Thursday, May 27, 2010

Puisi: JANGAN HALANG PERJALANAN INI

(UNTUK PARA SAHABAT PEJUANG RAKYAT)
(Sempena Kongres PKR 2010 di Kota Bharu, Kelantan)

Jangan halang perjalanan ini
kerana aku melangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
nadinya rakyat
darahnya rakyat
uratnya rakyat
jiwanya rakyat
tubuh badannya rakyat
semuanya bergerak
itulah rakyat
untuk rakyat!

Jangan halang perjalanan ini
kerana langkah ku
tidak pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
tangkalnya
suara rakyat suara keramat!

Perjalanan ini perjuangan keadilan
Ketuanan Rakyat diperdaulatkan
dengan laongan tiada henti-henti
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

L. Mankadir Shamsi
Lanchang, Pahang
27 Mei 2010 Jumaat.



SELADANG: Membujur lalu melintang patah!

Saturday, May 22, 2010

ANAK : Ngo Pilihan Generasi Ke 2 Peneroka Felda.

TIDAK ada sebab untuk berdalih para generasi ke 2 peneroka felda seluruh negera menyertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan atau ringkasnya 'ANAK' yang kini semakin berkembang cawangan dan keahlian bertambah dari masa ke masa.

Ngo ANAK ini tidak seperti Persatuan Belia Felda yang ditubuhkan oleh pengurusan felda untuk membendung kebangkitan generasi ke 2 ferlda menuntut berbagai penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ibubapa mereka dan seterusnya mereka yang mewarisi tanah di rancangan felda.

ANAK berperanan untuk penyatuan ke arah kemajuan ekonomi menguntungkan dan sosial yang bermaruah, meletakkan waris peneroka sebagai manusia yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan harta benda yang mereka akan pesakai atau dipesakai kini.

Ngo ini juga menuntut agar felda menyelesaikan beberapa tuntutan hak peneroka serta hak anak-anak peneroka bekal mengharung masa depan.

Sementara Persatuan Belia Felda pula lebih banyak menumpukan kepada kelalaian dengan sogokan hiburan, sukan dan janji-janji yang melekakan sehingga tertingalnya perkembangan kemajuan di berbagai bidang terutamanya ekonomi.

Persatuan Belia Peneroka ini juga lebih membawa kepada kelalaian untuk anak-anak dan perwaris peneroka dari penuntutan menyelesaikan beberapa masalah yang dialami dan dihadapi oleh peneroka itu sendiri.

Erti Ngo ANAK membawa arah yang berkebaikan untuk anak-anak atau waris peneroka dan peneroka itu sendiri sementara Persatuan Belia Felda dijadikan penghalang oleh felda kepada gelombang kebangkitan peneroka menuntut hak sebenar di tanah rancangan felda yang kini telah mereka miliki sendiri bersama surat hak milik dari Pejabat Tanah negeri.

Tujuan semata-mata untuk mengekalkan peneroka atau pewarisnya di bawah jaring kongkongan felda yang banyak golongan koperat menimba keuntungan dari titik peluh peneroka itu sendiri.

Oleh itu tidak hairanlah ANAK mendapat sokongan dan keahlian yang semakin bertambah dari masa ke masa.

SELADANG: Gandingan Haji Suhaimi Said dengan Mazlan Aliman akan menggelombangkan kebangkitan ke 2 peneroka felda menuntut hak mereka.

Tuesday, May 18, 2010

SPR PINDA AKTA PILIHANRAYA UMUM: Mengatasi Wang Rakyat Diperasuahkan Oleh Pemimpin Umno/Bn Semasa PRK.

KALAU dikumpulkan entah berapa billion sudah wang rakyat dipergunakan oleh pemimpin Umno/Bn untuk merasuah rakyat dan pengundi semasa beberapa Pilihanratya Kecil berlaku. Ianya sekadar dinafikan dengan mengatakan 'bantuan kerajaan' ataupun 'peruntukan kerajaan'.
Namun lambakan bantuan dan peruntukan yang meningkat ratusan juta rm untuk satu-satu hanya berlaku pada musim PRK dan ianya diagihkan pada kawasan yang terlibat sahaja.

Tak ada PRK tak ada 'durian runtuh' rasuah politik ini.

Kebanyakan PRK ini berlaku kerana ahli MPnya atau ADUNnya meninggal dunia. Tidak mempersoalkan tentang kematian kerana ianya kehendak Allah! Tetapi soal penggunaan wang rakyat sewenang-wenangnya oleh parti Umno/Bn yang bertanding. Secara tidak langsung calon Pakatan Rakyat atau Bebas menentang jentera kerajaan bukan jentera parti yang bertanding.

Laongan demokrasi yang ditempikkan oleh pemimpin dan pencacai Umno/Bn adalah penipuan. Calon-calon yang bertanding bukan menentang calon Umno/Bn. Sebaliknya menentang calon kerajaan yang bertopengkan lambang dacing!

Jentera pilihanraya calon yang menentang calon bertopengkan lambang dacing ini terpaksa berdepan dengan jentera kerajaan seperti - Polis, SPR, SPRM, KEMAS, JASA dan semua kementerian Kerajaan Malaysia. Jentera pilihanraya parti calon bertopengkan lambang dacing berpelok tubuh dan hanya untuk menjerit dan menyerbu jentera calon lawannya.

Calon Umno/Bn tidak payah keluar modal untuk menghadapi setiap PRK kecuali wang deposit calon sahaja. Itupun mungkin dibayar oleh taukey-taukey yang pernah, sedang dan akan dapat kontrak dan lesen dari kerajaan termasuk lesen judi!

Oleh itu untuk mengelakkan leburnya tak tentu pasal wang rakyat di PRK maka adalah dicadangkan SPR menggubal Akta Pilihanraya Umum. Kerana kebanyakan PRK berlaku disebabkan penyakit yang dihidapi MP atau ADUN membawa kematian dan seterusnya membawa PRK pada kawasan yang diwakilinya.

SPR hendaklah menetapkan supaya setiasp calon mendapat kelulusan peperiksaan doktor untuk mengesahkan mereka tidak ada penyakit yang cepat membawa maut seperti - lemah jantung - darah tinggi - kencing manis - peparu berair - sakit usus - buah pinggang rosak.

Jika mati kerana kemalangan atau mati tanpa penyakit, apa nak buat! Memanglah kawasan tu rezeki untuk menerima habuan besar dari wang rakyat yang dirasuahkan semasa PRK tersebut.

Sementara itu Umno/Bn pula hendaklah mendapatkan calon yang pandai 'menganggok' dan 'mengampu' agar tidak mendatangkan kesulitan kepada pemimpin. Bagi Pakatan Rakyat pula calon-calon hendaklah diperiksa kaki dan tangan mereka kalau-kalau menyerupai kaki dan tangan 'katak'.

SELADANG: Kalau ada orang kata cadangan di atas 'karton' ! SPR lagi banyak buat karton semasa pilihanraya umum atau kecil!

Saturday, May 15, 2010

2 ZAM TINGGALKAN PEJUANG UMNO: Habuan selepas menabur fitnah!

JASA apakah yang perlu dibalas dan dikenang atau diberikan anugerah yang hebat samada gelaran, pangkat dan imbuhan wang serta harta benda?

Pada umumnya ialah jasa-jasa seseorang itu kepada rakyat, agama, bangsa dan tanahairnya.

Namun pemerintahan Najib Rosmah ini ada kelainan sedikit. Ianya tidak perlu sumbangkan kepada yang disebutkan di atas. Yang pentingnya segala kerja dan sumpangan hendaklah menjurus kepada kepentingan Najib Rosmah, namamu bukan saja disebut-sebut tetapi ianya juga akan disanjung dan diberikan imbuhan yang lumayan seperti yang dihajatkan.

Demikianlah 2 ZAM memperolehinya dari dalam zaman pemerintahan Najib Rosmah ini.

Bercakap tentang rasuah yang tidak pernah didedah walaupun ada berkotak-kotak dalam simpanan dan beriya-iya menghentam Anwar Ibrahim, akhirnya isu 'kotak rahsia' meletakkan Ezam Md Nor ke Dewan Negara sebagai Senator.

Sementara Zainuddin Maidin pula kerana berjaya melahirkan propaganda melalui RTM semasa menjadi Menteri Penerangan dulu memburukkan Anwar Ibrahim maka ianya di anugerahkan sebagai Tokoh Alam Melayu yang besar ini (?).

Oleh itu pemimpin-pemimpin Umno di perengkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta mereka yang bersendirian hanya melopong sahaja walaupun sebelum ini mereka amat banyak berkurban untuk Umno/Bn masih mampu bertahan dalam keadaan ianya bagaikan nyawa-nyawa ikan sahaja lagi.

Jika rakyat terutamanya pemimpin Umno pertengahan mahukan tempat dan balasan yang lumayan maka hendaklah kamu memperbanyakan serangan, memperbanyakan fitnah terhadap Anwar Ibrahim dengan tiada hentinya!

ZAM: Zaman Ampu Mengampu.
EZAM: Era Zaman Ampu Mengampu.

Demikianlah halnya pengampu dan pencacai Najib Rosmah hari ini.

SELADANG: Mungkin Saiful akan diangkat menjadi Senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan ataupun Timbalan Menteri Penerangan oleh Najib Rosmah!

Tuesday, May 11, 2010

GELOMBANG PENEROKA FELDA KE 2: Bangun Bersama Pakatan Rakyat

MENGULANGI kembali sejarah kebangkitan penoka Felda di tahun-tahun 80an menuntut hak milik atas tanah mereka yang telah selesai dijelaskan segala hutang dengan pihak Felda, gelombang kebangkitan peneroka Felda pertama itu telah berjaya setelah ianya didesak melalui politik.

Tika itulah PAS menjalar masuk dengan suburnya di semua rancangan Felda. Walaupun Umno menapak dengan kukuhnya di rancangan-rancangan Felda namun dengan wujudnya isu tuntutan hak milik tanah, bagaikan satu gelombang besar melapun Felda dan Kerajaan Umno/Bn.

Gelombang kebangkitan peneroka tersebut tidak dapat ditahan-tahan dan bercambahlah PAS dengan tertubuhnya beberapa cawangan di rancangan-rancangan Felda. Ianya juga meletakkan Haji Suhaimi Said 2 kali menjadi penghuni Penjara Kemunting atas tiket ISA yang jalang itu. Ketika itu dia sebagai tenaga penggerak PAS memperjuangkan penuntutan hak milik tanah untuk peneroka Felda.

Gelombang peneroka menuntut hak itu benar-benar menggerunkan Umno/Bn kerana bukan saja ahli-ahli Umno beralih ke PAS tetapi beberapa pemimpin Umno cawangan turut meninggalkan parti perkauman tersebut.

Yang masih lagi bertahan dalam Umno masa itu kebanyakannya peneroka yang memegang jawatan dalam JKKKR dan juga Koperasi disamping bilangan yang kecil peneroka yang termakan gula-gula pemimpin Umno.

Tuntutan peneroka berjaya. Mereka gembira dengan mendapat hak milik tanah dari kerajaan-kerajaan negeri walaupun memberi secara terpaksa dan berperingkat-peringkat.

Hari demi hari masa berlalu. Umno/Bn terpaksa menggunakan cara lembut dan putar belit untuk mendapatkan keuntungan dari titik peluh peneroka. Peneroka dilalaikan dengan berbagai cara dan janji. Mereka digemburkan dengan harga yang tinggi. Mereka dikatakan akan menjadi kaya raya dimana Felda Holding melahirkan beberapa anak syarikat meletakkan Felda di arena koperat.

Mereka bangunkan kawasan-kawasan Felda menjadi bandar-bandar dan perumahan (ada yang menjadi gajah putih) dari perbelanjaan asasnya wang peneroka. Mereka lambung semangat peneroka sebagai kelompok yang akan mencapai awan kemewahan.

Akhirnya Umno/Bn dan pengurusan Felda menawarkan sara hidup kepada peneroka atau warisnya sejumlah rm 1500.00 hingga ke rm 2000.00 sebulan jika menyerahkan tanah ladang mereka diuruskan tanam semula oleh Felda Plantation.

Sementara banyak juga peneroka yang kebanyakannya ahli-ahli Pakatan Rakyat mengusahakan tanam semula ladang mereka cara bersendirian. Bagaimanapun mereka terpaksa banyak menghadapi masalah yang sengaja didatangkan oleh pihak Felda tetapi ketabahan akhirnya mereka mengaut hasil yang berlipat ganda berbanding diperolehi oleh peneroka yang mendapat sara hidup bulanan dari Felda Plantation.

Sedikit demi sedikit kesedaran mulai timbul semula di jiwa peneroka terutamanya generasi kedua yang ada diantaranya mewarisi peninggalan orang tua mereka.

Mereka sudah mula menyemak dan menuntut beberapa perkara antaranya yang tidak munasabah dilakukan oleh pihak Felda. Tuntutan demi tuntutan kini bemula hingga mula melahirkan gelombang ke 2 peneroka Felda menuntut hak!

Mereka sudah mula menyemak tentang hasil penjualan buah sawit (bagi sawit) ke kilang-kilang yang diuruskan Felda. Mereka kini sudah mula mempersoalkan hutang yang mereka tanggung selama tiga tahun dan tahun-tahun berikutnya setelah ladang mereka mengeluarkan hasil sedangkan hutang sara hidup mereka tidak pernah dipotong malahan semakin bertambah boleh mencecah bukan puluhan tetapi ratusan ribu dalam jangka masa 10 ke 15 tahun nanti.

Masa itu siapakah yang akan dapat membayar hutang sejumlah besar itu sedangkan usia mereka semakin tua dan jika meninggal dunia waris mereka akan menanggung hutang tersebut dan pokok di ladang hampir kembali untuk tanam semula. Masa itu hutang lama menunggu hutang baru mendatang! Akhirnya tanah ladang mererka akan dipegang oleh Felda Plantation berpanjangan dan mereka hanya mendapat sara hidup tidak setimpal dengan pengeluaran besar hasil ladang mereka.

Mereka sudah mula membandingkan pendapatan mereka dengan pendapatan yang besar diperolehi peneroka yang menjayakan ladang mereka cara bersendirian.

Reformasi pemikiran para peneroka dan waris serta generasi kedua Felda kini tidak akan dapat dibendung oleh Umno/Bn. Kemaraan Parti Keadilan Rakyat di tanah-tanah rancangan membantu kekuatan PAS yang sedia ada untuk Pakatan Rakyat kukuh di tanah-tanah rancangan Felda.

Peneroka bukan saja rasa dikeliru dan ditipu oleh Felda Plantation tetapi mererka hampa dengan pemimpin Umno seolah-olah lepas tangan untuk menangani masalah masa depan mereka. Malah ada diantara pemimpin Umno yang bersikap menakut-nakutkan jika peneroka menyokong Pakatan Rakyat.

Kini dengan kesedaran dan keberanian penghuni rancangan Felda mulai mengorak langkah mengadakan dailog peneroka dengan para peguam Pakatan Rakyat untuk mengetahui lebih lanjut dan jelas pemasalahan yang ada dan akan berlaku kepada mereka.

Disamping mengadakan dailog peneroka yang mendapat sambutan, penubuhan cawangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dipelopori Sdr Mazlan Aliman dan penubuhan ranting-ranbting Parti Keadilan Rakyat berjalan lancar.

Undi dari hati dan tangan peneroka atas rasa kesedaran dari penindasan pemimpin Umno/Bn melalui Felda akan meletakkan Pakatan Rakyat sebagai pilihan utama untuk mengambil alih kerajaan melalui PRU ke 13 nanti.


SELADANG: Besan peneroka Felda Neram, sementara bakal besan peneroka Kecau.

Monday, May 10, 2010

NOH CUBA SEKAT ZAID MENGADAP SULTAN: perkasa / umno cuba tunjuk belang!

SARANAN Noh Omar supaya Zaid Ibrahim tidak dibenarkan mengadap Sultan Selangor seolah-olah menyatakan kepada umum bahawa hanya umno sahaja yang berhak mengadap Sultan Selangor! Oleh itu adalah lebih baik Noh Omar yang kurang bijak ini berhenti dari menjadi menteri pertanian dan memohon jawatan sebagai 'orang istana' jika diperkenan oleh Sultan.

Zaid berhak memohon mengadap Sultan Selangor untuk menjelaskan kedudukan sebenar konflik yang berlaku dan dimarakkan oleh media arus perdana pengaruh pemimpin Umno.

Sultan Selangor mempunyai hak menentukan samada Zaid Ibrahim boleh mengadap baginda atau tidak boleh! Baginda yang punya kuasa mutlak, bukan Noh Omar selaku timbalan pengerusi perhubungan umno Selangor! Takkan pihak Sultan Selangor nak mengikut cakap timbalan pengerusi perhubungan umno secara tidak langsung mencalarkan kewibawaan payung rakyat itu!

Jika campur tangan pemimpin umno di dalam pentadbiran istana dilakukan maka umno itu sendiri tidak menghurmati istana dan Raja!

Adakah Nor Omar dan pemimpin umno amat bimbang bila Zaid Ibrahim diperkenan mengadap 0leh Sultan Selangor dan hasilnya akan mereda dan menutup tirai konflik yang hendak dipanjangkan oleh pemimpin umno dengan tujuan keuntungan politik masa depan mereka di Selangor?

Nampaknya Noh Omar cuba mendahului istana, lebih sudu dari kuah!

Bukan sekadar itu saja, Ngo Perkasa juga nampaknya memainkan peranan dengan membuat bertimbun aduan polis! Ertinya perkasa dan umno masa kini kerjayanya ialah membuat aduan ke balai polis terhadap pemimpin Pakatan Rakyat!

Kerja lain mereka dah tidak boleh buat dan mereka juga dah semakin tidak diterima oleh rakyat kerana segala usaha yang mereka lakukan semata-mata bertujuan jahat - fitnah - penyelewengan kuasa - rasuah - pembaziran - agihan kroni yang menjadikan rakyat sebagai mangsa secara tidak langsung.

Adalah disarankan supaya setiap balai polis terutamanya di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah diadakan kuanter khas untuk pemimpin perkasa/umno datang membuat aduan! Ini tidak akan mengganggu tugas polis untuk melaksanakan keselamatan rakyat! Begitu juga dengan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia.

Pihak jabatan peguam negara juga menyediakan satu bahagian pendakwaan khas yang diketuai seorang timbalan pendakwaraya untuk mendakwa mereka yang diadu oleh pemimpin perkasa/umno tersebut.

Begitu juga pihak jabatan kehakiman juga hendaklah menyediakan sebuah mahkamah khas untuk membicarakan mereka yang diadu oleh perkasa/umno.

Maka akan terlaksanalah cita-cita perkasa/umno nak tunjuk belang di masa rakyat sedang berusaha membina Malaysia Harapan Baru - tanpa rasuah - tanpa penyelewengan - tanpa kronilisme - tanpa zalim - perjuangan rakyat untuk rakyat bersama parti-parti Pakatan Rakyat!

Bagaimanapun segalanya tidak akan berkesan mengikut selera perkasa/umno kalau pihak polis yang mengambil aduan, timbalan pendakwaraya yang mendakwa aduan itu dan hakim yang mengadili aduan itu tidak mengikut telunjuk pemimpin Umno terutamanya Najib Rosmah!

SELADANG: Bersama rakyat menjadi hakim di PRU ke 13!

Sunday, May 9, 2010

PRK SIBU RAKYAT MEMBISU: Pembaziran Wang Rakyat Yang Banyak - Menyedarkan Rakyat Pada Sikap Pemimpin Umno/Bn!

WALAUPUN Najib Rosmah dan kroninya begitu gembira akhir-akhir ini setelah kemenangan Bn di PRK Bagan Pinang diikuti Hulu Selangor namun rata-rata rakyat termasuk ahli-ahli akar umbi Umno terus membisu, kalau bercakap tentang pilihanraya hanyalah sekadar mengeluh setelah membaca akhbar arus perdana yang menjadi propaganda Bn.

Tidak banyak cerita dan perbincangan di kedai kopi tentang PRK Hulu Selangor yang Bn menang sorak kampung tergadai itu. Malahan PRK Sibu rakyat terus membisu!

Mengapa jadi begitu?

Rakyat termasuk akar umbi Umno yang 90% terdiri dari rakyat biasa mulai merasa sesuatu yang tidak kena dan tak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sewaktu berdepan dengan Pakatan Rakyat (PKR - PAS - DAP) di setiap Pilihanraya Kecil.

Bukan puluhan juta tetapi ratusan juta rm dilaburkan untuk memenangi setiap PRK. Setelah kian banyak PRK yang berlaku dan Pakatan Rakyat masih tempat di atas kemenangannya namun entah berapa billion rm kah Bn melabur dengan menggunakan wang rakyat untuk membeli undi dengan projek-projek mee segera dan projek-projek janjian yang menang mesti dibuat kalau kalah berfikir dua kali.

Jabatan-jabatan kerajaan juga dikerah bagaikan hamba untuk membantu kempen Bn, ini tidak dinafikan bila mana satu-satu kawasan itu ada PRK maka berbagai program jabatan-jabatan kerajaan diadakan di kawasan tersebut.

Masa itulah juga penyebaran fitnah dilakukan bukan sahaja melalui kempen rumah ke rumah oleh anak buah Kemas dan Jasa tetapi melalui akhbar-akhbar pembodek Umno/Bn, penyiaran tv dan radio RTM dan juga swasta.

Ini adalah penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn terutamanya para menteri yang mengarahkan secara tidak langsung jabatan-jabatan di bawahnya untuk mengadakan berbagai seberapa banyak program mengejut di kawasan-kawasan PRK tersebut termasuk anggota polis - Sprm disamping Spr sebagai kaldai politik Umno/Bn.

Menyedari terlalu besar pembaziran wang rakyat yang sepatutnya diagihkan pada beberapa kawasan yang memerlukannya hanya bertujuan semata-mata untuk memuaskan nafsu pemimpin Umno/Bn terutamanya Najib Rosmah, maka rakyat termasuk ahli-ahli akar umbi Umno mulai benci memperkatakan soal menang kalah Bn.

Walaupun bagi kawasan PRK merasakan ianya satu durian runtuh tetapi tidak juga. Ada masanya janji itu hanyalah janji kosong mainan kempen Pilihanraya! Jika projek-projek mee segera dan juga projek-projek mega yang akan dilaksanakan selepas PRK itu kerjanya akan diperolehi oleh syarikat-syarikat terdiri dari kroni pemimpin Umno/Bn tertentu sahaja.

Bagi rakyat di kawasan PRK tersebut hanyalah menikmat remahan sahaja seperti jamuan umpan untuk hadir di program-program ceramah Bn.

Siapa kaut untung dari projek yang diumumkan oleh pemimpin Umno/Bn semasa PRK? Jawapannya kroni pemimpin Umno/Bn.

Siapa penyebar fitnah memburukkan pemimpin dan calon lawan Bn? Jawapannya ialah agen-agen Umno/Bn yang selama ini berkerja untuk Umno/Bn dengan bayaran gaji dari wang rakyat antaranya ialah Kemas dan Jasa.

Siapakah yang diperhambakan oleh pemimpin Umno/Bn untuk kepuasan nafsu politik Najib Rosmah? Jawapannya ialah kakitangan kerajaan.

Siapakah yang menjadi kaldai kepada pemimpin Umno/Bn semasa PRK dan PRU? Jawapannya ialah ketua-ketua jabatan kerajaan yang merelakan diri dan hatinya menjadi pembodek secara langsung atau tidak langsung!

Siapakah yang mengeluarkan wang beratus juta rm setiap kali PRK? Jawapannya ialah Rakyat! Wang rakyat dipergunakan oleh Umno/Bn untuk mencapai kemenangan nafsu politik pemimpinnya.

Oleh kerana itulah maka rakyat terutamanya ahli-ahli akar umbi Umno/Bn mulai membisu bercakap tentang menang kalah Bn dalam Pilihanraya Kecil disebabkan mereka telah tahu bahawa peruntukan yang besar itu akan melumpuhkan beberapa peruntukan projek pembangunan di beberapa banyak kawasan lain dalam negara ini.

Adakah penyakit membisu ini akan menular hingga ke PRU ke 13 nanti ? Rasa benci bercakap tentang kemenangan Umno/Bn dalam PRK akan melarat ke arah mengalahkan Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti dengan memenangkan Pakatan Rakyat sebagai usaha mengembalikan kestabilan politik demokrasi tulin, kedaulatan undang, keutuhan ekonomi, kemuliaan sosial budaya, pembangunan pendidikan berdasarkan memberi rakyat keadilan, kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan di era Malaysia Harapan Baru!

Kesimpulannya; selagi pemimpin Umno/Bn gila kuasa dengan nafsu politiknya untuk berkuasa dan tidak mempedulikan perasaan rakyat keseluruhannya, maka bermulalah kebencian rakyat kepada parti yang dipimpin berdasarkan kronilisme yang terdiri dari tokoh-tokoh koperat itu!

SELADANG: Takkan undur untuk menumbangkan Umno/Bn!

Saturday, May 8, 2010

MAHKAMAH DI JALANRAYA: Adakah 1Malaysia Badi Buruk Bagi Remaja Negara Ini Menghadapi Negara Ala Cowboy?

MUSIM ini musim bahaya bagi remaja di jalanraya. Oleh itu dinasihatkan supaya ibubapa tidak mengizin dan hendaklah mengurung anak-anak berusia lengkungan belasan tahun supaya tidak keluar malam, kalau boleh siang pun jangan keluar di jalanraya.

Remaja perempuan dibimbangi akan digoda dan diperkosa rogol sementara remaja lelaki pula akan ditembak polis dengan kesalahan lalulintas jalanraya sahaja.

Apakah akta lalu lintas negara ada menyatakan boleh tembak jika berlaku kesalahan lalulintas umpamanya memetong kereta polis atau memejut laju?

Apakah kenderaan polis yang mengejar suspek lalulintas tidak berkuasa tinggi hanya peluru yang patut mendahului hukuman?

Apakah ini amalan yang sedang berlaklu dalam sebuah negara yang kononnya diperaga sebagai negara yang aman damai dengan anggota polis yang bgeitu ramai untuk menjaga keselamatan rakyat?

Adakah kes-kes yang melibatkan polis dengan remasja rakyat negara ini akan melibatkan sokongan politik para anak muda kepada kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah akan berkurangan dan mungkin tiada langsung?

Adakah 1Malaysia bagaikan badi besar kepada rakyat negara ini dimana ianya seolah-olah sebuah negara ala cowboy dalam filem-filem Amerika ataupun ianya menuju ke arah sebuah negara polis?

Kalau ahli-ahli politik Pakatan Rakyat mengeluh dengan bentuk dan cara pihak polis bertindak terhadap mereka mengikut arahan pimpinan Umno/Bn, kini para remaja mengeluh dan dalam ketakutan dengan sikap polis yang diperagakan oleh pimpinan kereajaan Umno/Bn sebagai agensi kerajaan yang bertugas secara profesional dan mesra.

Peristiwa di Shah Alam dan Seremban adalah kes besar disamping beberapa peristiwa melibatkan polis dengan remaja di jalanraya.

SELADANG: Bimbang mahkamah di jalanraya!

LESEN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA: Adakah Malaysia Sudah Hampir Bankrap ?

MALAYSIA Negara Islam! Malaysia Negara Islam! Amboiii hebat benar teriak pemimpin Umno mencanangkan Malaysia sebuah negara Islam! Bukan saja pemimpin Umno sibuk meneriak Malaysia ini negara Islam tetapi yang tak tahu hujung buah butir pun meneriak sama terutama di kedai-kedai kopi.

Tiba-tiba Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan di bawah Najib Rosmah melafadkan untuk mempertimbangkan kelulusan lesen judi bolasepak untuk musim Piala Dunia ini atas alasan ada permintaan!

Suatu alasan yang amat dhaif jika ianya benar-benar negara yang memperjuangkan Islam! Ditambah pula dengan hujjah kewangan yang diperolehi dari lesen perjudian bolasepak musim Piala Dunia itu nanti akan digunakan untuk perkembangan sukan negara ini.

Amboiiii! Sedapnya rasa hujjah bodoh itu dari seorang Timbalan Menteri Umno!

Apakah kenyataan itu boleh ditafsirkan negara ini sudah kehabisan wsang untuk membangunkan sukan sehingga terpaksa menggunakan cukai perjudian yang dilesenkan?

Kebodohan lebih ketara lagi bila mana disebut selain atas pintaan dan sumbangan untuk sukan negara ianya juga menghindar dari perjudian haram yakni tanpa lesen!

Bukan saja hujjah itu bodoh tetapinya ianya hujjah yang menyinggung dari seorang Timbalan Menteri yang secara tidak langsung mencabar kewibawaan anggota polis bahagian perjudian dan kongsi gelap. Adakah selama ini Timbalan Menteri dari Umno itu beranggapan anggota polis cawangan berkenaan tidak mampu membasmi kegiatan perjudian di negara ini termasuk di musim deman bolasepak Piala Dunia?

Bagaimana selepas ini jika lesen perjudian bolasepak Piala Dunia diluluskan, maka akan ada permohonan lesen laga lembu, laga ayam yang memang budaya judi orang Melayu dulu dipohon, akan diluluskan juga dengan alasan untuk mengembalikan tradisi sukan Melayu, hindar dari pertarungan haram di dalam semak samun belakang kampung dan wangnya boleh menyumbang tabung amal untuk membantu lembu yang sakit kuku dan mulut serta ayam yang kena sampar atau taun binatang!

Persoalannya sekarang ini tokoh-tokoh agama dalam Umno nampaknya bisu aja! Kenapa ya? Mulut sudah ada coklat ke? Atau ianya ujian yang didatangkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan meninjau-ninjau pandangan rakyat. Kalau rakyat terutamanya tokoh-tokoh agama Umno okey! Maka akan besar dan lebarlah lagi jalur perjudian berlesen di negara ini.

Adakah ini antara saranan yang dinasihatkan oleh Apco agen Israel atau Presiden Amerika dalam pertemuan Najib - O'Bama yang dibanggakan itu?

SELADANG: Nak laga lutut bila-bila boleh!

Friday, May 7, 2010

TITIK PELUH PENEROKA FELDA: Kroni Pemimpin Umno/Bn Nikmati Keuntungan!

SEWAKTU hasil bumi negara seperti emas dan bijih timah merundum, dan minyak masih diperengkat awal penghasilan, tidak boleh dinafikan para peneroka Felda adalah penyumbang utama hasil negara.

Kini peneroka felda adalah penyumbang kedua besar hasil negara selain dari Petronas. Para peneroka menumpahkan titik peluh serta tenaga yang amat besar sumbangannya bukan saja kepada keluarga, Felda, negara malahan kepada para kroni pemimpin kerajaan Umno/Bn yang mengamalkan koperatlisme dan koruplisme.

Namun hari ini apakah peneroka atau waris peneroka sejumlah 112,000 itu boleh berbangga jika dilanda oleh beberapa masalah dan kongkongan seolah-olah mereka adalah pekerja, sementara pengurusan Felda adalah majikan.

Kebanyakan para peneroka Felda sudah mempunyai hak milik tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri (bukan oleh kerajaan pusat atau Felda) walaupun penyampaiannya dilakukan oleh para pemimpin Umno yang mengambil kesempatan untuk mengaburi fikiran peneroka.

Dalam limpahan titik peluh membina kehidupan yang selesa, adakah para peneroka tahu bahawa ada pihak sedang mengambil keuntungan dari Felda? Adakah para peneroka Felda sedar bahawa jutaan ringgit hasil perniagaan Felda Holding yang bermodalkan hasil titik peluh peneroka dikaut oleh pihak tertentu yang dikenyangkan oleh pemimpin Umno?

Hari ini Felda telah wujud 2 aliran. Aliran pertama ialah Felda Peneroka dan satu lagi Felda Koperat!

Felda Koperat ini berada dibawah Felda Holding yang memiliki 14 buah anak syarikat yang memberikan gaji lumayan puluhan ribu ringgit sebulan kepada beberapa orang para pengarah dan pengurusannya. Sedangkan hasil dari Felda Holding ini tidak diagihkan kepada peneroka yang menyumbangkan modal.

Felda Peneroka terdiri dari peneroka dan pewarisnya yang terus membantingkan tulang dengan pendapatan yang tidak seimbang dibanding mereka di Felda Koperat. Pendapatan peneroka jauh lebih rendah dari pendapatan mereka di Felda Koperat yang ada masanya hanya goyang kaki sahaja.

Pimpinan kerajaan Umno/Bn hanya berbangga kerana membayar rm 1,500.00 ke rm 2,000.00 per bulan. Disebalik itu rupanya mereka dibebankan hutang demi hutang yang terus bertambah walaupun setelah 3 tahun tanam semula mengeluarkan hasil. Tiada penambahan bayaran sara hidup, tiada potongan hutang, malahan hutang semaikin bertambah mencecah hampir rm 60,000.00 sekarang ini dan terus meningkat dari bulan ke bulan.

Hutang ini adalah senjata utama pengurusan Felda mengikat peneroka dari mengerjakan tanah ladang mereka secara sendirian. Jika mereka mahu membebaskan diri mereka, maka mereka harus membayar jumlah yang besar hingga mencecah ratusan ribu ruinggit kepada pihak Felda. Ini merupakan satu gadaian yang tidak ketara dilakuklan antara peneroka dengan pihak Felda.

Mereka yang mengusahakan ladanag secara sendiri tidak terikat dengan Felda memperolehi hasil bersih antara rm 3,000.00 hingga rm 6,000.00 sebulan tanpa berhutang pada mana-mana pihak!

Oleh itu dapat disimpulkan peneroka hendaklah sedar akan tipu muslihat kerajaan Umno/Bn yang mempergunakan peneroka untuk kepentingan diri dan kroni mereka senang lenang dan kaya raya dari hasil titik peluh peneroka!

Diingatkan hari ini kesedaran peneroka yang di 'perhamba'kan oleh Felda melalui dasar yang diperbuat oleh kerajaan Umno/Bn semakin mengembang! Sana sini para peneroka mula sedar dan memprotes dasar yang seolah-olah memperhambakan mereka.

Para peneroka mula mengorak langkah baru bukan sahaja menuntut hak sebenar mereka, mahu bebas dari hutang yang besar, malahan mereka mula memberikan keyakinan kepada perjuangan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat yang berjuangan untuk rakyat!

Tekanan demi tekanan yang dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn melalui pengurusan Felda tidak akan berjaya kerana peneroka dan warisnya sudah celik mata dengan
penindasan yang dilakukan oleh dasar kerajaan Umno/Bn.

SELADANG: Pernah mengajar peneroka berdrama di tahun-tahun 7oan dulu terutamanya di kawasan Jengka!

KES ALLAHYARHAM AMINULRASHID: Adakah Penghujungnya Ramai Akan Ke Mahkamah Atau DiISAkan?

DAH! Dah! Dah mula dahhhhh!!!! Mula menampakkan sesuatu yang membimbangkan! Merujuk pada Malaysia Kini yang menyiarkan berita bertajuk Penal: Saksi Bukti Kes Aminulrasyid Tak Konsisten. Penal tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop.

Saksi yang mana tidak konsisten? Saksi pihak polis atau saksi pihak Allahyarham Aminulrasyid?

Nampaknya yang kerap dijengok dan dijemput oleh pihak penyiasat (polis) ialah saksi-saksi di pihak Allyarham Aminulrasyid anak muda berusia 14 tahun yang ditempat oleh polis dan didakwa sebagai penjenayah.

Apa yang nak diperbetulkan atau diperagukan lagi oleh pihak penyiasat dari saksi-saksi tersebut. Berapa kali nak ulang ? Apakah tujuannya untuk mencari kecelaruasn dari asakan?

Ini yang menjadi pertanyaan utama! Tambahan pula ketua penal kes tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Polis. Adakah tugas Datuk Abu Seman Yusop meredakan kekesalan keluarga Allayarham Aminulrasyid dan rakyat atau untuk menudung bangkai gajah yang datang dari pasukan keselamatan negara?

Kan baik kalau ketua penal itu diambil oleh Datuk Hishamuddin Hussin selaku Menteri Dalam Negeri. Ia lagi pantas membuat keputusan! Apakah dia mahu cuci tangan dan hanya pandang saja atau arahkan apa yang patut.

Kes Allahyarham Aminulrasyid ini tidak boleh dipadam begitu saja dengan mudah dalam masa yang sengkat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Ianya mungkin akan mengheret lebih ramai yang membuat protes terutamanya ahli-ahli politik.

Maka berkemungkinan penghujungnya nanti entah berapa banyak yang akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut atau menghina mahkamah, atau entah berapa banyak pula yang akan ke Pusat Tahanan Kemunting kerana diISAkan oleh permimpin Kerajaan Umno/Bn atas kepentingan politik dan kuasa mereka!

Golongan anak muda hari ini rata-rata sudah meluat dengan gelagat dan corak pentadbiran Umno/Bn serta agen-agennya. Kini isu Allahyarham Aminulrasyid bukan saja isu negara ianya bermungkin menjadi isu ini menjelajah ke luar negara selepas kes Altantuyya, kes pembelian kapal selam, kes kehilangan injin pesawat tentera, yang telah dilupakan kes BMF dahulu!

SELADANG: Teringat zaman Operasi Lalang!

Monday, May 3, 2010

KES ALLAHYARHAM AMINULRASHID: Mana Suara Dan Wajah Wira Perkasa?

KETIKA Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula, Pemimpin Perkasa menyatakan badan Ngo (pro Bn) itu tidak akan menyertai kempen Bn di PRK tersebut.

Selesai PRK itu Dr. Mahathir menyatakan Perkasa dapat menarik undi orang Melayu menyokong Bn. Ertinya Umno tidak mampu menartik undi Orang Melayu Hulu Selangor dan Bn bernasib baik kerana adanya Perkasa berkempen.

Kalau begitu memang hebatlah Perkasa memperjuangkan Melayunya untuk menuntut kerusi Hulu Selangor diserashkan pada Umno di PRK tersebut walaupun akhirnya terpaksa berkempen untuk memenangkan calon Mic. Ini seolah-olah Perkasa secara tidak langsung adalah kompenan Bn yang ke berapa agaknya?

Perkasa melaongkan hak Melayu dan kepentingan Melayu! Oklah! Boleh terima untuk sedap telinga. Namun sehingga mana perjuangan itu ?

Dalam kes Aminulrashid remaja 15 tahun yang ditembak polis di Shah Alam sebagai ? Orang ramai masih tertunggu-tunggu apa yang Perkasa lakukan menepati dasar dan matlamat perjuangannya untuk orang Melayu?

Senyap je? Macam tikus jatuh ke beras! Tak lebar pun mulut dan tinggi suara para wira Perkasa! Tak ada pun sorang berarak dengan kain rentang ke balai polis menuntut keadilan!

Ohhhh! Itu macam ya! Bila berdepan dengan polis yang menjadi agen Umno/Bn, wira Perkasa undur bukan setapak, entak longkang mana dilompat! Agaknya beralasan tidak mahu campur urusan polis atau pun bila bersuara nanti dikatakan 'perkauman' dan boleh dikenakan akta hasutan!

Yalah! Kalau nak selamat macam tulah! Duduklah belakang Najib Rosmah diapit oleh Dr. Mahathir. Ituuuuuuulah perjuangan tulin Melayu!

SELADANG: Dalam menegakkan keadilan, tetap bersikap membujur lalu melintang patah!


REMAJA MENGUGUT DITAHAN: Kegagalan Moral Didikan Umno/Bn ?

PENAHANAN seorang remaja yang dikatakan mengugut untuk membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun, juga selaku Mursidul Am PAS mungkin menjadi satu lagi episod ujian kewibawaan pihak Polis dan Pendakwa Raya serta Badan Kehakiman negara ini setelah dilanda dengan berbagai kes bertahap tinggi seperti kes pembunuhan Altantuyya, kes terbaru Amirnulrashid dan kes rasuah pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam dari Perancis.

Apakah kewibawaan Polis pada awal kes-kes ini boleh memulihkan kembali perangai rakyat dan pemimpin negara ini terutamanya para remaja terhadap undang-undang negara?

Jika pihak polis menganggap ugutan remaja tersebut hanya mainan cakap dan gatal tangan anak muda sahaja, ianya adalah sikap dan tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan moral rakyat negara ini.

Gatal mulut dan tangan dengan perkara yang tak sepatutnya dilakukan akan membiak di kedai-kedai kopi terutamanya mereka yang beremosi tinggi.

Jangan pula pihak polis beranggapan perkara ini kena kepada seorang pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat, maka ianya adalah kes remeh temeh sahaja dari gatal mulut dan tangan seorang anak muda yang baru mengenai dunia.

Jika gatal mulut dan tangan ini terkena pada pemimpin Umno/Bn ianya menjadi suatu kes yang amat besar bukan menggoncangkan Malaysia tetapi dunia!

Begitu jugalah sebaliknya. Jika kes rasuah, penyelewengan kuasa, hasutan, para pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi kes tinggi jika ada pihak yang membuat aduan. Bila aduan untuk pemimpin Umno/Bn, maka kes itu bagaikan remeh temeh bagaikan di tong sampahkan sahaja.

Rakyat sedang menunggu apakah kewibawaan polis negara ini menyelesaikan kes ugutan remaja tersebut, adakah seperti menyelesaikan kes Ah Long 'peminjam wang' yang masih lagi bergerak walaupun dengan cara tidak terbuka ?

Adakah ukuran kes remaja mengugut seorang pemimpin ini menggambarkan nilai kegagalan Kerajaan Umno/Bn mendidik moral rakyat khususnya remaja negara ini ?

SELADANG: Beberapa kali dihalang oleh kumpulan remaja 'upahan' bawah 16 tahun yang mengibarkan bendera Bn di jalan raya semasa bertugas di PRK Hulu Selangor.

Sunday, May 2, 2010

CERITA RAKYAT MODEN: INGATKAN SERIGALA RUPANYA ANJING - Tukar Dengan Wang Dan Pangkat!

AL-KISAH maka menggemalah hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang dengan suara lantang dan petah dari salakan Sang Serigala Tambatan penjaga Karung Rahsia bertimbun di dalam gua entah di mana?

Di mana saja salakannya, maka penghuni Alam Serabut Seribu menunggu terbukanya Karung Rahsia yang dikatakan ada tujuh dalam simpanan dan jagaan Sang Serigala Tambatan!

Tunggu punya tunggu, punya tunggu! Bukan sahaja cerita Karung Rahsia tidak terbuka, malahan suara Sang Serigala Tambatan semakin luntur dan semakin menyepikan hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang. Lalu Sang Serigala Tambatan pun entah ke mana meninggalkan perjuangan yang sekadar menceritakan 'Karung Rahsia' sahaja itu.

Tiba-tiba suara lantang si anu tu telah bertukar menjadi lunak dan nyaring serta gagap dari garau menggema satu tika dulu! Arah salakannya pun sudah berbeza! Ianya datang dari bandar dan kota menghala hutan rimba, bukit bukau, gunung ganang!

Salakannya bukan lagi salakan seekor Serigala! Salakan kini adalah salakan seekor Anjing (kalau pun tak makan taik, cium mahu juga) Peliharaan!

Cerita Karung Rahsia sudah tidak ada, konon ampunya cerita, ianya adalah rekaan sahaja, ertinya si Anjing Upahan ini pandai mereka-reka untuk menarik perhatian isi Alam Serabut Seribu!

Kalau dulu ianya pendongeng cerita, kini dan selamanya, suaranya adalah suara dongeng sahaja. Untuk apa dongengan itu?

Oh! Kata ampunya hikayat, ini semata-mata mengejar wang dan pangkat! Harta bertimbun yang telah diperolehi dan diharapkan sebagai Anjing Upahan. Sebagai seekor binatang yang berotakkan 'dapat makan' akan terus memperbanyakan cerita - cerita dongengnya terhadap siapa sahaja yang mahu menentang tuan baru yang menjadi Pemerintah Alam Serabut Seribu ini!

Demikianlah bentuk rupa binatang cerita dongengan. Namun ianya bila-bila masa boleh berubah demi berapa upah dan tinggi mana pangkat yang mesti dibayar untuk bertukar wajah dan suara?

SELADANG: Suka kumpul cerita rakyat moden!

SELAMAT TINGGAL UMNO: Pemimpin Resah Menjelang Mesyuarat Agung.

PEMIMPIN Umno tempatan di cawangan-cawamgan mulai resah menjelang Mesyuarat Agung cawangan yang akan diadakan hingga bulan Jun ini.

Mereka resah bukan kerana pemilihan jawatan dalam parti tetapi mengenai kehadiran ahli-ahli di mesyuarat tersebut samada ianya akan mencukupi korum atau pun tidak.

Lazimnya kini memang tidak cukup korum, sedangkan masa pemilihan pun terpaksa para calon yang berhajat untuk sesuatu jawatan itu mengangkut dan berupah agar kehadiran walaupun hanya untuk mencukupi korum sahaja. Itu pun kalau boleh tipu korum, tipu juga, hanya takut dibatalkan dan dilakukan semula pemilihan. Jika ada pihak lawan yang tidak puashati!

Namun tahun ini tiada pemilihan, maka soal korum tidak timbul untuk mengganggu jawatan yang dimenangi, cuma boleh atau tidak bermesyuarat itu saja.

Bagi pemimpin atasan dengan terlaksananya mesyuarat sesuatu cawangan itu maka satu lagi kejayaan kepada Umno mempertahankan kuasanya di tempat tersebut, walaupun apa yang diketahui entah berapa orang sahaja yang hadir dari senarai keahlian yang didaftarkan.

Malahan dalam pendaftaran itu bagi mereka yang sudah memasukki parti lain dan dengan sendirinya terbatal menjadi ahli Umno masih juga tidak dipotong nama mereka dari senarai ahli Umno.

Bagi Umno yang mati dan yang keluar parti tidak ada, cuma yang tersinggir mereka yang dipecat dan yang bertambah ialah mereka yang kononnya melompat parti dan kebanyakannya bukan melompat parti tetapi beberapa orang anak muda yang cukup 18 tahun didaftarkan secara tidak langsung oleh pemim pin Umno tempatan untuk menunjukkan pada pemimpin tertinggi mereka bahawa cawangannya bertambah ahli dan menunggu habuan sebagai balasan.

Pemimpin Umno tempatan runsing jika korum tidak cukup dan berlaku 'mesyuarat atas kertas' sahaja akan diketahui oleh orang ramai yangf menjatuhkan kewibawaannya, juga boleh menjadi bahan modal bukan saja oleh parti seteru mereka, malahan ianya boleh menjadi umpat cela oleh pesaing-pesaing yang bakal menentang kepimpinan mereka dalam Umno itu sendiri.

Hakikatnya rata-rata ahli Umno memang sudah tidak berminat dengan Umno, parti perkauman sempit yang hanya tahu meniupkan semangat Melayu untuk menyedapkan hati ahlinya sementara pemimpinnya masih kekal meneruskan konsep kepentingan diri sendiri, kroni, rasuah dan penyelewengan kuasa.

Meredakan penghijrahan ahli ke parti alternetif, pemimpin yang berkepentingan ini akan memburuk-buruk parti lawan berpandukan propaganda akhbar / tv / radio arus perdana yang dikuasai Umno/Bn memang ditugaskan untuk mengada-adakan kehebatan Umno. Selain itu pemimpin Umno pertengahan pula akan menakut-nakutkan ahli-ahli Umno yang hendak keluar dari parti tersebut.

Musim ini musim 'Selamat Tinggal Umno' dan 'Jauhi Umno' dari anak muda malahan dari mereka yang telah sedar akan kepincangfan Umno itu sendiri sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Melayu! Hari ini rakyat bangun dengan suaru; Suara Rakyat Suara Keramat, Perjuangan Rakyat Untuk Rakyat, maka berduyun-duyunlah secara terang-terang dan senyap-senyap rakyat menyertai parti-parti Pakatan Rakyat!

SELADANG: Malaysia Harapan Baru!