Friday, March 20, 2009

HIKAYAT TERKINI CACA MARBA

MAKA tersuratlah dalam hikayat parti caca marba yang melaongkan dulu kini dan selamanya, bilamana kecundangnya pahlwan cucu cicit Benggali Putih di jampi menjadi kambing hitam oleh Semenda Monggolia untuk menunjukkan bahawa parti itu bersih dari gejala rasuah.

Semenda Monggolia akan mengambil alih pimpinan parti Caca Marba dari cucu cicit al Baduwi yang banyak mendekati al Shafie dan al-Ghazali dengan membawakan Islam Adahari.

Di belakang tabir pentas yang penuh dengan hulur dan sambut itu cucu cicit al Mamak dari saki baki Madaliar menghetung hari dan jari, siapa dan bila akan kembalinya era pentadbiran ala Al Mamaki dengan bertopengkan perjuangan Melayu!

Rakyat terutamanya Melayu terus termangu-mangu menunggu dengan harapan akan makan kenduri besar bila Semenda Monggolia mengambil alih pentadbiran. Dapatlah makan kerbau atau ayam goreng. Cukuplah!

Ekonomi yang semakin menguncup tak payah ambil tahu. Biar sampai bulur barulah bangun cakap ikut surat khabar tulis dan tayang: Ini semua kerana adanya parti pembangkang.

Oleh kerana itu tidak perlu parti pembangkang? Lagi baik! Ikut suka hati apa nak buat! Nak rompak! Nak rasuah! Nak bunuh! Nak rampas! Nak kepong! Nak maki! Nak tipu! Nak seleweng kuasa! Macam-macam boleh buat bila tak ada pembangkang!

Rakyat nak mampus-mampuslah! Asalkan kroni kaya raya! Yang pentingnya PDRM - SPR - SPRM - Pejabat Peguam Negera - Mahkamah - Ikut telunjuk seseorang sahaja! Aku yang berkuasa! Ikut cakap aku! Kalau tidak ......


SELADANG: Tak pernah jadi pemainan sarkis!


2 comments:

a.b geldofg said...

ekonomi siapa sbenarnya yg menguncup?

Baginda Reformasi said...

baginda sambung..
kalau tidak anda semua akan jadi sejarah sahaja dalam muzium tempatan... anda pikirkan, tanpa kami (kerajaan UMNO) tiadalah anda semua badan-badan kerajaan, takde sekolah untuk anak-anak anda... bukan lagi undi calon yang sesuai tapi undilah UMNO, kami yang bayar gaji anda maka berkhidmat untuk kami kerajaan UMNO... tahun depan naik lagi 5 peratus untuk pengarah2 sahaja..