Sunday, June 14, 2009

ISU BESAR NEGARA TENGGELAM - Najib Terselamat Dengan Isu Kerajaan Perpaduan - PAS MENADAH TANGAN?

INILAH masa yang amat lega bagi politik Umno/Bn dan diri Najib Rosmah bila Isu Kerajaan Perpaduan yang diideakan oleh Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang bersama beberapa orang juak-juaknya mengisi ruang politik tanahair terkini!

Najib Rosmah bersama pimpinan Umno/Bn harus berterima kasih pada Presiden PAS itu dan jika berlaku Kerajaan Perpaduan amat tidak patut jika TG Haji Abdul Hadi dan juak-juaknya tidak diberikan taraf Menteri dan Timbalan Menteri kalau pun tidak dapat memberikan Timbalan Menteri.

Isu rampasan Kerajaan Perak oleh Bn dari Pakatan Rakyat - Isu lapuran akhbar luar negara yang mengkaitan Perdana Menteri Malaysia sekarang dengan kes Pembunuhan Altantuyya - Isu PPSMI - Isu pembelian kapal selam dari Peranchis - Isu Pelabuhan Klang - Isu Jambatan Bengkok - Isu video Linggam dan beberapa isu lagi yang memanaskan pesada politik tanahair! Semuanya sudah dibelakangkan.

Namun rata-rata rakyat tahu bahawa Najib Rosmah tidak akan memberikan ruang pemimpin PAS untuk berganding sama dengan Umno/Bn menerajui negara ini. Haluan Umno terlalu jauh dengan haluan PAS!

Pemimpin Umno juga belajar dengan apa yang pernah berlaku ketika PAS dalam Bn dulu - PAS dianggap sebagai duri dalam daging oleh pemimpin Bn ketika itu. Masa itu pemimpin PAS tidaklah sehebat yang ada sekarang ini dari segi berpolitik.

Permimpin PAS sekarang ini hebat berpolitik sehingga mereka mampu menyanggah Mursyidul Am PAS dan ahli PAS juga mampu menyanggah pimpinan - tujuannya untuk mengkedapankan idea politik masing-masing yang tersirat dan tersurat - samada untuk kepentingan rakyat atau diri sendiri - wallahualam!

Walaupun TG Haji Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS tetap menolak idea Karajaan Perpaduan Presiden PAS namun pemimpin Umno terus memainkannya di dada media perdana seolah-olah PAS sedang menadah tangan untuk memohon restu rahmat dari pemimpin Umno.

Pemimpin Umno di semua perengkat sekarang ini amat sayang kepada TG Haji Abdul Hadi dan mereka juga menyuarakan rasa sayang mereka kepada PAS. Mereka menyatakan di mana saja bahawa mereka boleh berkawan dengan PAS jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Malahan ada juga antara pemimpin tempatan Umno yang menyarankan kepada umum jika nak masuk parti pembangkang masuklah PAS kerana PAS itu akan membantu Umno menegakkan politik Melayu!

Pada pemimpin Umno semua perengkat, idea Kerajaan PerpaduanTG Haji Abdul Hadi bukan untuk politik sejagat tetapi untuk politik Melayu!

Pemipin Umno seolah-olah sudah tidak meletakkan TG Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulamak yang berpengalaman dan bijak berpolitik seperti mereka suarakan sebelum munculnya idea Kerajaan Perpaduan TG Haji Abdul Hadi.

Namun kejahatan pemimpin Umno/Bn harus dibaca sama ada yang tersurat atau yang tersirat. Keporakperandaan politik Umno/Bn sendiri tidak semudah itu boleh diselamatkan oleh idea Kerajaan Perpaduan TG Hahji Abdul Hadi - rakyat semakin kuat menolak Umno/Bn dari arus pemerintahan negara!

Apakah pemimpin PAS yang masih mahu meneruskan idea Kerajaan Perpaduan dengan Umno sekarang atau sebaik saja keputusan PRU 13 nanti juga akan ikut sama ditolak rakyat?


SELADANG: Azab sangat dikerjakan oleh Umno/Bn!





16 comments:

dkama said...

dkama tetap menyokong keputusan nik aziz... hehehe TQ atas n3 nih...PEACE...

Baginda Reformasi said...

salam tok peran mahap le tak melawat blog anda.... 3minggu bz... bile nk post cerite baru lg? jheheheh

Suhaimi Said said...

Alhamdulillah. PR tolak Kerajaan Perpaduan. Tuan Guru Haji Nik Aziz tarik balik cabaran supaya Timb. Presiden PAS keluar parti dan letak jawatan MP.

Semua dah jernih balik, Kukuhkan Pakatan, Insya Allah PR akan terajui Malaysia dlm PRU-13.

Suhaimi Said said...

Masih tak sihat lagi ke Man? Selagi tak sihat,jawatan Ketua Penerangan dipangku oleh Sdrr Razak.

Baginda Reformasi said...

salam dr baginda untuk semua,

Khemah Polis giat dibina di Manek Urai, Masjid Rakyat pula diroboh Terengganu

link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/06/khemah-polis-giat-dibina-di-manek-urai.html

Raja Fiqri Fauwaz said...

Lama tak menulis. Kalau boleh nak jemput pok de baca cerpen along ada dekat blog.

dkama said...

Saya menyokong jika umala' menjadi pemimpin...

al-mankaraqi said...

Assalamu'alaikum,

Ziarah untuk berkenalan.

Jemput ke blog saya di almankaraqi.blogspot.com

Baginda Reformasi said...

salam... tokperan kamu di mana? rindu mau membaca lagi nih... :)

noorlara said...

kekadang naik keliru dan harubiru dibuat oleh gelombang politik Malaysia ni, semoga Allah memberi yg terbaik kepada kita semua!

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

noorlara said...

berada ditampuk kuasa dalam apa bentuk sekalipun hattan dalam perstaun yg kecil, ia amat menguji dan mencabar....berdoa yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Faizal Zakaria's Blog said...

Mungkin ianya belum sampai di penghujung :-)


















Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Pertanyaan untuk PAS said...

saya suka baca blog ni...

http://pasjawab.blogspot.com/

Ibnu Hasyim said...

Apa habak Man? bila boleh jumpa.

Sila lawat blog aku..