ksk ke, jual bayar hutang, tutup buku!"

Macam-macamlah bila sampai musim 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'.

Hutangnya hutang Kerajaan Pahang Darul Makmur! Kalau tak boleh bayar adakah Kerajaan Pahang boleh diistiharkan 'muflis' oleh Mahkamah atas pintaan penuntut? Kalau muflis bagaimana perjalanan pentadbiran sebuah kerajaan yang muflis ?

Ada juga yang mengatakan bagus kalau Kerajaan Pahang dimufliskan kerana menutup keegoan pemimpin Umno semua perengkat yang mendabik dada Kerajaan Umno/Bn yang pandai mengurus tadbir! Cemerlang - Gemilang - Terbilang - Berhutang.

Kita sudah lazim dengan individu muflis - kini kita nak tengok sebuah kerajaan yang muflis!

Ohhh tidak! Balas seorang politikus kedai kopi! Ini tanggungkjawab Tok Nan, dia kena pikul, dia yang muflis!

Oooo mudah sangatlah hujjah itu! Kerajaan Negeri yang berhutang (samada masa Tok Nan jadi MB atau sebelumnya yang buat hal) tiba-tiba Tok Nan jatuh muflis! Mana patut!

Kalau begini bagaimana? Kalau kes ini dari MB yang dah entah ke mana, lalu dipikul oleh Tok Nan, bagaimana kalau Tok Nan letak jawatan dan pergi pula entah ke mana, MB diganti oleh orang lain, adakah beban besar tak terhingga ini dipikul oleh pengganti Tok Nan?

Dalam hal ini mungkin ada Adun Umno Pahang yang setuju dan ada juga yang rasa kecut untuk nak ganti Tok Nan sebagai MB.

Atau Tok Nan ambil keputusan masuk ke istana, menyembah Sultan Pahang untuk bubarkan Dun Pahang dan adakan Pilihanraya untuk Dun Negeri Pahang. Tok Nan tak bertanding di Dun Pelangai tukar tempat dengan salah seorang ahli Parlimen Pahang.

Tamat Pilihanraya Tok Nan bukan saja serah tugas MB tapi serah sekali notis bayar hutang Rm63 juta pada penggantinya di Wisma Sri Pahang. Siapalah agaknya MB baru itu nanti? Maka terbebanlah hutang besar itu pada MB baru pengganti Tok Nan yang juga pengganti dan penanggung tugas MB sebelumnya.

Bagaimana pula jika Pakatan Rakyat yang menang dalam Pilihanraya Dun Pahang itu? Dari segi urutannya sudah pastilah MB Pakatan Rakyat yang menggantikan Tok Nan itu menggalang hutang besar tak tentu pasal.

Hutang tetap hutang! Bayar mesti bayar! Adakah Tok Nan menjadi 'kambing hitam' Najib Rosmah untuk kroninya mendapat tempat di Wisma Sri Pahang ?


SELADANG: Cemas dihimpap punggur balak!

SUMPAH PENDUSTA

SEJENAK MERENUNG PUISI ...

Bersumpah dengan nafas busuk
menyembur nanah barah
yang membuku di hati seorang pendusta.

Geloralah di hati gelombang nafsu
mengaut berkarung untung
dari habuan haram
mengikis harta rakyat
lantas menjadi pembunuh tanpa nama.

Berjuta kata janji telah dimungkiri
masih menimbun laba
mengkaya rayakan
anak isteri, keluarga dan kroni.

Kini bersumpahkah lagi?
di tapak dulu sumpah dan janji
untuk mendusta kian kali
atau berdiam diri
mengira untung tanpa rugi.

Pergilah bersumpah di serata
menafikan cerita nyata
demi kerana kuasa
sumpah menjadi kata biasa.

ab. kadir bin abd. manap
kuala krau, pahang
22 april 2009

Tuesday, April 21, 2009

KEHEBATAN MAHATHIR KEMBALI MENYERLAH

KEMUNCULAN semula Mahathir Mohammad di arena politik tanahair setelah begitu lantang mengkritik pentadbiran Abdullah Badawi dilhat dan dirasakan hebat!

Dia bukan sahaja dapat mematungkan pentadbiran Najib Rosmah untuk mengikut telunjuknya tetapi juga dapat menyekat kemaraan dan kebangkitan rakyat dibawah Pakatan Rakyat!

Jika benar berita terbaru 117 cawangan PAS di Permatang Pauh menolak dan meghentam PKR maka usaha Mahathir dan kejayaan Najib Rosmah menjadikan Mahathir sebagai mentornya mulai berkesan!

Pakatan Rakyat akan hancur di zaman pemerintahan Najib Rosmah berpandukan telunjuk Mahathir! Adakah PAS - DAP - PKR akan membawa diri masing-masing dengan mengukuhkan parti masing-masing untuk untuk menghadapi PRU ke 13 nanti ?

Jika senario Permatang Pauh ini berpanjangan, tidak mustahil membawa hala masing-masing akan berlaku!

Inilah kejayaan gerpak Najib Rosmah untuk tidak meletakkan calon BN di Penanti! Sudah mula menampakkan bunga pimpinan sederhana PAS bermain api perpisahan!

Oleh itu di PRU ke 13 nanti! Jangan berfikir PAS kuat! Jangan berfikir DAP kuat! Jangan berfikir PKR kuat! Yang benar-benar kuat dan meneruskan pemerintahan turun temerunnya ialah BN!

Dijangka jika kejayaan BN mencelarukan pengundi di Penanti bukan saja Penanti mereka tawan tetapi di PRU ke 13 BN akan disapu semula negeri-negeri yang kini ditadbiri pembangkang kecuali Kelantan!

Masa itu besarlah ketawa Najib Rosmah dan Mahathir bersama jejuaknya dari dalam dan luar Umno/BN. Adakah benar kata seorang sahabat bahawa Pakatan Rakyat kebanyakan pemimpinnya tidak berfikiran memerintah tetapi berfikiran lebih membangkang? Jika kata-kata itu benar, kekallah PAS - DAP -PKR sebagai pembangkang!

Jika Penanti dapat ditawan oleh BN atas perpecahan Pakatan Rakyat, dijangka Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan lebih awal lagi iaitu 2010 atau 2011 Bersiaplah perahu masing-masing bertempur sesama sendiri untuk kemenangan BN.


SELADANG: Tetap bersama rakyat menentang kezaliman!

PELANGAI - Tak Adakah Anak Jantan Lahir Di Sini?

LUANGKAN WAKTU MENGHAYATI PUISI SAHABAT ...

1

Aku pulang dari mimpi
bertahun-tahun meniti ilusi
oh semalamku
di manakah halaman permainan
ke manakah hilangnya sungai mandian
paginya merbah tidak lagi bersahutan
tengaharinya puyu dan buih
tidak lagi senda gurauan
bila redup mentari
tidak lagi kelihatan
tangkasnya murai
m,enmgejar belalang
petangnya
tidak lagi pulang kerbau
meniti permatang
rembangnya lembayung
tidak menyisir rambut awan
tiba senja
tidak lagi kedengaran
nyaring suara tabtibau tinggi melambung.

2

Aduhai
Ponson kampungku
katakanlah ini hanya selembar mimpi
katakanlah ini bukannya rasukan igauan ngeri.

Sawah yang kontang
sungai jadi longkang
hutan yang hilang
belukar tumbuh lalang.

Anak bujang di pusat serenti
dara bertudung dibawa lari
cucu pulang masakkan maggie
dagang datang jadikan menteri
mulutnyaq lancang budinya uang
bijaknya sampasi berganda hutang.

3

Duhai merdeka
inikah tamadun yang kau tegakkan
dari kata hikmatmu
Pembangunan!

Pelangai
tak adakah
anak jantan lahir di sini?

yassinsalleh
kuala lumpur
21 april 2009

CARI YANG LAMA & CARI YANG BARU

AKU hari ini letih sungguh-sungguh! Maaf Bong Yassin kerana beteri hp aku habis aku belum dapat nak siarkan sajak bong yang berkaitan dengan Pelangai ! InsyaAllah tengah malam nanti lepas beteri hp aku penuh aku usahakan! Sementara itu aku nak tidur sekejab!

Cuma masa aku menjengok kawasan binatang ternakan aku di belakang rumah tiba-tiba hati aku berkata:

Yang telah lama didengar, "Carilah ilmu hingga sampai ke Negeri China!" Yang masih baru didengar, "carilah kekasih hingga sampai ke Monggolia!"


SELADANG: Suka cari ilmu pengasih!

Monday, April 20, 2009

DERHAKA !!! Sembahnya tidak tapi perbuatannya iya!

TERCANANGLAH kini kisah kemelut Negeri Penyu Menangis bahawa Umno sedang menghadapi kemelut untuk menjatuh dan mempertahankan Menteri Besarnya yang telah dilantik selepas PRU ke 12 tak sampai setahun setengah berlalu.

Pada awalnya Umno/Bn masa itu pimpinan Pak Lah mengekalkan MBnya yang lama. Entah kenapa ribut dari istana melanda bila tiba-tiba kehendak itu ditolak dan diganti dengan ADUN dari Kijal sebagai MB.

Ohhh!!! Sejak itu kumpulan MB lama jeling menjeling saja dengan kumpulan MB baru! Masa Pemilihan Umno banyak orang MB lama jatuh tersembam! Aiiii tentulah marah kembali membuak!!! Bagaikan membuaknya minyak muntah di lautan negeri tersebut.

Sidang DUN terbaru dilapurkan 10 ADUN dari BN yang pro MB lama tidak menghadirkan diri kemudian esoknya datang atas pintaan Presiden Najib Rosmah. Mereka dari Kelab Penyokong Kerajaan BN.

Sebelum itu terjadi sedikit debat terbuka di media, dimana MB baru kata sesiapa dari BN yang membuat dan menyokong undi tak percaya pada MB akan dipecat. Lantas dibalas oleh pihak satu lagi dengan mengatakan tiada siapa nak buat undi tak percaya! MB lama pula menyuarakan isi hati dengan kata-kata MB baru jangan takut dengan bayang-bayang!! Bayang-bayang siapa?

Bila bunga sudah mengembang, putik mula membesar menjadi buah sepak terajang antara dua pihak yang jelasnya untuk menikmati kemewahan yang ada di Negeri Penyu Menangis itu!

Rata-rata kumpulan MB lama merasakan bahawa MB baru bersandar kepada istana dan kumpulan MB lama bersandar kepada pimpinan Umno.

Kalau Pak Lah tercabar kepimpinannya adakah Najib ke depan kini untuk menyatakan bahawa soal politik adalah di tangan orang politik, bukan hak istana ?

