Friday, February 27, 2009

AWAS MP PAKATAN RAKYAT !!

DENGAN berlakunya peristiwa 'Kepungan & Serbuan Biadap' yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin dan ahli pemuda Umno di Bangunan Parlimen, maka dilihat kebebasan ahli parlimen Pakatan Rakyat mula terancam!

Apa tindakan pihak polis kepada mereka yang mencabar keunggulan Parlimen ? Setakat ini tidak menampakkan satu kesan yang boleh menakut dan memberi pengajaran kepada niat-niat jahat akan datang untuk berulang lagi.

Oleh itu apakah bentuk yang harus difikirkan untuk keselamatan MP Pakatan Rakyat datang dan pulang serta bersuara di Parlimen Malaysia ini?

InsyaAllah ikuti tulisan akan datang selepas ini.

SELADANG: Dari Bukit Gantang ke Bukit Selambau untuk cari strategi keselamatan.

Thursday, February 26, 2009

MELAYU UMNO MULA MENGAJAR BIADAP

NASIB apalah kepada sebuah negara yang memperaga dasar demokrasi bila mana hampirnya peralihan kepimpinan parti tunggak pemerintah tiba-tiba petaka yang tidak pernah berlaku telah pun berlaku di bangunan Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen telah diserbu dan dihalang oleh sekumpulan permuda dari Umno dengan mendabik dada sebagai Melayu. Bagaimanapun kebiadapan mereka itu bukanlah adap sofan Melayu! Ia adalah peradapan samseng!

Mendabik dan menepok dada sebagai Melayu tetapi hati dan jiwa serta perangai tidak seperti Melayu. Apakah mahu mengajar orang supaya beradap seperti adap Melayu tetapi berperangai tidak Melayu perlu menjadi ikutan dan sanjungan oleh rakyat negara ini?

Budaya samseng sesetengah pemimpin Umno dan ahlinya di beberapa peringkat amat jelas di masa Pilihanraya Umum atau Kecil. Dengan barisan Pemuda Gempurnya seolah-olah Malaysia ini berada di tangan kotak-katik mereka.

Mengapa Pemuda Umno berani buat begitu?

Pertama: Adakah mereka memikirkan kerana pemimpin mereka memerintah negara ini?

Kedua: Adakah mereka begitu yakin pihak berkuasa keselamatan (Polis) adalah agensi kerajaan yang lumrahnya mengikut telunjuk pemimpin mereka untuk melindungi keporakperandaan keselamatan yang dilakukan oleh mereka?

Ketiga: Adakah mereka juga berfikiran jika ditahan pun hanya sekadar untuk ambil keterangan yang bersifat sembang-sembang sambil minum teh dan kemudian dilepaskan begitu saja dengan alasan tidak cukup bukti dan percanggahan kenyataan. Ini semua mengkaburkan mata rakyat dengan undang-undang pilih bulu!

Sikap tersebut inilah yang membuatkan sesetengah pemuda Umno bersedia menyerbu ahli Parlimen dan jelas bila Pengawal Keselamatan Parlimen tidak melakukan kawalan yang baik jauh sekali rapi terhadap ahli-ahli Parlimen.

Apakah kebiadapan itu boleh diikuti oleh penyokong pembangkang? Jawapannya tidak! Pihak pembangkang tidak akan dapat dan berkeinginan berbuat begitu.

Pertama: Pihak pimpinan Pembangkang lebih berhemah menghadapi isu serta kritikan.

Kedua: Pihak Polis lebih dulu lagi menghidu apa yang akan berlaku.

Ketiga: Tidak mahu menjadikan kebebasan hak ahli Parlimen tercemar.

Keempat: Tidak mahu menjadikan tempur yang akan merugikan rakyat dan mengkucar-kacirkan negara.

Oleh itu dalam keadaan Kerajaan BN teraju Umno ini kehilanagan arah terutamanya menjelang pimpinan Najib Razak, maka dijangka satu usaha untuk menghalang sidang Parlimen berlaku sedang diusahakan. Apakah negara ini akan kembali seperti pimpian Tun Razak Hussin (ayah Najib) dengan MAGERAN.

Kerajaan dan pemimpin Umno sibuk menyusun program untuk menyatu padukan rakyat dengan tidak membangkitkan perasaan perkauman, tetapi ada sesetengah pemuda Umno dan Pemimpin Umno lantang menyergah dan menepok dada dengan semangat perkauman.

Jika Parlimen sudah dicemari oleh kepungan, serbuan kepada ahli-ahli Parlimen oleh Pemuda Umno - dikhuatir zaman pentadbiran Najib nanti Demokrasi Melaysia mati! Wujudlah pimpinan diktator yang bertopengkan MAGERAN sebagai melindungi anika karenah yang boleh dikatakan keruh tidak akan jernih selagi Umno/Bn memerintah negara ini.

SELADANG: Tersenyum dapat tahu ahli Parlimen Melayu hempas songkok semasa perbahasan!

Friday, February 20, 2009

SIAPA DALANG MEMBENCI RAJA ?

Rata-rata rakyat Malaysia tidak akan lupa dua peristiwa besar yang melibatkan Raja Melayu di Malaysia ini. Pertama kes Pindaan Perlembagaan Malaysia oleh Kerajaan Umno/Bn pimpinan Dr. Mahathir Mohammad. Kedua kes penubuhan 'kerajaan haram Umno/Bn' di Perak oleh Najib Razak.

Disamping itu kes Perlantikan 'Raja Baru' di Kelantan satu masa dulu oleh kumpulan Anwar Musa. Kes Razali Jawi di Perak, Kes Rahim Bakar di Pahang. Kes Idris Jusuh di Terengganu. Kes Shahidan Kassim di Perlis.

Semua kes-kes ini seolah-olah mahu membawa rakyat membencii Raja yang wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Berbagai usaha kelihatan dilahirkan. Samada secara langsung dan tidak langsung oleh pihak-pihak tertentu. Yang jelasnya oleh pemimpin Umno. Semua kes ini membabitkan pemimpin Umno.

Pindaan Perlembagaan mengikis kuasa Raja Melayu diterajui oleh Dr. Mahathir. Penubuhan 'Kerajaan Haram Umno/Bn Perak' diterajui oleh Najib. Raja Baru di Kelantan diterajui oleh Anwar Musa. Kes Razali Jawi dengan Rahim Bakar juga melibatkan kehandalan pemimpin Umno/Bn. Begitu juga kes Idris Jusuh dan Shahidan Kassim memperlihatkan kekuasaan Umno yang semakin rakus!

Apakah Dr. Mahathir bagaikan tidak puashati dengan pindaan perlembagaan yang mengikis kuasa Raja-Raja Melayu yang dilakukan semasa pemerintahannya? Apakah peristiwa di Perak, Terengganu, Perlis merupakan kesinambungan agenda Pindaan Perlembagaan ?

Ketika krisis Pindaaan Perlembagaan berlaku antara pihak istana dengan Umno/Bn, rata-rata rakyat yang bernaung di bawah Umno sama ada pemimpin di semua peringkat dan ahli-ahli yang buta tuli menampakkan sokongan kepada Dr. Mahathir ketika itu, ianya sacara langsung mencambahkan benih kebencian kepada Raja oleh ahli-ahli Umno.

Dr. Mahathir bersara tetapi egenda membencii Raja bagaikan ada kesinambungannya. Sedikit demi sedikit baki rakyat Umno/Bn yang masih menyayangi dan mentaati Raja diasak dengan peristiwa Idris Jusuh di Terengganu, Shahidan Kassim di Perlis.

Maka rakyat semakin bertambah membenci Raja kalau tidak dizahir pun tetapi dalam hati.

Lantas itu dalam Kongres yang baru berlalu Parti Keadilan Rakyat, Presidennya Dato Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya menyatakan bahawa PKR akan berusaha untuk memulihkan dan memperkukuhkan kekuasaan Raja-Raja Melayu yang kuasanya pernah dikikis oleh pemimpin Umno satu masa dulu.

Ucapan beliau itu mendapat sambutan dari rakyat. Rakyat memberikan reaksi yang baik dengan ucapan itu. Rakyat dari semua bangsa di Malaysia ini. Sivarasa selaku Naib Presiden PKR dalam ucapannya pada malam itu telah membentangkan dasar Perlembagaan PKR yang memperjuangkan dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuklah mempertahankan kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Rakyat yang menyokong PKR dan Pakatan Rakyat rata-rata memberikan sokongan kepada pemulihan kekuasaan Raja-Raja Melayu sebagai tunggak negara. Ini mempengaruhi juga berapa banyak orang-orang Umno terutamanya di kampung-kampung yang masih mentaati Raja dari bibir hingga ke hati perut.

Apakah bimbang dengan sokongan tersebut akan menghapuskan kesinambungan agenda membenci Raja itu, maka Najib yang menjadi pemimpin Umno dan negara didikan Dr. Mahathir cuba memecahkannya dengan ikut pintu belakasng.

Kalau Dr. Mahathir membawa Umno secara berdepan dalam krisis dengan Raja, kini Najib pula menyambungnya untuk membawa rakyat yang menyopkong Pakatan Rakyat membenci Raja secara ikut belakang.

Dengan merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempergunakan Raja, maka usaha Najib untuk meneruskan agenda membenci Raja yang dimulakan oleh Umno dulu, mengharapkan agar ianya menular kepada rakyat yang berada dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pimpinan Pakatan Rakyat cekap membaca usaha jahat pemimpin Umno/Bn ini. Kerana itu rakyat disarankan supaya memahami sebenarnya keadaan yang berlaku di Perak. Kerana itu PR meminta supaya DUN Perak dibubarkan oleh Baginda Sultan dan kembalikan semula mandat itu kepada rakyat.

Najib dan pemimpinUmno yang lain mahu terus bertahan dengan 'Kerajaan Haram' nya itu agar rakyat terus membenci Baginda Sultan dan seterusnya Raja-Raja Melayu yang lain.

Selain dari canaian politik yanmg rakus untuk merampas beberapa negeri dari Pakatan Rakyat, Umno juga dirasakan mempunyai satu niat yang tersembunyi terhadap kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu rakyat jangan terperangkap dengan kerja jahat pemimpin Umno ini. Rakyat harus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang hari semakin hari diterima untuk mentadbiri secara bersih, telus negara ini walaupun diwujudkan beberapa peristiwa buruk oleh pemimpin Umno/Bn untuk memburukkkan Pakatan Rakyat.

Melahirkan beberapa peristwa buruk terhadap Pakatan Rakyat semata-mata bertujuan untuk para pemimpin Umno/Bn menutup lubang-lubang buruk laku penglibatan mereka seperti antara yang besar ialah rasuah, penyelewengan kuasa dengan mengarahkan kepala-kepala agensi kerajaan terutamnanya SPRM, Polis, Pejabat Peguam Negara, Mahkamah, SPR dan beberapa lagi mengikut arah telunjuk mereka.

Rakyat harus bertanya; Siapakah si dalang itu? Sampai bilakah usaha si dalang itu berhenti dari meneruskan agenda menghapuskan ketaatan rakyat kepada Raja? Jawapannya ialah dengan menenggelamkan bahtera 'buruk' Umno/Bn melalui Pakatan Rakyat barulah pertelagahan antara rakyat dengan Raja tidak berlaku!

SELADANG: Gajah pun dah tak tahan nak jadi Raja Hutan kerana takut dihempap balak haram!

Thursday, February 19, 2009

BADOT TG NIK AZIZ ?

BILA mengkuti Lapuran Parlimen yang bersidang, terasa ada sesuatu yang tertanya-tanya dalam hati aku tentang kemunculan selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu Wakil Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS kemudian masuk Dewan Rakyat mengistiharkan dirinya Bebas.

