Thursday, April 29, 2010

PERKASA GANTI UMNO KOMPENAN BN: Parti Perkauman Melayu Itu Patut Dibubarkan

MENGAPA Perkasa lebih hebat dari pemimpin Umno mendapat sokongan Melayu? Soalan ini ekoran dari ucapan Dr. Mahathir bahawa Perkasa penting bagi Bn untuk menarik sokongan Melayu terhadap parti itu.

Ini bermakna Umno sudah tidak relevan lagi pada orang Melayu. Umno sudah diketepikan oleh orang Melayu. Umno bukan lagi parti pergantungan politik orang Melayu. Umno sudah ranap perjuangannya.

Kenapa begitu? Kerana pemimpin Umno hanya mementingkan diri sendiri dan kroninya dengan mengepikan dasar membela Agama, Bangsa dan Tanahair. Pemimpin Umno semua perengkat kebanyakannya menanggok keuntungan dalam sokongan orang Melayu selama ini.

Sikap rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengaut peluang untuk kroni, mementingkan diri sendiri, membuatkan orang Melayu semakin tidak yakin dengan parti perkauman itu.

Namun mampukah Perkasa satu badan Ngo Melayu yang tampil untuk menjadi tulang belakang Bn dalam arus kebangkitan rakyat untuk mendapatkan politik baru bagi mengembalikan keutuhan pentadbiran dan perjalanan demokrasi negara ini yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat setelah Umno/Bn gagal melaksanakannya.

Perkasa juga rata-rata dipimpin oleh pemimpin Umno tempatan dan yang pro Umno dan ahli-ahlinya juga adalah ahli Umno sendiri. Maka amat layaklah Umno dibubarkan dan tempat dalam kompenan Bn diganti oleh Perkasa!

Apakah sikap pemimpin Perkasa sama dengan sikap pemimpin Umno yang memperalatkan orang Melayu untuk kepentingan diri sendiri dan kroninya?

SELADANG: Umno + Perkasa = Perkauman Melayu!

Wednesday, April 28, 2010

MAHKAMAH JALANRAYA AGENDA ZALIM ALA YAHUDI: Generasi Muda Rakyat Malaysia Mesti Sedar Kezaliman Agen Umno/Bn!

ANAK IBAN YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!
ANAK INDIA YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!
ANAK CINA YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!
ANAK MELAYU YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!
ANAK ORANG ASAL YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!
ANAK RAKYAT MALAYSIA YANG DIZALIMI ADALAH ANAK KITA!

Oleh itu ....

ALLAHYARHAM AMINULRASYID
YANG DITEMBAK POLIS
ADALAH ANAK KITA!!!!
A L - F A T I H A H

SELADANG: Bangun bersama Suara Rakyat Suara Keramat!

MIC KEBAHKAN DEMAM POLITIK NAJIB: Umno Patut Balas Budi!

KOMPENAN Bn khususnya Umno pasti merasa terhutang budi kepada Mic yang mana calonnya telah berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil baru-baru ini dari kuasaan Pakatan Rakyat.

Walaupun pada awalnya pergolakan tuntutan dari Umno begitu beriya untuk meletakkan calonnya tetapi ditolak oleh pimpinan tertinggi Umno/Bn dan mereka lebih yakin dengan calon Mic bertanding di kawasan majoriti Melayu itu.

Atas kewibawaan Mic itu maka amat patutlah parti tersebut melebarkan lagi tuntutannya untuk beberapa penambahan kawasan Dun dan Parlimen di beberapa negeri yang majoritinya Melayu serta ketidak stabil Umno dari sudut kepimpinan yang bersinggit hati dan dari segi pengaruh serta kewibawaan Wakil Rakyat tersebut.

Selain di Selangor Mic berhak menuntut penambahan kawasan pilihanraya, di Pahang juga Mic berhak menuntutnya.

Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2008 lalu adalah antara yang wajarnya diserahkan kepada calon Mic dalam PRU ke 13 nanti untuk dimenangi oleh Bn.

Kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota, sementara Dun Kuala Semantan, Baserah, Triang dan Teras juga patut diserahkan kepada calon Mic mewakili Bn. Umno dengan Mca sudah patah taring. Banyak Pilihanraya Kecil penggal ini yang calon Umno kecundang di tangan calon Pakatan Rakyat.

Mic Pahang juga boleh menuntut Dun Lanchang, Guai, Luit, Pulau Tawar, Jenderak, Benta dan Parlimen Temerloh, Lipis, Kuala Krau di PRU ke 13 nanti.

Jika tuntutan ini diutarakan oleh pemimpin Mic, berkemungkinan Najib senang hati untuk meluluskannya kerana Mic telah berjaya memulihkan demam politik Bn yang dikepalai oleh Najib di Hulu Selangor walaupun entah berapa banyak duit rakyat dipergunakan sebagai usaha memancing undi kalau pun tidak disebut rasuah musim Pilihanraya.

Jika Najib akur dengan tuntutan Mic ini, permimpin Umno Pahang semua perengkat akan akur walaupun pada awalnya ada sedikit bantahan seperti yang berlaku di PRK Hulu Selangor. Sementara ahli Umno akan akur bila-bila masa sahaja asalkan mereka dapat apa saja di musim pilihanraya itu dan Bn bertanding dan menang.

Adakah bagi mereka kemenangan calon Mic mewakil Bn akan dapat mempertahankan terus Ketuanan Melayu yang mereka agung-agungkan?


SEL
ADANG: Tetap mempertahankan Ketuanan Rakyat!

EPISOD TERBARU KAPAL SELAM & ALTANTUYYA: Selama Mana Rakyat Dikaburi!

Bold Italic
Text Color
Link
Align Left Align Center Align Right Justify Full
Numbered List Bulleted List Blockquote
Check Spelling
Add Image
Add Video
Remove Formatting from selection

SATU demi satu cerita terbentang pada rakyat negara ini melalui kerakusan berkuasa, rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, melabakan kroni sebagai wadah episod pentadbiran Najib Rosmah ...

CERITA KAPAL SELAM TIMBUL SEMULA,
ALTANTUYYA KEMBALI KE TAJUK BERITA;
KEZALIMAN BN SUDAH LAMA DIRASA,
RAKYAT DIBULI DALAM DERITA!

SELADANG: Menghetung hari menunggu Umno/Bn tersungkur!

Tuesday, April 27, 2010

CERAMAH EZAM UNTUNGKAN PKR: Penambahan Ahli Begitu Mendadak di Felda Dun Lanchang.

KEDATANGAN Ezam Md Noor ke Felda Bukit Damar pada malam 24 April 2010 berceramah dengan tajuk 'Membongkar Rahsia PKR' amat menguntungkan Parti Keadilan Rakyat di Dun Lanchang dalam Parlimen Temerloh.

Bukan sahaja majlis ceramah itu tidak mendapat sambutan hangat dari para peneroka tempatan malahan pemimpin PKR tempatan di DUN Lanchang menimba untungnya sedikit sebanyak.

Sepatutnya penubuhan Ranting PKR Felda Bukit lambat lagi dilaksanakan kerana hanya 21 orang sahaja yang mengisi borang keahlian PKR setelah program mencari ahli dilakukan dua bulan lalu tetapi kini sebaik sahaja Ezam Md Noor meninggalkan Felda Bukit Damar, esoknya seramai 7 orang mengisi borang keahlian PKR diikuti 28 orang lagi sehingga 25 April lalu.

Dengan penjumlahan ahli 56 sehingga kini, maka pihak Jawatankuasa Penyelaras PKR Dun Lanchang berjaya begitu cepat menubuhkan ranting parti tersebut setelah melebihi keahlian 30 orang bagi satu ranting.

Temberang Ezam yang lapok dipergunakan oleh Umno di Dun Lanchang sudah tidak laku dan berkesan. Kebangkitan generasi ke 2 felda amat memberangsangkan dan ianya menjadi cabaran besar pada Umno/Bn.

Sementara itu penambahan ahli di Felda Lakum juga meningkat dari 6 orang 2 bulan lalu, kini bertambah ke angka 27 orang.

Jawatankuasa Penyelaras Dun Lanchang menyatakan usaha menambah ahli dan aktiviti parti bukan sahaja ditumpukan ke felda tetapi turut ke kawasan taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisional.

SELADANG: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja tentu tak menang.

Monday, April 26, 2010

PRU HULU SELANGOR - Najib Pulihkan Semangat Mic - Umno Ternganga Hampa!

NAJIB ROSMAH dan kroninya berhempas pulas memulihkan semangat Mic yang telah tumpas di Pilihanraya Umum 12 (2008) lalu. Termasuk tersungkurnya Presiden Mic di Sungai Siput.

Kini Mic boleh mengembang kepak untuk mendapatkan lagi suntikan Najib Rosmah di Kawasan Dun atau Parlimen. Banyak kawasan yang ditandingi oleh calon Umno kecundang dalam Pilihanraya Kecil.

Kini Mic boleh berbangga dan mendabik dada pada kompenan Bn bahawa calonnya bukan sahaja menang tetapi berjaya merampas Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Oleh itu agak wajar jugaklah beberapa negeri memberikan laluan kepada Mic meletakkan calonnya dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti terutamanya di kawasan majoriti Melayu.

Pelaburan Najib Rosmah di PRK Hulu Selangor untuk memulihkan imejnya melalui calon Mic adakah berbaloi?


LABUR: RM 1OO Juta
UNTUNG: 1725 Undi
MIC: Tumbuh Sayap
MCA: Tunjuk Belang
UMNO: Mandi Taik!



SELADANG: Terus menerkam dan menanduk!

PRK HULU SELANGOR: Najib tepok Dada - Boleh Adakah Pilihanraya Umum Ke 13

DENGAN Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010 yang baru berlalu, dimana keputusannya memihak kepada Bn dengan majoriti Najib Rosmah sudah boleh yakin dan berbangga walaupun cara apa pun kemenangan itu diperolehi. Samada cara demokrasi atau cara tipukrasi.

Bolehlah kalau Najib nak menepok dada dan berkata; Akulah hero Umno/Bn masa kini! Dengan kemenangan calon Mic itu ketuanan Melayu telah pulih.

Dari media propaganda Umno/Bn jelaslah bahawa demam Umno/Bn sedikit sudah kebah dan rakyat menyokong kepimpinan Najib Rosmah melalui kayu pengukur PRK Hulu Selangor. Entah berapa lama dan bertimbun-timbun kempen Najib Rosmah telah diyakini tersebar di media ampuisme itu berjalan tidak perlu dihetung.

Yang perlu diperkatakan ialah kemampuan Najib Rosmah meyakinkan dirinya telah mendapat keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu dengan keberaniannya meletakkan calon Mic di PRK Hulu Selangor walaupun mendapat beberapa bantahan awal dari para pemimpin Umno tempatan.

Oleh itu dalam masa panas dengan keyakinan yang diberikan ini maka Najib harus berfikir inilah masa yang amat sesuai untuk membubarkan Parlimen dan dan diikuti oleh Kerajaan Negri membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Umum untukj mendapat mandat besar setelah ketiadaan 2/3 wakil Bn di Parlimen waktu ini.

Tindakan ini amat perlu selain memerlukan kedudukan 2/3 di Parlimen, Najib Rosmah juga boleh menyekat beberapa perkembangan yang tidak sihat mengenai dirinya dulu, kini dan akan datang. Ianya juga boleh menjadi benteng halangan agar ahli-ahli Umno khususnya Melayu tidak bosan dengan parti perkauman itu.

Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Rosmah ini juga masih belum selesai dipersoalkan oleh rakyat akan kewibawaannya memberi kesejahteraan, keamanan, keadilan dan kemakmuran kecuali hanya media ampuisme Bn sahaja yang menggemburkan kehebatan Kerajaan Bn sedangkan ianya tidak dapat mengatasi dan lari dari korup, aniaya, zalim, kroni, penyalahgunaan kuasa.

Sementara Kerajaan Najib Rosmah ini masih boleh telunjuknya diikut dan dipatuhi oleh SPR, SPRM, Polis, Jabatan Peguam Negara, Badan kehakiman dan beberapa lagi agensi, amat sesuailah Najib Razak mengumumkan Pilihanraya Umum Ke 13 dalam masa terdekat ini.

Najib juga harus memperbanyakan calon-calon Mic di kawasan-kawasan majoriti Melayu agar tidak menjadi rebutan pemimpin-pemimpin Umno tempatan untuk menjadi calon.

Mungkin rasanya yang Najib Rosmah bimbang untuk mengadakan Pilihanraya Umum Ke 13 iaitu untuk masalah ekonomi yang terasa perit oleh rakyat kini. Disamping masalah sosial, keamanan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidak yakinan rakyat terhadap Badan Pendakwa Raya, Polis dan Kehakiman serta sistem pendidikan yang semakin parah.

SELADANG: Agak-agaknya Najib Rosmah nak pancing kalau katak-katak untuk melompat ke Bn atau bebas yang tidak bebas!

PRK HULU SELANGOR: MIC buli UMNO - Ayam Menang Kampung Tergadai.

TIDAK mengherankan bila PRK Hulu Selangor dimenangi oleh Bn 25 April 2010 lalu. Sebaliknya amat mengejutkan jika Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

Kenapa? Pemimpin Umno begitu lemah sehingga ahli-ahli dan penyokong Umno kebanyakannya menyokong Mic tidak menyokong Umno untuk meletakkan calonnya di Parlimen Hulu Selangor.

Kerajaan Bn juga melimpah ruahkan kebendaan dan ringgit serta janji yang belum tentu ditunaikan kepada pengundi Hulu Selangor.

Walaupun sebelum ini pemimpin Umno begitu mengiur untuk meletakkan calon Umno di PRK Hulu selangor namun hajatnya bukan saja tidak tercapai malahan calon kerusi Parlimen Hulu Selangor akan datang mustahil diperolehi oleh Umno. Kerana pemimpin tertinggi Umno sudah amat yakin dengan Mic. Kecuali Umno meminjam calon dari Mic atas tiket Bn.

Inilah hebatnya Mic di Hulu Selangor berjaya menutup mulut pemimpin Umno Hulu Selangor secara langsung membuli pemimpin Umno dan ahlinya di Hulu Selangor. Mereka tidak kira siapa calon tetapi berapa dan apa mereka dapat semasa musim Pilihan Raya itu.

Selepas ini pemimpin Umno Hulu Selangor jangan nak buka mulut untuk meletakkan pemimpin mereka di kerusi Parlimen Hulu Selangor.

SELADANG: Yakin Pakatan Rakyat akan dapat merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor di Pilihan Raya Umum ke 13. InsyaAllah.

Thursday, April 15, 2010

PRK HULU SELANGOR: Pengalaman Anak Muda Meraih Kemenangan Rakyat.

JAM 6.30 pagi 15. 4. 10, lepas sembahyang Subuh, saya bergegas dengan kereta ke Mentakab lebihkurang 20 kilometer dari rumah saya untuk menjemput Anuar dan berpatah balik ke Pekan Lanchang meninggalkan sementara Anuar di Restoran SinggahSini milik Raja Abdullah.

Saya kembali semula ke rumah lebih kurang 4 kilometer dari Pekan Lanchang mengambil keluarga saya iaitu isteri dan ibu mertua yang udzur untuk mereka ke kedai isteri saya di pekan kercil itu.

Saya juga mengambil Sdr Talha Ibraghim dan Sdr Syed Shahid dua orang anak muda dari Rantau Panjang. Setelah menurunkan keluarga di kedai isteri saya, kami berempat menuju ke Kampung Sempadan singgah seketika mengambil Sdr Mohd Haris Roslan dan kami berlima terus menuju ke Hulu Sel;angor.

Cuaca begitu panas dan kesihatan saya agak kurang memuaskan tetapi masih mampu untuk memandu menempuh terowong lebuhraya lantas dengan kesibukan pinggir bandar Kuala Lumpur.

Jam lebihkurang 11.00 tengahari kami sampai di Felda Sungai Tengi dan bertemu dengan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Hal Ehwal Felda PKR Negeri Pahang yang bertugas mengendalikan petugas-petugas PKR dari Pahang.

Kami ditempatkan di sebuah rumah yang dimilikki oleh Sdr Aman di Felda Suharto bersebelahan Felda Sungai Tengi.

Setelah berehat seketika, saya telah mengiringi Haji Suihami Said ke Kuala Kubu Baru bertemu dengan YB Eli dan beberapa orang petugas Penerangan PKR di Bilik Gerakan Penerangan PKR.

Jam 5.00 petang kami berdua pulang semula ke Sungai Tengi bertemu semula dengan keempat-empat anak muda yang kelihatan sedikit letih sedang minum bersama kak Hendon.

Jam 5.30 kami pulang ke rumah penginapan di Felda Suharto. Haji Suhaimi bersama Kak Hendon lepas sembahyang Asyar terus dengan kereta ke Kuala Kubu Baru lebihkurang 60 kilometer dari felda kami bertugas ini.

Setelah menunaikan sembahyang Asyar kami berehat untuk menunggu malam. Lepas Maghrib kami bersiap sedia menyemak tugas untuk dilaksanakan terutamanya saya yang bertugas sebagai sekrateriat, sementara rakan-rakan bersedia untuk persiapan ceramah Datok Sri Anwar Ibrahim jam 8.30 malam esok (16.4.10) di halaman rumah penginapan kami ini.

Selain Anuar yang sudah lali dengan gelagat Pilihanraya Kecil atau Umum, ketiga-tiga anak muda ini buat kali pertama menimba pengalaman Pilihanraya Kecil luar negeri Pahang walaupun pernah menjadi petugas PR dalam Pilihanraya Umum di Pahang.

SELADANG: Rasa-rasanya sejarah Lubok Merbau hampir 30 tahun lalu tidak akan berulang di PRK Hulu Serlangor ini kerana Peneroka sudah tahu karenah jahat Umno/Bn.

Monday, April 12, 2010

I MALAYSIA: Najib berbohong lagi?




APA DAH JADI ????






NAJIB MENDAKWA 1 MALAYSIA IDEA DIA
APAKAH 1 INDONESIA JUGA IDEA DIA?
atau
Kedua-duanya idea APCO Syarikat Yahudi di Singapura
berpengkalan di Israel
upahan
Najib Rosmah?


SELADANG: Pemimpin Umno/Bn kalau tak bohong rakyat tak sah ke?


MENJELANG PRK HULU SELANGOR: Biro Felda dan Orang Asal Pahang Menggempur!

INSYAALLAH Sebaik selesai sahaja Penamaan Calon pada 17 April 2010 ini di PRK Hulu Selangor, angkatan petugas khas (Task Force) sepenuh masa Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) dari Pahang yang ditempatkan di beberapa lokasi dalam beberapa Felda di Hulu Selangor akan terus berkerja membantu PKR/PR mencapai kemenangan di PRK tersebut.

Lokasi-lokasinya ialah: Felda Sungai Tengi, Felda Suharto dan Felda Gedangsa. Ianya akan diketuai oleh beberapa orang pimpinan PKR Pahang.

Sdr Rabidin bersama Sdr Hj Zahari akan mengetuai Task Force di Felda Suharto. Sdr Bostamin bersama Sdr Razali Ithnin mengetuai Task Force di Felda Sungai Tengi Selatan.

Sdr Hafez Harun bersama Sdr Razak Hussin Menjaga Sekretariat yang bertapak di Felda Sungai Tengi. Sementara Sdr Md Nor bersama Haji Suhaimi Said mengetuai Task Force di Felda Gedangsa.

Menurut Haji Suhaimi selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) Pahang, mulai 18 April 2010 setiap malam akan diadakan ceramah di setiap Felda-felda tersebut. Sementara di sebelah pagi dan petang para petugas (Task Force) akan berkempen rumah ke rumah disamping menyampaikan risalah semasa kepada para peneroka.

Beberapa orang pemimpin tempatan akan turut sama antaranya Pak Ali dan Wak Selamat disamping petugas-petugas tempatan.

Semua pemimpin dan ahli Task Force Biro Hal Ehwal Felda dan Biro Orang Asal dari Pahang diminta mendaftarkan diri selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 16 April 2010 ini di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Sungai Tengi.

SELADANG: Siap sedia menerima arahan!

Sunday, April 11, 2010

FELDA DI PAHANG: Sasaran Utama Gerak Kerja Lepas PRK Hulu Selangor.

ALHAMDULILLAH Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Zon Pahang Barat yang dihadiri bersama keempat-empat Pengerusi Cabang zon tersebut telah bersedia memberikan kerjasama kepada Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) dan Biro Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang untuk kegiatan biro di kawasan zon tersebut.

Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Cabang Bentong (Sdr Osdman), Pengerusi Cabang Raub ( Sdr Mohd Ali), Pengerusi Cabang Lipis (Sdr Zakaria Abd. Hamid) dan Pengerusi Cabang Cameron Highland (Sdr Zakaria) bersama beberapa pimpinan cabang-cabnag dan Sdr Zaidi Mokhtar selaku Setiausaha Kerja PKR Zon Barat.

Pihak BIHEF telah mengenal pasti beberapa rancangan felda untuk sasaran kegiatan biro membantu kegiatan cabang-cabang antaranya Felda Sungai Koyan 1,2 dan 3 dalam DUN Jelai (Cameron Highland, Felda Lembah Klau dan Krau serta Rancangan Tanah Pemuda dalam DUN Dong (Raub).

Sementara di Bentong BIHEF akan menumpu seluruh felda dalam kawasan Parlimen Bentong iaitu Felda Mempaga 1, 2 dan 3 serta Felda Sertik (DUN Sabai), Felda Cemomoi, Kemasul dan Kemahal dalam DUN Sabai. Felda Bilut dalam DUN Bilut.

Pihak BIHEF akan menumpukan dahulu gerak kerja di felda-felda yang maklumat kasarnya telah diperolehi dari cabang-cabang berkenaan. Usaha yang pertama ialah menubuhkan ranting atau Jawatankuasa Bertindak PKR dalam rancangan-rancangan tersebut jika tiada lagi ranting PKR disamping berkempen memperbanyakan ahli dan menyebarkan isu semasa yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi peneroka felda dan rakyat hari ini.

SELADANG: Sementara ke PRK Hulu Selangor sempat juga menghadiri ceramah di Sungai Klau Raub anjuran Pakatan Rakyat Raub.

Saturday, April 10, 2010

PRK HULU SELANGOR: Calon MIC Untuk Najib Mendapat Keyakinan!

MENGAPA Najib mengumumkan calon Bn di PRK Hulu Selangor dari MIC? Bukan sedikit yang tertanya-tanya akan sikap Najib itu. Malahan ahli Umno juga menjadi sedikit bingong.

Bagi pengundi Melayu dan juga ahli Umno di PRK Hulu Selangor kebingongan ini menjadikan satu kerunsingan dan mungkin membawa satu protes. MIC yang dah bertapak dan telah tewas hendak diserahkan lagi kawasan itu. Majoritinya Melayu!

Berbagai alasan diberikan oleh pencacai pemimpin Umno untuk melegakan perasaan ahli Umno Hulu Selangor. Namun itu semua akan ditentukan pada 25 April 2010 ini.

Bagaimana pun usaha Najib meletakkan calon MIC di PRK Hulu Selangor adalah satu cubaannya untuk menguji sejauh mana kepatuhan ahli-ahli Umno dan juga orang Melayu dengannya.

Najib mahu seperti Mahathir dulu. Menguji kepatuhan ahli Umno dan Orang Melayu dengan apa saja yang dilakukan dan akan dilakukannya, antaranya mengusik keistimewaan Raja-Raja Melayu.

Najib juga begitu? Najib dan Rosmah sedang mencari keyakinan? Setelah setahun pentadbirannya, agaknya dia masih belum nampak kepatuhan ahli Umno dan orang Melayu kepada idea 1 Malaysianya.

Apakah jika usaha mendapatkan kepatuhan dari ahli Umno dan Orang Melayu ini berjaya, maka Najib akan terus mengikut jejak Mahathir dimana menyingkirkan orang No 2nya dahulu.

Inikah yang ditunggu-tunggu oleh kroni Najib melihat Mahyuddin tersingkir dan Hishamuddin melonjak naik diikuti Mukhriz? Barulah mereka dapat mengaut laba yang besar atas kepatuhan ahli Umno dan orang Melayu kepadanya suami isteri.

SELADANG: Tetap menanduk BN di Hulu Selangor.

PRK HULU SELANGOR: Kesihatan Baru Nak Pulih, Rakan2 Umno Sibuk Komen Keputusan Najib pilih Calon!

SEMASA kesihatan baru nak pulih ini, saya sudah seminggu tidak ke mana-mana kecuali menguruskan peperiksaan kesihatan di hospital dan poliklinik.

Namun masa berada dengan keluarga yang selalu ditinggalkan siang dan malam sebelum ini dapat juga saya menfaatkan untuk melaksanakan beberapa tugas perlu untuk PKR Cabang.

Selaku Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN, saya mula menyemak keahlian dalam DUN untuk disenaraikan dalam lokasi masing-masing bagi memudahkan diadakan perjumpaan atau apa-apa aktiviti untuk dilaksanakan terutamanya menubuhkan ranting-ranting.

Bagaimanapun esok, InsyaAllah saya akan berada di Raub dari petang hingga ke tengah malam mengikut program PKR Zon Barat.

Saya percaya Sdr Mohd Ali selaku Pengerusi Zon Barat agak sibuk juga kerana Hulu Selangor bersempadan dengan kawasan Cabang Raub.

Yang berat saya tanggung sekarang bukannya tugas parti tapi pantang larang makanan yang saya jamah. Itu tak boleh, ini tak boleh! Yang sedihnya bila ada sahabat kenduri arwah menghidangkan kari kambing! Alamak kepala kambing yang kerap menjadi ratahan saya, hanya dipandang dengan aiu liur melileh sahaja.

Anak bongsu saya berkata: Kalau abah nak terus berjuang untuk membebaskan rakyat dari kezaliman Barisan Nasional, abah kena banyak berpantang kalau tidak penyakit tak kurang, di katil terlentang.

Sekarang ini tidak berapa ramai rakan-rakan yang nak bersembang panjang dengan saya, mereka lebih suka saya berehat! Namun terdengar juga komen mereka tentang Najib pilih calon Hulu Selangor menjadi tofik perbualan agak rancak oleh rakan-rakan Umno.

Saya terima pandangan anak bongsu saya itu yang kini sudah mula berkerja di Kuala Lumpur tapi bukan dengan Kerajaan Barisan Nasional!

SELADANG: Ayuh rakan-raskan, kita ke Hulu Selangor untuk tumbangkan keangkuhan permimpin Umno/Bn!

Friday, April 9, 2010

LANGIT HULU SELANGOR: Membisukan Suara Helang Perkasaraya

Sang Helang Perkasaraya
dompok wajah muka
berlegar kerap di angkasa
mendabik dada
akulah pejuang bangsa!

Sang Helang Perkasaraya
menerpa menjaga alam kononnya
tempik parau suara
ada yang terpesona
banyak yang tertanya-tanya
untuk apa suaranya itu
bagaikan mengulum sesuatu
ianya sendiri tahu.

Kini angkasa Hulu Selangor membuka tirai
berduyun-duyun anika beburung ke sana
Sang Helang Perkasaraya
tiada kelibatnya?
Ke mana?

Ahhh! Sudah bisukah lidahnya?
Ahhh! Sudah tumpulkah kukunya?
Ahhh! Sudah terkancingkah paruhnya?
Ahhh! Sudah patahkah kepaknya?
Ahhh! Bersumbunyi di rumbun rimbakah?

Sang Helang Perkasaraya
Isi perutnya sudah penuhkah
dengan bangkai yang dimamah?
Gagak berkilau menerjah
mengendur kubar
semangat Sang Helang Perkasaraya
atau ianya sudah kembali menjadi katak
menyahut-nyahut "Ong! Ong! Ong! ....Ongkos!!!!!

SELADANG: Sesekali berpuisi juga!

Thursday, April 8, 2010

PRK HULU SELANGOR : Perjuangan Rakyat Di Pinggir Tanah Kelahiran!

SAYA amat berharap dan berdoa agar segala urusan kesihatan saya selesai sebelum 16 April ini untuk membolehkan saya meninggalkan kampung halaman bertandang seketika hingga 25 April ke Hulu Selangor.

Gamitan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor bukan saja meronta perasaan tetapi di hati kecil keinginan itu amat besar terutamanya tanah kelahiran saya 1949 tidak jauh dari kawasan PRK tersebut iaitu Sungai Choh, Rawang. Kini saya menetap di sebuah perkampungan dalam Pahang kerana arwah ibu saya orang Pahang.

Ada beberapa PRK yang saya tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan kewangan. Saya hanyalah orang kampung yang tidak punya pekerjaan tetap. Hanya anak-anak ada sedikit menghulur untuk abahnya ini berjuangan menegakkan perjuangan rakyat yang penuh harapan untuk bebas dari kezaliman Kerajaan Barisan Nasional.

Bagi PRK Hulu Selangor, bak kata orang tua-tua; Patah sayap bertongkatkan paruh, namun panji-panji perjuangan akan saya julang dan dari Ulu Yam hingga ke Sungai Tengi!

Saya sudah bersedia jika tidak ada wang untuk ke Hulu Selangor, berjalan kaki sanggup kerana sampai sahaja di Ulu Yam itu sudah kawasan Hulu Selangor! Di situ sudah boleh menyebarkan perjuangan rakyat!

Bagaimnana pun beberapa orang anak muda sudah menelefon saya bukan saja nak menemani saya tetapi untuk sama-sama berkempen dari rumah ke rumah atau menampal poster atau apa kerja yang diarahkan oleh pihak Bilik Gerakan PRK Hulu Selangor.

Kali ini kami ke PRK Hulu Selangor atas Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) Negeri Pahang yang di Pengerusi oleh Haji Suhaimi Said dan di Ketui Bersama oleh Wak Rabidin, Md. Nor Jaafar dan Bustamin.

Saya dan keluarga saya berdoa dan yakin bahawa rakyat / pengundi Hulu Selangor mengerti tentang perjuangan rakyat yang mahukan keadilan, keamanan, kemakmuran, kesejahteraan yang selama ini hanya dinikmati oleh kroni pemimpin Umno / Bn sahaja.

Disamping itu rakyat juga mahu negara ini bebas dari pengaruh secara tidak langsung pihak-pihak tertentu mengambil peluang merobek kedaulatan negara ini yang dibawa oleh Pemimpin Umno/Bn seperti APCO syarikat milik Yahudi yang diamanahkan menyelenggarakan komuinikasi negara ini.

Penglibatan dalam hal ehwal komnukasi negara ini pastilah melibatkan berbagai jabatan Kerajaan termasuklah Jabatan Polis, Tentera dan semua Jabatan Kerajaan. Bererti negara kita terdedah besar strategi dan semuanya kepada agensi atau kerajaan lain terutaman Israel! Sebuah negara musuh Islam!

Minggu lalu saya berada dalam wad hospital selama 3 hari kerana saluran jantung sedikit tersumbat. Balik ke rumah baru rehat 2 hari kena pula beretat di Poliklinik selama 8 jam disebabkan masalah perut.

Pagi tadi saya sekali lagi ke hospital untuk x-ray perut saya. Masih belum tahu lagi apa penyakit yang saya hidapi kerana perut saya selalu sahaja ditusuk angin yang amat memedihkan!

Namun segala kepedihan dan kesakitan itu terlalu jauh rendah tekanannya jika dibandingkan dengan tindak tanduk kerajaan BN yang berdasarkan NKRA - Najib Kaut Rosmah Angkut!

SELADANG: Perjuangan rakyat adalah rakyat!

Wednesday, April 7, 2010

PRK HULU SELANGOR - Anjing Upahan Menyalak Cerita Ulangan

Pantun pagi-pagi ....

EMPANG PECAH DI KUALA KUBU,
KAMPUNG RASA SIMPANG BERLIKU,
BERAPA UPAH ANJING PEMBURU,
KERJA PAKSA CAKAP TAK LAKU.

KAMPUNG RASA SIMPANG BERLIKU,
LOMBONG LAMA TEMPAT MENDULANG
KERJA PAKSA CAKAP TAK LAKU,
CERITA LAMA DIULANG-ULANG.

Munculnya salakan seekor anjing pemburu untuk menyalak sekuat-kuatnya di setiap kali Pilihanraya Kecil kini membuka tirai kempen PRK Hulu Selangor. Rasanya bukan seekor anjing pelalak upahan yang akan dilepaskan untuk menyalak musuh. Ini semua kerana duit tetapi rakyat / pengundi dah faham sangat rentak serta irama salakan anjing upahan ini.

Duit! Duit! Duit! Katak boleh menjadi anjing!

SELADANG: Jangan sembunyi hubungan syarikat Yahudi (APCO) dengan Kerajaan BN pada pengundi Hulu Selangor!

Monday, April 5, 2010

PERPECAHAN JEMAAH MASJID - Umno punca utama!

TIDAK perlu dipertikaikan lagi berkaitan dengan perpecahaan jemaah masjid yang didalangi dan didatangi punca utamanya oleh pemimpin Umno semua perengkat.

Sikap untuk mempengaruhi masyarakat tempatan terutamanya di kampung-kampung luar bandar supaya pengaruh Umno tidak terjejas atau hancur, maka salah satu badan NGO kampung yang dipergunakan ialah Jawatankuasa Masjid selain Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang sememangnya menjadi 'barua' kepada Umno!

Realiti perpecahan ini berlaku berpunca dari amat jelas setelah pihak Jabatan Agama Islam melakukan perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, kemudian lantikan 4 orang AJK oleh JKK Kampung tersebut, 8 AJK akan melantik 4 lagi AJK masjid tersebut.

Sifir mudahnya begini: Atas pengaruh Umno untuk menguasai kegiatan masjid maka pemimpin Umno akan mencadangkan nama-nama 'kuda tunggangan' mereka.

Lantikan yang dibuat oleh JKK Kampung pula juga dipengaruhi Umno kerana Perlantikan JKK itu sendiri adalah 'taman barua' Umno yang amat diperlukan.

Lantikan yang lebihnya itu pula juga secara tidak langsung melibatkan Umno kerana gabungan AJK dari lantikan Jabatan Agama Islam dengan JKK Kampung memberikan impak besar untuk Umno menonjolkan 'pengampu Umno' di dalam Ajk sesbuah masjid itu.

Oleh kerana kuku Umno terasa tajam (macam kuku beruang) mengongkong pentadbiran masjid dengan idea dan tindakan kerja dipengaruhi Umno, maka berlakulah perpecahan yang ketara dan tidak ketara bagi jemaah di sesebuah masjid.

Disebabkan pengaruh Umno, ada majid kampung yang melantik AJK atasan dan biasa dari orang yang tidak menetap di kampung tersebut. Begitu juga dengan lantikan JKK Kampung kerana seseorang itu menjadi pemimpin Umno di kampung tersebut walaupun menetap di luar kampung.

Mereka beranggapan kalau Umno boleh melantik pemimpin dari orang yang menetap luar kampung, kenapa JKK Kampung dan AJK masjid tidak boleh?

Jawapan itu jawapan bodoh yang dipengaruhi 'emosi politik' keumnoan. Untuk NGO kampung amatlah diperlukan mereka yang menjadi AJKnya berada dalam kampung tersebut tetapi atas kehendak jahat politik Umno menanam pengaruh dan mudah meminggirkan yang bukan Umno, maka perlakukan lantikan begini dianggap yang terbaik.

Kesimpulannya: Jika berlaku perpecahan kemasyarakat dalam jemaah sesebuah masjid, maka pemimpin Umnolah puncanya!

SELADANG:Yang Umno tak rebut lagi ialah AJK Persatuan Orang-Orang Mati!

Sunday, April 4, 2010

PKR MENAPAK DI 2 FELDA PARLIMEN TEMERLOH - Generasi Kedua Muak Dengan Gelagat Pemimpin Umno!

RANCANGAN felda Lakum dan felda Bukit Damar mula ditembusi oleh Parti Keadilan Rakyat yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penajanya awal bulan Mei ini selepas Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Generasi kedua disokong oleh beberapa orang peneroka sudah mendaftar menjadi ahli PKR Cabang Temerloh. Dengan ini gandingan PAS dan PKR akan menggugat kekuatan Umno selama ini menjadikannya sebagai kubu kuat setiap Pilihanraya Umum.

Generasi kedua sudah muak disogok dengan sukan dan hiburan semata-mata oleh pemimpin Umno sedangkan mereka terpinggir di bidang ekonomi. Mereka mula membuka minda menilai masa depan mereka tidak akan terjamin dengan sikap pemimpin Umno semua perengkat yang mengaut laba untuk diri sendiri dan kroni!

Mereka dipapartkan hebat di media-media masa arus perdana sedanag realitinya mereka terus terkapar-kapar mencari arah kehidupan yang selesa.

SELADANG: Anti golongan mengampu!


SAMA-SAMA MENYUMBANG IDEA UNTUK KEBANGKITAN SIKAP DAN MENGGILAP HARAPAN RAKYAT MENUMBANGKAN KERAJAAN BN

MARI kita sama-sama makmurkan blog ini dengan idea-idea yang membangunkan minda rakyat dari kepompong kezaliman BN dan UMNO ...


Dari Ulu Yam ke Kelompang,
Singgah bermalam di Empang Pecah;
Jangan diam dagu ditupang,
menumbangkan BN catatan sejarah.

SELADANG: Mulai 17. 4. 10 akan bertugas di Hulu Selangor.

GST- Gambaran Ekonomi Negara Parah!

APAKALA Najib bersama kuncu Kerajaan BN begitu ghairah untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perhidmatan (GST) yang akan terbeban kepada rakyat. Dimana rakyat telah didahulukan dengan berbagai bebanan cukai - cukai pintu - cukai tanah - cukai pendapatan - cukai jalan - disamping berbagai denda tunggakan dan saman trafik dan parking yang sentiasa mengosongkan poket dan membelengu fikiran rakyat.

Semua beban ini didahulukan kepada rakyat untuk memikulnya dan kerajaan yang bangga sebagai pemimpin negara kaya dan membangun menikmati pencapaian atas bebanan yang dipikul oleh rakyat itu - Inikah ianya Konsep 1 Malaysia?

Setelah berhempas pulas untuk memulihkan ekonomi yang terus parah ini - Kerajaan BN Najib menuding jari cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengatakan Pembangkang cuba mengelirukannya.

Selain itu Kerajaan BN Najib ini cuba memadamkan pengetahuan rakyat tentang protes GST dengan mengwujudkan berbagai kerenah yang dibebankan ke bahu pemimpin Pakatan Rakyat.

Merasakan tidak mampu mengalihkan pandangan rakyat yang terus memprotes GST ini, lalu Najib membuat asakkan ke arah kakitangan kerajaan untuk benar-benar menyokong harapan gelabahnya itu tercapai merupa syarat penting untuk mereka naik gaji!

Polis telah berjaya melaksanakan berbagai harapan Najib untuk terus berkuasa kerana itu gaji Polis telah dinaik lebih dulu dari jabatan lain?

Inilah gambaran kepunahan ekonomi sebuah negara yang dipimpin oleh seorang manusia ngalabah dengan berbagai masalah dihadapi kalau pun tidak mengikut telunjuk isteri dan kroni!

Rakyat mulai melihat dengan jelas kepincangan Kerajaan BN yang masih mendabik dada sebagai juara rakyat!

Rakyat mulai bertanya: Ke mana wang Petronas yang berbillion-billion setiap tahun dilambakkan? Ke mana wang dana Tekun yang dipergunakan sebagai suapan secara tidak langsung semasa Pilihanratya dan tidak mendapat pulangan? Berbagai lagi projek yang dijanjikan oleh Kerajaan BN di luar bandar dan dalam bandar sejak kebelakangan ini tidak terlaksana walaupun rakyat begitu mengharapkannya.

Yang ada ialah projek-projek kecil dan ianya pula dilaksanakan dengan cara membazir! Rakyat di luar bandar jelas melihat pembaziran ini!

Ke mana wang negara yang begitu banyak sebagai negara yang mengeluarkan hasil bumi yang berlambak? Siapa lulur? Siapa simpan? Siapa kaut? Siapa angkut?

Najib dan kuncu-kuncunya mesti memikul beban kemelesetan ekonomi ini bukannya dibebankan pada rakyat dengan mengenakan berbagai cukai dan mendesak untuk kakitangan melaksanakan Cukai Barangan dan Perhidmatan serbagai syarat untuk dapat naik gaji!

SELADANG: GST - Guna Semua Tekanan!

Saturday, April 3, 2010

LAWAK DI HULU SELANGOR

NAJIB sudah mula ngalabah dengan keadaan di Hulu Selangor. Ramai sangat nak jadi calon BN. Ada yang dah terkeluar nak masuk balik untuk dapat semangat hantu. Menang jadi MP. Yang tak tentu pasal melayan fikiran serabut ... Najib!

Lantas itu Najib pun mencetuskan kata-katanya untuk mengkabarkan hal PRK Hulu Selangor kepada O'Bama. Hai! Apa kena mengenanya Hulu Selangor dengan Washington? Lawak bodoh seorangf PM.

Dulu sibuk kata Anwar Ibrahim rapat dengan Amerika. Sekarang dalam kelambu pun Najib nak beritahu Presiden Amerika. Apakah ianya ada kaitan dengan kisah Apco? Umno tolol di kampung tersengeh-sengeh dengar lawak bodoh itu dan lupa segala masalah yang dihadapi. Kroni pimpinan Umno terus mengaut kekayaan dengan projek yang akan melambak di Hulu Selangor.

SELADANG: Teringat lawak-lawak Allahyarham Din Beramboi. Al-Fatihah.

Friday, April 2, 2010

PAKATAN RAKYAT - Merobek Topeng Talian Hayat BN

MUDAH sangat dikira. Warga Felda dengan warga Orang Asal (Asli) adalah talian hayat BN! Bukan disebabkan warga Felda dan Orang Asal itu bodoh dan takut tetapi pemimpin BN pandai mengula-gulakan mereka. Ada masa dan tempatnya mereka menyekat dan mengelong kedua-dua warga ini dari didedahkan dengan kenyataan sebenar apa yang berlaku pada negara ditadbiri BN dalam haru biru.

Pihak-pihak yang hendak memberitahu keadaan sebenar dilarang dan ada masanya ditangkap oleh kompenan tak langsung BN ke 15 (Polis ?). Dalam Pilihanraya Kecil atau Umum, kedua-dua warga ini akan dilimpah ruah dengan kebendaan dan kewangan sekadar masa berkempen itu saja. Kemudian mereka akan terpinggir kembali. Bantuan yang diberikan selalunya kalau Felda dari wang tabung Felda yang dihasilkan dari titik peluh peneroka sendiri, cuma pemimpin BN terutamanya UMNO tukang hulur dan ambil nama saja.

Sementara untuk Orang Asal pula pemim,pin BN akan mencekus beberapa peruntukan lain dan disalurklan kepada Orang Asal semasa kempen Pilihanraya Raya tersebut.

Namun yang lebih banyak menelan peruntukan-peruntukan ini ialah kroni-kroni pemimpin UMNO/BN yang mengambil kesempatan dari tender-tender projek dan juga bantuan-bantuan umum. Rakyat diperalatkan - Kroni diperkayakan!

Jika kedua-dua warga ini terdedah kepada kenyataan yang realiti dengan kepincangan Kerajaan BN dulu, kini dan selamanya, maka berkuburlah BN yang turut sama berkapan ialah UMNO.

Usaha Pakatan Rakyat (PKR - DAP - PAS) merobek dan menembusi topeng pengaruh BN terhadap warga Peneroka Felda dan Orang Asal sedikit demi sedikit mula memberikan ruang pemahaman kepada realiti kerpincangan Kerajaan BN yang mengakibat kehancuran kepada rakyat dari berbagai sudut kehidupan.

Kini warga Felda dan Orang Asal sendiri mula menebuk kepompong penipuan dan temberang BN/UMNO dengan menyambut kedatangan Pakatan Rakyat! Slogan 1 Malaysia hanyalah slogan kosong! Slogan BN - Rakyat diperbodohkan - Kroni diutamakan!

SELADANG: Ingat lagi pesan Tok Kedu - Jangan bodohkan orang kali kedua! Kita akan dibodohkan pula!

TANYA-TANYA ORANG CERDIK

???????????????????????????????????????














1) Dapat dari mana?
2) Siapa punya?
3) Nak bawa ke mana?
4) Buat apa?
5) Untuk siapa?
6) Cara berinya macam mana?
7) Jatuh ketegori apa?
8) Tujuannya apa?
9) Yang untung siapa?
10) Kerja siapa?

SELADANG: Tak ada apa-apa.