Kerana itu kumpulan MB lama begitu berani seolah-olah mendapat restu dari pimpinan Umno yang dipimpin oleh Najib Rosmah. Sementara kumpulan MB baru yakin akan terus berkuasa kerana direstui oleh istana.

Kumpulan MB lama dikatakan mulai bertambah besar mengurangkan kumpulan MB baru. Kini sudah 18 ADUN dari 24 ADUN Bn bersama kumpulan MB lama. Apa lagi yang tinggal pada MB baru? Dengar khabarnya ada Exco yang ikut dalam geng 18 ini!

MB baru celupar juga mulutnya bila mendedahkan tentang duit royalti minyak untuk negeri itu digunakan oleh pihak pusat bagi negeri lain. Agaknya untuk Pilihanraya Umum dan Kecil menampung projek 'mee segera'!

Keceluparan ini mungkin menyakitkan hati Najib Rosmah! Menyakitkan hati Mahathir dan pimpinan Umno yang lain. Malahan hati mereka pernah disakitkan bila unjuran Umno untuk mengekalkan MB lama ditolak oleh istana.

Apakah perbuatan kumpulan MB lama ini ada manik tersembunyi untuk kembali menunjukkan siapa kuasa besar antara istana dengan pemimpin Umno?

Jika lantikan Ahmad Said sebagai MB oleh kehendak istana berani ditentang oleh 18 ADUN Bn, tidakkah ini satu perbuatan derhaka kepada istana? Walaupun tidak ada 'sembah derhaka' yang dilafadkan! Perderhakaan bukan pada pertuturan sahaja malahan derhaka melalui perbuatan amat kasar, jahat dan merbahaya kesannya!

Jika pimpinan Umno menerima kehendak kumpulan MB lama lantas menyingkirkan MB baru, maka sekali lagi Umno menderhaka kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu setelah ianya dilakukan oleh Umno ketika Pindaan Perlembagaan 1993 dulu zaman Mahathir berkuku!

Dapatkah Najib Rosmah dan Mahathir mententeramkan keadaan 'derhaka' di Terengganu ini? Atau merekakah tempat sandaran untuk si-si "penderhaka' ini? Adakah Najib Rosmah + Mahathir mahu menghidupkan krisis antara istana dengan ahli politik di Terengganu agar rakyat bangun membenci Raja?

Satu persoalan yang bermula dari Pindaan Perlembagaan mengikis kekebalan Raja Melayu, menjangkau ke Pertabalan Raja oleh pimpinan Umno di Kelantan, seterusnya ke Perak dengan perampasan kuasa oleh BN dari PR dan kini buah derhaka itu dicambahkan di Terenggannu pula.

Adakah kumpulan MB lama Terengganu berfikir bahawa kemampuan Najib Rosmah berjaya merampas Kerajaan PR Perak setelah menyusun sembah di istana kini boleh dilakukan di Terengganu!

Cuma bezanya di Perak Najib merampas dari PR dan beri pada BN tetapi di Terengganu Najib Rosmah rampas dari Admad Said (Umno) dan serah pada salah seorang dari Geng 18 (Umno) kalaupun tidak pada Idris Jusuh (Umno). Ertinya Najib Rosmah lebih berkuasa? Orang politik lebih berkuasa dari istana?

Apa pun persoalannya, jawapan yang ditunggu bila Najib Rosmah masuk dan keluar dari istana Terengganu nanti. Namun sikap 'derhaka' sudah ditunjukkan oleh sekumpulan besar ADUN Umno Terengganu bila mempertikaikan Menteri Besar yang direstui oleh istana!


SELADANG: Jerung terus kenyang, penyu terus menangis!



CawatBESI kalisANJING

Add Image
SEJENAK BERSAMA PUISI SAHABAT ...

Bayangkan di sepanjang
lebuhraya utara-selatan
dipasang billboards bertulis:
PENGUMUMAN
Telah ditemui
satu kaedah innovative
untuk melatih anjing-anjing
alsatians
Mengadili dan Menghukum
pengadil-pengadil bolasepak
yang tidak adil.

Bayangkan:
All England FA mengarahkan
dipasang di setiap
gerbang stadium plagues bertulis:
BEWARE of dog!
Pengadil-penghadil yang takADIL
akan diadili dan dihukum
oleh Anjing Pengadil & Pelaksana Hukum.

Bayangkan pula tajuk berita
The London Times:
Judge, Jury & Executioner Dogs,
Ripped off Biased Refree's Balls!

Bila anjing pengadil dan pelaksana
hukuman MENDAPATI
Bahawa Refree
Telah Dengan Tidak Adil
Melayangkan Kad Merah
kepada Wayne Rooney -
seramai tujuh ekor anjing pelaksana itu
telah mengejar
refree itu keliling
stadium dan anjing
itu telah ngap dan mamah
telur refree
yang takADIL itu.

Bayangkanlah
betapa sempurnanyalah
dapat dimuktamatkan
prihal ceritera
pohon pokok si balai-balai
sekiranya khidmat para anjing
mahaADIL itu
diterima dan digunapakai.

Berebut-rebutlah pulak nanti
orang nak meminta lesen
buka kilang
cawatBESI
kalisANJING.

yassinsalleh
lebuhraya menuju selatan
20 april 2009

Sunday, April 19, 2009

PUJUK SUDAH TIADA ERTINYA - Orang Melayu & Rakyat Mahukan Demokrasi Telus Melalui Suara Rakyat Suara Keramat

ORANG Melayu khasnya dan umumnya rakyat negara ini sudah tidak lagi dimakan pujuk oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan diri, keluarga serta kroninya di perengkat mana sekali pun.

Huraikanlah segala pujuk, memang tak laku! Orang Melayu yang terkenal mudah dirayu pujuk, cepat lembut hati memaafkan, kini semuanya telah berubah! Malahan mereka kini bagaikan tidak gentar pula dengan ugutan dan paksaan!

Orang Melayu bersama rakyat negara ini mulai menetapkan pendirian sdebenar sebagai insan takyat kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Oleh itu pihak mana sekali pun yang cuba mencabul dan membunuh demokrasi akan kecundang oleh tindakan rakyat yang mahukan kewujudan demokrasi yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Malaysia.

Pihak yang rakus kuasa dengan mengenepikan hak dan mandat rakyat tidak akan mendapat ruang di hati rakyat masa akan datang!

Menjelang lebih 51 tahun negara merdeka. Rakyat diperagakan dengan demokrasi membentuk kerajaan dari suara rakyat. Menjadi kebanggaan kepada rakyat memilih sebuah kerajaan untuk mentadbiri mereka secara sah berpandukan kehendak perlembagaan!

Namun atas kerakusan kuasa untuk terus berkuasa, untuk terus kaya raya atas ketaatan Orang Melayu dan rakyat, lama kelamaan demokrasi semakin dicabar dan dicabul!

Akhirnya kesedaran Orang Melayu bersama rakyat umumnya bertindak dengan mengenepikan pujuk rayu, mengenepikan kehebatan hikayat-hikayat yang direka tulis untuk menjaga kepentingan bangsawan masa dahulu.

Orang Melayu dan rakyat Malaysia hari ini rata-rata sedang menuju suatu arus realiti! Mereka tidak mahu dibuai mimpi indah dalam buaian subsidi dan janji serta ketaatan yang dipaksa oleh mereka yang berkuasa! Mereka mahu keluar dari kepompong ketakutan dan ketaatan politik yang membuta tuli!

Kewujudan slogan 'suara rakyat suara keramat' mampu memberikan nadi baru untuk memulihkan demokrasi, mengembalikan keluhuran perlembagaan negara serta mententeram murnikan jiwa kemaknusiaan rakyat negara ini.

Inilah yang dinantikan oleh Orang Melayu kini dan rakyat umumnya, bukannya politik pecah belah perintah yang diamalkan oleh penjajah dahulu dan kesinambungannya diteruskan oleh pihak yang rakus untuk terus berkuasa dengan mengenepikan hak dan mandat rakyat dalam negara demokrasi!

Rakyat sudah mula menolak propaganda yang disebarkan oleh pihak-pihak media massa cetak atau eletronik berhaluan pro kerajaan termasuk juga media internet yang dikesan mendapat upahan lumyan bagi mengampu dan menjaga kepentingan si rakus kuasa!

Orang Melayu dan rakyat Malaysia kini jangan dianggap amat mudah diperdaya dengan pujuk rayu - kata-kata manis - ugutan secara kasar atau sinis - malahan mereka amat berhati-hati dengan fitnah yang dilemparkan ke satu-satu pihak demi mempertahankan kuasa satu pihak lain.

Ahli politik yang rakus mempertahankan kuasa sudah tidak laku lagi walaupun menggunakan satu pihak lain agar Orang Melayu dan rakyat Malaysia kembali ke pangkuan membodek, akur dipaksa atas nama ketaatan pada pemerintah!

Orang Melayu dan rakyat sedang berusaha bertindak memulihkan keluhuran demokrasi agar menikmati keadilan - kesejahteraan dan keamanan di bumi merdeka ini. Usaha ini mereka lakukan melalui peti undi pilihanraya yang menjadi landas perjuangan 'suara rakyat suara keramat' menuntut demokrasi tulin berpaksikan perlembagaan negara benar-benar luhur dan telus dilaksanakan!

SELADANG: Merenung jauh masa depan anak cucu golongan marhaen!

Saturday, April 18, 2009

BN MENGALAH SEBELUM KALAH - Menunggu Penaja Hulur-Huluran ?

URA-ura BN tidak mahu meletakkan calon di Pilihanraya Kecil Penanti hanya gimik politik Najib Rosmah sahaja. Kalau dulunya Umno/Bn berdahulu-dahuluan untuk mengumumkan calonnya dan akhirnya tumpas, maka kali ini strategi baru pula ialah mengkemudiankannya.

Manalah tahu rezeki kemudian kalau kenduri selalunya rugi tetapi ada masa untung lebih!

Lagi satu war-war Najib Rosmah itu tidak masuk akal langsung! Yang jelasnya war-war itu semata-mata nak lihak reaksi rakan kongsi BN disamping nak juga lihat siapa ahli koperat yang mampu nak jadi penaja kewangan PRK tersebut dan gemparkan sedikit pengundi Penanti supaya memujuk BN jangan merajok, kalau merajok pulus tak masuk!

Jika alasan menghabiskan duit rakyat tidak logik! Duit rakyat lebih banyak habis tak tentu pasal saja selama ini terutamanya untuk keraian dan komisyen projek yang menjangkau ratusan juta bagi satu satu projek umpamanya pembelian kapal selam dengan komisyen bodoh RM540 juta!

Komisyen ini tidak dapat kepada rakyat tetapi ianya duit rakyat! Ianya memenuhi poket pemimpin Umno/Bn.

Tak usahlah pemimpin Umno/Bn nak bercakap kononnya untuk menjaga pembaziran wang rakyat! Selama ini terlalu banyak pembazir dilakukan oleh pentadbiran Umno/Bn!

Memang menjadi satu kejutan One Malaysia bila BN tak masuk bertanding di PRK Penanti. Tapi iya juga. Buat apa bertanding menghabiskan duit Umno yang dah habis kalau menang tidak meninggalkan apa-apa kesan pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau kalah! Alamak faham sajalah muka Najib Rosmah akan naik merah!

Oleh itu One Malaysia hanya PR sahaja bertanding dan BN mengalah sebelum kalah! Satu parti sahaja yang mencalonkan calonnya! Tapi hampalah pencekus-pencekus BN terutamanya pemimpin umno tempatan kerana musim berbuah tak ikut musim ini rezeki baik juga pada mereka untuk mengisi poket!

Yang terbaiknya untuk mengelakkan BN mengalah sebelum kalah dan benar-benar tak menghabiskan wang rakyat adalah lebih baik minta SPR tidak mengesahkan perletakkan jawatan Fairus sebagai ADUN Penanti! Macam SPR buat di Perak!

Bagaimanapun PR jangan lena dengan war-war Najib Rosmah! Samy Vellu mahu turun juga ke Penanti! Adakah PRK ini rakyat Penanti menunggu kedatangan puak Samy Vellu untuk ziarah dan hulur!

Tapi Samy mesti ingat! BN hulur ambil, undi tetap PR !!


SELADANG: Nak tumpang siapa ke Penanti ?



Friday, April 17, 2009

MENCARI KERJA BARU ....

BERMULA kegawatan ekonomi di akhir ini, maka telah 30,000 dilapurkan pekerja berhenti dan diberhentikan kerja. Tidak ada siapa nak membesarkan cerita ini. Media pengampu Umno/Bn dah tentu menyembunyikannya, kalau mendedahkannya pun hanya di kolum yang kecil. Kalau di radio dan kaca tv hanya secara rengkas!

Berita yang dibesarkan ialah berita jenayah! Bagaikan negara ini dipenuhi dengan penjenayah! Seolah-olah polis yang ada sekarang ini tidak mencukupi usahkan membenterasinya sampai habis, nak bendung pun tak berjaya.

Tumpuan utama polis ialah ke perkembangan politik tanahair. Ceramah pembangkang dikelilingi polis berpakaian seragam dan biasa! Ada juga yang menyamar dengan berjanggut bermisai dan berserban!

Pemimpin negara amat takut dengan perkembangan politik dari jenayah yang semakin mengganas mengancam kesejahteraan dan keselamatan rakyat!

Masa pilihanraya umum atau kecil peranan polis dilihat melangkaui tugas keselamatan. Ianya kelihatan lebih menjadi alat kepada pemimpin Umno/Bn memenangi pilihanraya tersebut.

Persekongkolan tugas itu disertai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sentiasa mengintai dan mengorek ADUN / MP Pakatan Rakyat terutamanya PKR! Kalau dulunya PAS maka sekarang PKR menjadi sasaran utamanya dengan tujuan supaya penyokong PAS tidak memberikan sokongan kepada calon PKR.

Ikut sama membantu tugas rasmi Umno/Bn dalam apa saja pilihanraya ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Banyak yang mengelirukan dari garis panduan yang ditentukan!

Oleh itu Kerajaan Umno/Bn amat memerlukan ketiga-tiga agensi kerajaan ini bagi menjaga kuasa rakus mereka, maka kakitangan Polis, SPRM dan SPR haruslah ditambah dan ianya bolehlah dikutip dari mereka yang berhenti atau diberhentikan kerja dulu, kini dan selamanya.

Untuk mengukuhkan lagi kuasa rakus Umno/Bn yang berkesinambungan apakah Mahkamah juga boleh diheret sama? Itu kena tanya Peguam Lingam!

Apakah pilihan yang tepat untuk anda atau waris anda yang diberhentikan dan berhenti kerja untuk mendapatkan kerja baru?

!) Polis ?
2) SPR ?
3) SPRM ?


SEL
ADANG: Mengintai siapa tukang tindik hidung!

Thursday, April 16, 2009

PUSARAKU BIARLAH BERNAMA

SEJENAK MENGHAYATI PUISI SAHABAT ....

Wahai Raja Catur
dandankanlah hiasan
rambut permaisurimu,
teguhkanlah benteng
tembuk istanamu,
jangan pedulikan
barisaan soldadu sepertiku,
yang tersedia
untuk sembelih korban.
untuk lelongan
di pasar crber,
hiasan temasya orpy
keraian erotika,
teketnya sudah ku bayar
dengan keringat
di ranjang
membuka selera
dada dan peha
kebasahan memanjang.

Tiada pingat
yang ku pinta,
cuma,
sekiranya tiba
waktunya janin kita
akan diledakkan
sekadarnyalah
pusaraku biarlah
bernama.

Kerananya
aku hanya satu
antara beribu
buah caturmu,
walaupun ada,
bagimu
aku tetap tiada!

dr seri intan mokhtar
taman tinggi cempaka
maluri kuala lumpur
16 april 2009

TUAH MENANTI DI DUN PENANTI - Sambil Menyelam Menegok Air !

MAKA dicatitkanlah dalam sejarah Permatang Pauh untuk penggal Pilihanraya Umum ke 12 di mana para pengundinya dilimpahi rahmat apakala merasai 3 kali pilihanraya sejak 8 Mac 2008 hingga kini.

Selepas tertcabar teruk di Pilihanraya Umum ke 12, Umno/Bn bersungguh-sungguh melabur untuk merampas Parlimen Permatang Pauh dari PR yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat, lalu beberapa bulan kemudian penyandang kerusi Parlimen tersebut meletakkan jawatan dan diadakan Pilihanraya Kecil dan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Namun PKR bukan saja berjaya mempertahankan Parlimen Permatang Pauh tetapi juga menambah lagi majoriti kemenangan sebelumnya.

Hari ini (16 April 2009) sekali lagi pengundi DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh bersiap sedia didatangi tuah yang amat dinanti-nantikan!

Seperti kian lama dan ulang kali dilakukan, Umno/Bn tidaklah berapa sangat menurunkan pimpinan untuk menerang kepada rakyat dengan dasar perjuangan parti kerana rakyat rata-rata sudah faham tentang temberang mereka tetapi lebih kepada memberikan habuan yang dinamakan hadiah, subsidi, pembangunan mee segera dan seribu janji yang rata-rata bolehlah diketegorikan sebagai rasuah pilihanraya seperti juga rasuah semasa pemilihan Umno yang digelar politik wang sahaja.

Disamping menggunakan jentera kerajaan untuk agenda kemenangan Umno/Bn , ugutan serta arahan yang tidak selari dengan amalan demokrasi juga dilakukan terutamanya oleh pihak polis, SPR dan SPRM yang sememangnya menjadi kaldai tunggangan pemimpin Umno/Bn mengekalkan kuasa yang rakus untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka sahaja.

Ini semua dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn hanyalah untuk mendapat kemenangan di pilihanraya tersebut.

Taburan fitnah bukan saja melalui ucapan oleh pemimpin Umno/Bn tetepi juga dilakukan oleh akhbar-akhbar pengampu Umno/Bn serta kaca-kaca tv yang sememangnya berada di bawah ketiak busuk pemimp-in Umno/Bn!

Namun para pengundi di 6 Pilihanraya kecil tetap memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat kecuali satu di Batang Ai, Serawak.

Masa Pilihanraya inilah bukan saja pengundi menjadi anak emas pemimpin Umno/Bn tetapi penduduk dalam kawasan pilihanraya tersebut menikmati durian runtuh. Maka rakyat di DUN Penanti telah dan akan menikmati tuah pilihanraya sebanyak 3 kali dalam jangka masa yang amat sengkat!

Selagi pemimpin Umno/Bn mengamalkan rasuah pilihanraya selagi itulah rakyat akan gembira menyambutnya disamping berpura-pura mempermainkan pemimpin Umno/Bn yang gila dan rakus berkuasa! Bak kata pepatah: Sambil menyelam menegok air!

Kini pemimpin Umno/Bn berkira-kira berapa peruntukan untuk rasuah pilihanraya disamping berapa pula untuk masuk ke kantong mereka sendiri! Bak kata pepatah: Sambil menyelam menegok air!

Rakyat kini tetap dengan 'suara rakyat suara keramat' yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat untuk rakyat membentuk Malaysia Baru dengan agihan ekonomi yang adil - pentadbir yang telus - kehidupan yang sejahtera dalam negara yang aman!!

SELADANG: Menanti sumpah apa pula Najib Rosmah lakukan di Penanti!

Wednesday, April 15, 2009

TEMPUR PUSINGAN KEDUA TERENGGANU KITE - Adakah Najib nak tunjuk belang?

DALAM ada pihak yang bimbang terselit juga harapan, moga dihujung memperolehi keuntungan! Demikianlah yang tersirat dalam lubuk hati manusia Umno di Terengganu tika bermulanya pusingan kedua tempur antara pemimpin Umno dengan pemimpin Umno!

Umno Terengganu pimpinan Idris Jusuh vs Umno Terengganu pimpinan Ahmad Said. Siapa menang?

Pusingan pertama setahun yang lampau dimenangi oleh Umno Terengganu pimpinan Ahmad Said! Umno Terengganu pimpinan Idris Jusuh terkapar!

Kini muncul kembali tempur untuk pusingan kedua! Idris buat kenyataan supaya Ahmad Said jangan takut dengan bayang-bayang! Memang Ahmad Said tak takut dengan bayang-bayang tetapi dia takut dengan tindakan ADUN-ADUN yang dipimpin oleh Idris Jusuh. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang! Sekurang-kurangnya ada kera yang berebut buah menggegarnya!

Banyak orang mengatakan Ahmad Said pilihan istana. Sementara Idris Jusuh pilihan pimpinan Umno masa itu diketuai oleh Pak Lah! Umno mungkin terasa malu kerana cakapnya tak laku masa itu! Ianya menunggu masa untuk berbuat sesuatu untuk menyatakan Umno gagah berkuasa!

Kini Najib mengetuai Umno! Apakah tempur di Terengganu pusingan kedua ini ada kaitannya antara Umno dengan istana? Apakah Najib mahu menunjukkan belangnya di Terengganu pula setelah berjaya di Perak mempengaruhi istana untuk merampas mandat rakyat?


SELADANG: Menunggu pilihanraya kecil kok kok ada lagi!

SLOGAN NAJIB RAKYAT TERABA-RABA

Slogan Najib Rosmah berbunyi 'Satu Malaysia' sedap dilafad entah apa maksudnya? Rakyat teraba-raba arah mana dituju seperti juga slogan-slogan yang lepas-lepas! Sekali air bah sekali pasir berubah, seorang pemimpin naik satu slogan digubah! Rakyat menanggung tidak berubah!

Adakah 'Satu Malaysia' ini kejutan yang tidak mengejutkan?


SELA
DANG: Menerkam tetap ke depan!

Tuesday, April 14, 2009

ADUHAI PENIUP NAFIRI

HAYATILAH PUISI SAHABATKU INI


SYAHDAN
tersebutlah kisah
di suatu ketika
betapa Raja Melaka
demi menafsui
Si Puteri Ledang
sanggup ia
merampas setiap
saga emas dan perak
rakyat Melaka.

Betapa Raja Malaka
menghukum bunuh
Hang Tuah yang amat setia
kerana fitnah Karmawijaya,
betapa Raja Melaka
sepenuh relanya
menjadi penyembah
Maharaja Benua
menghantar ufti
sembah setia
kerana bukan
sekadar Hang Lipo seorang,
lima ratus dayang
jadi tambahan pemuas nafsu
pengasah ulu.

Betapa Raja Melaka
lintang pukang
mencawat ekornya
bila Melaka diserang Peringgi.

Betapa kedi...rajaan
Melaka bersemayam
sudah di muzium
kota sejarah
singgahsananya.

Betapa Melaka hari ini
sudah menjadi
sebuah kandang babi
menampung selera
sang gembalanya
yang bertahta
di pulau di hujung tanjung.

ARAKIAN kini,
tak siapa peduli
bahawa di Melakalah
terungkapnya kata-kata
"Takkan Melayu
Hilang Di Dunia"
sebagai gembala khinzirkah,
mungkin!

Aduhai peniup nafiri
yang kematian angin
janganlah kau buka
pentas sejarah
keaiban ini!

yassinsalleh
kuala lumpur
14 april 2009

JANGAN DIHARAP GURUH DI LANGIT - Satu Malaysia Omong Kosong Najib

BILA Najib Rosmah mengumumkan 'Satu Malaysia' sebagai konsep hala tuju Malaysia dibawah pimpinannya, maka ada rakyat terutamanya orang Malayu tercengang-cengang dalam fikiran yang serba terteka-teka akan apakah ertinya 'Satu Malaysia' itu.

Dulunya berbagai-bagai slogan dipaparkan oleh para pemimpin negara ini untuk memikat hati rakyat agar menyokong Umno/Bn. Maka si cerdik pandai yang diibaratkan perimpin tepi jalan mengikut arus angin, beriya-iya menghurai apa yang dilafadkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut.

Moga dengan huraian cerdik pandai terutamanya dari menara gading yang memang dikenali sebagai pencacai kepada pemimpin yang berada di puncak, diharapkan rakyat akan terpesona lalu menganggok dan menyerahkan hidung untuk ditindik dengan slogan yang mereka pun tak tahun apa-apa!

Najib Rosmah bercakap tentang 'Satu Malaysia'! Rakyat memikirkan pemimpin no 1 Umno juga Perdana Menteri Malaysia ini mahukan apa saja di Malaysia ini satu - Bangsanya satu - Budayanya satu - Pendidikannya satu - Politiknya satu - Ekonominya satu - Semuanya satu! Apakah Agamanyanya pun mahu satu juga?

Rakyat sebenarnya bukan dikelirukan tetapu diimpi-impikan dengan hujan lebat akan turun bila Najib Rsoamh mengguruhkan slogan di kerusi PM.

Sejak dari dulu lagi slogan pemimpin Umno/Bn ialah penyatuan rakyat untuk menyokong Umno/Bn tetapi slogan-slogan itu tidak ada apa-apa meninggalkan kesan malahan ianya menikam semula Umno/Bn!

Sebab apa berlaku begitu? Sebab utamanya ialah pemimpin Umno/Bn cakap tidak serupa bikin! Suara pada umum mahukan perpaduan - penyatuan - seimbang - yang berhak menerima hak - tetapi apa yang dilakukan ialah menguntungkan kroni - diri sendiri dan keluarga mereka!

Rakyat terus mendengar guruh berdentum hebat di langit sedangkan hujannya tidak dirasai! Lalu rakyat mengambil pendirian sendiri dalam diam-diam mempraktikkan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' dimana memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat!

Kini apa saja yang pemimpin Umno paparkan dan laongkan! Rakyat mendengar tetapi rakyat tahu di mana mereka mesti memberikan sokongan!

Oleh itu Umno/Bn tidak perlulah nak membesar-besarkan propaganda 'Satu Malaysia' kepada rakyat Malaysia! 'Satu Malaysia' hanyalah kata-kata seorang Perdana Menteri Malaysia yang sekadar untuk menambah khazanah di arkib negara!

Rakyat tidak terpesona dengan 'Satu Malaysia' tetapi sedang menuju ke gerbang 'Malaysia Baru' yang diperjuangklan oleh Pakatan Rakyat!

Dari segi perpaduan kaum - Umno banyak memainkan sentemen KeMelayuan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu di kampung-kampung! Ekonomi pula hanya kroni tertentu saja yang mengaut untung untuk masa depan mereka sebagai pemimpin parti dan negara!

Apakah Najib Rosmah mencipta slogan 'Satu Malaysia' untuk rakyat negara ini bercakap dan berbincang dengan tumpuan sepenuh jiwa raga ke slogan tersebut dan melupakan berbagai peristiwa - jenayah - rasuah - penyelewengan kuasa - ketidak telusan - kezaliman - ketidak tentuan ekonomi yang dinikmati oleh rakyat negara ini?


SELADANG: Keras tanduk liat daging!

Friday, April 10, 2009

MEMANG SENGAJA BEGITU - Mat Keramat

SEJENAK KE ALAM PUISI ....

Dulu
masa aku awal remaja
sering aku membaca,
di tiang-tiang pagar,
di pohon-pohon kelapa,
di tanah kepunyaannya
di banyak pekan
negeri Pahang,
Mat Keramat menuliskan,
Memang saja begitu adanya,
encik-encik dan tuan-tuan.

Mengikut yang ampunya ceritera ....
Berkatalah Mat Keramat
di pekan Raub
"Saya nak ke Kuantan ni"
Sebentar kemudian
Mat Keramat dilihat
berada sudah di pekan Kuantan.

Di manakah kini
agaknya orang istimewa
Mat Keramat ini kembara berkelana?
Ingin saja aku meminta,
Duhai Mat Keramat
bolehkah engkau
membawakan kembali
waktu orang-orang Melayu
belum pandai menipu
semoga dapat kita
cari di kalangan mereka
menjadi pendita
mengajar kita pandai berbahasa
agar taulah kita
bagaimana
mengatakan yang benar-benar belaka,
semoga kita
tidaklah sebegini
aibnya jadi Melayu
yang kian serba tak tahu.

Memang saja begitu
adanya encik-encik
dan tuan-tuan.

yassinsalleh
kuala lumpur
10 april 2009

SATU C4 - SATU ALTANTUYYA - SATU MALAYSIA

Add ImageKURBAN MENUNTUT KEBENARAN
KURBAN MENUNTUT KEADILAN
OHHHH TANAHAIRKU !!!

SELADANG: Lain yang condong, lain yang rebah!!!

BAGAIMANA NAK SINGKIRKAN ORANG NO 2 ? Najib mesti belajar dari Mahathir

SETELAH kian lama mengikut telunjuk Mahathir, maka berjayalah Najib meletakkan dirinya di singgahsana nombor 1 Umno seterusnya menyandang Perdana Menteri.

Tanpa mengikut hala dan arah tuju yang dijalin oleh Mahathir, siapalah Najib untuk pantas ke mercu dunia politik tanahair!

Pak Lah tidak dapat bertahan lama di kerusi Presiden umno dan PM kerana diasak oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk menaikkan Najib dengan meninggalkan Pak Lah untuk menimang impian menantunya Khairy Jamaluddin ke puncak jaya dengan pantas!

Kini arus politik Najib adalah arus politik Mahathir. Malaysia akan disambung entah berapa tahun lagi dengan corak pemerintahan Mahathir setelah berlalu 22 tahun lalu dengan bertopengkan 1 Malaysia slogan Najib.

Oleh itu mahu tak mahu Najib akan mengekori apa yang dirintis oleh Mahathir. Dengan itu kita akan dapat melihat bagaimana Najib menaikkan Hashamuddin dan Mukhriz dengan cepat.

Pelajaran utama yang mesti dipraktikal oleh Najib ialah menyingkirkan Mahyuddin terlebih dahulu. Caranya kena belajar dengan Mahathir kerana Mahathir berpengalaman dan telah berjaya menyingkirkan 3 orang timbalannya.

Penyingkiran ini samada cara politik adu domba, cara bermaruah atau tidak bermoral tidak menjadi hal kepada umno dan bn kerana parti tersebut hanya mengikut arah tuju pemimpinnya semata-mata.

Oleh itu Najib akan mengamit isu tertentu untuk Mahyuddin berundur walaupun hari ini Mahyuddin beriya-iya membodek dan menjaga hati Najib!


SEL
ADANG: Terasa Mahyuddin mengekori jejak Ghaffar Baba.

JANJI SEJARAH PADA YANG MELUPAKANNYA

MENGHAYATI SEJENAK PUISI UNTUK BEKAL PERJALANAN MINDA ...

Bila mentari
pada satu ketika
di suatu sudut waktu
mendadan pelangi
di rambut lembayung
sambil melegarkan
helang segara
mengutip
bintang-bintang luka
di kesaujanaan
langit malam pilu
mengulit bulan sayu
tanpa tangis
tanpa sedu.

Makanya,
itulah ketikanya
detik yang satu itu
tanpa mungkir
meledak
dan maraklah
timbunan
ranting-ranting amarah
membakar
longgokan
dahan-dahan kesesatan
sang algojo
yang kian fana
mengorgazem ibunya
di biara kuburan
nenek moyangnya.

Dan itulah
janji sejarah pada
yang melupakannya.

Angin menderu,
jangan jatuh
menimpa
batu kuburan
malang oh malang.

yassinsalleh
kuala lumpur
10 april 2009