Dia bebas berkata-kata apa saja untuk menghentam hujah-hujah wakil Pakatan Rakyat dengan mulut baculnya itu dan terampu-ampu pula menyokong hujah wakil BN.

Dia ada masa dilihat bagaikan Badot Parlimen yang diletakkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas calon PAS kemudian melompat ke Bebas. Ada masa hujahnya mengena dirinya sendiri.

Kita masih tertanya-tanya setakat ini tujuan sebenar Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan peluang kepada manusia celupar mulut ini bertanding di Pasir Mas. Walaupun pada 2004 dia bertanding atas tiket Bebas dan kalah teruk namun 2008 pastilah atas sokongan padu ahli-ahli Pakatan Rakyat terutamanya PAS di kawasan tersebut memenangkan manusia yang anih seorang ini.

Kita yakin sikap dan niat baik Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi peluang kepada manusia musuh tradisi PAS ini bertanding atas tiket PAS tetapi ketika berhujah di Dewan Rakyat ianya menampakkan seperti manusia tidak mengenang budi!

Adakah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sengaja meletakkan manusia yang boleh dikatakan berhujah dua alam ini untuk menjadi badot di Dewan Rakyat sebagai penyeri senyum tawa ketika para wakil yang lain dalam keadaan tegang membahaskan sesuatu isu?

Jika itu yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz hajatkan, maka tidak rugilah orang-orang PAS dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan undinya di PRU 12 dulu. Tapi apakah di PRU 13 nanti, badot Parlimen ini akan dapat tempat lagi?

SELADANG: Suka tonton gelagat badot sarkis - hidung dan bibirnya di cat merah! Bandannya kurus kering - tapi badot anih ni badannya gemok!

Tuesday, February 17, 2009

POLITIK LUBANG KENCING

Untuk pemimpin Umno/Bn hendak membendung kebangkitan rakyat menumbangkan kekuasaannya sudah tidak ada daya upaya lagi melalui cabang-cabang politik yang diamalkan oleh sesebuah negara berdasar demokrasi.

Bermula dari kerakusan Dr. Mahathir Muhammad meruntuhkan kekuasaan Raja- Raja Melayu dengan pindaaan perlembagaan setelah berlaku beberapa peristiwa jahat di Lubok Merbau, Memali serta penangkapan Operasi Lalang dan beberapa penangkapan lagi atas nama ISA, rakyat sudah mula membenci pimpinan Umno/Bn.

Untuk membendung kebangkitan rakyat itu dengan cara jahat yang kasar sudah tidak dapat menakut dan memujuk rakyat. Kini pimpinan Umno/Bn mengalih ke cara lain.

Mereka mula menggunakan taktik lebih jahat dan tidak bermaruah sebagai ahli politik yang kononnya mewakili parti politik besar di Malaysia dan di dunia (?).

Mereka mencipta dan membesarkan ke gelanggang politik isu berkaitan dengan seksual.

Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah laku sek. Namun terbukti ianya satu fitnah yang dihidupkan oleh pimpinan Umno/Bn. Ahli Umno yang kolot dan pencacai yang hanya tahu membodek terus mengiyakannya. Namun mahkamah telah membebaskan Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir Mohammad kecewa amat sangat dan rakyat telah tahu temberang kejahatan pimpinan Umno yang mampu bertahan dengan mengadakan fitnah!

Kebangkitan rakyat jelas ketara lagi bila PRU 12 rakyat seMakin tawar hati menyokong Umno/Bn. Lalu dicuba hidupkan kembali tuduhan liwat terhadap orang yang sama tetapi pelakon upahannya orang lain dan pengarahnya pun orang lain tetapi anak didik pengarah no1.

Rakyat tidak yakin dengan apa yang berlaku! Ianya ditunjukkan dengan kecundangnya Umno/Bn di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semasa itu juga dihidupkan sedikit kes habuan sek oleh beberapa kerat yang terlibat dengan Pakatan Rakyat di Perak dan bersama Rasuah oleh 2 ahli Exco.

Nampaknya rasuah mengatasi usaha fitnah sex. Perak dirampas dari PR cara haram setelah mereka yang hendak dihadapkan ke mahkamah memberikan sokongan di dalam istana kepada Bn. Mengapa mereka tidak berpidato berdepan rakyat menyatakan sokongan pada Bn? Tentu mereka malu dan Bn pun tak mahu nanti orang anggap perasuah menyokongnya.

Menjagkau pula ke Kedah, dihidupkan juga dengan isu sex kononnya seorang ahli Exco bukan Islasm menyimpan perempuan simpanan. Kini pilihanraya akan menentukan sokongan rakyat yang jelak dengan cerita politik sex.

Tak habis itu di Selangor dtimbulklan pula cerita tentang gambar separuh bogel seorang ahli Exco PR juga bukan Islam. Polis sedang menyiasat perkara itu!

Apa yang dapat dirumuskan sekarang ini. Pimpinan Umno/Bn dengan mengunakan media arus perdana terutamanya akhbar pro kerajaan dan tv yang memang mempropagandakan agenda kerajaan, kini lebih berminat membuka isu sex dengan pendedahan melampau dimana hak pribadi dalam bilik rumah pun disiarkan dan dijadikan bahan politik.

Habis semua lubang sekarang ini dikorek oleh Pimpinan Umno/Bn dalam waktu Najib hampir-hampir menjadi Perdana Menteri. Lubang kencing suda menjadi satu bahan politik yang diharapkan oleh pimpinan Umno/Bn dapat mengekalkan kekuasaan mereka kalau tak dapat lama pun cukup sementara waktu dengan tidak mengira hak maruah premis seseorang itu.

Pihak polis dalam kes terbaru ini tidak boleh berdiam diri dengan mengatakan akan siasat dan akhirnya penyiasatan tidak lengkap dan kes tersebut tertangguh dan didiamkan saja! Kita harus memberi sedikit keyakinan kepada pihak polis dalam usaha membasmi gejala menceroboh ke ruang pribadi rakyat negara ini.


SELADANG: Memekakkan lubang telinga dengan fitnah yang kerap diada-adakan oleh Umno/Bn.

Sunday, February 15, 2009

ISU KUASA RAJA - Umno bohongi rakyat!

Diumpamakan begini ....

Dilucutkan pakaian seseorang perempuan. Diletakkan ditepi jalan untuk memudahkan ditontoni orang ramai. Kemudian berteriak mengatakan: Perbuatan itu adalah mengukuh dan mempertahankan maruah perempuan tersebut.

Patutkah begitu? Jawapannya Bacullah si lelaki yang berkata begitu?

Realitinya pula ...

Umno kikis kuasa Raja-Raja Melayu sehingga hilang beberapa kuasa meluluskan keputusan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat serta keputusan Exco dan Jemaah Menteri jika setelah diberikan kepada Baginda Raja berkenaaan, maka Baginda tidak perkenan dan tidak menandatanganinya setelah dalam masa tempuh tertentu, akta atau keputusan tersebut lulus boleh dilaksanakan sacara langsung. Berbanding sebelum Pindaan Perlembagaan kuasa Raja-Raja dilakukan.Justify Full
Baginda Raja-Raja Melayu pun sudah disediakan oleh Umno/Bn sebuah Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan Baginda Raja. Ada Raja-Raja yang sudah dibawa kes mereka ke mahkamah tersebut dan ada yang sudah menerima keputusan mahkamah.

Namun tiba-tiba beberapa pemimpin Umno yang dulu kini dan belum tentu lagi, beriya-iya mengeluarkan kenyataan sumbang dengan mengatakan Pindaan Perlembagaan tersebut dilakukan untuk mengukuh dan mempertahankan kuasa Raja-Raja.

Rakyat menilai sendiri pembohongan kenyataan tersebut. Ianya mengelirukan rakyat yang kini semakin meloya dengan kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno berbentuk; Baling batu sembunyi tangan dan tidak mengaku berak di tengah jalan!

Patutkah begitu? Jawapannya Bacullah pemimpin Umno itu!

SELADANG: Pernah pentaskan drama 'Rentak Pahlawan' masa Rahim Bakar MB Pahang.

Saturday, February 14, 2009

BERAK SIAPA TENGAH JALAN ?

Cerita ini cerita datuk aku masa aku kecil-kecil dulu ...

Pagi itu setelah siap sedia dengan pakaian dan tongkat kayu, Si buta yang sudah kenyang makan nasi lemak masakan isterinya bersama sambal tumis petai melangkah turun hendak ke pekan.

Dalam perjalanan menempuh denai hutan yang berbelok-belok, tiba-tiba perut Si buta terasa mengengat! Nak membuanglah tu!

Lalu Si buta menepi denai mencari tempat-tempat yang boleh dia membuang isi perutnya yang semakin menggeladak nak keluar. Dengan rabaan tongkatnya sejenak kemudian dia merasa ada kawasan lapang sedikit.

Apa tah lagi pantaslah Si buta menyingkap kainnya dan terus mencangkong! Keluarlah isi perutnya tanpa payah diteran-teran!

Amboiiii bagaikan langsai hutang emas sebungkal bila isi perutnya yang kian lama mengeladak tadi keluar. Lalu dia pun meraba-raba mencapai daun. Direntapnya sehelai daun dan dipusi pada punggungnya. Cukup! Bersih sudah terasa di hatinya.

Lantas dengan menggunakan tongkat dia mencari semula denai yang dilaluinya menuju ke pekan.

Dalam asyik dia berjalan dengan sedikit terasa ada lekit di punggungnya, tiba-tiba dia terkejut bila punggur jatuh dalam hutan di kawasan denai tersebut.

Ahh! Bersilat sakanlah Si buta itu terkejutkan punggur jatuh!

Setelah reda perasaan terkejutnya lalu dia meneruskan perjalanan.

Aduhhh! Kakinya terasa terpijak benda lembik. Segera dibaunya! Aaaaa tahi!!!! Dia pun menyumpah seranah pada siapa yang berak di tengah denai jalanan tersebut!!

Tika itu ada beberapa orang muda lalu hendak ke pekan juga. Mereka melihat Si buta begitu marah. Mereka menegur kenapa Si buta marah sangat. Lalu dia menyatakan tentang ada orang berak di tengah denai jalanan mereka.

Mereka pun ikut sama marah sambil meninggalkan tempat itu. Si buta di bantu oleh mereka mencuci tahi yang melekat pada tapak kakinya.

Ketika berjalan beriringan mereka masih terbau tahi yang berbau petai seperti juga yang mereka bau masa bertemu di tempat Si buta memijak tahi tengah denai tadi dan tahi yang melekat pada kaki Si buta. Baunya serupa.

Akhirnya setelah disiasat oleh mereka maka jelaslah bau petai itu datangnya dare punggung si buta! Mereka ketawa berdekah-dekah! Si buta terus menyeranah mengatakan: Si penderhaka berak tengah jalan! Si Penderhaka berak tengah jalan! Berulang-ulanglah hingga ke pekan!

Sementara orang ramai berbisik sesama sendiri kerana dah tahu siapa sebenarnya yang berak tengah denai jalanan itu. Tak lain tak bukan ialah Si buta yang sibuk ke hulu ke hilir pekan dan kampung mengatakan: Si Penderhaka berak tengah jalan!!! ......... Tak henti-henti!


SELADANG: Teringat-ingat peristiwa Si umno dengan istana!

Friday, February 13, 2009

JANGAN BERHARAP SANGAT PADA SPRM

Diingatkan kepada parti-parti politik tanahair selain dari Umno/Bn janganlah berharap sangat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PSRM) untuk menegakkan keadilan di negara ini.

Ianya samada cepat atau lambat, lazimnya SPRM hanya menerima di kaunter sahaja segala aduan yang dibuat. Kalau ada penyiasatan pun adakah hanyalah sekadar jumpa berbual dengan mereka yang disyaki?

Itulah lebihkurang yang dapat dirumuskan setelah kian banyak aduan dibuat oleh pihak parti-parti selain Umno/Bn.

Berbanding dengan lapuran/aduan yang dibuat oleh pemimpin Umno/Bn. Bagaikan kata orang tua-tua; Belum sempat mulut terkatup tindakan dah diambil, pendakwaan dah dibuat oleh SPRM.

Ini semua bertujuan untuk menggambarkan kepada umum bahawa Umno/Bn itu bersih dari rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Jika ada orang Umno yang kena pendakwaan, mereka adalah kambing hitam ataupun memang sudah tidak dikehendaki lagi oleh pemimpin mereka.

Ini semua adakah disebabkan ada jari hantu yang menunjuk arah apa yang perlu dilakukan oleh SPRM?

Hanya ada satu jalan sahaja untuk selesaikan kes penyelewengan, rasuah dan kes-kes yang melibatkan para pemimpin Umno/Bn dapat disegerakan penyiasatan atau dihadap ke mahkamah ialah dengan menolak setiap calon BN dalam Pilihanraya Umum atapun Kecil!

Bila calon-calon Umno/Bn kalah, era Harapan Baru untuk perjuangan rakyat akan tercapai dimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan tugas untuk rakyat menikmati Malaysia yang adil dan berkebajikan untuk semua.

SELADANG: Tak mahu buang masa buat aduan pada badan yang ikut telunjuk pemimpin Umno/Bn.

Thursday, February 12, 2009

MERANGKUM KEKALUTAN DALAM KETAKUTAN

Dari istana ke bukit aman,
Singgah sebentar di mahkamah;
Hidup tak guna dalam ketakutan,
Bertindak kasar mempertahankan rasuah.

Rengkasnya: Setelah Najib berjaya menyusun jari sepuluh memohon rastu Baginda Sultan di istana untuk merampas mandat rakyat dan menubuhkan kerajaan haram Bn di Perak maka kini untuk terus berkuasa atas dasar ketakutan terdedahnya beberapa orang pemimpin tertinggi yang mengamalkan rasuah, pihak Bukit Aman pula telah menyekat pengetahuan rakyat dalam negara yang memperagakan demokrasi (kononnya!).

Berpuluh ribu akhbar Suara Keadilan dan Harakah dirampas kononnya banyak membuat pembohongan. Ertinya para menteri dan polis telah mengambil alih tugas para hakim mahkamah dengan segera menjatuhkan hukum. Seperti juga SPR yang kini melebihi di luar tugasnya dan telah membuat keputusan menolak notis Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengenai perletakkan 3 orang ADUN dulu.

Kekalutan terus menerus bila ada pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa jangan salahkan mahkamah kerana tidak memproses kes berkaitan saman Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terhadap SPR. Kononnya tidak cukup dokumen. Apakah dari segi perundangannya dokumen boleh disusul kemudian.

Bukit Aman juga menyekat ceramah-ceramah untuk raklyat Perak mengetahui keadaan sebenar dari pihak terlibat tetapi Pemimpin Umno/Bn terus menggunakan tv dan akhbar pro kerajaan melakukan berbagai dakyah terhadap musuhnya.

Inilah kejahatan untuk menutup segala rahsia kekalutan yang dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sehingga ahli-ahli parti itu sendiri mulai merasa bosan dengan telatah tidak telus pemimpin mereka.

Semua kekalutan ini dibuat untuk membendung ketakutan para pemimpin Umno/Bn yang kini dalam penujuan dipimpin oleh Najib Razak seorang negarawan yang mencatatkan sejarah merampas mandat dan hak rakyat Perak!

Para pemimpin Umno/Bn sekarang banyak mengambil tugas tertentu para pentadbir agensi kerajaan demi menyelamatkan kuasa mereka dan membodohkan rakyat. Para pentadbir pula menjadi tukang anggok sahaja sekarang ini.

Sejarah yang dicacatkan oleh Najib Razak ini akan terus dikenang dan menjadi nadi juang untuk jenerasi Malaysia yang bertamaddun menumbangkan Umno/Bn dalam jangka terdekat melalui demokrasi yang semakin tersekat!

SELADANG: Melihat rentak dan lenggok para pencacai Umno/Bn yang menadah tangan menunggu habuan!

Wednesday, February 11, 2009

ANTARA DEMOKRASI DENGAN DEMOKASI - Yang Mana Umno/Bn mudah berkuasa?

Tajuk di atas sekali imbas adalah tajuk biasa. Namun jika dihalusi ianya memberikan satu erti besar kepada Umno/Bn dan rakyat. Kesannya juga besar tetapi bagi pemimpin Umno yang kini sudah mula terasa bahawa Umno/Bn itu berada di penghujung hayat, tajuk di atas adalah pilihan atau lebih tepat sebagai talian hayat untuk mereka terus berkuasa.

Secara rengkas demokrasi adalah dasar negara ini dari segi pemilihan pemerintahannya dan juga amalan pemerintah. Ianya adalah pilihan rakyat. Majoriti mengatasi manoriti.

Jika amalan demokrasi itu terus dilaksana dan diamalkan oleh Umno/Bn maka hayat Umno/Bn tidak lama. Banyak hal yang menyebabkan ianya menuju ke kuburan! Antaranya; ketidak adilan kepada rakyat, pemimpin yang rasuah (ada masa disebut komisyen), pelabaan kroni, menyalah gunakan kuasa dengan memperalatkan agensi kerajaan terutamanya polis, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Penerangan, Kemas, Suruhanjaya Pilihanraya termasuk juga badan-badan berkanun seperti Risda, Felcra, Felda, Mara dan sebagainya.

Salah guna ini dilakukan selalu terutamanya semasa Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. Ia dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Malahan untuk mengukuhkan kekuatan parti, yang semakin dijauhi oleh rakyat terutamanya golongan muda, Umno/Bn juga menggunakan beberapa pusat pengajian tinggi.

Perebutan pimpinan dalam Umno/Bn yang hebat mengggunakan wang tidak dianggap rasuah tetapi disebut politik wang kian menular di setiap sanubari ahli-ahli Umno. Sikap pimpinan Umno/Bn yang menerajui kerajaan mengugut secara tidak langsung kepada rakyat dengan menyekat beberapa peruntukan juga adalah antara sebab rakyat jenerasi muda sedar bahawa Umno/Bn tidak mampu membawa dasar demokrasi untuk rakyat.

Jika amalan demokrasi terus diamalkan oleh pemimpin Umno/Bn, mereka sedar bahawa kain sedang dikoyak untuk mengapankan Umno/Bn yang bangga dengan slogan dulu, kini dan selamnya.

Rakyat sudah lama mencari parti alternatif untuk menggantikan Umno/Bn dan kini bermula dengan 1998 tika Pru 10 menjangkau Pru 11 dan seterus Pru 12, rakyat telah bertemu dengan alternatif yang dicari.

PAKATAN RAKYAT yang membawa suara rakyat, perjuangan rakyat, untuk rakyat adalah gabungan yang datang dari parti-parti bukan perkauman.

Kemunculan PKR yang disambut oleh DAP dan PAS membentuk secara tidak langung PAKATAN RAKYAT amat digeruni oleh pemimpin Umno/Bn.

Ole itu pemimpin Umno/Bn mencari berbagai jalan untuk merampas mandat rakyat yang mula mengenepikan kehabatan Umno/Bn. Usaha pemimpin yang menaburkan projek dan wang semasa Pilihanraya Umum dan Kecil sudah tidak dapat memikat hati rakyat. Falsafah baru pengundi ialah beri ambil, undi lain banyak memerangkap usaha pemimpin Umno/Bn.

Pemimpin Umno/Bn mencari jalan untuk terus berkuku dengan kuasa yang mula dipertikaikan oleh rakyat. Lalu dengan cara memerangkap dan bertindak menggunakan agensi-agensi kerajaan. Sasaran utama mereka ialah Wakil-Wakil Rakyat pilihan rakyat untuk menjatuhkan dan melemahkan sesuatu kerajaan negeri disamping menggunakan pihak istana.

Pemimpin Umno/Bn sudah tidak menghormati dan mengenepikan suara dan mandat rakyat! Amalan ini bukan saja bermula di 2009 tetapi telah dilaksanakan sejak lama oleh Umno/Perikatan sehingga Umno/Bn.

Setiap penggal Pilihanraya akan berlaku lompatan dari parti pembangkang ke Umno/Bn! Ianya bukan diterokai setahun dua ini tetapi dulu kini dan selamanya ampunya kerja. Terakhir kini ialah wakil-wakil Adun Perak yang diperangkap dengan rasuah, dihilangkan beberapa hari, apakah juga ada habuan?

Oleh itu jalan yang paling mudah untuk pemimpin Umno/Bn berkuasa di era Najib Razak ini ialah mentenderkan pilihanraya Umum atau Kecil.

Contohnya: Jika untuk sesuatu kawasan itu ada 2 atau 3 calon yang bertanding, maka SPR hendaklah mengeluarkan tender sebanyak mana yang mampu dibayar oleh calon-calon tersebut. Setelah loceng digoyang untuk lelong, maka calon yang membayar tertinggi adalah yang memenangi kawasan tersebut samada Parlimen ataupun Dun.

Begitu juga untuk menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri, maka pihak istana dan pihak Tuan Yang Dipertua Negeri-Negeri juga juga menggoyangkan loceng dan sesiapa yang sanggup membayar tender tertinggi, maka dialah yang dilantik untuk Menteri Besar atau Ketua Menteri. Begitu jugaklah dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Kerajaan akan dapat duit, suara dan mandat rakyat letak belakang, kerana rakyat akan akur dalam kebodohan dan ketakutan serta ketaatan membuta tuli.

Jika ini dilakukan maka Umno/Bn bukan saja mengekalkan kuasanya di Kerajaan Pusat tetapi akan berjaya menguasai seluruh negeri dalam Malaysia ini kerana tender memerlukan wang dan Umno/Bn banyak wang!

Untuk terus berkuasa tidak perlu susah-susah mengamalkan demokrasi tetapi amalan demo- kasi menjamin untuk kekal berkuasa cara apa pun dulu, kini dan selamanya. Kalau tidak diamalkan pun ianya mulai menular dengan amalan politik wang (rasuah) pemilihan Umno dan pelompatan Adun-Adun dan Mp-Mp sejak dulu dari pembangkang ke Umno/Bn masih menjadi tandatanya samada penggunaan wang diperlakukan?



SE
LADANG: Orang kaya kuasanya pada emas ringgit. Orang miskin kuasanya pada perjuangan.



Tuesday, February 10, 2009

AL-BANA & AL-RASUAH (Bhg. 1)

Maka Penolong Penghulu Jibak berebut-rebutlah untuk menawan hati rakyat setelah beberapa kali kecundang sebagai tekong pemilihan. Orang-orang yang hendak bertanding apa-apa pun jawatan amat takut kalau Jibak menjadi tekong. Pasti kalah!

Tak lama lagi Jibak akan menjadi Penghulu. Dia mesti tunjuk taring. Kalau tidak bini dia marah. Bini akan henyak bukan saja dengan kata-kata tetapi akan himpap Jibak dengan badan macam guni padi tu.

Jibak juga takut pada bininya kerana banyak sangat Jibak buat salah dalam kawasan pentadbirannya dulu kini dan selamanya. Ada penyelewengan kuasa, ada pembunuhan yang belum selesai bicara, ada terima upti kerana beli kenderaan. Aiii tentu banyak lagi kalau bini dia pecahkan rahsia disebabkan tak ikut cakap bini. Ertinya; bini dia gemok kerana banyak simpan rahsia!

