KALAU dikumpulkan entah berapa billion sudah wang rakyat dipergunakan oleh pemimpin Umno/Bn untuk merasuah rakyat dan pengundi semasa beberapa Pilihanratya Kecil berlaku. Ianya sekadar dinafikan dengan mengatakan 'bantuan kerajaan' ataupun 'peruntukan kerajaan'.
Namun lambakan bantuan dan peruntukan yang meningkat ratusan juta rm untuk satu-satu hanya berlaku pada musim PRK dan ianya diagihkan pada kawasan yang terlibat sahaja.
Tak ada PRK tak ada 'durian runtuh' rasuah politik ini.
Kebanyakan PRK ini berlaku kerana ahli MPnya atau ADUNnya meninggal dunia. Tidak mempersoalkan tentang kematian kerana ianya kehendak Allah! Tetapi soal penggunaan wang rakyat sewenang-wenangnya oleh parti Umno/Bn yang bertanding. Secara tidak langsung calon Pakatan Rakyat atau Bebas menentang jentera kerajaan bukan jentera parti yang bertanding.
Laongan demokrasi yang ditempikkan oleh pemimpin dan pencacai Umno/Bn adalah penipuan. Calon-calon yang bertanding bukan menentang calon Umno/Bn. Sebaliknya menentang calon kerajaan yang bertopengkan lambang dacing!
Jentera pilihanraya calon yang menentang calon bertopengkan lambang dacing ini terpaksa berdepan dengan jentera kerajaan seperti - Polis, SPR, SPRM, KEMAS, JASA dan semua kementerian Kerajaan Malaysia. Jentera pilihanraya parti calon bertopengkan lambang dacing berpelok tubuh dan hanya untuk menjerit dan menyerbu jentera calon lawannya.
Calon Umno/Bn tidak payah keluar modal untuk menghadapi setiap PRK kecuali wang deposit calon sahaja. Itupun mungkin dibayar oleh taukey-taukey yang pernah, sedang dan akan dapat kontrak dan lesen dari kerajaan termasuk lesen judi!
Oleh itu untuk mengelakkan leburnya tak tentu pasal wang rakyat di PRK maka adalah dicadangkan SPR menggubal Akta Pilihanraya Umum. Kerana kebanyakan PRK berlaku disebabkan penyakit yang dihidapi MP atau ADUN membawa kematian dan seterusnya membawa PRK pada kawasan yang diwakilinya.
SPR hendaklah menetapkan supaya setiasp calon mendapat kelulusan peperiksaan doktor untuk mengesahkan mereka tidak ada penyakit yang cepat membawa maut seperti - lemah jantung - darah tinggi - kencing manis - peparu berair - sakit usus - buah pinggang rosak.
Jika mati kerana kemalangan atau mati tanpa penyakit, apa nak buat! Memanglah kawasan tu rezeki untuk menerima habuan besar dari wang rakyat yang dirasuahkan semasa PRK tersebut.
Sementara itu Umno/Bn pula hendaklah mendapatkan calon yang pandai 'menganggok' dan 'mengampu' agar tidak mendatangkan kesulitan kepada pemimpin. Bagi Pakatan Rakyat pula calon-calon hendaklah diperiksa kaki dan tangan mereka kalau-kalau menyerupai kaki dan tangan 'katak'.
SELADANG: Kalau ada orang kata cadangan di atas 'karton' ! SPR lagi banyak buat karton semasa pilihanraya umum atau kecil!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment