Thursday, February 19, 2009

BADOT TG NIK AZIZ ?

BILA mengkuti Lapuran Parlimen yang bersidang, terasa ada sesuatu yang tertanya-tanya dalam hati aku tentang kemunculan selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu Wakil Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS kemudian masuk Dewan Rakyat mengistiharkan dirinya Bebas.

Dia bebas berkata-kata apa saja untuk menghentam hujah-hujah wakil Pakatan Rakyat dengan mulut baculnya itu dan terampu-ampu pula menyokong hujah wakil BN.

Dia ada masa dilihat bagaikan Badot Parlimen yang diletakkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas calon PAS kemudian melompat ke Bebas. Ada masa hujahnya mengena dirinya sendiri.

Kita masih tertanya-tanya setakat ini tujuan sebenar Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberikan peluang kepada manusia celupar mulut ini bertanding di Pasir Mas. Walaupun pada 2004 dia bertanding atas tiket Bebas dan kalah teruk namun 2008 pastilah atas sokongan padu ahli-ahli Pakatan Rakyat terutamanya PAS di kawasan tersebut memenangkan manusia yang anih seorang ini.

Kita yakin sikap dan niat baik Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi peluang kepada manusia musuh tradisi PAS ini bertanding atas tiket PAS tetapi ketika berhujah di Dewan Rakyat ianya menampakkan seperti manusia tidak mengenang budi!

Adakah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sengaja meletakkan manusia yang boleh dikatakan berhujah dua alam ini untuk menjadi badot di Dewan Rakyat sebagai penyeri senyum tawa ketika para wakil yang lain dalam keadaan tegang membahaskan sesuatu isu?

Jika itu yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz hajatkan, maka tidak rugilah orang-orang PAS dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan undinya di PRU 12 dulu. Tapi apakah di PRU 13 nanti, badot Parlimen ini akan dapat tempat lagi?

SELADANG: Suka tonton gelagat badot sarkis - hidung dan bibirnya di cat merah! Bandannya kurus kering - tapi badot anih ni badannya gemok!

No comments: