PENAHANAN seorang remaja yang dikatakan mengugut untuk membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun, juga selaku Mursidul Am PAS mungkin menjadi satu lagi episod ujian kewibawaan pihak Polis dan Pendakwa Raya serta Badan Kehakiman negara ini setelah dilanda dengan berbagai kes bertahap tinggi seperti kes pembunuhan Altantuyya, kes terbaru Amirnulrashid dan kes rasuah pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam dari Perancis.
Apakah kewibawaan Polis pada awal kes-kes ini boleh memulihkan kembali perangai rakyat dan pemimpin negara ini terutamanya para remaja terhadap undang-undang negara?
Jika pihak polis menganggap ugutan remaja tersebut hanya mainan cakap dan gatal tangan anak muda sahaja, ianya adalah sikap dan tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan moral rakyat negara ini.
Gatal mulut dan tangan dengan perkara yang tak sepatutnya dilakukan akan membiak di kedai-kedai kopi terutamanya mereka yang beremosi tinggi.
Jangan pula pihak polis beranggapan perkara ini kena kepada seorang pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat, maka ianya adalah kes remeh temeh sahaja dari gatal mulut dan tangan seorang anak muda yang baru mengenai dunia.
Jika gatal mulut dan tangan ini terkena pada pemimpin Umno/Bn ianya menjadi suatu kes yang amat besar bukan menggoncangkan Malaysia tetapi dunia!
Begitu jugalah sebaliknya. Jika kes rasuah, penyelewengan kuasa, hasutan, para pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi kes tinggi jika ada pihak yang membuat aduan. Bila aduan untuk pemimpin Umno/Bn, maka kes itu bagaikan remeh temeh bagaikan di tong sampahkan sahaja.
Rakyat sedang menunggu apakah kewibawaan polis negara ini menyelesaikan kes ugutan remaja tersebut, adakah seperti menyelesaikan kes Ah Long 'peminjam wang' yang masih lagi bergerak walaupun dengan cara tidak terbuka ?
Adakah ukuran kes remaja mengugut seorang pemimpin ini menggambarkan nilai kegagalan Kerajaan Umno/Bn mendidik moral rakyat khususnya remaja negara ini ?
SELADANG: Beberapa kali dihalang oleh kumpulan remaja 'upahan' bawah 16 tahun yang mengibarkan bendera Bn di jalan raya semasa bertugas di PRK Hulu Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bile polis nak tahan die? nak nengok kuar berita ke?
Post a Comment