Wednesday, March 25, 2009

KOKOK BERDERAI2 - EKOR GELUMANG TAHI

KALAU melihat dan mendengar Hishamuddin Hussin berucap dengan bibir luas terjueh menuding orang lain sebagai petualang, agak-agaknya terpengaruhkah rakyat untuk mengiyakan kata-katanya selain dari pencacai yang ada dalam dewan persidangan pemuda umno di pwtc?

Hishamuddin seolah-olah badot politik yang bersalut anika warna menghiburkan penonton persidangan sedangkan di sebaliknya nyata sekali keris yang diusung dan lidah yang bergerak menikam dan mengata diri dan umno itu sendiri?

Siapakah petualang Bahasa Melayu? Bukankah pemimpin umno yang melakukan dan mempertahankan PPSMI?

Siapakah yang menghancurkan kekuasaan Raja-Raja Melayu? Bukankah pemimpin yang melakukannya pada 1993?

Siapakah yang memohon maaf pada mca dan gerakan setelah dikritik bila ketua pemuda umno mencium mata keris? Bukankah pemimpin umno?

Siapakah yang menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura? Bukankah kelemahan pemimpin umno?

Siapakah yang memberhentikan mufti bila si mufti menangani masalah maksiat di negara ini? Bukankah pemimpin umno?

Siapakah yang mencemarkan ketelusan mahkamah? Bukankah pemimpin umno dengan pita linggam?

Siapakah yang mengizinkan pemain kriket Yahudi Israel bermain di Malaysia? Bukankah pemimpin umno?
Siapakah yang memecah belahkan bangsa Melayu? Bukankah pemimpin umno yang mengutamakan kroni mereka dalam semua hal?

Rakyat hanya ketawa melihat Hishamuddin berdegar-degar bercakap! Di fikiran mereka berlainan dengan permohonan mengiyakan oleh Hishamuddin itu!

Dengan fikiran yang terbuka kita dapat menjawab siapakah sebenarnya petualang bangsa, agama dan negara?

SELADANG: Terbayang-bayang gelagat bodoh dan hodoh badot parlimen satu tika dulu!

2 comments:

a.b geldofg said...

biasalah tu bro...nak hidup

Baginda Reformasi said...

sy manipulate skit... :)

KALAU melihat dan mendengar Hishamuddin Hussin berucap dengan bibir luas terjueh, LIDAH TERKONTOT, menuding orang lain sebagai petualang sedangkan diri tu bapak segala petualang bangsa dan negara no 1, agak-agaknya terpengaruhkah rakyat untuk mengiyakan kata-katanya selain dari pencacai najis AMENO dan kaldai yg mengundi KJ, yang ada dalam dewan persidangan pemuda umno di pwtc?

hehe lebih2 letih lak tok... salam!