Ada juga orang cakap dia juga simpan rahsia bininya. Ertinya sama-sama buat, sama-sama simpan!

Lalu menunggu masa saja untuk Jibak cari angin untuk melayarkan kembali kapalnya yang dah serpih sana sini tu.

Berlakulah di satu daerah yang ditunggul kayukan oleh Pendita Agung al-Bana (hampir dengan kepala bana) bila ada seorang jejuak mewakili kampung telah melompat longkang ke sebelah seberang musuh Jibak.

Jejuak Penyeberang ini sebenarnya orang kalah berperang dalam kumpulan Jibak di negeri al Haluan (sekarang disebut al-Haruan) dan amat benci pada tok ketuanya di daerah itu. Memang tok ketuanya meluatkan dia. Kerana dia berangan-angan nak jadi Tok Ngawa kalau perahu Jibak dapat memerintah al- Haluan kembali.

Malulah Tok Ketua si penyeberang tadi dan meletakkan jawatan. Lalu Jibak pun ambil peluang dan ambil alih jawatan Tok Ketua di daerah al Haruan itu.

Perlahan-lahan dia menghantar orang-orangnya antaranya budak suruhannya yang kerja meraba-meraba dan duit banyak bertemu dengan si pelompat. Pujuk rayu dan ugut mainan biasa lalu kembalilah semula si pelompat ke tebing lama mendampingi Jibak. Janji Jibak selain habuan huluran budak peraba tadi ialah menjadikannya Tok Ngawa Darul Haluan.

Dalam pada itu tersebarlah pulak kehilangan 3 orang penyangak balik sumpah yang menjadi anggota kumpulan penentang Jibak.

Tandatanya rakyat mula menjadi bahan ahli bual kedai kopi .....

Ikuti Bahagian 2 ...


SELADANG: Bercerita untuk anak cucu.

Friday, February 6, 2009

5 RAJA TINGGAL DI DUNIA?

Betul ke tajuk di atas?

Tiba-tiba aku teringat kepada perbualan cikguku, seorang Sukarelawan Amerika, perempuan, masih anak dara masa itu, namanya Miss Belinda Belly.

Kami selalu berbual di masa menunggu rakan-rakan lain datang untuk sessi sukan. Miss Belinda Belly ni suka berbual dengan murid-murid yang mulut mereka becok. Antaranya aku.

Masa itu ada beberapa orang rakan-rakan aku.

"Dalam dunia ni banyak Raja, Ada Raja di pulau-pulau, ada di tanah besar, ada di dalam hutan, ada di benua-benua. Semuanya memerintah, ada rakyat ramai, ada sikit, tapi semua rumah mereka besar-besar, hidup mewah," cerita Miss Belinda Belly.

Kemudian dia mengatakan bahawa dalam ramai-ramai Raja yang memerintah itu, hanya tinggal 5 sahaja akhir-akhirnya. Yang lain ada yang hilang kuasa, ada yang hilang tahta.

Tergamam juga kami mendengarnya. Mata kami bulat berpandangan kerana negara kami pun ada Raja, dalam Perlembagaan Malaysia ada Raja, Raja Berpelembagaan kedudukan kuasanya. Itulah yang kami tahu masa itu.

Cerita Miss Belinda Belly lagi, "akan tinggal 5 sahaja."

Kami tergamam. Dia selamba sahaja.

Menurutnya yang tinggal Raja Lekok, Raja Demon, Raja Kelawar, Raja Sepit dan Raja England. Kesemua Raja-Raja itu hilang kuasa atau tahta kedudukan mereka kerana dikerjakan oleh 4 Raja yang awal disebut.

Sementara Raja England yang diberi kuasa sebagai kuasa Raja Berpelembagaan kekal kerana tidak terlibat dengan politik rakyat dan mengikut garis Perlembagaan.

Hati aku berkata, ya ke tak ye cerita cikgu Minah Salleh ni? Masa itu dalam tahun 1963 atau 1964 masa aku bersekolah di Rembau, Negeri Sembilan. Kini usia aku 60 tahun masih ingat-ingat lagi cerita cikgu itu.

SELADANG: Gajah pun dah tak jadi Raja Hutan lagi. Ada yang diletak di Zoo, di pusat pemulihan dan pembiakan, rangka dan tengkorak pulak banyak diletakkan di muzium, kerana hutan dah kena kebas secara haram kayu-kayu balaknya.

BELUM TENTU SENYUM NAJIB BERPANJANGAN

BERSERI-seri wajah si Najib, pemimpin Umno/Bn yang banyak dikatakan bermasalah dan tidak bersemuka menafikan jauh sekali untuk mengakuinya. Merah warna gincu bibirnya tersenyum bila hajatnya untuk menunjukkan kejantanan politiknya bila mana mengambil secara haram Perak dari tangan PAKATAN RAKYAT.

Cara apa yang dilakukan sehingga istana Perak mengizini perampasan kuasa mandat rakyat itu bukanlah tujuan artikal ini ditulis! Yang pentingnya untuk menjelaskan Najib telah tersandar di PRU 12, tewas di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan karam di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi kini berjaya mengepak kejantanan politik merampas Perak tanpa perlu menurunkan projek kerajaan dan wang ringgit habuan seperti yang dilakukan di setiap Pilihanraya Umum atau Kecil.

Hanya yang perlu turunkan habuan dan usaha kuncu-kuncu yang berperangai macam lanun untuk beberapa kerat orang penting sebagai jalan merampas mandat demokrasi rakyat Perak!

Semua pihak yang berkepentingan individu dan beberapa si tolol politik dan dasar demokrasi Perlembagaan Malaysia berbuih menyokong dan bersorak sorai!

Tapi Naijib harus diingatkan! 6 Febuari 2009 perangkap kamu bingkas di Perak. Mac 2009 harus diingat jika perangkap yang sama mengenainya di Parlimen ketika dia selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Add Image
Jika berlaku perkara yang dijangka itu, harap-harap Najib terus tersenyum! Jangan nak MAGERANkan pulak negara dengan menggunakan istana negara! Pencacai Najib juga kena menerima hakikat dan jangan cuba menghidupkan suasana tidak menentu.

Cukuplah sekali Najib memperlatakan Sultan untuk kepuasan hawa nafsu bongkak politiknya. Ianya jangan diulangi lagi sehingga rakyat akan menyampah pula terhadap Sultan setelah kian menyampah kepada Najib!

Jika jangkaan ini berlaku, adakah senyum Najib berpanjangan dan tangisan Rosmah sepanjang zaman?


SELADANG: Bersama rakyat Perak menunggu PRU 13!

Wednesday, February 4, 2009

KERAJAAN BARU DARUL RASUAH

Rakyat Jelata

mengalu-alukan
tertubuhnya sebuah


KERAJAAN RASUAH


Yang Ditaja oleh
Pemimpin Bapak Rasuah Malaysia

(Rakyat Akan Hidup Dinaungan Amalan Rasuah)




SELADANG: Terasa BN ikut taktik Israel!

Sunday, February 1, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BEHRANG & CHANGKAT JERING - Berapa ramai pula polis berkampung di sana?

DENGAN kosongnya kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering di Perak, maka satu lagi arena pertarungan besar akan bermula sebaik sahaja SPR mengumumkan kekosongan tersebut.

Bagi PAKATAN RAKYAT kedua-dua kerusi itu amat mustahak dipertahankan kerana ianya adalah penentu penerusan Kerajaan PR Perak yang diterajui sejak 8 Mac 2008 lalu.

Setakat ini PR menguasai 30 kerusi, BN 27 sementara 2 kosong. Jika Kedua-dua kerusi tersebut kekal kembali kepada PR, maka PR berjumlah 32, BN tetap 27. Jika 1 PR dan 1 BN maka ianya menjadi 31 PR sementara BN 28.

Jika 2 kerusi tersebut berpihak kepada BN maka PR tetap 30, BN meningkat 29, majoriti 1 sahaja untuk PR.

Di sinilah letaknya nanti 'Suara Rakyat Suara Keramat'. Rakyatlah yang akan menentukan perubahan besar ini. Samada rakyat mahu kembali terbelengu dengan pemerintahan BN yang kian banyak bermasalah terutamanya rasuah dan keselamatan yang membimbangkan disamping pencemaran Fasal 152 Perlembagaan Malaysia oleh Kerajaan BN.

Atau rakyat mahu meneruskan kehidupan dibawah Harapan Baru bersama PAKATAN RAKYAT yang kini mula merungkai banyak pemasalahan dan penyelewengan serta ketidak adilan Kerajaan BN dulu disamping melaksanakan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan rakyat yang penuh erti walaupun usianya baru setahun jagung.

PR telah banyak membuat pembaharuan dalam pentadbiran Kerajaan Perak dan kepada rakyat Perak sedang menerima angin perubahan yang besar. Apakah segala impian yang selama ini diharapkan kepada PR akan hancur dengan memberikan kemenangan kepada BN di 2 DUN yang menghadapi Pilihanraya kecil nanti.

Bagi Najib, imejnya mesti dipulihkan, bukan saja sebagai bakal ditabalkan sebaga Presiden Umno tetapi juga sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru menggantikan Tajol Rosli.

Najib tidak mahu nasibnya kali ini ditimba rundung malang. Oleh itu apakah strategi baru Najib untuk memenangi kedua-dua DUN tersebut? Berapa ratus jutakah RM akan ditaburkan di dua DUN tersebut? Berapa banyakkah fitnah dan sumpah akan dihemburkan melalui media massa perdana samada tv mahupun akhbar.

Berapa banyakkah kakitangan kerajaan Pusat akan dikerah ke dua-dua DUN itu? Berapa banyakkan anggota polis biasa + SB akan berkampung di dua-dua DUN itu? Oleh kerana keadaan di kedfua DUN tersebut terlibat juga beberrapa kampung, adakah angkatan tentera Malaysia juga akan duduk berkampung di sana?

Pastinya Najib akan menggerakkan seluruh jentera kerajaan untuk memenangi kedua-dua DUN tersebut kerana jentera BN terutamanya parti-parti kompenan selain Umno tidak menampakkan petanda untuk membantu BN kecuali beberapa kerat pemimpinnya sahaja.

Sementara jentera Umno pula sedang menghadapi Pemilihan Umno dalam bulan Mac ini. Calon-calon dan perwakilan lebih berfikiran menumpu kepada kerja penentuan kepimpinan parti kerana ianya soal nasional sementara Behrang dan Changkat Jering adalah soal negeri sahaja.
Justify Full
Ada angin yang bertiup mengatakan satu lagi kerusi DUN yang dimiliki PR akan melompat ke BN berkaitan tandatanya tentang 'keghaiban' Timbalan Speaker Kerajaan Perak yang disandang oleh wakil DAP.

Jika itu berlaku maka keadaan Kerajaan PR Perak akan roboh! Jika BN menang 2 kerusi yang dalam pilihanraya kecil maka menjadi 27+2=29+1 dari lompatan PR ke BN = 30. PR menjadi 29.

Maka jelaslah keadaan di Perak kali ini satu lagi Pilihanraya yang amat hebat kerana BN ingin merobohkan Kerajaan PAKATAN RAKYAT.

Pengundi di DUN Changkat Jering dengan Behrang adalah penentu kepada keadaan yang drastik ini. Para pengundi jangan menggadaikan kehidupan baru yang mula memancarkan cahayanya bersama PAKATAN RAKYAT semata-mata mengharapkan seuatu yang datang di musim pilihanraya sahaja.

Penolakan pengundi di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering adalah isyarat dari rakyat yang menolak kepimpinan Najib Razak, antara pemimpin BN yang masih tidak lagi menjawab secara jelas beberapa persoalan dan permasalahan yang dihadapkan kepadanya.


SE
LADANG: Dah asah tanduk untuk turun gelanggang!