Wednesday, June 23, 2010

KEMEROSOTAN KEDUDUKAN TUNAI KEWANGAN FELDA MENDADAK DALAM MASA 5 TAHUN AMAT MERAGUKAN ! - Peneroka Ditipu Atau Dikelirukan?

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion pada tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.

Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.

Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:

1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,

2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,

3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan

4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.

MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?

1) Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?

2) Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka berkenaan ?

3) Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantatioin ?

4) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa felda telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga sebenar rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI Development Sdn. Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum Park KLCC ? Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?

5) Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?

6) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran rm 220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?

7) Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 5o tingkat itu yang mencecah rm 662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?

TUNTUTAN

Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5 tahun di bawah pengendalian Datuk Sri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka. Logiknya beberapa tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.

Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.

SELADANG: Rela berkurban untuk kepentingan peneroka felda.

Tuesday, June 15, 2010

CETUSAN RAKYAT DUN LANCHANG MEMBIMBANGKAN UMNO DAN AGENNYA DALAM PR.

PROGRAM penerangan yang dinamakan Cetusan Rakyat Dun Lanchang anjuran Penyelaras PKR Dun Lanchang bukan saja membimbangkan Umno/Bn malahan ada beberapa orang yang mendabik dada selama ini sebagai pejuang rakyat dalam parti Pakatan Rakyat mulai gusar dan menunjukkan rasa tak senang hati dan mula menimbulkan beberapa masalah.

Mereka ini bolehlah dianggap sebagai agen Umno/Bn yang dilihat ada persamaan idea yang dilemparkan oleh pemimpin Umno tempatan dengan apa yang mereka lemparkan kepada tenaga penggiat Cetusan Rakyat Dun Lanchang ini.

Baru 2 program penerangan diadakan berturut minggu iaitu di Kampung Bongsu dan di Kampung Teris, Umno dan agennya mulai resah. Dikhabarkan beberapa perjumpaan di luar pengetahuan Penyelaras telah diadakan oleh mereka untuk menyekat program penerangan anjuran PKR itu.

Namun begitu pihak Penyelaras tetap terus melaksanakan program sehingga mendapat arahan terbaru dari peringkat atasan walaupun agen-agen Umno yang berada dalam PKR berusaha menyekatnya dengan berbagai helah.

Slogan Penyelaras PKR Dun Lanchang ialah: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja dah tentu tak menang - yang tak buat kerja duduk diam-diam!

SELADANG: Membujur lalu melintang patah.

Tuesday, June 8, 2010

Puisi: SEBENARNYA .....

BIARKAN mereka bertempiaran dibom,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan mereka terkulai ditembusi peluru,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan mereka tersungkur,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan mayat mereka reput di jalanan,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan perempuan mereka diperkosa,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan lelaki mereka dipenjara,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan anak mereka meraong,
kerana mereka bukan bangsa kita.
Biarkan bayi mereka menangis,
kerana mereka bukan bangsa kita.

Salah!!!!!
Tak Betul !!!!

Sebenarnya .....

Raongan dan tangisan
manusia dizalimi, ditindas, diabaikan
adalah raongan dan tangisan kita
kerana itu KEADILANnya kita !!!!

L. Mankadir Shamsi,
Lanchang, Pahang.
9 Jun 2010. (Rabu)

SELADANG: Sebenarnya judi itu haram !!!

Monday, June 7, 2010

KOMPENAN BN HANCUR - Ada komplot Gayang Dalam Umno ?

SETELAH berjaya menyingkirkan Abdullah Badawi dari kerusi Presiden dan Perdana Menteri, adakah satu puak dalam Umno telah berjaya memporak perandakan PPP sehingga parti itu sudah tidak disenaraikan lagi oleh rakyat sebagai sebuah parti yang mempunyai masa depan yang cerah. Pertelagahan pimpinannya membawa kepada akar umbi.

Kemudian diikuti pula dengan MCA dimana kecelaruan pimpinan yang terpaksa membawa parti itu mengadakan EGM dan Presidennya akur kalah dengan muka lama satu masa dulu menghadapi pemasalahan pribadi. Adakah ini juga dimainkan oleh golongan 'gayang' dari Umno?

Dalam masa MCA antara reda dengan tidak berdepan dengan krisis kepimpinan, MIC pula dilanda keributan dan tuduh menuduh yang akhirnya Umno dilibatkan sebagai pengharu biru kepimpinan MIC.

Jikalah benar ada satu komplok dalam Umno yang bersikap 'menggayang' kepimpinan parti-parti kompenan Bn, apakah tujuan mereka?

Adakah kerana pimpinan PPP, MCA dan MIC disamping kumpulan Pak Lah dulu tidak mahu mengikut telunjuk mereka ?

Siapakah mereka yang menjadi 'kepala alam' dengan kerja-kerja yang dianggap oleh setengah pihak sebagai merugikan Bn ? Adakah mereka mahu Umno untung sementara Bn rugi ?

Untung dari segi apa ? Politik ? Kerahsiaan ? Atau komplot ini memang ditugaskan mengacah untuk memulihkan semula imej seseorang yang pernah berkuasa dan menunggu untuk kembali berkuasa atau keturunannya mendapat tempat ke arah berkuasa ?

Adakah Najib juga akan menerima padah seperti yang diterima oleh Pak Lah? Kerana dari segi bertindak politiknya Mahyuddin Yassin lebih berani dari Najib.

SELADANG: Tidak menunggu kayu rebah!