Friday, February 6, 2009

5 RAJA TINGGAL DI DUNIA?

Betul ke tajuk di atas?

Tiba-tiba aku teringat kepada perbualan cikguku, seorang Sukarelawan Amerika, perempuan, masih anak dara masa itu, namanya Miss Belinda Belly.

Kami selalu berbual di masa menunggu rakan-rakan lain datang untuk sessi sukan. Miss Belinda Belly ni suka berbual dengan murid-murid yang mulut mereka becok. Antaranya aku.

Masa itu ada beberapa orang rakan-rakan aku.

"Dalam dunia ni banyak Raja, Ada Raja di pulau-pulau, ada di tanah besar, ada di dalam hutan, ada di benua-benua. Semuanya memerintah, ada rakyat ramai, ada sikit, tapi semua rumah mereka besar-besar, hidup mewah," cerita Miss Belinda Belly.

Kemudian dia mengatakan bahawa dalam ramai-ramai Raja yang memerintah itu, hanya tinggal 5 sahaja akhir-akhirnya. Yang lain ada yang hilang kuasa, ada yang hilang tahta.

Tergamam juga kami mendengarnya. Mata kami bulat berpandangan kerana negara kami pun ada Raja, dalam Perlembagaan Malaysia ada Raja, Raja Berpelembagaan kedudukan kuasanya. Itulah yang kami tahu masa itu.

Cerita Miss Belinda Belly lagi, "akan tinggal 5 sahaja."

Kami tergamam. Dia selamba sahaja.

Menurutnya yang tinggal Raja Lekok, Raja Demon, Raja Kelawar, Raja Sepit dan Raja England. Kesemua Raja-Raja itu hilang kuasa atau tahta kedudukan mereka kerana dikerjakan oleh 4 Raja yang awal disebut.

Sementara Raja England yang diberi kuasa sebagai kuasa Raja Berpelembagaan kekal kerana tidak terlibat dengan politik rakyat dan mengikut garis Perlembagaan.

Hati aku berkata, ya ke tak ye cerita cikgu Minah Salleh ni? Masa itu dalam tahun 1963 atau 1964 masa aku bersekolah di Rembau, Negeri Sembilan. Kini usia aku 60 tahun masih ingat-ingat lagi cerita cikgu itu.

SELADANG: Gajah pun dah tak jadi Raja Hutan lagi. Ada yang diletak di Zoo, di pusat pemulihan dan pembiakan, rangka dan tengkorak pulak banyak diletakkan di muzium, kerana hutan dah kena kebas secara haram kayu-kayu balaknya.

No comments: