Tuesday, December 30, 2008

TANG TUM BUNYI APA ITU ?

(Puisi Malam 31 Disember 2008)
Add Image
Tang tum
Oiii bunyi apa itu?
Bunyi mercun tarian naga
Tahun Baru Cina ke?

Tang tum
Oiii bunyi apa itu?
Pukulan gendang tambla
Hindu menyambut Deppavali ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Buluh lemang terbakar
menjelang esoknya Aidilfitri dan Aidiladha ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Belon pecah
Krismes yang meriah ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Rentak rock
menyambut 2009 menjelang tiba ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Tembakan meriam
Menyambut ulang tahun merdeka ke?

Tang tum
oiiii bunyi apa itu?
Tong undi disepak
kalah dalam pilihanraya ke?

Tan tum
Oiii bunyi apa itu?
Kayu, daging dan tulang berserak
C4 meletup sendiri ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Mercededes bertembung
milik menteri atau Wakil Rakyat ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Peti duit dihempas
isinya sudah diagih pada perwakilan ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Tangki getah ditebuk
harganya amat murah ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
tepukan meja ahli parlimen
menyokong harga barang naik ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
pintu pagar banglo
ditutup wakil rakyat ke?

Tang tum
oiii bunyi apa itu?
Pintu penjara ditutup
tahanan ISA di dalam ke?

Tang tum
bunyi apa itu?
rakyat berarak di jalan
meminta belas kasihan ke?

Tan tum
Tang tum
Tang tum
Tang tang tang
Tum tum tum !!!!
Bunyi apa itu?
Entah! Aku pun belum dapat tahu!

SELADANG
Teratak Tok Peran
Pahang.

(Puisi ini telah saya baca pada 31 Disember 2009 di Malam Puisi Menjelang 2009 bertempat di rumah Dato Kamal Amir Hijja Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur)

1 comment:

kudakepang said...

Sahabatku Cik MAN

Tahniah atas dayausaha membuka blog ini. Cukup menarik dan penuh sembilu bisa buat kebaikan agama, bangsa dan tanahair.

Semoga anda akan usaha siarkan sessi balas pantun kita menerusi ruang anda yang satu lagi tu ya....

Balasan anda kepada pantun saya Arca Makrifat sudah saya siarkan dengan jodol Jerung Bersarang Mengumpul Harta.

Kalau sudi, tolong link kan blog panggilan pertiwi - alamatnya http://panggilan-pertiwi.blogspot.com

Sebagai penamat, ini cetusan spontan minda saya kepada posting ini:

tum tang
bunyi apa itu?
bunyi sidolah kena hentam ke?
entahlah!
dolah ke tak dolah
pokoknya dia mesti belah
sebelum dibelah-belah!

Salam takzim - Ruhanie Ahmad