Wednesday, March 25, 2009

LANUN DENGAN LOCENG

APABILA Kerajaan umno/bn menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dengan alasan dari menteri berkenaan kerana banyak fitnah, maka rakyat bertanya: Apa fitnah yang dimuatkan dalam kedua-dua akhbar tersebut? Kenapa fitnah itu tidak diambil tindakan sewajarnya melalui undang-undang?

Kenapa akhbar-akhbar lain yang juga dituduh oleh pihak lain mempunyai unsur fitnah tidak diharamkan sehingga memaksa dibawa ke arena undang-undang?

Atau pengisian kedua-dua akhbar tersebut amat menakutkan pemimpin umno yang selama ini begitu rakus dengan kuasa? Adakah ianya bukan fitnah tetapi pendedahan? Lantas itu mereka cuba menutup seketika akhbar tersebut menjelang perhimpunan agung umno seterusnya musim Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta Batang Ai!

Penggantungan itu merampas hak kebebasan bersuara rakyat di sebuah negara yang demokrasi agar rakyat tidak mengetahui akan isu sebenar yang didedahkan.

Ianya bagaikan cerita lanun yang mencuri loceng!

Oleh kerana loceng yang digantung di tengah-tengah sebuah kampung akan dibunyikan bila ada kelibat lanun masuk di dalam kampung tersebut, maka kumpulan lanun telah berpakat untuk mencuri loceng tersebut agar ianya tidak menjadi suatu yang mengganggu kerja jahat mereka.

Ketika si lanun melarikan loceng tersebut terus berbunyi kerana bergoyang. Si lanun bimbang ianya akan didengar oleh penduduk kampung. Lantas dia menyangkut loceng tersebut pada bahunya dan kedua belah tangan menutup kedua belah telinganya.

Dia tidak mendengar lagi bunyi loceng yang dibawanya lari tetapi orang kampung semakin ramai menghambatnya mengikut bunyi loceng yang dibawanya itu. Rahsia lanun mencuri loceng itu pun terserlah!


SELADANG: Menghambat musuh di 2 bukit dan di batang air!

2 comments:

Baginda Reformasi said...

heheh pekembaq bukan lanun je tok peran tapi.. LANUN-perasuah-pemakan rasuah-perampas-pencolek-pempolitik wang-pembunuh bahasa-penderhaka-pengguna ilmu itam-pembenci-pengprovokasi-dan lain-lain lg... loteh lak nak sebut

antus said...

Jgn dicaci bangsa sendiri,kerana yang dicaci itu mungkin kurang hina nya dari yang mencaci.Fikir2kan lah.