Wednesday, June 23, 2010

KEMEROSOTAN KEDUDUKAN TUNAI KEWANGAN FELDA MENDADAK DALAM MASA 5 TAHUN AMAT MERAGUKAN ! - Peneroka Ditipu Atau Dikelirukan?

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai kewangan felda merosot daripada rm 4.08 billion pada tahun 2004 kepada rm 1.35 billion pada tahun 2009.

Kemerosotan rm 2.73 billion dalam masa 5 tahun amatlah mengejutkan dan meragukan.

Alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan adalah seperti berikut semasa menjawab di dalam Sidang Parlimen baru-baru ini:

1) Rm 2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil,

2) Rm 603 juta untuk pinjaman rumah,

3) Rm 253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah dan

4) Rm 662 juta untuk bangunan baru Felda.

MENGELIRUKAN ATAU MENIPU ?

1) Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebuj ? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka tersebut ?

2) Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 % atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka berkenaan ?

3) Apakah relevannya felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantatioin ?

4) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan menteri Tanah Dan Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Kwong (1999 - 2004) bahawa felda telah membayar pendahuluan 40% atau rm 230 juta daripada harga sebenar rm 662 juta kepada pemaju projek iaitu Naza TTDI (TTDI Development Sdn. Bhd.) untuk membina bangunan baru felda di Platinum Park KLCC ? Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan?

5) Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Febuari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru felda yang bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Singapura ialah rm 640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada rm 662 juta?

6) Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibupejabat felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran rm 220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?

7) Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 5o tingkat itu yang mencecah rm 662 juta terlalu tinggi dan bagaimana penilaiannya dibuat?

TUNTUTAN

Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputera yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang Menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai felda lebih 60% dalam tempuh 5 tahun di bawah pengendalian Datuk Sri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23,000 kakitangan kumpulan, kestabilan felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana felda adalah hayat terakhir mereka. Logiknya beberapa tahun akan datang, samada felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.

Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan di atas.

SELADANG: Rela berkurban untuk kepentingan peneroka felda.

1 comment:

Hisyamuddin Che Ali said...

Sebab org felda yg mudah dicucuk hidunglah, maka kerajaan BN tak kisah mrk rugi ke atau untung.

Kesian kat felda, tolong menangkan umno pun kena zalim juga..nasiblah berkiblatkan umno yang sesat...( boleh x tumpang parking http://tunhisyamuddin.blogspot.com kat sini)