Wednesday, February 11, 2009

ANTARA DEMOKRASI DENGAN DEMOKASI - Yang Mana Umno/Bn mudah berkuasa?

Tajuk di atas sekali imbas adalah tajuk biasa. Namun jika dihalusi ianya memberikan satu erti besar kepada Umno/Bn dan rakyat. Kesannya juga besar tetapi bagi pemimpin Umno yang kini sudah mula terasa bahawa Umno/Bn itu berada di penghujung hayat, tajuk di atas adalah pilihan atau lebih tepat sebagai talian hayat untuk mereka terus berkuasa.

Secara rengkas demokrasi adalah dasar negara ini dari segi pemilihan pemerintahannya dan juga amalan pemerintah. Ianya adalah pilihan rakyat. Majoriti mengatasi manoriti.

Jika amalan demokrasi itu terus dilaksana dan diamalkan oleh Umno/Bn maka hayat Umno/Bn tidak lama. Banyak hal yang menyebabkan ianya menuju ke kuburan! Antaranya; ketidak adilan kepada rakyat, pemimpin yang rasuah (ada masa disebut komisyen), pelabaan kroni, menyalah gunakan kuasa dengan memperalatkan agensi kerajaan terutamanya polis, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Penerangan, Kemas, Suruhanjaya Pilihanraya termasuk juga badan-badan berkanun seperti Risda, Felcra, Felda, Mara dan sebagainya.

Salah guna ini dilakukan selalu terutamanya semasa Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. Ia dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Malahan untuk mengukuhkan kekuatan parti, yang semakin dijauhi oleh rakyat terutamanya golongan muda, Umno/Bn juga menggunakan beberapa pusat pengajian tinggi.

Perebutan pimpinan dalam Umno/Bn yang hebat mengggunakan wang tidak dianggap rasuah tetapi disebut politik wang kian menular di setiap sanubari ahli-ahli Umno. Sikap pimpinan Umno/Bn yang menerajui kerajaan mengugut secara tidak langsung kepada rakyat dengan menyekat beberapa peruntukan juga adalah antara sebab rakyat jenerasi muda sedar bahawa Umno/Bn tidak mampu membawa dasar demokrasi untuk rakyat.

Jika amalan demokrasi terus diamalkan oleh pemimpin Umno/Bn, mereka sedar bahawa kain sedang dikoyak untuk mengapankan Umno/Bn yang bangga dengan slogan dulu, kini dan selamnya.

Rakyat sudah lama mencari parti alternatif untuk menggantikan Umno/Bn dan kini bermula dengan 1998 tika Pru 10 menjangkau Pru 11 dan seterus Pru 12, rakyat telah bertemu dengan alternatif yang dicari.

PAKATAN RAKYAT yang membawa suara rakyat, perjuangan rakyat, untuk rakyat adalah gabungan yang datang dari parti-parti bukan perkauman.

Kemunculan PKR yang disambut oleh DAP dan PAS membentuk secara tidak langung PAKATAN RAKYAT amat digeruni oleh pemimpin Umno/Bn.

Ole itu pemimpin Umno/Bn mencari berbagai jalan untuk merampas mandat rakyat yang mula mengenepikan kehabatan Umno/Bn. Usaha pemimpin yang menaburkan projek dan wang semasa Pilihanraya Umum dan Kecil sudah tidak dapat memikat hati rakyat. Falsafah baru pengundi ialah beri ambil, undi lain banyak memerangkap usaha pemimpin Umno/Bn.

Pemimpin Umno/Bn mencari jalan untuk terus berkuku dengan kuasa yang mula dipertikaikan oleh rakyat. Lalu dengan cara memerangkap dan bertindak menggunakan agensi-agensi kerajaan. Sasaran utama mereka ialah Wakil-Wakil Rakyat pilihan rakyat untuk menjatuhkan dan melemahkan sesuatu kerajaan negeri disamping menggunakan pihak istana.

Pemimpin Umno/Bn sudah tidak menghormati dan mengenepikan suara dan mandat rakyat! Amalan ini bukan saja bermula di 2009 tetapi telah dilaksanakan sejak lama oleh Umno/Perikatan sehingga Umno/Bn.

Setiap penggal Pilihanraya akan berlaku lompatan dari parti pembangkang ke Umno/Bn! Ianya bukan diterokai setahun dua ini tetapi dulu kini dan selamanya ampunya kerja. Terakhir kini ialah wakil-wakil Adun Perak yang diperangkap dengan rasuah, dihilangkan beberapa hari, apakah juga ada habuan?

Oleh itu jalan yang paling mudah untuk pemimpin Umno/Bn berkuasa di era Najib Razak ini ialah mentenderkan pilihanraya Umum atau Kecil.

Contohnya: Jika untuk sesuatu kawasan itu ada 2 atau 3 calon yang bertanding, maka SPR hendaklah mengeluarkan tender sebanyak mana yang mampu dibayar oleh calon-calon tersebut. Setelah loceng digoyang untuk lelong, maka calon yang membayar tertinggi adalah yang memenangi kawasan tersebut samada Parlimen ataupun Dun.

Begitu juga untuk menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri, maka pihak istana dan pihak Tuan Yang Dipertua Negeri-Negeri juga juga menggoyangkan loceng dan sesiapa yang sanggup membayar tender tertinggi, maka dialah yang dilantik untuk Menteri Besar atau Ketua Menteri. Begitu jugaklah dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Kerajaan akan dapat duit, suara dan mandat rakyat letak belakang, kerana rakyat akan akur dalam kebodohan dan ketakutan serta ketaatan membuta tuli.

Jika ini dilakukan maka Umno/Bn bukan saja mengekalkan kuasanya di Kerajaan Pusat tetapi akan berjaya menguasai seluruh negeri dalam Malaysia ini kerana tender memerlukan wang dan Umno/Bn banyak wang!

Untuk terus berkuasa tidak perlu susah-susah mengamalkan demokrasi tetapi amalan demo- kasi menjamin untuk kekal berkuasa cara apa pun dulu, kini dan selamanya. Kalau tidak diamalkan pun ianya mulai menular dengan amalan politik wang (rasuah) pemilihan Umno dan pelompatan Adun-Adun dan Mp-Mp sejak dulu dari pembangkang ke Umno/Bn masih menjadi tandatanya samada penggunaan wang diperlakukan?



SE
LADANG: Orang kaya kuasanya pada emas ringgit. Orang miskin kuasanya pada perjuangan.



No comments: