Thursday, February 12, 2009

MERANGKUM KEKALUTAN DALAM KETAKUTAN

Dari istana ke bukit aman,
Singgah sebentar di mahkamah;
Hidup tak guna dalam ketakutan,
Bertindak kasar mempertahankan rasuah.

Rengkasnya: Setelah Najib berjaya menyusun jari sepuluh memohon rastu Baginda Sultan di istana untuk merampas mandat rakyat dan menubuhkan kerajaan haram Bn di Perak maka kini untuk terus berkuasa atas dasar ketakutan terdedahnya beberapa orang pemimpin tertinggi yang mengamalkan rasuah, pihak Bukit Aman pula telah menyekat pengetahuan rakyat dalam negara yang memperagakan demokrasi (kononnya!).

Berpuluh ribu akhbar Suara Keadilan dan Harakah dirampas kononnya banyak membuat pembohongan. Ertinya para menteri dan polis telah mengambil alih tugas para hakim mahkamah dengan segera menjatuhkan hukum. Seperti juga SPR yang kini melebihi di luar tugasnya dan telah membuat keputusan menolak notis Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengenai perletakkan 3 orang ADUN dulu.

Kekalutan terus menerus bila ada pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa jangan salahkan mahkamah kerana tidak memproses kes berkaitan saman Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terhadap SPR. Kononnya tidak cukup dokumen. Apakah dari segi perundangannya dokumen boleh disusul kemudian.

Bukit Aman juga menyekat ceramah-ceramah untuk raklyat Perak mengetahui keadaan sebenar dari pihak terlibat tetapi Pemimpin Umno/Bn terus menggunakan tv dan akhbar pro kerajaan melakukan berbagai dakyah terhadap musuhnya.

Inilah kejahatan untuk menutup segala rahsia kekalutan yang dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sehingga ahli-ahli parti itu sendiri mulai merasa bosan dengan telatah tidak telus pemimpin mereka.

Semua kekalutan ini dibuat untuk membendung ketakutan para pemimpin Umno/Bn yang kini dalam penujuan dipimpin oleh Najib Razak seorang negarawan yang mencatatkan sejarah merampas mandat dan hak rakyat Perak!

Para pemimpin Umno/Bn sekarang banyak mengambil tugas tertentu para pentadbir agensi kerajaan demi menyelamatkan kuasa mereka dan membodohkan rakyat. Para pentadbir pula menjadi tukang anggok sahaja sekarang ini.

Sejarah yang dicacatkan oleh Najib Razak ini akan terus dikenang dan menjadi nadi juang untuk jenerasi Malaysia yang bertamaddun menumbangkan Umno/Bn dalam jangka terdekat melalui demokrasi yang semakin tersekat!

SELADANG: Melihat rentak dan lenggok para pencacai Umno/Bn yang menadah tangan menunggu habuan!

1 comment:

abdrahim kassim said...

Seladang,
Awak jangan risau. Tadi ada orang bagi tahu aku, Najib tidak akan jadi PM bulan Mac ini.