Tuesday, January 11, 2011

PENEROKA FELDA - Bagaimana ditindas ?

MARI kita memperkatakan sedikit tentang nasib yang menimpa peneroka felda - mungkin tidak semuanya tetapi sebahagian besarnya menerima penindasan yang tidak sepatutnya dilakukan kepada mereka yang menitik peluh untuk membangunkan kehidupan ... Antara penindasan itu ialah:

1) Felda enggan serah Wang Tanam Semula kepada peneroka yang urus kebun mereka secara bersendirian sedangkan setiap peneroka telah mencarum dalam Tabung Tanam Semula,

2) Felda sewenangnya memotong separuh Wang Tanam Semula (Rm 17,000.00) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian,

3) Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui,

4) Felda sewenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua,

5) Felda sembunyi maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),

6) Felda tidak salurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka yang diperuntukan oleh Risda,

7) Felda tidak sediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah,

8) Hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati,

9) Kos tanam semula dengan Felda jauh lebih mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya,

10) Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh, ia juga tidak disertakan penyata lengkap.

Senarai di atas adalah penindasan besar yang dibebankan pada peneroka felda sementara amat banyak perkara kecil lagi yang belum didedahkan ...


SELADANG: Dapat tahu gaji dan alaun Pengerusi Felda sejumlah hampir 2 juta setahun.

4 comments:

refah00 said...

Agak2 peneroka Felda kat Tenang undi PAS taknanti?

Seladang said...

Kalau mereka faham bagaimana Felda dan Umno/bn tipu mereka - mereka tidak akan undi Bn.

Seladang said...

Kalau mereka faham bagaimana Felda dan Umno/bn tipu mereka - mereka tidak akan undi Bn.

Topeng said...

BILA BERCAKAP TENTANG FELDA MEMANG AKU SUKA.AKU PENROKA GENARASI KEDUA FELDA DIJOHOR.SEKARANG NI LADANG SAWIT AKU DAH 8 TAHUN TANAM SEMULA.APA YANG MEMBUAT KAMI SEMUA PELIK ADALAH KENAPA PIHAK FELDA HANYA MEMBERI KAMI PENDAHULUAN HASI HANYA SEBANYAK RM 1500 SEORANG SEDANGKAN SEJAK TIGA TAU EMPAT TAHUN LALU,LADANG KAMI TELAH BOLEH MENGELUARKAN HASIL SEBANYAK 10 TAN DENGAN KELUASAN LADANG 10 EKAR.PERBANDINGAN YANG KAMI BUAT ADALAH MELALUI TUAIAN HASIL DARIPADA KAWAN-KAWAN KAMI YANG MENGUSAHAKAN LADANG SAWIT SENDIRI TANPA MELALUI FELDA.KENAPA ORANG YANG FELDA ANGGAP BODOH DAN TIDAK AKAN BERJAYA MENGUSAHAKAN LADANG SENDIRI BOLEH MENDAPAT HASIL 10 TAN PER 10 EKAR DAN FELDA PULA YANG MENGAKU TERLALUI PANDAI HANYA BERJAYA DAPAT MENGELUARKAN HASIL 20 PERATUS DARIPADA PENDAPATAN PENEROKA PERSENDIRIAN.?DI MANA SILAPNYA
SAYA BERSAMAM KAWAN-KAWAN YANG KONON SETIA PADA FELDA IKUT SKIM TANAM SEMULA FELDA BERMULA DARIPADA 2003.PADA BEBERAPA BULA PERTAMA TANAM SEMULA,KAMI HANYA DOIBERI SARA HIDUP SEBANYAK RM 250 DAN SECARA BERPERINGKAT MENINGKAT SEBANYAK RM 1500 PADA TAHUN KE EMPAT.BERMULA TAHUN KELIMA SKIM SARA HDUP DIUBAH NAMA KEPADA PEMBAYARAN PENDAHULUAN HASIL PULA WALAU NILAI RM NYA TIDAK DTAMBAH.
SEHINGGA BULAN 5 2010,SAYA MASIH DIBAYAR SEBANYAK RM 1500.TUAIAN HASIL PADA BULAN 5 OLEH FELDA ADALAH 6 TAN PER 10 EKAR.pADA BULAN 6 2010,SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGUSAHAKAN LADANG SAWIT SAYA SENDIRI.SAYA TELAH MENUAI LADANG SETELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN FELDA...APA YANG SANGAT MEMERANJATKAN ADALAH.KESELURUHAN HASIL LADANG SAYA PADA BULAN 6 2010 MENCECAH 18 TAN PER 10 EKAR DENGAN HARGA RM 850 PER TAN.SAYA TANYA PADA DIRI SAYA...APA YANG SEBENARNYA YANG TERJADI PADA PENEROKA?

UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN MASALLAH YANG SAMA SEPERTI SAYA.TEPUK DADA DAN TANYA PADA DIRI SENDIRI.SAMPAI BILA KITA NAK JADI TUAN TANAH BODOH.ADA HARTA TAPI BAGI PADA ORANG LAIN USAHAKAN.