Tuesday, January 11, 2011

JANGAN HALANG PERJALANAN INI

Jangan halang perjalanan ini
kerana aku melangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
nadinya rakyat
darahnya rakyat
uratnya rakyat
jiwanya rakyat
tubuh badannya rakyat
semuanya bergerak
itulah rakyat
untuk rakyat!

Jangan halang perjalanan ini
kerana langkahku
tidak pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
tangkalnya
suara rakyat suara keramat!

Perjalanan ini perjuangan keadilan
Ketuanan Rakyat diperdaulatkan
dengan laongan tiada henti-henti
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

L. Mankadir Shamsi
Lanchang, Pahang.


SELADANG: Membujur lalu melintang patah!

No comments: