Monday, January 10, 2011

RAKYAT PAHANG SEDAR KE TAK SEDAR ?

KINI sudah banyak bumi Pahang ini yang tergadai kepada taukeh-taukeh besar - antaranya kawasan Bukit Tinggi, Bentong beribu ekar telah diluluskan kepada seorang taukeh besar dengan kelulusan hanya memakan masa 3 bulan sahaja. Begitu juga kawasan di Janda Baik, Bentong juga telah berada pada seorang taukeh.

Terbaru pulak ialah kawasan Ladang Pine di Batu 5 Mentakab (Hutan Kemashul) yang dulunya diuruskan oleh Jabatan Hutan Pahang kini kabarnya telah diagih pajak kepada 7 orang taukeh yang akan meenggantikan ladang tersebut dengan tanaman getah.

Sementara itu beberapa ladang dulunya dibangunkan oleh Lembaga Pertanian Negeri Pahang kini juga sudah bertukar tangan.

Ladang Pertanian Moden yang terletak di Jergoh, Teris Lanchang juga menjadi tanda tanya. Berapa peratuskah rakyat Pahang sendiri dapat mengusahakan tapak tanah ladang tersebut yang diagihkan untuk satu permohonan sejumlah 100 ekar ?

Kebanyakan yang mengusahakannya dimiliki oleh syarikat dari luar Pahang. Jika ada pun yang diperolehi rakyat Pahang cumalah nama saya. Sementara ada juga peruntukan 20 ekar dibuka sekarang ini dimana ianya juga dialibabakan kepada taukeh dari luar Pahang.

Kawasan tersebut yang antaranya bekas tapak perkampungan asal penduduk Lanchang kini seluas hampir 3,000 ekar telah diusahakan oleh taukeh besar sementara rakyat Pahang terutamanya golongan muda masih tidak mempunyai tanah hak milik sendiri.

Apakah Kerajaan Pahang menutup sebelah mata melihat permasalahan generasi muda rakyat Pahang yang dahaga tanah ? Atau rakyat generasi kedua rakyat Pahang tidak sedar bahawa bumi mereka sekarang ini sudah diagihkan kepada orang luar ?


SELADANG: Ada masa terfikir nak buka tanah haram.