Sunday, May 31, 2009

PRK MANIK URAI - Agensi Kerajaan Akan Jadi Budak Suruhan - NAJIB NAK TUNJUK BELANG

TIUPLAH api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Lepas Penanti ke Manik Urai,
Resahnya Najib tak siapa tahu.

Setelah konon-kononnya merasa puas sebab dapat melindungi amej Najib Rosmah agar tidak terjejas kalah di PRK Penanti setelah hancur luluh dengan keputusan rakyat di beberapa PRK yang lalu, kini Umno/Bn cuba berkokok pula untuk ke Manik Urai.

Kenapa ke Manik Urai beriya sangat pemimpin Umno berkokok?

1) Adakah ianya nak membendung pandangan negatif rakyat terhadap Najib Rosmah bahawa dia seorang yang pengecut dan amat takut dengan isu-isu yang akan dibangkitkan dalam pilihanraya mengenai diri dan isterinya?

2) Adakah kerana nak menjaga maruah Umno sedikit sebanyak telah mula dipandang serong oleh rakyat serta ahli Umno sendiri bila tidak turun gelanggang di Penanti?

3) Adakah cuba-cuba nasib kalau pengundi Manik Urai mahu perubahan dengan anika projek dan subsidi musim PRK? Umno/Bn menganggap bahawa pengundi di kawasan Melayu boleh dipujuk dengan janji dan projek 'mee segera'

Dalam jangka masa sebulan lebih ini Umno/Bn akan menurunkan jentera 'pilihanraya khas' yang terdiri beberapa agensi kerajaan untuk melakukan kempen pembangunan, ugutan, pujukan, jamuan, penerangan dan pemantauan agar pengundi Manik Urai turun mengundi dan memenangkan Umno/Bn.

Agensi kerajaan ini tidak sepatutnya menjadi 'budak suruhan' Umno/Bn. Segala kelemahan dan kegagalan, mereka yang akan berdepan dengan rakyat sedangkan ianya adalah untuk kepentingan pemimpin Umno/Bn.

Kali ini di Manik Urai mungkin pemimpin Umno/Bn akan turun berhempas pulas selain membalut pekong nanah yang selama ini mereka lakukan pada rakyat, ianya juga digunakan oleh Najib Rosmah sebagai pelopor 1 Malaysia rakyat didahulukan untuk benteng menjaga belangnya semakin hari semakin pudar!

SELADANG: Kuala Krai Kota Bharu - Belum try belum tahu!


Friday, May 29, 2009

BERCINA BUTA - Jaga Emej Pemimpin Pengecut - TUTUP GILA TALAK UMNO

KALAULAH benar dakwaan calon bebas PRK Penanti bernama timangan Kak Min mendapat sokongan dari wanita Umno - bolehlah diandaikan Umno terlibat jugalah sedikit sebanyak secara tidak langsung di dalam PRK tersebut.

Walaupun dilihat media massa Umno begitu membetu untuk menyiarkan berita tentang PRK tersebut namun adakah dalam diam-diam Umno tampil menyusup membantu salah seorang calon bebas di situ?

Lapuran kepada SPRM yang dibuat oleh Kak Min biasanya tidak dilakukan oleh calon bebas tetapi pada awal lagi Kak Min dah buka tirai panggung SPRM untuk membuat tindakan dan mengharapkan memang percuma agaknya.

Kini Kak Min mendesak SPRM segera umum lapuran sebelum pilihanraya kecil itu agar tidak akan berlaku sekali lagi PRK! Cerita apa ni Kak Min? Siapa buat skrip ni Kak Min?

Kalau iapun lapuran itu benar kena masuk mahkamah dululah Kak Min! SPRM bukan hakim - Biarlah hakim menangkan Kak Min nanti itupun kalau pemimpin Umno nak kan Kak Min!

Kerja menentukan satu-satu kes bukannya macam orang menari ronggeng. Ke depan ke belakang, lenggok kiri kanan habis satu lagu.

Tapi kalau dah Wanita Umno sokong Kak Min boleh jadi Kak Min menang! Buat apa nak ulang semula PRK di Penanti?

Adakah skrip yang Kak Min lakonkan di PRK Penanti ini dibuat oleh Umno yang gila talak kerana takut bertanding agar menjaga amej seorang pemimpin besar yang pengecut?

Adakah Kak Min tiba-tiba diambil oleh Umno untuk 'bercina buta' dalam PRK Penanti ini? Atau Kak Min hanya dijadikan 'kambing hitam' oleh Umno agar hajatnya untuk melawan PKR yang mewakili PR tetap berlaku?


SELADANG: Duduk tepi pentas tukang tarik tirai aja.





Thursday, May 28, 2009

POKOK BILA CONDONG - Usahkan Tenggiling, Kura2 Pun Boleh Meniti

SETELAH diserang batuk hampir sebulan setengah kena pulak demam hampir seminggu. Pada 26 Mei lalu kena pulak penyakit perut .... malamnya saja hampir 20 kali ke tandas. Bukan menerang tapi dah melancur. Bukan lagi isi tapi dah air saja. Kain pelekat dah 8 helai kena kincit. Terpaksa pakai kain batik.

Esoknya petang 27 Mei aku terlentang di wad sementara poliklinik. Masuk mair 2 beg. Satu jarum cucuk vitamin. Pembantu Hospital kata kalau tak cukup 2 beg air kena hantar ke hospital.

Alhamdulillah sekarang sudah sembuh! Cuma ada lagi sedikit lemah badan. Terima kasih pada keluarga yang sabar menunggu giliran ke tandas.

Terima kasih juga pada Cikgu JJ dan OCS yang beriya mendesak aku pergi ke klinik kerana aku memang takut sangat nak ke klinik atau hospital.

Demikianlah aku yang sudah berusia 60 tahun ini. Faham sajalah. Orang kampong kerja kuat sikit untuk mengubah kehidupan tapi usia dah senja. Badan tak daya. Nafsu kuat tenaga kurang!

Kerana itu anak muda kalau nak perubahan (reformasi) kena buat dari sekarang kalau dah tua, berarak di jalan raya kena sembur gas pemedih mata pun tumbang!

SELADANG: Yang rebah tubuh - lidah tetap melawan! Yang kelu lidah - hati tetap melawan! Lawan Tetap Lawan!

Tuesday, May 26, 2009

Puisi: HADIAH TUKANG JAHIT KECIL UNTUK ANWAR

PUISI INI TELAH AKU PAPARKAN DI BLOG INI PADA 30 NOVEMBER 2008 LALU. KINI ATAS PEMINTAAN SEORANG RAKAN AKU PAPARKAN SEMULA ....












Satu tika dulu
bawah bumbung bocor-bocor
simen lantai hancur-hancur
Pasar Dato Keramat pinggir Kuala Lumpur
tukang jahit kecil ini
antara penghuni pasar mencari rezeki
mengayuh kaki melenggok tangan
meminta suatu pertolongan
baikkilah pasar ini
tempat penampung rezeki kami!

Keluhan ini sampai pada seorang menteri
turun ke pasar dan perbaikki
tersergam kembali bangga
tempat berteduh peniaga.

Sepuluh tahun menjangkau masa
tukang jahit ini tidak pernah lupa
jasanya menteri itu
walaupun menteri itu dipenjara
dengan tuduhan yang diada-ada
dari satu konsprasi undang-undang rimba
melumpuhkan perjuangan suci
menyekat keadilan rakyat di negara demokrasi.

Sepuluh tahun itu
tukang jahit ini berhati jitu
tetap kental menunggu
bersama setahun sehelai baju
sebagai hadiah pada bakal menteri
yang terus berani tanpa henti
membawa reformasi
suaranya adalah suara rakyat
perjuangannya adalah perjuangan rakyat
jiwanya adalah jiwa rakyat.

Baju itu dipamerkan malam ini
ditubuh bekas menteri pencetus reformasi
hadiah dari seorang rakyat
tukang jahit kecil Pasar Dato Keramat
yang tidak kenal kalah dan mengalah
dalam perjuangan getir dan gagah
membujur lalu melintang patah!

SELADANG
Kongres PKR Ke 5
Stadium Malawati,
Shah Alam, Selangor.
12.00 malam (sabtu)
29 Nov 2008

Sunday, May 24, 2009

Puisi: DI HUJUNG USIA INI ....

Di hujung usia ini
aku tinggalkan
antaranya kata-kata
untuk anak cucuku:

Jadilah pejuang rakyat
walaupun hidup disekat!
dibangsat! Dimelarat
oleh pemerintah khianat
yang semakin dibenci rakyat.

Jadilah orang beriman
yang patuh kepada arahan Tuhan
dan Islam itu agama sepanjang zaman
diperjuangkan
walaupun dihalang
oleh pemerintah petualang jalang!

Di hujung usia ini
aku tinggalkan
penentangan tak sudah-sudah
terhadap kezaliman pemerintah!

L. Mankadir Shamsi
Lanchang,
Pahang.

24 Mei 2009 (Ahad)

SELADANG: Pernah tulis puisi: Hadiah Tukang Jahit Kecil Untuk DSAI.

Saturday, May 23, 2009

BUKAN BIAWAK SAJA LIDAH BERCABANG ....

INI CERITA RAKYAT

ORANG
ramai mula berkumpul di tepi reban ayam belakang sebuah rumah kampong. Pagi buta lagi ayam berkiuk tak henti-henti! Pastilah biawak atau ular sawa masuk reban tangkap ayam atau curi telor.

Tidak ada siapa yang berani nak buka pintu reban itu. Mereka bukan takutkan biawak tapi takut kalau-kalau ular.

Akhirnya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun membuka pintu reban dan meninjau ke dalam reban yang sedikit sahaja cahaya masuk. Kelam kabut ayam jantan betina di dalam reban itu. Banyak yang menghambur keluar dari reban.

Kanak-kanak itu mulai merasa heran bila dia merenung lembaga yang ada dalam reban itu sedang menjalar ke sana sini dengan mulut merah ternganga luas.

"Apa binatangnya tu?" Tanya salah seorang penduduk kampong.

"Bukan binatang!" Jawab kanak-kanak itu.

"Apa yang mengharu ayam dalam reban tu hingga banyak yang keluar? Kalau dah keluar susah juga nak masuk balik," ujar penduduk kampong itu lagi.

Kanak itu mendekati penduduk kampong yang siap dengan parang panjang dan berbisik, "Penghulu!"

"Aiii kamu biar cakap molek sikit," balas Penduduk kampong.

"Betul, kepalanya putih mulutnya merah, Penghulu kitalah tu!" Ujar kanak-kanak itu dengan yakinnya.

Penduduk kampong menjengok ke dalam melalui pintu reban .... Dia terkejut sakan. Mulutnya perlahan-lahan menyebut, " selalunya ular atau biawak masuk reban curi ayam atau telor, pagi ni Penghulu yang masuk."

Dengan penuh yakin kanak-kanak di sisinya menjawab, "pakcik, badannya kalau bersisik ular, jaga dibelitnya, kalau lidahnya bercabang, biawak! Usahkan ayam hidup, bangkai pun ditelannya!"

"Oh!!! Bukan biawak saja lidah bercabang!" Rungut penduduk kampong itu.

Semua penduduk kampong, besar kecil, tua muda, lelaki perempuan serentak menyebut, "kalau bukan biawak, siapa tuuuuuu?"

SELADANG: Tunggu berapa banyak wang rakyat habis di Manik Urai setelah selamat di Penanti?






Friday, May 22, 2009

BILA HAKIM BEROK BUAT KEPUTUSAN PERBALAHAN MANUSIA

INI CERITA RAKYAT


OLEH KERANA
Penghulu tidak puashati dengan keputusan Tok Wali Hakim yang membenarkan peladang aaa sebagai pengurus ladang yang sah, maka diarahkan oleh Penghulu supaya peniaga teh iii membuat rayuan ke atas lagi.

Penghulu yang memang suka pada peniaga teh iii kerana mereka dari satu keturunan iaitu keturunan lanun yang telah kaya raya mengerjakan harta rakyat secara rampasan dan juga secara tipu.

Maka Penghulu pun memberikan jaminan kepada peniaga teh iii bahawa mereka akan menang sebagai siapa pengurus ladang yang menjadi rebutan itu.

Penghulu pun meminta pihak penghakiman supaya melantik 3 ekor beruk supaya menjadi hakim bagi membatalkan keputusan Tok Wali Hakim yang mengesahkan peladang aaa sebagai pengurus ladang yang sah.

Bertanyalah juga beberapa Ketua Kampung kenapa Penghulu melantik beruk sebagai hakim?

Penghulu menjawab mudah: "Kita kan ke arah undang-undang rimba!"

Dijamulah oleh Penghulu akan 3 ekor beruk tersebut dengan pisang dan beberapa buah-buahan tempatan hasil usaha Penghulu terdahulu. Kemudian diberikan arahan kepada 3 ekor beruk itu sebagaimana memberikan arahan kepada beruk panjat kelapa. Ada tali di leher!

Dalam sidang penghakiman yang dihakimi oleh 3 ekor beruk itu, maka disahkan pula peniaga teh iii sebagai pengurus ladang. Sedangkan memang orang ramai tahu bahawa ladang itu adalah pengurus sebenar peladang aaa yang diamanahkan oleh orang ramai supaya peladang aaa menguruskannya.

Peniaga teh iii yang menjadi kuda tunggangan Penghulu telah merampas hak tadbir ladang tersebut secara haram dan di luar batas undang yang dibuat oleh manusia.

Bila orang ramai bertanya bagaimana Penghulu boleh melantik 3 ekor beruk menjadi hakim pada manusia?

Orang muda kampung itu menjawab: "Penghulu kan sedang merancang melaksanakan undang-undang rimba untuk manusia! Kalau tak suka pada undang-undang rimba. Baik dari sekarang kita sekat dan tumbangkan Penghulu bersama kuncu-kuncunya yang membawa dasar lanun itu!"

Orang ramai pun tersenyum menganggok. Dalam hati berkata: "Beruk beri pisang, macam lembu beri garamlah. Usahkan kampong, negeri pun boleh tergadai!

SELADANG: Suka tengok beruk zoo makan pisang buang kulit.

Thursday, May 21, 2009

TAKZIAH - Al Fatihah

Saya
AB. KADIR BIN ABD. MANAP
@ L. MANKADIR SHAMSI Sekeluarga
Mengucapkan
T A K Z I A H
Kepada Keluarga
ALLAHYARHAM ISMAIL YAAKOB
(Adun Manik Urai - Kelantan)
Yang Kembali Ke Ramahtullah
Pada Subuh 22 Mei 2009 (Jumaat)

Semoga Rohnya Dicucur Rahmat
Dan Di Tempatkan Bersama Roh
Mereka Yang Beriman
Oleh Allah SWT

AL-FATIHAH

BOIKOT PRK PENANTI: Najib kecewa Atau Ada Udang Sebalik Batu - HALA TUJU UMNO/BN TERUMBANG AMBING

TIDAK meletakkan calon di PRK Penanti bererti memboikot untuk perkataan yang lebih tepat dan mudah difahami.

Kenapa Umno/Bn mengambil keputusan memboikot? Banyak tanda tanya yang sedang berlegar di kepala rakyat termasuk juga para pemimpin Umno bawahan dan akar umbi Umno sendiri.

Rata-rata ahli dan pemimpin Umno/Bn tidak mampu untuk bercakap soal pemboikotan PRK Penanti. Mereka bagaikan tidak tahu apa nak dicakapkan.

Lumrahnya parti pembangkang yang memboikot PRK tetapi sebaliknya yang berlaku membuatkan Bn berserabut terutamanya Umno. Selama ini pemimpin Umno begitu menunjukkan belang setiap kali menjelang pilihanraya samada PRK atau PRU.

Tidak siapa yang tahu apa yang sebenarnya terpendam di hati Najib Rosmah. Adakah untuk menjaga emejnya yang begitu banyak diperkataan oleh umum? Adakah kerana usaha Kerajaan BN untuk menaikkan harga minyak seterusnya membawa kenaikan harga barang keperluan tidak menjadi isu besar diperkatakan di gelanggang ceramah PRK?

Adakah Najib Rosmah memang merasakan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia ini tidak akan memberikan kemenangan kepada Umno/Bn? Adakah Umno/Bn sudah tidak mampu untuk mempergunakan agensi-agensi kerajaan untuk memenangi Bn? Adakah Najib Rosmah takut benar dengan kebangkitan golongan muda yang mengisi saluran 2 - 3 - 4 dan seterusnya tidak menyebelahi Bn?

NAJIB BUKAN SAJA
MEMBOIKOT PRK PENANTI
TETAPI AMAT TAKUT
MEMBUBARKAN DUN PERAK

Selama ini Umno/Bn membanggakan dirinya sebagai sebuah parti yang terbanyak ahli - menghairankan dengan ahli yang begitu ramai Umno/Bn tewas di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam PRU 12 diekori dengan kekalahan berturut-turut di PRK Parlimen Permatang Pauh - Parlimen Kuala Terengganu - Parlimen Bukit Gantang dan di Dun Bukit Selambau. Cuma menang di Batang Air Serawak.

Inilah yang menakutkan Najib Rosmah dengan demokrasi yang mengamalkan pilihanraya sebagai hak rakyat untuk memilih pembentukkan sebuah kerajaan. Kerana itu Najib Rosmah bukan saja memboikot PRK Penanti tetapi juga amat takut untuk membubarkan DUN Perak.

Ertinya Najib Rosmah memperlihatkan ketakutannya menghadapi pilihanraya. Bagaimana bila sampai tempuh 5 tahun selepas 8 Mac 2008 dimana PRU 13 mesti diadakan?

Adakah Najib sedang mengerah semua sudut mengukuhkan Umno/Bn terutamanya membuat program untuk mengaut golongan muda menyertai dan menyokong Umno/Bn sebagai jalan menyelamatkan emejnya selaku Presiden Umno dan PM?

Kalau usaha itu berhasil mungkin Najib Rosmah akan berlapang dada untuk mengadakan pilihanraya umum atau kembali menyertai Pilihanraya kecil. Bagaimana pula jika ianya tidak berhasil? Atau golongan muda berpura-pura memberikan sokongan kepada Umno/Bn? Bila sampai pilihanraya mereka tetap dengan Pakatan Rakyat.

Apakah jalan yang terbaik untuk Najib Rosmah terus menyandar di kerusi PM banyak menggunakan polis? Bolehkah pelaksanaan kerajaan polis dengan Najib Rosmah sebagai PM? Ini boleh diandaikan dimana Hishamuddin Hussin (sepupu Najib Rosmah) mengeluarkan kenyataaan untuk menggubal beberapa undang-undang dan akta polis mengikut arus yang ada sekarang ini.

RAKYAT SEDANG
BERGANDING
BAHU BERSATU
HATI
MEMBAWA PANJI-PANJI
PAKATAN RAKYAT
UNTUK
SEBUAH KERAJAAN
YANG ADIL
DAN BERKEBAJIKAN

UNTUK RAKYAT


Apakah Najib Rosmah berusaha untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan olehnya sebagai mana dilakukan oleh bapanya dulu dengan peristiwa 13 Mei 1969? Adakah sejarah ini akan berulang semula?

Rakyat sedang berganding bahu seiring membawa panji-panji Pakatan Rakyat untuk sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan untuk rakyat.

Memboikot PRK Penanti jangan dipandang rengan oleh rakyat Malaysia - ianya mungkin ada udang di sebalik batu yang mana Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu - namun hala tuju Umno/Bn terus bercelaru dan terumbang ambing!

SELADANG: Dalam keadaan kesihatan yang tak seberapa ini gembira sangat bila ada rakan-rakan kirim SMS.








Tuesday, May 19, 2009

PRK DUN PENANTI: Umno/Bn Tutup Kedai - BANKRAP ATAU BERJIMAT ?




BAGUS sangatlah Umno/Bn tidak meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti dimana penamaan calon pada 23 Mei 2009 dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 31 Mei 2009.

Jelas kepada pengundi Penanti yang ternanti-nanti berbagai perkara seperti lazimnya berlaku pada pilihanraya kecil dan umum, hampa belaka kerana Bn tidak meletakkan calon!

Bila Bn tidak meletakkan calon, pembaziran pasti tiada! Tiada bas dan makan percuma mengangkut para penyokong Bn dari seluruh negara. Tiada pengundi hantu. Tiada kerenah tak tentu hala yang ditiup oleh penyokong Bn.

Akan tiada ziarah hadiah yang selalu dilakukan oleh para petugas Bn menziarah para pengundi dan membawa habuan secara rahsia. Akan tiada kerahan terhadap agensi kerajaan untuk menghulurkan bantuan dan peruntukkan serta melaksanakan projek mee segera.

Tiada lagi kedengaran sibuk siren polis mengiringi para menteri dan PM yang tiba-tiba turun padang bertemu mesra dengan rakyat dan mengumumkan beberapa projek kononnya untuk pembangunan kawasan PRK tersebut.

Tidak akan ramai anggota dan pegawai polis berhimpun seperti yang berlaku di PRK dulu-dulu. Maka bolehlah para anggota polis dan pegawainya menjalankan tugas di kawasan masing-masing di negara ini! Rakyat juga tidak diugut oleh pihak-pihak yang sepatutnya tidak melakukan hal tersebut.

Adakah ini dinamakan menjimat wang rakyat? Atau kerajaan Umno/Bn sudah bankrap? Kerana selama ini Umno/Bn dikerumuni kerana ada imbuhan.

Tetapi Najib Rosmah tahu bahawa imbuhan yang dihulur tidak semestinya menerima balasan yang diharapkan oleh Umno/Bn dari pengundi.

Oleh itu lebih baik Umno/Bn menggunakan wang rakyat itu membuat projek yang tak sepatut dengan harganya untuk mendapatkan untung pada mereka.

Najib Rosmah serta beberapa orang pemimpin Umno merasa lega kerana segala isu-isu yang mengait dan terkait pada mereka diharapkan tidak terbongkar atau diperhebahkan di PRK tersebut.

Amalan Umno/Bn tidak meletakkan calon ini kononnya untuk menyelamatkan wang rakyat harus diteruskan oleh Najib Rosmah bukan saja di PRK Penanti dan PRK lain (jika berlaku) tetapi di PRU ke 13 akan datang. Maka amanlah pilihanraya itu dari tingkah laku yang tidak diingini termasuk bertentangan dengan amalan demokrasi.

Di PRK DUN Penanti, Umno/Bn tutup kedai untuk menyelamatkan maruah Najib Rosmah serta beberapa orang pemimpin Umno/Bn termasuklah idola kebinet Najib Rosmah iaitu Mahathir Mohammad.

SELADANG: Terbayang-bayang Pak Lah tersenyum lebar!

Monday, May 18, 2009

PENANTI: Layunya Kejantanan Umno - LAWAN KALAH TAK LAWAN SALAH !

NAJIB Rosmah mengumumkan Bn tidak meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang bukan saja memeningkan kepala ahli Umno/Bn, malahan ianya juga mungkin memeningkan juga kepala Najib Rosmah sendiri.

Lawan kalah tak lawan salah, mungkin itu salah satu konsep slogan 1 Malaysia Najib Rosmah dalam menghadapi pilihanraya kecil era kepimpinannya sebagai Presiden Umno/Bn.

Pasti memeningkan kepala Najib. Entah berapa ramaikan para pemimpin Umno/Bn yang akan mempersoalkan tindakannya itu. Mereka mungkin menyalahkan Najib Rosmah jika kejantanan Umno selama ini tiba-tiba terkulai layu begitu saja tidak sempat masuk gelanggang.

Apa kata Mahathir idola Najib Rosmah yang mengharapkan Bn bertanding di PRK DUN Penanti? Saranan Mahathir itu mungkin tidak mahu rakyat terutamanya ahli Umno menganggap Umno pengecut dan tidak berpengaruh! DUN Penanti adalah kawasan Melayu! Kalau Umno/Bn takut di kawasan Melayu bagaimana dengan kawasan majoriti bukan Melayu?

Mereka mungkin tidak faham bahawa Najib Rosmah harus menjaga emejnya selaku Presiden dan juga PM agar tidak tercalar di awal-awal lagi. Pengalaman kalah di setiap PRK DUN atau Parlimen selepas PRU 12 mengajar Najib Rosmah menjaga emejnya.

Emej Umno sudah lama runtuh dari hati rakyat. Najib Rosmah mungkin mahu memulihkannya dengan memberikan ahli Umno menyimpan perasaan untuk dilonjakkan pada PRU 13 nanti.

Tetapi rata-rata rakyat sudah dapat menilai kemampuan Najib Rosmah menerajui Umno! Mereka boleh menilai kemampuan seorang pemimpin yang satu ketika beriya-iya menggunakan tekanan beberapa sudut untuk segera mendapatkan kerusi Presiden Umno seterus PM dari Pak Lah.

Mereka amat mengharapkan Najib Rosmah menjadi hero Umno/Bn bila menggantikan Pak Lah yang dimomokkan sebagai Pm kuat tidur. Tetapi dengan pengumuman ini jelaslah Najib Rosmah melayukan kejantanan Umno/Bn.

Alasan yang diberikan oleh Najib Rosmah bahawa kekosongan itu tidak mengikut Perlembagaan adalah alasan yang karut sama sekali. Alasan mengatakan PRK itu untuk Parti Keadilan Rakyat menyelesaikan masalah dalaman bukanlah alasan seorang pemimpin parti politik yang digelombongkan sebagai sebuah parti terbesar dan terkuat bukan saja di Malaysia malahan di dunia.

Bila seseorang ADUN atau MP meletakkan jawatan maka ADUN atau Kawasan Parlimen tersebut kosong dan dalam tempuh 60 hari kekosongan itu mesti diisi dan jika ada pertandingan maka pilihanraya mesti diadakan. Ini kan ada dalam peraturan SPR dan ianya adalah atas kehendak Perlembagaan negara.

Duit rakyat tidak habis! Ya memang bagus Bn tidak bertanding dan ianya menyelamatkan sediklit pembaziran duit rakyat.

Bayangkan untuk mendirikan khemah polis berapa belanjanya ? Tidak termasuk minyak kenderaan dan alaun mereka. Wang poket mereka juga mesti dikira selama hampir 12 ke 15 hari bertugas untuk membantu Bn.

Berapa banyak pula wang dan material agihan yang dilakukan menggunakan wang rakyat oleh agensi-agensi kerajaan yang dikerah oleh pemimpin Umno/Bn kepada rakyat dan pengundi di kawasan pilihanraya.

Bas, bilik hotel, rumah persendirian, upah kerja semuanya menggunakan wang rakyat secara langsung dan tidak langsung. Kalau petugas itu kecil jawatannya maka kecillah upahnya, kalau besar jawatannya besarlah upahnya!

Persoalannya adakah keputusan Najib Rosmah tidak meletakkan calon Bn di PRK Penanti maka wang rakyat selamat? Adakah wang rakyat akan selamat bila mana beberapa projek kerajaan memerlukan komisyen untuk pihak tertentu?

Sejarah yang lalu mendapati banyak projek kerajaan yang mengamalkan komisyen. Antaranya pembelian kapal selam dari Kerajaan Peranchis yang berkait dengan kes pembunuhan Altantuyya!

Slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan hanya kosong sahaja kerana Najib Rosmah meletakkan penjagaan emejnya didahulukan selepas itu barulah untuk rakyat DUN Penanti khususnya dan Malaysia Umumnya. Itupun tak tentu lagi!

Tidak meletakkan calon Bn di PRK Penanti membuka sejarah baru Umno/Bn dan ianya memberikan satu lagi penjelasan semakin tidak mampunya Umno/Bn untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat terutamanya selepas kes pembunuhan Altantuyya dan tertubuhnya rejim haram Kerajaan Perak oleh Zamry Ab. Kadir yang ditunggang oleh Najib Rosmah!



SELADANG: Lawan tetap lawan !!







Sunday, May 17, 2009

ANIFAH AMAN - Dusta Mula Ketara - LUAR NEGARA CAKAP BERDEGAR DALAM NEGARA MULA TERKETAR !

SEBAB pulut santan binasa, sebab mulut terbuka dusta ? Begitulah anggapan rakyat menyambut kenyataan Anifah Aman selaku Menteri Luar berkaitan dakwaannya di Amerika Syarikat terhadap Anwar kononnya mempelawa dia masuk PKR dan ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apakala Anwar menafikannya dan meminta Anifah Aman memohon maaf jika tidak akan mengambil tindakan undang-undang, dengan mudah menteri agaknya tergamam bila bersama orang besar USA menjawab sekembalinya ke tanahair: " saya tidak mahu layan itu perkara remeh!"

Adakah ini sikap seorang Menteri Luar Malaysia ? Bercakap berdegar-degar di luar negara tetapi bila di tanahair seolah-olah menjadi pengecut dan tidak bertanggungjawab dengan apa yang dinyatakan di luar negara itu.

Di sini rakyat dapat menilai kenyataan itu benar atau tidak! Bila seorang Menteri kononnya tidak mahu menjawab atas alasan remeh maka ianya adalah kenyataan bohong yang dihemburkan di luar negara semata-mata untuk memburuk seseorang yang berkeliber!

Ianya juga boleh dianggap fitnah melampau.

Keangkuhan Anifah Aman menutup tembelangnya seolah-olah tidak gentar dengan tindakan undang-undang dapat ditafsirkan oleh rakyat bahawa dia tidak bimbang dengan tindakan mahkamah selagi Bn memerintah.

Oleh itu pemimpin Umno/Bn boleh cakap apa saja - bohong - fitnah - tipu - tuduh - siapa saja di negara ini kemudian bila dinafikan dan diminta memohon maaf jawab dengan mudah: "...saya tak layan, itu perkara remeh!"


SELADANG: Cittt!! Busuk punya orang !!

Saturday, May 16, 2009

TARING UMNO SEMAKIN TUMPUL - Rakyat & Melayu Sudah Kerap Terpedaya - CERDIK PANDAI DIPUJUK JADI PENCACAI !!!

AKHIRNYA pemimpin Umno terpaksa menggunakan cara apa sekali pun golongan cerdik pandai untuk mengampu Umno dengan mengadakan beberapa majlis forum dan temuramah di media massa.

Ketidak yakin rakyat terhadap pemimpin Umno yang semakin membarah membuatkan banyak kenyataan mereka hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan rakyat malahan ahli-ahli Umno dan orang Melayu sendiri tidak banyak berbicara tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno.

Janji yang tidak ditepati! Sikap yang dicurigai! Perangai yang dibencii! Adalah antara sebab besar mengapa pemimpin Umno tidak lagi menjadi idola rakyat terutamanya golongan muda berusia 45 tahun ke bawah!

Oleh kerana itulah pemimpin Umno mula menggunakan cerdik pandai terutamanya dari universiti tempatan dan juga para wartawan kanan media massa pembodek Umno/Bn memberikan pendapat atau menghuraikan apa yang disarankan oleh pemimpin Umno.

Tujuannya semata-mata untuk menarik semula golongan muda dan juga orang Melayu kembali menyokong Umno/Bn! Mereka mengharapkan sokongan dari anak muda yang berada di menara gading dan keluar nanti akan memberikan sokongan kepaa Umno/BN.

Sokoingan ini memudahkan untuk pemimpin Umno/Bn meneruksn agenda memperjuangkan kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka.

Tetapi ianya menjadi sia-sia belaka! Nasi telah menjadi bubur! Keegoan dan kerakusan pemimpin Umno menikmati kehidupan yang mewah meninggalkan rakyat di kampong dan rumah pangsa dalam tercakar-cakar mencari rezeki adalah tembelang yang tidak akan dapat diwangikan kembali baunya!

Apa saja yang diampukan untuk Umno/Bn rakyat telah faham tujuan dihujungnya. Mahukan sokongan! Dapat pengaruh! Pertahan atau dapatkan kuasa! Sekelip mata kaut kekayaan dari kesetiaan rakyat yang tidak dipedulikan selepas pilihanraya! Inilah perangai pemimpin Umno.

Perangai inilah yang membuatkan rakyat termasuk orang Melayu dan ahli Umno semakin tidak menampakkan minat untuk menyokong Umno/Bn. Mereka buat tak tahu sahaja dengan apa yang dibicara ampuan kepada Umno.

Jika di kampong hanya Pengerusi JKK dan pertugas Kemas disamping sedikit benar pemimpin Umno bawahan yang berbicara tentang saranan dan pandangan pemimpin mereka.

Masih ada orang Umno tidak berubah dari menjadi ahli Umno tetapi sokongan mereka untuk sebuah kerajaan adil yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat tetap mereka mahukan Pakatan Rakyat memerintah dalam masa terdekat ini selewat-lewatnya di PRU 13 nanti.

Pemimpin Umno tidak perlu lagi mencari bomoh atau tukang pencacai untuk melonjakkan Umno/Bn di hati rakyat! Rakyat telah berapa kali terjebak dengan telatah dan janji kosong pemimpin Umno/Bn!


SELADANG: Rakyat pecah tabung, pemimpin Umno kaut untung!

Friday, May 15, 2009

NAJIB: Masuk Bakul Angkat Sendiri - MUKA TAK MALU !

TAK ada orang nak angkat terpaksalah sendiri angkat - dah dua tiga kali Najib Rosmah mengangkat dirinya sendiri. Memuji dirinya sendiri. Kemudian media massa pembodeknya besarkan dalam siaran mereka.

Masuk bakul angkat sendiri yang terbaru dilakukan oleh Najib Rosmah ialah menggelarkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri Rakyat (?).

Betul ke Perdana Menteri Rakyat (PMR) atau Perdana Menteri Rasuah (PMR) atau Pulun Mandat Rakyat (PMR) ?

PMR dah buat cerita kartun ! Tidak mahu permaidani merah dihamparkan! Tidak mahu kemera tv mengekorinya! Tidak mahu ada kain rentang bersibaian menyambutnya!

Tapi dia tentu mahu orang ramai menunggunya kan!

Kalau sekadar turun padang menaiki LRT turun di Puduraya memanglah tidak ada siapa yang nak rentang permaidani merah. Itu kerja bodoh namanya!

Yang hairannya PMR tidak mahu kamera tv tetapi tersiar juga gambarnya di Puduraya dalam tv. Apakah PMR bawa kemera sendiri?

Turun padang tempat ramai mudahlah nak tunjuk lagak tapi kenapa tak turun adang di perkampungan Orang Asal di hulu sungai? Mengapa tidak menapakkan kaki di kampung-kampung pendalaman?

Di sana PMR akan melihat kedhaifan rakyat ibarat kais pagi makan pagi kais petang masih berhutang!

PMR tidak ambil tahu tentang kakitangan agensi kerajaan yang mengamalkan pilih kasih! PMR tidak ambil peduli rakyat yang sepatutnya menerima hak dipinggirkan oleh pemimpin Umno berbagai perengkat dengan menggunakan agensi kerajaan!

Contohnya: Adakah PMR tahu pemberian saham Felcra dimenopoli oleh pihak tertentu sehingga ada diantara mereka yang kaya mendapatnya. Ada diantaranya suami isteri yang ada pencen mendapatnya. Ada diantaranya mereka yang bergaji besar mendapatnya.

Tapi rakyat yang sepatutnya menerima untuk menaikkan taraf kehidupan mereka terbiar begitu saja!

Adakah ini PMR tahu yang dia sibuk mengatakan dia turun padang untuk rakyat? Atau dia turun padang untuk tangkap belalang dan buat teka teki kepada rakyat?

Adakah PMR akan mengarahkan pihak penganjur perhimpunan yang dihadiri olehnya dengan mengatakan: 'Jangan bawa orang ramai dengan menyewa bas dan bayar wang poket untuk menyambut kedatangan saya ...'

Sejarah telah membuktikan perhimpunan menyambut pemimpin Umno kalau tidak ada bas percuma, duit poket, makan percuma, kakitangan kerajaan dan kanak-kanak sekolah dipaksa jawapannya perhimpunan itu tidak ada!

Masuk bakul angkat sendiri semata-mata mengaburi fikiran rakyat tetap; apakah rakyat kini boleh ditipu begitu saja? Rakyat menganggap pengakuan PMR hanyalah cerita kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak pra sekolah kerap disiarkan oleh tv.

Rata-rata rakyat tahu siapa dia PMR ini. Anak bangsaawan! Datuk sebelah ayahnya Orang Kaya Shahbandar Pahang. Ayahnya PM ke 2 Malaysia. Datuk sebelah ibunya juga orang hebat. Rakan kongsi satu tika dulu pembangunan Genting Highland!

Baru turun Puduraya dah merah bibir memuji diri dan meletakkan diri sendiri sebagai Perdana Menteri Rakyat. Adakah esok atau lusa Menteri Penerangan akan mengistiharkan Najib Rosmah sebagai Perdana Menteri Ralat?

Jika Najib benar apa yang diangkat untuk dirinya sebagai Perdana Menteri Rakyat mengapakah dia kini membelakangkan kehendak rakyat Perak untuk diadakan Pilihanraya Kecil Negeri? Jawapannya Najib tidak ikhlas meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri Rakyat tetapi Pulun Mandat Rakyat!

Kata-kata PMR hanyalah mainan bibir merah untuk mengelirukan rakyat agar menyokongnya dan menghilangkan kisah pembunuhan Altantuyya, menghilangkan kes komisyen kapalkselam RM510 juta dan menghilangkan penglibatannya dengan Peguam Linggam yang boleh mempengaruhi mahkamah!


SELADANG: Suara rakyat suara keramat!!!


Thursday, May 14, 2009

BADI KERAJAAN LANUN PERAK: Pemimpin Umno Bn tak banyak yang bersuara ! TAKUTTTTTT .....

TIDAK ramai pemimpin Umno dan Bn bersuara secara terbuka membela Zamry sebagai MB Perak (haram) dan mengulas krisis politik Perak kini.

Hanya Zamry - Najib Rosmah - Tengku Razaleigh - Mahyuddin yang banyak mengeluarkan kenyataan. Sementara itu orang veteran Umno pula ialah Aishah Ghani - Sabaruddin Chik - Mohammad Mat Taib. Yang lain kelu membisu. Tak tahulah kalau mereka bercakap di kedai kopi.

Kenapa begitu? Kenapa membiarkan ketua lanun politik dari Pulau Pangkor bagaikan keseorangan beriya-iya mempertahankan rejim haramnya itu?

Selama ini asal ada saja isu berebut-rebut pemimpin Umno semua perengkat membuat kenyataan! Bila krisis Perak semuanya senyap menikus.

Kenapa begitu?

Kerana krisis yang ditimbulkan oleh Najib Rosmah merencanakan rampasan kuasa secara haram bersandar kepada istana mempunyai badi tertentu untuk pemimpin Umno terutamanya para ADUN dan Ahli Parlimen Perak.

Mereka melihat rakyat sedang menyampah dengan gelagat yang berpanjangan oleh telatah Zamry yang mengikut telunjuk Najib Rosmah agar krisis Perak ini tidak selesai.

Rakyat juga sedang memerhati siapakah yang menunjukkan hidung belang dalam krisis Perak ini bersekongkol dengan Zamry!

ADUN dan Ahli Parlimen Perak mungkin merasakan jika ada Pilihanraya Kecil Negeri atau Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, jika mereka bersuara dalam krisis Perak ini, bukan saja rakyat akan menolak malahan dijangka ahli Umno dan Bn juga akan menolak mereka.

Ini disebabkan gelagat sumbang pemimpin Umno yang beriya-iya kononnya hendak memperjuangkan rakyat antaranya menghurmati mandat rakyat tetapi kerakusan Zamry yang menjadi kuda tunggangan Najib Rosmah telah membelakangkan rakyat!

Rakyat Perak sudah bosan dengan krisis yang tak sudah-sudah selagi Umno/Bn memerintah. Selagi Zamry mengetuai rejim haram Perak itu selagi itulah rakyat Perak terus menyampah dengan Umno/Bn!

Badi yang dibawa oleh Najib Rosmah dibebankan atas belakang Zamry hanya seolah-olah diperhatikan sahaja oleh ADUN dan Ahli Parlimen Perak.

Bukan itu saja, pemimpin Umno di negeri lain juga ikut sama menikus kerana mereka berfikir sama; jika berbunyi rakyat akan menyampah dan menolak mereka! Kerana itu lebih baik diam dan menyerahkan pada Zamry - Najib Rosmah - Polis - Mahkamah dalam mempertahankan rejim haram Perak itu.

Usaha ADUN Umno Perak membuat aduan polis menuduh penyalahgunaan kuasa Speaker sah Perak adalah antara badi yang akan menunggu untuk mereka disingkirkan oleh rakyat melalui Pilihanraya Kecil atau Umum akan datang!

SELADANG: Berfikir tentang keberanian Gerakan dengan MCA syorkan DUN Perak dibubarkan?

Wednesday, May 13, 2009

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN: Slogan Kosong Tipu Rakyat !!!

TAK PAYAH Banyak cerita lagi. Rakyat dah faham bahawa slogan kepimpinan Najib Rosmah iaitu 1Malaysia Rakyat Didahulukan hanyalah gelombong buih yang tidak meninggalkan kesan apa keuntungan kepada rakyat.

Hanya pencacai Najib Rosmah sahaja yang sibuk mengurai merungkai itu dan ini agar rakyat terpengaruh dengan slogan tersebut, sedangkan putar belit ini seperti seekor ular yang akhir nya menjerut rakyat.

Lihat beberapa perkara yang boleh diketengahkan bahawa 1 Malaysia Rakyat Didahulukan hanyalah slogan kosong menipu rakyat yang diperagakan oleh Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya:

Alasan Zamry (Pemimpin Rejim Haram Perak) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya (kawasan sarang lanun politik Malaysia) menangguhkan pengistiharan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu antaranya bimbang dengan Nizar yang akan memohon pembubaran DUN Perak kepada Raja Muda Perak.

Ini bererti Zamry yang pasti mendapat restu dari Najib Rosmah tidak mahu krisis di Perak tamat dan rakyat diberi hak semula untuk memberikan mandat mereka kepada parti mana yang patut memerintah.

Pemimpin Umno yang melaongkan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan rupanya hak rakyat dibelakangkan!

Zamry mahu terus memerintah Perak untuk membuat beberapa projek yang mana ianya boleh mendatangkan keuntungan kepada korninya dan pemimpin Umno memang terkenal dengan komisyen mengganti perkataan rasuah.

Ini terpaksa dilakukan oleh mereka kerana pemimpin Umno sudah kehabisan wang selepas berhempas pulas menabur wang ketika pemilihan pimpinan Umno baru-baru ini. Mereka sedang mencari ganti keuntungan atas keperitan rakyat dengan krisis 2 MB.

Jika Zamry jujur kepada rakyat Perak seperti slogan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, dia bukan bermesyuarat untuk buat projek yang berjuta-juta ringgit tetapi mengembalikan kepada rakyat untuk memilih siapa pemerintah sebenar di Perak dengan membubarkan DUN.

Mandat rakyat lebih penting dari projek yang belum tentu jayanya untuk mengakhirkan krisis Perlembagaan Perak.


Apakah yang didahulukan atau dikedepankan oleh 1 Malaysia?

1) Terkini harga minyak naik 20 sen sebagai hadiah kepada rakyat.

2) Beras minggu depan akan naik 20 sen sekilogram.

3) Lagi-lagi tunggulah oleh rakyat .....

Mengingatkan kembali masa kanak-kanak main hantu musang dengan lagu pujanya ....

Sang geli sang
gali-gali ubi
dimana hantu musang?
Semua dah jadi menteri.

Cok-cok kendung
kendung menari-nari
dimana ada untung
di situ ada kroni menteri!

Rupa-rupanya Zamry menangguk untung di air keruh!

SELADANG: Teringin nak minum cendul Zamreyyy bawah pokok pantai Pulau Pangkor!






Tuesday, May 12, 2009

TEBEL BEBENOR KE KULIT MUKE TU!

SEJENAK BERSAMA PUISI SAHABAT ...

Buat pulak lagi dah!
Macam main sorok-sorok je.

Pagi MB sah masuk ofis
tengahari MB taksah pula
dapat merayu tangguh hukum
nak masuk pulak lagi die!

Takde rase malu ke?
tebel bebenor ke kulit muke tu!
Ingatnye perintah negri ini
macam main-main pondok-pondok ke?

Ate ingatnye
bangang bebenor ke
kami rakyat jelate negri Perak ni?

Getiknyelah teman yop oi!

Ate pakat memanjanglah doroyan tak berbunga
ayor late idakkan lagi terjun mencuroh
bangau akan kehilangan kerbau
dan belalang idakkan lagi
berlompatan di daun keladi
merobah juge idakkan singgoh
makan lade meroh
dan malamnye
cengkerik idakkan bernyanyian
menyambut bulan keresahan
angin pun hilang arah
embun gugur kering
rumput rampai idakkan basah
bintang-bintang idakkan
menari di lantai awan
dan mimpi idak datang
menyape tidur perawan.

Makenya
sekohlah dahan rindu
dan rebohlah pepohon waktu
Ate dek bahanenye
negri kite orang
buat jadi serkeh
orang-orang besor semuenye
pakai topeng badut
hidung bebelang
perutnye gendut ...

Yassinsalleh
Kuala Lumpur
12 Mei 2009

LANUN KEMBALI MENGUASAI KERAJAAN PERAK

TELAH dijangka oleh mereka yang berfikir tentang kemelut Perak secara terbuka. Kerajaan PR yang diketuai oleh Nizar tidak akan bertahan lama setelah diistihar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Nizar berhak sebagai MB Perak.

Jangkaan ini adalah dipandukan atas sikap dan perangai pemimpin Umno sendiri yang amat takut dengan pembubaran DUN Perak yang akan dipohon oleh Nizar kepada Raja Muda Perak.

NAJIB ROSMAH
MEMANG TAKUTDENGAN
PILIHANRAYA KERANA ITULAH
DIA BERUSAHA SUNGGUH
AGAR NIZARDILUCUTKAN
KEMBALI SEBAGAI MB
DAN SECARA LANGSUNG GAGAL
UNTUK MEMOHON PADA
RAJA MUDA PERAK
PEMBUBARAN DUN PERAK ...

Bukan saja Zamry takut dengan pilihanraya tetapi Najib Rosmah adalah watak utama yang amat takut menghadapi pilihanraya.

Ada diantara ADUN Perak kini baru menjadi ADUN pada PRU 12 lalu (8 Mac 2008). Jika DUN dibubarkan sekarang mereka tidak mendapat pencen. Adakah ini yang ditakuti oleh Zamry dan pemimnpin Umno untuk Nizar memohon pembubaran DUN?

ADUN Pakatan Rakyat bersedia menerima DUN Perak dibubarkan untuk memulangkan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru. Mereka tidak memikirkan kepentingan diri mereka berbanding dengan ADUN Umno/Bn!

Walaupun Najib Rosmah menyatakan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan tetapi dalam soal DUN Perak ini Najib tidak mengikut konsep slogan yang diutarakannya. Slogan itu hanyalah kata-kata kosaong untuk rakyat Perak yang amat mengharapkan 'mandat rakyat' diserahkan kepada rakyat untuk membuat perhetungan.

Ertinya 1 Malaysia rakyat didahulukan sebenarnya '0 Malaysia rakyat dibelakangkan!'

Jika Najib jujur dengan apa yang dislogankannya, dia akan sekat Zamry merayu pada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pengistiharan Nizar sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah.

Nizar berjanji akan memohon pembubaran DUN Perak untuk meenyerahkan kepada rakyat memberikan mandat pilihan mereka untuk mentadbiri Perak.

NAJIB ROSMAH MEMBAWA
SLOGAN 1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN (KONONNYA)
TETAPI BILA NIZAR
NAK BUBARKAN DUN PERAK UNTUK
MENDAPATKAN MANDAT RAKYAT -
NAJIB ROSMAH ANTARA
PENGHALANGNYA DAN GUNAKAN
MAHKAMAH....

Najib Rosmah bersama Zamry dan para pemimp-n Umno/Bn bukan saja membelakangkan rakyat tetapi mereka juga adalah penyekat dan pengelat mandat rakyat. Mereka seolah-olah amat gembira dengan krisis politik yang berlarutan di Perak.

Oleh itu tertubuhnya kerajaan Bn cara haram, maka kembali semula kerajaan haram itu mentadbiri Perak, jelaslah bahawa lanun tetap berperangai lanun !!! Rakyat harus menyimpan di dalam hati mereka untuk menumbangkan kerajaan lanun di PRU ke 13 jika Najib Rosmah bersedia menghadapi pilihanraya.

Kejadian yang melanda di Perak ini adalah prilaku biadap dan tidak bertemaddun denmgan menggunakan undang-undang rimba oleh Umno/Bn dosebabkan Kerajaan usat dan segala agensi kerajaan masih mampu dikawal, dipergunakan dan ditunjuk arah oleh pemimpin Umno/Bn.

Jika pilihanraya menjadi satu fobia kepada Najib Rosmah maka Najib Rosmah harus mencari satu cara bagaimana Pilihanraya umum ke 13 tidak diadakan. Ini boleh memanjangkan hayat pentadbirannya.

Untuk memikirkan bagaimana tidak ada pilihanraya umum ke 13 maka Umno/Bn bolehlah berbincang dengan rakan sekongkolnya antaranya SPR - SPRM - polis - pejabat peguam negara dan mahkamah (jika masih ada lagi saki baki kuncu Linggam).

Pemimpin Umno/Bn Jangan pedulikan mandat rakyat! Bina empayer lanun untuk turun temurun sepanjang zaman!


SELADANG: Memerhati jejak lanun di pantai Pulau Pangkor.

Monday, May 11, 2009

AWAS VIRUS H1N1: LONGGOKKAN FRU DI BANGUNAN KERAJAAN PERAK

AWAS !! Satu lagi episod yang diagendakan oleh H1N1 mungkin akan berlaku di DUN Perak sebaik saja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan tersebut memaksa Zamrey dan kuncu-kuncunya mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Kerajaan Perak itu kalau tidak ianya melanggar keputusan mahkamah.

Namun yang sedang difikirkan kenapa FRU mula dilonggokkan di bangunan keramat itu? Adakah mereka mahu melindungi sesuatu yang kurang baik dilakukan di dalam bangunan itu agar orang ramai tidak tahu.

Atau mereka mahu menyekat Nizar bersama barisan exco dan ADUN Pakatan Pakyat memasukki dan menduduki kerusi hak mereka?

Apakah suatu lagi insiden yang tidak diingini akan berlaku di DUN Perak seperti berlaku kebiadapan mencabul demokrasi oleh ADUN Bn dan polis pada 7 Mei 2009 lalu?

Adakah polis pulak akan membantu Bn untuk menawan DUN Perak dan suatu corak kebiadapan akan dilakukan terhadap Nizar seperti yang dilakukan kepada Speaker PR?

Apakah Speaker Haram Bn boleh menjalankan tugasnya dan semudah itu mengizinkan ADUN Bn yang telah digantung oleh Speaker PR dulu turut sama berada dalam DUN?

Siapakah yang mengesahkan Speaker Haram Bn boleh menjalankan tugasnya? Kalau ditanya kepada Umno / Bn serta pencacainya pastilah mererka kata boleh seperti juga mereka mengampu ketika Zamrey dilantik sebagai MB dulu. Ini berhakim kepada beruk namanya!

Oleh itu berbagai kekecuhan akan berlaku! DUN Perak akan menjadi sasaran lanun politik sekali lagi untuk meraih kuasa mengenepikan mandat rakyat dan keputusan mahkamah.

Seribu satu macam tanggapan rakyat kepada gelagat polis meletakkan FRU di Bangunan Kerajaan Perak. Ini menambahkan lagi kebencian rakyat kepada Umno/Bn.

Jika Hishamuddin masih mahu menggunakan kuasa polis dan Najib Rosmah pula menggunakan para pentadbir untuk menegakkan kembali kerajaan Umno/Bn di Perak dalam gelombang slogan 1 Malaysia maka virus H1N1 akan melanda politik demokrasi Malaysia malahan ianya juga akan menyedarkan rakyat dan menenggelamkan Umno/Bn itu sendiri.

Oleh itu amatlah bijaknya jika pihak tertentu mencadangkan dan mengizinkan DUN Perak dibubarkan dan serahkan kembali kepada rakyat untuk menjadi hakim memilih sebuah kerajaan yang dibentuk atas amalan demokrasi.


SELADANG: Suara Rakyat Suara Keramat!

TAHNIAH !

PARTI KEADILAN RAKYAT
Bahagian Kuala Krau,
Pahang

mengucapkan

T A H N I A H
kepada

DATUK SERI IR NIZAR JAMALUDDIN

yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur

sebagai

MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDHUAN
yang sah.


SELADANG: Sedang fikir-fikir ajakan isteri pulang ke kampong opahnya di Kuala Kangsar.

Sunday, May 10, 2009

VIRUS HISHAMUDDIN & NAJIB ROSMAH (H1N1) CEMARI DEMOKRASI ?

PEMIMPIN Umno di perengkat mana sekali pun jangan lagi mendabik dada mengulangi kata-kata kosong bahawa mereka adalah pejuang dan pengamal demokrasi di negara ini.

Peristiwa yang berlaku di DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah sejarah hitam perbuatan biadap pemimpin Umno bukan saja ADUN Bn Perak malahan ianya boleh dikatakan oleh sikap pemimpin Umno/Bn yang lain secara tidak langsung.

Setelah mereka melakukan kebiadapan dengan mengamalkan undang-undang rimba lalu mereka sendiri menuding ke arah ADUN Pakatan Rakyat.

Apa! Mereka fikir rakyat buta ? Mereka fikir rakyat boleh diperbodohkan ? Mereka fikir mereka boleh mengelirukan rakyat ?

Mereka cuba bela diri mereka sendiri dengan menggunakan media massa pro mereka seperti akhbar perdana, radio dan tv. Tetapi rakyat mendapat maklumat yang lebih tepat dan rakyat boleh berfikir panjang dengan tudingan pemimpin Umno itu.

Apakah Najib Rosmah tidak tahu akan rancangan yang diatur oleh Zamrey Pangkor untuk melakukan kerakusaan mencemari DUN Perak? Masakan Zamrey Pangkor tidak memberitahu bossnya itu !

Jika ada rakyat yang berfikir bahawa Najib Rosmah juga memainkan peranan dalam hal pencabulan demokrasi di DUN Perak, ianya boleh diterima!

Begitu juga dengan Hishamuddin Hussin selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri antara jagaannya ialah polis!

Apakah Hishamuddin tidak diberitahu oleh pihak polis bahawa anggota-anggota polis akan menyerbu DUN Perak untuk memastikan Bn boleh berfungsi walaupun secara haram ?

Jika Hisahamuddin tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh pihak polis sehingga mencemari keunggulan DUN Perak, ini menunjukkan Hisahmuddin seorang yang lemah seperti juga lemahnya dia semasa menjadi Menteri Pelajaran dalam menangani isu PPSMI.

Rata-rata bolehlah disimpulkan oleh rakyat bahawa Najib Rosmah bersama Hishamuddin memainkan peranan di belakang tabir dalam pencabulan demokrasi di DUN Perak pada 7 Mei 2009. Dengan jelaslah pemimpin Umno tidak menghurmati demokrasi yang mereka laongkan dan mereka juga adalah antara anasir yang tidak menghurmati istana.

Jika pencabulan DUN Perak ini tidak diselesaikan dengan sebaik dan secepat mungkin maka virus baru yang merosakkan demokrasi di Malaysia ini akan bertambah membiak dan rakyat akan dilengkari oleh satu undang-undang rimba yang dikendalikan oleh polis!

Najib menyarankan supaya pembangkang menghurmati undang-undang! Ini baling batu sembunyi tangan! Ini memang perangai pemimpin Umno! Inilah yang membuatkan rakyat malahan ahli-ahli Umno menyampah dengan pemimpin mereka!

Demokrasi mati dengan virus baru ini - Virus H 1 N 1 ?

Hishamuddin kendalikan 1 iaitu polis. Sementara Najib Rosmah kendalikan 1 iaitu pentadbir. Maka virus politik terbaru yang akan memusnahkan demokrasi negara ini ialah:

Hishamuddin = H 1
Najib Rosmah = N 1

H 1 + N 1 = H 1 N 1 = Demokrasi mati!


SELADANG: Hanya batuk2 berdehem sahaja.

Friday, May 8, 2009

PERAK: Kerajaan Rakyat vs Kerajaan Lanun

MISTERI YANG BELUM TERUNGKAI .....



Apakah yang dititahbisik oleh Raja Muda Perak kepada Nizar (rakyat yang dikatakan penderhaka oleh lanun Umno) ?



SELADANG: Hanya dengar di angin lalu.

KEBIADAPAN REJIM KERAJAAN HARAM UMNO/ BN PERAK - Rakyat Memerhati Dengan Jelas Kerja Si Lanun Politik.

PENGUASAAN BN pada DUN Perak 7 Mei 2009 bukanlah suatu yang hebat tetapi suatu yang amat habat dan mejijikkan dalam era ketemaddunan manusia serta mencabul demokrasi menjadi asas pembentukan Malaysia.

Serbuan pihak polis bersama mereka yang tidak mempunyai pas DUN ke dalam Dun yang dianggap penegak demokrasi adalah kerja jahat bagaikan segerombolan lanun yang naik ke darat menyerang dan merampas serta mengheret mangsa.

Speaker yang masih sah diheret keluar oleh manusia rakus mengikut telunjuk si jalang politik dan menggantikan dengan manusia yang pernah tewas dalam PRU untuk bermuka-muka kepada Raja Muda Perak yang merasmikan sidang DUN tersebut.

Inilah sikap jahat pemimpin Umno/Bn. Sikap ini tidak akan dapat dilindung untuk diketahui oleh rakyat terutamanya golongan bawah 40an.

Walaupun Zamrey beriya-iya mengutuk kononnya pembangkang yang membuat huru hara dalam DUN tetapi rakyat rata-rata tahu bahawa senario awal dan seterusnya bermula dari kejahatan pemimpin Umno/Bn yang menjadi perampas kerajaan mandat rakyat.

Berilah apa alasan pun oleh pemimpin Umno/Bn. Rakyat tidak akan menerima kata-kata mereka yang menuduh pembangkang biadap. Rakyat tidak akan menerima tuduhan mereka yang mengatakan pembangkang mengamalkan undang-undang rimba.

Sebaliknya rakyat sudah lama tahu bahawa pemimpin Umno/Bn yang amat biadap terhadap mandat rakyat secara langsung terhadap rakyat sendiri dan pemimpin Umno/Bn yang kerap melaksanakan ala undang-undang rimba.

Menjadi perampas! Mengheret keluar Speaker yang sah ! Membuat lantikan dengan kelompok kecil samada iya tak iya bilangannya kira sah saja bagaikan main lailai li tampelong! Membawa polis masuk dan bertindak terhadap Wakil Rakyat dan mencemarkan kedudukan DUN!

Membawa mereka yang tidak ada pas (boleh dianggap samseng kalaupun tidak lanun) untuk mencekik dan mengheret serta mengurung Speaker adalah perbuatan zalim, jahat, melampau, tidak berprikemanusiaan, ala diktator, ala rejim Yahudi!

SPRM dan polis wajib menyiasat dan bertindak serta membuat dakwaan terhadap mereka yang melakukan jenayah serta penyelewengan kuasa ini dimana semudah itu seorang Wakil Rakyat bergelar Speaker diheret dan dikurung yang boleh ditafsirkan sebagai colek!

Jika amalan ini tidak dibendung oleh pihak berwajib maka negara ini akan menjadi negara yang berkerajaan colek, kurung kemudian umum tertubuhnya kerajaan haram!

Rakyat kini memerhati dengan jelas perbuatan yang tidak ada garis sempadan demokrasi oleh pemimpin Umno/Bn atas kerakusan untuk berkuasa secara haram!Add Image
Umno/Bn sudah merasa ketidak mampunya untuk turun ke gelanggang politik demokrasi melalui pilihanraya kerana itu untuk mengekalkan kuasa yang ada sedikit itu, mereka menggunakan secara lanun!

Keberangkatan Raja Muda Perak merasmikan sidang DUN pada 7 Mei lalu dilihat secara mendalam tidak ada ertinya kepada demokrasi kerana pencabulan yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh Rejim Haram Umno/Bn Perak!

SELADANG: Teringat lagu penyamun dalam filem P. Ramlee 'Nujum Pak Belalang'.

Thursday, May 7, 2009

MALAYSIA TANAHAIRKU !!!

KITA UCAPKAN
SELAMAT TINGGAL DEMOKRASI

NAJIB ROSMAH TUNJUK
TARING TUMPUL

PENCABULAN DUN PERAK
MENANDAKAN
MALAYSIA KE ARAH NEGARA POLIS

DEMOKRASI MATI

TINDAKAN BIADAP CARA LANUN
PENYAMBUNG HAYAT UMNO / BN

NAJIB - ROSMAH - MAHATHIR
BINA EMPAYER DIKTATOR ?

HISHAMUDDIN LARI DARI ISU PPSMI
BERSANDAR DENGAN ISA

UMNO/BN AMALKAN
UNDANG-UNDANG RIMBA

PEMIMPIN UMNO/BN
BIADAP
TIDAK MENGHURMATI MANDAT RAKYAT


SELADANG: Pesan pada anak cucu - jangan masuk Umno/Bn.

MAT REMPIT: Cerita Bodoh Kerajaan & Penguatkuasa!

INI benar-benar cerita bodoh dari pihak Kerajaan hingga kepada pihak penguatkuasa mengenai Mat Rempit.

Kisah Mat Rempit adalah kisah yang mungkin tidak akan padam-padam. Ianya mungkin menjadi modal kempen untuk Kerajaan menunjukkan amat prihatin dengan telatah anak muda masa kini yang dianggap keterlaluan.

Artikal ini tidak membela Mat Rempit tetapi ianya mendedahkan kebodohan pihak Kerajaan dan penguatkuasa sendiri yang mana berbuih-buih mulut bercakap dan beriya-iya menjalankan tindakan untuk menghalang budaya Mat Rempit dari membiak tertapi ada pihak masih meneruskan kempen memperagakan kehebatan Mat Rempit.

Pihak Kementerian Penerangan masih menyiarkan lagi rancangan-rancangan hiburan dan iklan yang berkaitan dengan Mat Rempit antaranya ialah filem dan drama.

Beberapa filem dan drama yang menggambarkan kehidupan Mat Rempit dihidangkan kepada umum. Dengan alasan untuk menunjukkan keburukan & kehancuran Mat Rempit tetapi apa yang lebih ditonjololkan ialah kehebatan Mat Rempit sebelum menemui kegagalan.

Anak muda terjebak dan terpengaruh dengan dunia hiburan. Maka dunia hiburan Add Imagepula digunakan oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi anak muda ke arah merempit. Pengusaha filem dan drama seolah-olah mencari kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui thema Mat Rempit.

Begitu juga dengan melambaknya filem-filem dari luar yang dibawa masuk memaparkan Mat Rempait lagi hebat persembahannya jika dibandingkan dengan filem atau drama di Malaysia.

Apakah Kerajaan mahu mengatasinya bila sampai hampir pilihanraya nanti sebagai usaha menarik pengundi dengan berbagai program bersandarkan kepada mengatasi budaya Mat Rempit ?

Jika itu yang tersirat maka Kerajaan dan para penguatkuasa bertanggungjawab ke atas budaya Mat Rempit ini.

Budaya Mat Rempit terus menular bukan sahaja di bandar-bandar besar, malahan ianya juga berkembang di bandar-bandar sederhana dan juga taman-taman perumahan malahan di lebuhraya terutamanya musim cuti!

Salah siapa ini ? Terang-terang salah Kerajaan dan para penguatkuasa! Kerana melalui kaca tv dan panggunglah budaya Mat Rempit disuburkan!



SELADANG: Suka menonton tato angkatan tentera!

UMNO/BN: KE ARAH UNDANG-UNDANG RIMBA ?

PEMIMPIN Umno/Bn kini dalam keadaan terdesak dengan kehilangan kuasa yang semakin berlarutan lalu bertindak di luar batas kemanusiaan dan ketemaddunan budaya.

Mereka juga seolah-olah mencampakkan Perlembagaan negara ke longkang dan undang-undang negara hanya mengikut selera nafsu rakus mereka sahaja.

Peristiwa terbaru di mana Speaker sah DUN Perak diseret keluar oleh polis dan petugas Dewan adalah satu pencabulan demokrasi yang begitu ketara dilakukan atas kehendak nafsu jalang pemimpin Umno untuk menguasai DUN Perak seperti lanun!

Jika mengambil mudah untuk mendapatkan kuasa dengan cara melarikan beberapa ADUN dan kini mengheret melarikan Speaker dari DUN dan diganti dengan begitu mudah oleh suara Kerajaan Haram, maka bukan saja politik Perak tidak stabil malahan politik Malaysia sendiri dapat dinilai oleh negara luar terutamanya para pedagang.

Tidak hairanlah jika para pedagang semakin menjauhkan diri dari Malaysia jika Kerajaan Umno/Bn terus mengamalkan sikap rampas bila hendak!

Kebanggaan dan keberanian pemimpin Umno/Bn melakukan apa saja yang mereka nak buat disebabkan Kerajaan Pusat masih lagi ditadbiri oleh mereka. Polis - SPR - SPRM - Mahkamah - Pejabat Peguam Negara dan beberapa lagi agensi yang ada kepentingan pada mereka masih boleh digunakan.

Adakah Pemimpin Umno/Bn mahukan Malaysia ditadbiri oleh Undang-Undang Rimba?

Bagaimana mereka ini bila tersungkur pada mandat rakyat di PRU 13 nanti ?

SELADANG: Amat gembira bila mendapat khabar pejuang rakyat dibebaskan!

Wednesday, May 6, 2009

OPERASI LALANG KEMBALI !

APAKALA Mahathir berada di belakang pentadbiran Najib Rosmah kini, maka yang tergambar banyak ialah segala tindak tanduk Najib Rosmah akan sehala dengan apa yang pernah dilakukan oleh Mahathir 22 tahun memerintah Malaysia dulu.

Memang terlalu geram Mahathir bila melihat Pak Lah yang menggantinya amat berlembut dengan musuh-musuh politik. Oleh itu adalah diantara sebab besar mengapa Mahathir begitu marah pada Pah Lah.

Rejim Mahathir yang amat perit dinikmati oleh rakyat Malaysia 22 tahun lalu kini kembali semula. Najib Rosmah yang menjadi patung kepada satu rejim yang mungkin belajar dari Yahudi tidak boleh buat apa-apa kerana menjaga hal-hal pribadinya sendiri.

Penangkapan ISA tiga orang selepas Najib Rosmah melepaskan beberapa orang dari Kemunting adalah bunga yang mula mengeluarkan putik.

Terbaru penahanan aktivis Bersih Sdr Wong Chin Huat semalam dan diikuti penahanan cara kasar dan rakus oleh pihak SB terhadap Sdr. Mat Sabu (Naib Presisden PAS) dilihat sebagai putik yang mula menyuburkan buah dalam usaha Kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah melaksanakan ISA secara bermaharajalela.

22 tahun lampau Mahathir dilihat bagaikan hendak membunuh demokrasi di negara ini tetapi tidak kesampaian apakala rakyat bangun 1998 meruntuhkan sedikit keegoaan Umno/Bn.

Mahathir berundur dan Pak Lah mengambil tempat dengan cara pendekatan istimewanya. Namun usaha Pak Lah ini boleh menyuburkan demokrasi dan bukan menyegarkan 'kediktatoran' sebuah kerajaan yang membelakangkan mandat rakyat.

Perampasan kerajaan mandat rakyat oleh Umno/Bn pimpinan Najib Rosmah membuatkan Mahathir kembali yakin untuk menguasai kerajaan melalui tindak tanduk Najib Rosmah yang sehaluan dengannya.

Oleh itu dijangka 'operasi lalang' kembali semula untuk mengurung tanpa bicara pejuang-pejuang demokrasi tanahair. Ianya dilakukan atas kerakusan pimpinan Umno/Bn yang mahu terus berkuasa sehingga ke anak cucu mereka.


SELADANG: Demokrasi akan hanya tinggal kenangan.


Tuesday, May 5, 2009

MENENTANG PPSMI - Perjuangan Terakhir Sasterawan Negara ?

RASA terharu bila mendapat tahu bahawa 5 Sasterawan Negara sepakat menolak PPSMI. Malahan lebih mengharukan lagi bila ada diantara mereka yang sanggup dilucutkan gelaran tertinggi dunia sastera tanahair itu.

Jika jawatan itu lucut bukan saja mereka tidak digelar SN (Sasterawan Negara) tetapi segala kemudahan penghasilan karya dan kesihatan juga akan terlucut di hari-hari tua mereka.

Ini satu pengurbanan besar yang tidak akan mampu dilaksanakan oleh sebarangan manusia yang menanti hari-hari tua dengan segala kebahagiaan dan kemudahan kecuali bagi mereka yang berfikiran jitu sebagai seorang pejuang!

Kerajaan Malaysia terutamanya Menteri Pelajaran bukan sahaja mesti rasa tercabar malahan mesti mertasa malu dengan mempertahankan PPSMI itu. Hayati hujjah para SN!

Namun yang menjadi tanda tanya ke mana pula pemimpin badan-badan NGO yang bercakap tentang mempertahankan Melayu ? Dah masuk dalam telur atau telur dah masuk ? Biua lagi GAPENA nak membuat saman terhadap kerajaaan Malaysia ?

SN bukan sahaja melontarkan idea dengan karyanya tetapi mampu berdiri dan tegas sebagai manusia yang sayangkan bahasanya supaya tidak hilang dari bangsa dan negaranya!


SELADANG: Terus menebong PPSMI !

MOTIF APA MEDIA MASSA HENTAM LONG NAN ?

LONG NAN sentiasa diserang oleh media massa terutamanya Tv3 yang begitu banyak mencungkil kes penceraman alam sekitar dan juga pembalakan haram.

Pembalakan haram memang terkenal di Pahang kerana media massa sentiasa mendedahkannya tetapi pendedahan itu bukan bererti ianya berakhir tetapi makin bertambah lagi dengan lapuran pendedahan terbaru pula.

MB Pahang terkenal sebagai seorang bermulut 'celupar' tetapi seorang yang berani berterus terang dan berdepan dengan cara apa sekali pun ini telah menjadi idola kepada media massa untuk menjawab kes-kes pembongkaran balak haram dan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar sentiasa dipaparkan di tanah tinggi Cameron Highland dengan kerja-kerja penarahan bukit dan peruntuhan hutan. Pencemaran air sungai juga kini menjadi satu lagi pembongkaran di Pahang.

Pahang menjadi tanda tanya hingga sekarang ini. Sekian lama dan banyak pembongkaran dibuat semakin menjadi-jadi pula. Apakah hanya Pahang saja yang melakukan pencemaran alam sekitar dan projek balak haram?

Apakah media massa mempunyai satu agenda tersendiri untuk mengundurkan Long Nan dari kerusi MB Pahang ? Siapakah di belakang agenda yang tersembunyi ini ?

Untuk menghentam Long Nan dari segi politik mungkin pihak-pihak di belakangnya terdiri dari pemimpin Umno tidak mampu kerana Long Nan bukan saja licik macam belut tetapi dia juga dikatakan mendapat perkenan besar dari istana.

Adakah ketidak mampunya media massa menghentam Long Nan nanti, maka pihak yang bersembunyi di belakang tabir itu akan menggunakan Najib pula ? Tidak mustahil perkara ini akan berlaku!

Lazimnya kelapa itu dijatuhkan oleh orang yang duduk pangkal pokok kelapa itu. Long Nan tentu telah faham rentak tari dan jurus politik Pahang selama ini.






SELADANG: Jengok-jengok pandang-pandang!

Monday, May 4, 2009

APA KAMU DAPAT ?

APA KAMU DAPAT ? JANGAN CAKAP PASAL DAPAT MAKAN - ULAT DALAM BATU PUN MAKAN JUGA - YANG BICARA TENTANG MAKAN NI AYAM ITEK KERBAU LEMBU KAMBING DAN SELURUH BINATANG .... KITA MANUSIA KENA BICARA LAIN SIKIT DARI HAL PERUT ....

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Mat Rempit: Dapat merempit!

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Penagih dadah: Dapat dadah!

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Kaki Rasuah: Dapat rasuah!

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Nizar Jamaluddin: Dapat gelaran 'derhaka' !

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Zamreyyy Pangkor: Kerusi haram hasil rampasan terhurmat!

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Mr. No 1: Dapat 1lah bodoh!

Apa kamu dapat di Malaysia ?

Apa-apa: ??????? Tak dapat apa-apa pun!!!!


SELADANG: Berkumpul dapat belantan polis!

BERDEBAT KE BELEBAT ? Rais Cabar Zaid - Zaid Jawab - Rais Senyap !

SALAH-salah pusing cerita akan berpusing ke lain - Rais Yatim yang beriya mempelawa Zaid Ibrahim berdebat atas isu kepimpinan Najib yang dibangkitkan oleh Zaid akan menjadi satu persembahan kata-kata indah sahaja terluncur di depan kaca tv oleh Menteri Penerangan sendiri.

Dalam keghairahan ahli politik terkini berdebat setelah pertembungan berat sebelah 'Anwar vs Shabrey ' berkaitan isu minyak. Jangan ada isu sedikit mereka akan pelawa debat!

Anwar Ibrahim tetap menghala jurus kepada tajuk sementara Shabrey tergelincir banyak dengan menyentuh hal-hal pribadi!

Kini Rais pula nak tampil agak-agaknya untuk nak cover semula kekecundangan Menteri Penerangan sebelumnya itu. Tapi kali ini dia mencabar Zaid dalam usaha membodek Najib!

Ada 4 perkataan di Pahang yang hampir dekat sebutannya - Berdebat - Belebat - Hebat - Habat!

Bila Rais mencabar - Zaid pun menyanggup - Namun Rais kembali senyap sepi! Peminat Debat ternanti-nanti. Berdebat tiada tetapi diganti belebat! Belebat ialah persembahan beramai-ramai oleh pasukan pendekar silat untuk acara meraikan tettamu atau memulakan gelanggang! belebat adalah asas pertama pelajaran silat untuk memahirkan bunga - langkah dan buah!

Rakyat menunggu sesuatu yang hebat dari Rais Yatim tetapi bimbang juga akan dapat yang habat kalau hujjah asyik nak membodek saja.

Maka Rais akan mempersembahkan di tv milik Rtm dengan banyaknya pembodekan terhadap Najib untuk menghilangkan cabaran debatnya yang telah disahut oleh Zaid Ibrahim!


SELADANG: Mencabar tidak mencakar selalu!

Friday, May 1, 2009

CARA MUDAH BN KUASAI DUN PERAK 7 MEI 2009

DENGAN kehancuran sistem demokrasi di Perak saat akhir ini selepas 3 DUN PR hilang disembunyiklan Hantu Kopek sehinggalah kepada campur tangan pihak yang tak sepatutnya berhak kepada pentadbiran DUN Perak membuat berbagai kerenah, rasa-rasanya amat payah untuk memulihkan demokrasi sebenarnya.

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Setiausaha DUN yang telah digantung oleh Speaker DUN membuatkan keadaan bertambah rumit.

Ini semua bertujuan untuk BN yang menubuhkan Kerajaan rampas mandat rakyat dapat berkuasa dengan egonya. Oleh itu untuk memudahkan BN menguasai DUN Perak pada Sidang 7 Mei 2009 ini ada beberapa cadangan:

1) Pada malam 6 Mei 2009 semua ADUN BN dan ADUN pengampunya tidur dalam DUN Perak di kerusi sebelah Kerajaan dengan Zamrey tidur di kerusi MB dan Timbalan Speaker tidur di kerusi Speaker! Yang baiknya supaya tidak sedarkan diri sampai waktu DUN dibuka hendaklah mereka memakan pil tidur dengan tempuh masa tertentu! Dinasihatkan jangan berlebihan nanti mati dah kena Pilihanraya Kecil pula - akan membazirkan duit rakyat!

2) Semua rumah ADUN Pakatan Rakyat dikepong oleh anggota polis dengan menasihatkan ADUN-ADUN tersebut jangan keluar kerana keselamatan diri dimana kekacauan akan berlaku!

3) Adakan sekatan jalanraya sejarak serantai satu di setiap jalan dari rumah setiap ADUN Pakatan Rakyat tersebut hingga ke pintu masuk bangunan DUN Perak. Ini boleh melambatkan kedatangan ADUN Pakatan rakyat. Pemeriksaaan mestilah sehingga ke peringkat kereta mereka pakai minyak pelincir apa - buatan dalam negeri atau luar negeri - berapa harga - tunjuk resit - banyakkan soalan yang membazirkan waktu!

4) Pihak Urus Setia Dewan cuba hantar wakil dobi untuk mengambil jubah Speaker dengan tujuan untuk dibasuh kononnya telah kena debu sewaktu bersidang di bawah 'pokok demokrasi' dulu. Serahkan jubah itu pada Timbalan Speaker! Tulis pada jubah itu 'origanal'.

5) Pihak tertentu cuba pujuk kalau-kalau Mat Rempit sanggup memancitkan tayar kereta ADUN Pakatan rakyat.

6) Pasukan yang berlagak anti malaria sila membuat semburan gas yang bila dihidu boleh melenakan para ADUN Pakatan rakyat. Kerja ini kena dilakukan sebelum subuh! Ertinya ADUN Pakatan Rakyat terus tertidur di rumah. Kerja ini boleh juga menggunakan Yunit Udara Polis.

7) BN tabur duit banyak-banyak di jalanraya agar rakyat Perak memenuhi jalanraya mengutip duit tersebut dan jalan jadi sesak. ADUN Pakatan Rakyat tersekat perjalanan! ADUN Bn angkut dengan Yunit Udara Polis.

8) Pindahkan Sidang DUN ke satu tempat rahsia seperti Kampung Siong, hulu Tasik Banding, Grik. Hanya ADUN Bn saja yang tahu - tulis pada pintu masuk DUN Perak: 'Sidang DUN dibatalkan kerana semua ADUN sakit perut setelah dijamu Tosey dan Tea Tarik Zamreyyy Pulau Pangkor!'

9) Padamkan semua lampu DUN Perak agar semua ADUN tak nampak kerusi mereka dan berebut-rebut mencari kerusi mereka termasuk Zamrey - Nizar dan Speaker .... Siapkan ambulan dan sediakan katil-katil untuk VIP di Hospital Ipoh.

10) Pihak tertentu urus setia dewan yang kena gantung dicadangkan mengsyaratkan setiap ADUN Perak memakai topeng Altantuyya untuk masuk ke dalam Dewan agar semuanya serupa dan tidak tahu siapa yang hendak diundi serta tidak berlaku kekecuhan!

11) Pagi-pagi lagi sebelum DUN bersidang, SPRM buat tangkapan untuk siasatan terhadap semua ADUN Pakatan rakyat kononnya ada aduan mengatakan semua ADUN Pakatan Rakyat menyelewengkan kuasa dan kedudukan dimana mengeluarkan 'kentut senyap' semasa Sidang DUN yang dulu-dulu! Bila Sidang sudah tamat dan ADUN Bn sudah dapat kuasa haramnya, barulah dilepaskan mereka dengan SPRM mengeluarkan kenyataan antaranya: " ... kami ikut arahan saja .... cari makan ...."

Tengahari itu bolehlah Rtm siarkan kenyataan dari Najib Rosmah yang disediakan oleh belacinya antara lain: " .... Perak benar-benar sudah demo kasi - Inilah satu lagi kejayaan slogan One Malaysia yang saya bawa kepada rakyat!"

SELADANG: Menunggu di Kg. Pulau Tujuh sebelahan Kg Siong di Tasik Banding.