Sunday, January 4, 2009

BAWAH MERENTAP ATAS MENGHENTAK

Mari kita berpantun ...

Ke sana kejar ke mari kejar,
Sampai di landai terbaring menjalar;
Sana belajar sini belajar,
Ada yang pandai ada kurang ajar.

Sana menari sini menari,
Menari canggung membawa lidi,
Sana mencari sini mencari;
Ada termenung menunggu subsidi.

Jual kain beli kain,
Kain buruk di atas unta;
Sana kawin sini kawin,
ada yang sibuk bercina buta.

Kain lampen pembalut lampen,
Lampen jenuh Inderagiri;
Sana kempen sini kempen,
Ada memenuhi poket sendiri.

Anak Daik pulang ke Daik,
Menjual makjun di Lubuk Langkap;
Sana naik sini naik,
Ada terjun mengikut tingkap.

Kiri sawah kanan pun sawah,
Tanam jagung tepi perigi;
Sana rasuah sini rasuah,
Rakyat termenung mengira rugi.

Sana cerun sini cerun,
Kayu melintang bersegi-segi;
Getah turun sawit pun turun,
Harga barang melambung tingi.

Kuih lepat inti bersumbat,
Makan di tugu lebar-lebaran;
Naiknya cepat turunnya lambat,
Rakyat menunggu dengan debaran.

Bawah atap ada katak,
Kulit disayat di panas bening;
Bawah merentap atas menghentak,
Kepala rakyat juga yang pening.


SELADANG: Luka di hati tak beritahu.

2 comments:

MADEY said...

Salam buat Tok Peran,

Terpaut sudah rasa di hati...gurindam dibaca menyentuh hati...terdetik jua doa di hati...pak menteri & poli"tikus" moga terbuka di hati....membaca mendengar luahan hati...rakyat jelata yang sakit hati....moga tersebat mereka di hati....tiap tindakan berhati-hati...agar tidak hitam di hati....

http://sudut-pandang-madey.blogspot.com/

rantong said...

Doa untuk Iraq
Saudara kita yang seagama di IRAQ diambang kemusnahan dalam semua aspek kehidupan. Kita tidak boleh menahan atau membendung rasukan perasaan yang telah hilang pedomannya sebagai manusia berfikir saperti biasa. Kita tidak mempunyai kekuatan fizikal atau sebarang kecanggihan untuk menghalangnya dari kemusnahan. Sebagai umat Islam, berpegang teguh kepada rukun Islam dan Iman, kita ada Allah Taala. Sebagai berpegang teguh kepada rukun Iman, khususnya pada ketika ini, percayalah akan Rukun Iman Yang Pertama;

Percayakan Allah
Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil(Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka bumiMU. "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."