Saturday, January 15, 2011

Subsidi kelentong rakyat: ANAK AYAM & BENIH NANGKA MADU

HAMPIR menjelang Pilihanraya Umum maka Kerajaan Barisan Nasional melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang rapat dengan rakyat luar bandar mulalah menabur subsidi sebagai tanda ingatan dan buah tangan (jangan sebut rasuah) menandakan prihatinnya Umno/Bn terhadap rakyat terutamanya mereka yang miskin tegar!

Tahun demi tahun pemimpin Bn terutamanya pemimpin Umno memberikan ucapan untuk menghapuskan kemiskinan tegar tetapi kemiskinan itu terus cambah subur. Apakah kemiskinan adalah keutamaan Kerajaan Bn mengikat rakyat untuk terus mendapat sokongan ?

Subsidi yang dihulurkan sememangnya tidak boleh mengeluarkan rakyat yang miskin terutamanya miskin tegar dari kepompong kemiskinan. Malahan kini rakyat bertambah sudah untuk menuju kemiskinan.

Bayangkanlah bagaimana rakyat yang miskin berjaya keluar dari kemiskinan. 25 ekor anak ayam (samada benih baik atau tidak) disubsidikan kepada rakyat dalam masa hampir menjelang PRU.

Bagi rakyat miskin dan luarbandar yang mahu bertani pula, kerajaan mengsubsidikan sebatang anak nangka madu pada setiap keluarga.

Namun di dalam media pencacai Bn akan diumumkan 100 ribu anak ayam diberikan percuma kepada rakyat luarbandar dan 10 ribu batang benih nangka madu diberikan percuma kepada rakyat miskin luarbandar.

Tidak disebut berapa orang yang menerima jumlah tersebut. Jelasnya setiap orang mendapat 25 ekor anak ayam dan sebatang benih nangka madu.

Maka propaganda demikian melalui akhbar pencacai kerajaan Bn akan mempengaruhi rakyat yang kaki anggok dengan pemimpin Bn.

Hakikatnya propaganda begini tidak dapat mempengaruhi generasi muda negara terutamanya mereka yang mengundi di saluran 2 dan 3. Subsidi yang mengelirukan rakyat ini tidak akan dapat menjamin kemenangan Bn di PRU ke 13 nanti.


SELADANG: Menyedarkan rakyat tentang kelentong Kerajaan Bn di luar bandar.


Wednesday, January 12, 2011

Isu Debat Anwar Najib: PENCACAI MELALAK MEMAGAR NAJIB ...

BILA Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Keadilan, juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat membuka mulut mempelawa Na jib Razak selaku Perdana Menteri bdan juga Presiden Umno dan Barisan Nasional untuk berdebat mengenai isi kandungan Buku Jingga yangmenjamin kesejahteraan rakyat masa depan bermula dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, maka bersahutan kini pencacai-pencacai Najib mempelawa Anwar untuk berdebat dengan mereka.

Siapa mereka ? Mereka adalah penganggok dalam Umno dan Kerajaan Bn, tidak lebih dari itu. Bukan manusia yang boleh memainkan peranan penting untuk hala tuju dasar negara. Mereka bukan manusia yang mempunyai idea untuk membangunkan rakyat dan menjadi negara stabil.

Mereka lebih layak dipanggil "pencacai" kalau pun tidak "barua" kepada Najib yang hanya cuba mengalih tumpuan rakyat terhadap ketidak mampuan Najib untuk bersemuka di dalam debat dengan Anwar.

Apakala Anwar membuka mulut menawarkan debat dengan Najib yang banyak mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat - rakyat terutamanya ahli-ahli Umno dan Bn tertunggu-tunggu langkah Najib menaiki pentas debat tersebut.

Namun semuanya hampa kerana Najib lebih suka bercakap seorang diri di hadapan para wartawan media pencacainya juga. Najib lebih suka bercakap kepada mereka yang 'pekak' dan 'bisu' dengan soal permasalahan semasa rakyat dan negara.

Untuk banjiran persoalan yang akan didatangkan oleh rakyat atas ketakutan Najib berdebat dengan Anwar itu, maka aliran persoalan itu dipecahkan ailrannya ke arah lain. Jika diempang, empangan kepalsuan Najib memberikan hujjah ke atas isi kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat, rakyat akan sedar betapa kritikan Najib adalah kritikan yang sengaja direka-reka bagi mempengaruhi rakyat yang mulai sedar menyokong Pakatan Rakyat.

Najib sudah tersasul mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat. Najib dalam ketakutan rasa tidak wibawanya Kerajaan Bn dibawah pimpinannya untuk terus mentadbir negara ini. Kemampuan dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui petunjuk Buku Jingga tersebut benar-benar menggoncang ulu hati kecil Najib walaupun bibirnya merekah merah memberikan sedikit senyuman pada penyokong setia tegarnya.

Asakan rakyat mahu melihat Anwar dan Najib berada di atas pentas debat terganggu oleh lalakan pencacainya yang membalas mengajak Anwar berdebat dengan mereka.

Inilah peranan besar pencacai Najib. Untuk menyelamatkan Najib dari asakan rakyat, maka tampillah manusia bernama Nazri Aziz mempelawa Anwar berdebat soal Apco yang dikaitkan dengan Umno/Bn. Maka tampillah Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno yang tak laku dalam Kerajaan Bn pimpinan Najib mencabar Anwar.

Adakah jawatan mereka setaraf dengan jawatan Anwar ? Adakah kerja debat ini kerja main-main seperti permainan 'Adang-Adang' antara regu Puteri Umno dengan Pemuda Umno ?

Atau adakah hujjah dalam debat itu hanya sebagai hujjah si tukang dalang wayang kulit yang selesai persembahan akan tinggal pada tok dalang saja, penonton pulang dengan tidak ada apa-apa ?

Atau adakah Nazri dengan Khairy mahu menggunakan pelawaan debat kepada Anwar menunjukkan mereka jantan politik dan akan mendapat tempat di hati Najib Rosmah dalam percaturan PRU 13 dan perlantikan kabinet nanti jika Bn menang.

Rakyat berpengalaman debat Anwar dengan Sebbrey Chik satu tika dulu - tidak ada apa-apa yang mampu ditonjolkan oleh Sebbrey Chik serlain dari mengulangi dakyah pribadi terhadap Anwar. Sementara hujjah Anwar yang bernas tidak terjawab ...

Oleh itu jika ada lagi manusia selain Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin mungkin selepas ini boleh jadi Rosmah Mansor mencabar Anwar berdebat tentang fesyen pakaian Islam, lupakanlah saja! Kerana Rakyat hanya sedang menunggu Najib Razak naik ke pentas debat bersama Anwar Ibrahim.

Jangan jadikan cabaran-cabaran debat oleh pencacai-pencacai Najib sebagai pagar untuk melindungi Najib yang dalam ketakutan dan gelisah menghadapi kekuatan dan kemantapan isi kandung Buku Jingga Pakatan Rakyat yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat dengan penuh yakin!


SELADANG: Mempelawa Najib berdebat atas isu Biaknya Rasuah Di Malaysia Kerana Pemimpin Umno/Bn !

Tuesday, January 11, 2011

JANGAN HALANG PERJALANAN INI

Jangan halang perjalanan ini
kerana aku melangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
nadinya rakyat
darahnya rakyat
uratnya rakyat
jiwanya rakyat
tubuh badannya rakyat
semuanya bergerak
itulah rakyat
untuk rakyat!

Jangan halang perjalanan ini
kerana langkahku
tidak pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
tangkalnya
suara rakyat suara keramat!

Perjalanan ini perjuangan keadilan
Ketuanan Rakyat diperdaulatkan
dengan laongan tiada henti-henti
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

L. Mankadir Shamsi
Lanchang, Pahang.


SELADANG: Membujur lalu melintang patah!

PENEROKA FELDA - Bagaimana ditindas ?

MARI kita memperkatakan sedikit tentang nasib yang menimpa peneroka felda - mungkin tidak semuanya tetapi sebahagian besarnya menerima penindasan yang tidak sepatutnya dilakukan kepada mereka yang menitik peluh untuk membangunkan kehidupan ... Antara penindasan itu ialah:

1) Felda enggan serah Wang Tanam Semula kepada peneroka yang urus kebun mereka secara bersendirian sedangkan setiap peneroka telah mencarum dalam Tabung Tanam Semula,

2) Felda sewenangnya memotong separuh Wang Tanam Semula (Rm 17,000.00) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian,

3) Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui,

4) Felda sewenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua,

5) Felda sembunyi maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),

6) Felda tidak salurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka yang diperuntukan oleh Risda,

7) Felda tidak sediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah,

8) Hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati,

9) Kos tanam semula dengan Felda jauh lebih mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya,

10) Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh, ia juga tidak disertakan penyata lengkap.

Senarai di atas adalah penindasan besar yang dibebankan pada peneroka felda sementara amat banyak perkara kecil lagi yang belum didedahkan ...


SELADANG: Dapat tahu gaji dan alaun Pengerusi Felda sejumlah hampir 2 juta setahun.

Monday, January 10, 2011

RAKYAT PAHANG SEDAR KE TAK SEDAR ?

KINI sudah banyak bumi Pahang ini yang tergadai kepada taukeh-taukeh besar - antaranya kawasan Bukit Tinggi, Bentong beribu ekar telah diluluskan kepada seorang taukeh besar dengan kelulusan hanya memakan masa 3 bulan sahaja. Begitu juga kawasan di Janda Baik, Bentong juga telah berada pada seorang taukeh.

Terbaru pulak ialah kawasan Ladang Pine di Batu 5 Mentakab (Hutan Kemashul) yang dulunya diuruskan oleh Jabatan Hutan Pahang kini kabarnya telah diagih pajak kepada 7 orang taukeh yang akan meenggantikan ladang tersebut dengan tanaman getah.

Sementara itu beberapa ladang dulunya dibangunkan oleh Lembaga Pertanian Negeri Pahang kini juga sudah bertukar tangan.

Ladang Pertanian Moden yang terletak di Jergoh, Teris Lanchang juga menjadi tanda tanya. Berapa peratuskah rakyat Pahang sendiri dapat mengusahakan tapak tanah ladang tersebut yang diagihkan untuk satu permohonan sejumlah 100 ekar ?

Kebanyakan yang mengusahakannya dimiliki oleh syarikat dari luar Pahang. Jika ada pun yang diperolehi rakyat Pahang cumalah nama saya. Sementara ada juga peruntukan 20 ekar dibuka sekarang ini dimana ianya juga dialibabakan kepada taukeh dari luar Pahang.

Kawasan tersebut yang antaranya bekas tapak perkampungan asal penduduk Lanchang kini seluas hampir 3,000 ekar telah diusahakan oleh taukeh besar sementara rakyat Pahang terutamanya golongan muda masih tidak mempunyai tanah hak milik sendiri.

Apakah Kerajaan Pahang menutup sebelah mata melihat permasalahan generasi muda rakyat Pahang yang dahaga tanah ? Atau rakyat generasi kedua rakyat Pahang tidak sedar bahawa bumi mereka sekarang ini sudah diagihkan kepada orang luar ?


SELADANG: Ada masa terfikir nak buka tanah haram.