Sunday, February 15, 2009

ISU KUASA RAJA - Umno bohongi rakyat!

Diumpamakan begini ....

Dilucutkan pakaian seseorang perempuan. Diletakkan ditepi jalan untuk memudahkan ditontoni orang ramai. Kemudian berteriak mengatakan: Perbuatan itu adalah mengukuh dan mempertahankan maruah perempuan tersebut.

Patutkah begitu? Jawapannya Bacullah si lelaki yang berkata begitu?

Realitinya pula ...

Umno kikis kuasa Raja-Raja Melayu sehingga hilang beberapa kuasa meluluskan keputusan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat serta keputusan Exco dan Jemaah Menteri jika setelah diberikan kepada Baginda Raja berkenaaan, maka Baginda tidak perkenan dan tidak menandatanganinya setelah dalam masa tempuh tertentu, akta atau keputusan tersebut lulus boleh dilaksanakan sacara langsung. Berbanding sebelum Pindaan Perlembagaan kuasa Raja-Raja dilakukan.Justify Full
Baginda Raja-Raja Melayu pun sudah disediakan oleh Umno/Bn sebuah Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan Baginda Raja. Ada Raja-Raja yang sudah dibawa kes mereka ke mahkamah tersebut dan ada yang sudah menerima keputusan mahkamah.

Namun tiba-tiba beberapa pemimpin Umno yang dulu kini dan belum tentu lagi, beriya-iya mengeluarkan kenyataan sumbang dengan mengatakan Pindaan Perlembagaan tersebut dilakukan untuk mengukuh dan mempertahankan kuasa Raja-Raja.

Rakyat menilai sendiri pembohongan kenyataan tersebut. Ianya mengelirukan rakyat yang kini semakin meloya dengan kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno berbentuk; Baling batu sembunyi tangan dan tidak mengaku berak di tengah jalan!

Patutkah begitu? Jawapannya Bacullah pemimpin Umno itu!

SELADANG: Pernah pentaskan drama 'Rentak Pahlawan' masa Rahim Bakar MB Pahang.

1 comment:

abdrahim kassim said...

Tok Peran,
Yang peliknya raja-raja itu sendiri. Tengoklah dengan Sultan Selangor. Baginda lupa UMNO Selango pernah mengaibkan Istana Selangor tapi dalam kes di Perak, baginda buat kenyataan yang kemudian dipergunakan oleh UMNO.