Wednesday, January 12, 2011

Isu Debat Anwar Najib: PENCACAI MELALAK MEMAGAR NAJIB ...

BILA Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Keadilan, juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat membuka mulut mempelawa Na jib Razak selaku Perdana Menteri bdan juga Presiden Umno dan Barisan Nasional untuk berdebat mengenai isi kandungan Buku Jingga yangmenjamin kesejahteraan rakyat masa depan bermula dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, maka bersahutan kini pencacai-pencacai Najib mempelawa Anwar untuk berdebat dengan mereka.

Siapa mereka ? Mereka adalah penganggok dalam Umno dan Kerajaan Bn, tidak lebih dari itu. Bukan manusia yang boleh memainkan peranan penting untuk hala tuju dasar negara. Mereka bukan manusia yang mempunyai idea untuk membangunkan rakyat dan menjadi negara stabil.

Mereka lebih layak dipanggil "pencacai" kalau pun tidak "barua" kepada Najib yang hanya cuba mengalih tumpuan rakyat terhadap ketidak mampuan Najib untuk bersemuka di dalam debat dengan Anwar.

Apakala Anwar membuka mulut menawarkan debat dengan Najib yang banyak mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat - rakyat terutamanya ahli-ahli Umno dan Bn tertunggu-tunggu langkah Najib menaiki pentas debat tersebut.

Namun semuanya hampa kerana Najib lebih suka bercakap seorang diri di hadapan para wartawan media pencacainya juga. Najib lebih suka bercakap kepada mereka yang 'pekak' dan 'bisu' dengan soal permasalahan semasa rakyat dan negara.

Untuk banjiran persoalan yang akan didatangkan oleh rakyat atas ketakutan Najib berdebat dengan Anwar itu, maka aliran persoalan itu dipecahkan ailrannya ke arah lain. Jika diempang, empangan kepalsuan Najib memberikan hujjah ke atas isi kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat, rakyat akan sedar betapa kritikan Najib adalah kritikan yang sengaja direka-reka bagi mempengaruhi rakyat yang mulai sedar menyokong Pakatan Rakyat.

Najib sudah tersasul mengkritik Buku Jingga Pakatan Rakyat. Najib dalam ketakutan rasa tidak wibawanya Kerajaan Bn dibawah pimpinannya untuk terus mentadbir negara ini. Kemampuan dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui petunjuk Buku Jingga tersebut benar-benar menggoncang ulu hati kecil Najib walaupun bibirnya merekah merah memberikan sedikit senyuman pada penyokong setia tegarnya.

Asakan rakyat mahu melihat Anwar dan Najib berada di atas pentas debat terganggu oleh lalakan pencacainya yang membalas mengajak Anwar berdebat dengan mereka.

Inilah peranan besar pencacai Najib. Untuk menyelamatkan Najib dari asakan rakyat, maka tampillah manusia bernama Nazri Aziz mempelawa Anwar berdebat soal Apco yang dikaitkan dengan Umno/Bn. Maka tampillah Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno yang tak laku dalam Kerajaan Bn pimpinan Najib mencabar Anwar.

Adakah jawatan mereka setaraf dengan jawatan Anwar ? Adakah kerja debat ini kerja main-main seperti permainan 'Adang-Adang' antara regu Puteri Umno dengan Pemuda Umno ?

Atau adakah hujjah dalam debat itu hanya sebagai hujjah si tukang dalang wayang kulit yang selesai persembahan akan tinggal pada tok dalang saja, penonton pulang dengan tidak ada apa-apa ?

Atau adakah Nazri dengan Khairy mahu menggunakan pelawaan debat kepada Anwar menunjukkan mereka jantan politik dan akan mendapat tempat di hati Najib Rosmah dalam percaturan PRU 13 dan perlantikan kabinet nanti jika Bn menang.

Rakyat berpengalaman debat Anwar dengan Sebbrey Chik satu tika dulu - tidak ada apa-apa yang mampu ditonjolkan oleh Sebbrey Chik serlain dari mengulangi dakyah pribadi terhadap Anwar. Sementara hujjah Anwar yang bernas tidak terjawab ...

Oleh itu jika ada lagi manusia selain Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin mungkin selepas ini boleh jadi Rosmah Mansor mencabar Anwar berdebat tentang fesyen pakaian Islam, lupakanlah saja! Kerana Rakyat hanya sedang menunggu Najib Razak naik ke pentas debat bersama Anwar Ibrahim.

Jangan jadikan cabaran-cabaran debat oleh pencacai-pencacai Najib sebagai pagar untuk melindungi Najib yang dalam ketakutan dan gelisah menghadapi kekuatan dan kemantapan isi kandung Buku Jingga Pakatan Rakyat yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat dengan penuh yakin!


SELADANG: Mempelawa Najib berdebat atas isu Biaknya Rasuah Di Malaysia Kerana Pemimpin Umno/Bn !

No comments: