Sunday, February 1, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BEHRANG & CHANGKAT JERING - Berapa ramai pula polis berkampung di sana?

DENGAN kosongnya kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering di Perak, maka satu lagi arena pertarungan besar akan bermula sebaik sahaja SPR mengumumkan kekosongan tersebut.

Bagi PAKATAN RAKYAT kedua-dua kerusi itu amat mustahak dipertahankan kerana ianya adalah penentu penerusan Kerajaan PR Perak yang diterajui sejak 8 Mac 2008 lalu.

Setakat ini PR menguasai 30 kerusi, BN 27 sementara 2 kosong. Jika Kedua-dua kerusi tersebut kekal kembali kepada PR, maka PR berjumlah 32, BN tetap 27. Jika 1 PR dan 1 BN maka ianya menjadi 31 PR sementara BN 28.

Jika 2 kerusi tersebut berpihak kepada BN maka PR tetap 30, BN meningkat 29, majoriti 1 sahaja untuk PR.

Di sinilah letaknya nanti 'Suara Rakyat Suara Keramat'. Rakyatlah yang akan menentukan perubahan besar ini. Samada rakyat mahu kembali terbelengu dengan pemerintahan BN yang kian banyak bermasalah terutamanya rasuah dan keselamatan yang membimbangkan disamping pencemaran Fasal 152 Perlembagaan Malaysia oleh Kerajaan BN.

Atau rakyat mahu meneruskan kehidupan dibawah Harapan Baru bersama PAKATAN RAKYAT yang kini mula merungkai banyak pemasalahan dan penyelewengan serta ketidak adilan Kerajaan BN dulu disamping melaksanakan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan rakyat yang penuh erti walaupun usianya baru setahun jagung.

PR telah banyak membuat pembaharuan dalam pentadbiran Kerajaan Perak dan kepada rakyat Perak sedang menerima angin perubahan yang besar. Apakah segala impian yang selama ini diharapkan kepada PR akan hancur dengan memberikan kemenangan kepada BN di 2 DUN yang menghadapi Pilihanraya kecil nanti.

Bagi Najib, imejnya mesti dipulihkan, bukan saja sebagai bakal ditabalkan sebaga Presiden Umno tetapi juga sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru menggantikan Tajol Rosli.

Najib tidak mahu nasibnya kali ini ditimba rundung malang. Oleh itu apakah strategi baru Najib untuk memenangi kedua-dua DUN tersebut? Berapa ratus jutakah RM akan ditaburkan di dua DUN tersebut? Berapa banyakkah fitnah dan sumpah akan dihemburkan melalui media massa perdana samada tv mahupun akhbar.

Berapa banyakkah kakitangan kerajaan Pusat akan dikerah ke dua-dua DUN itu? Berapa banyakkan anggota polis biasa + SB akan berkampung di dua-dua DUN itu? Oleh kerana keadaan di kedfua DUN tersebut terlibat juga beberrapa kampung, adakah angkatan tentera Malaysia juga akan duduk berkampung di sana?

Pastinya Najib akan menggerakkan seluruh jentera kerajaan untuk memenangi kedua-dua DUN tersebut kerana jentera BN terutamanya parti-parti kompenan selain Umno tidak menampakkan petanda untuk membantu BN kecuali beberapa kerat pemimpinnya sahaja.

Sementara jentera Umno pula sedang menghadapi Pemilihan Umno dalam bulan Mac ini. Calon-calon dan perwakilan lebih berfikiran menumpu kepada kerja penentuan kepimpinan parti kerana ianya soal nasional sementara Behrang dan Changkat Jering adalah soal negeri sahaja.
Justify Full
Ada angin yang bertiup mengatakan satu lagi kerusi DUN yang dimiliki PR akan melompat ke BN berkaitan tandatanya tentang 'keghaiban' Timbalan Speaker Kerajaan Perak yang disandang oleh wakil DAP.

Jika itu berlaku maka keadaan Kerajaan PR Perak akan roboh! Jika BN menang 2 kerusi yang dalam pilihanraya kecil maka menjadi 27+2=29+1 dari lompatan PR ke BN = 30. PR menjadi 29.

Maka jelaslah keadaan di Perak kali ini satu lagi Pilihanraya yang amat hebat kerana BN ingin merobohkan Kerajaan PAKATAN RAKYAT.

Pengundi di DUN Changkat Jering dengan Behrang adalah penentu kepada keadaan yang drastik ini. Para pengundi jangan menggadaikan kehidupan baru yang mula memancarkan cahayanya bersama PAKATAN RAKYAT semata-mata mengharapkan seuatu yang datang di musim pilihanraya sahaja.

Penolakan pengundi di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering adalah isyarat dari rakyat yang menolak kepimpinan Najib Razak, antara pemimpin BN yang masih tidak lagi menjawab secara jelas beberapa persoalan dan permasalahan yang dihadapkan kepadanya.


SE
LADANG: Dah asah tanduk untuk turun gelanggang!

1 comment:

abdrahim kassim said...

tokperan,
Kita harap Datuk Ser Anwar dapat meletakkan calon yang betul-betul berwibawa di Behrang dan Changkat Jering nanti.

Apa yang baru berlaku ini adalah satu pengajaran yang berguna.

Kita masuk pilihanraya bukan semata-mata untuk menjatuhkan UMNO atau BN tetapi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat lebih baik dari UMNO/BN.

Kalau calon yang kita letakkan perangai sama macam UMNO/BN, tidak ada gunanya kita membazir wang dan masa melawan mereka.