Sunday, November 30, 2008

HADIAH TUKANG JAHIT KECIL

(Puisi buat Anwar Ibrahim)













Satu tika dulu
bawah bumbung bocor-bocor
simen lantai hancur-hancur
Pasar Dato Keramat pinggir Kuala Lumpur
tukang jahit kecil ini
antara penghuni pasar mencari rezeki
mengayuh kaki melenggok tangan
meminta suatu pertolongan
baikilah pasar ini
tempat penampung rezeki kami !

Berita ini sampai pada seorang menteri
turun ke pasar dan perbaiki
tersergam kembali bangga
tempat berteduh peniaga !

Sepuluh tahun menjangkau masa
tukang jahit ini tidak pernah lupa
jasanya menteri itu
walaupun menteri itu dipenjara
dengan tuduhan yang diada-ada
dari satu konsperasi undang-undang rimba
melumpuhkan perjuangan suci
menyekat keadilan rakyat di negara demokrasi !

Sepuluh tahun itu
tukang jahit kecil ini berhati jitu
tetap kental menunggu
bersama setahun sehelai baju
sebagai hadiah pada bekas menteri
yang terus berani tanpa henti
membawa reformasi
suaranya adalah suara rakyat
perjuangannya adalah perjuangan rakyat
jiwanya adalah jiwa rakyat !

Baju itu dipamerkan malam ini
ditubuh bekas menteri pencetus reformasi
hadiah dari seorang rakyat
tukang jahit kecil Pasar Dato Keramat
yang tidak pernah kenal kalah dan mengalah
dalam perjuangan besar dan gagah
membujur lalu melintang patah !

SELADANG

Kongres PKR Ke 5.
Stadium Melawati
Shah Alam, Selangor
12.00 malam, Sabtu
29 November 2009

2 comments:

Anonymous said...

04 December 2008
Penang RM600 SETAHUN, Pahang RM600 SEBULAN!
Penang dengan Lim Guan Eng nya, konon memberi kepada
"Lebih 2,000 guru agama dan guru Al-Quran di Pulau Pinang akan menikmati peningkatan bayaran elaun dan saguhati tahunan sebanyak 50 peratus daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang mulai tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahya berkata seramai 250 guru agama yang mendaftar di bawah MAIPP akan menerima elaun tahunan sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini. Beliau berkata sebanyak 1,821 guru Al-Quran yang mengajar secara sukarela di rumah atau di masjid dan surau diberi bayaran sagu hati sebanyak RM600 berbanding antara RM50 hingga RM300 sebelum ini. “Peningkatan bayaran elaun dan sagu hati tersebut melibatkan penambahan peruntukan PUZ sebanyak RM500,000 setiap tahun,” {petikan dari pahangdaily online}

Di Pahang, GURU UGAMA SEKOLAH ASRAMA mendapat RM600 SEBULAN!
APA YANG HEBOH SANGAT? ORANG YANG BARU MULA HENDAK BUAT BAIK MEMANG KUAT BISING PUN. YANG DAH SENTIASA BUAT BAIK TAK BISING PUN.

KEPADA PENYOKONG PARTI BULAN DAN MATA SATU, JANGAN MUDAH KELIRU! KALAU HENDAK DAPATKAN BUKTI YANG SAH TENTANG RM600 SEBULAN INI, PERGI LAH SIASAT DI JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG ATAU JAIP.

Jangan buat malu gitu orang PAS & PKR! pahangdaily online temberang lagi!

CUCU TOK KEDU said...

Anak Jati Pahang,

Fakta anda banyak sgt salahnya, jgn kelirukan pembaca! L:agi 1 jgn sedap cakap!

http://rp-semantan.blogspot.com