Monday, March 30, 2009

Petikan riwayat marbalara: AKULAH LANUN DALAM INI NEGERI !

MAKA dikisahkan oleh empunya riwayat setelah berkampung berhari-hari dengan makan rumput bersabit kata bidalan di kuala tanah daratan, lanun-lanun yang datang dari beberapa arah mata angin pun pulanglah ke sarang-sarang mereka membawa satu saranan pembaharuan agar mereka disayangi semula oleh rakyat.

Lanun yang datang itu untuk memilih pemimpin mereka yang terdiri dari lanun-lanun kaya dengan memperjudikan nasib rakyat yang dipaksa, diugut dan dipujuk menyokong mereka. Harta rakyat adalah aset utama menjadikan pemimpin lanun-lanun ini kaya raya!

Ada juga dalam kumpulan lanun ini yang dhaif kedana dengan mengharapkan huluran subsidi untuk kais pagi makan pagi kais petang terus berhutang! Tapi mereka setia kepada pemimpin lanun kerana mereka dijanjikan itu dan ini setiap kali ada pertemuan.

Rakyat mulai sedar - saki baki lanun yang dah nak nyanyok memang tak sedar diri diperguna dan dikelentong oleh pemimpin mereka. Rakyat sudah tidak mengindahkan lagi ugutan, paksaan dan pujukan pemimpin lanun. Rakyat sudah beralih ke penyelamat rakyat!

Inilah yang membimbangkan pemimpin lanun. Mereka bimbang dengan 'suara rakyat suara keramat!' Lantas itu mereka nak membuat berbagai teori perubahan untuk menyelamatkan mereka! Teori saja. Sebab berkali-kali udah pertemuan mereka sebelum ini semuanya mahukan perubahan dan penyatuan!Add Image

Namun bila pulang ke sarang masing-masing laku bak lama jua!

Pertemuan berkampung kali ini ada beberapa kambing hitam disembelih sebagai membayar nazar untuk pertukaran seorang pemimpin.

Pemimpin mengharapkan agar lanun-lanun yang pulang ke sarang dari berkampung bukan saja bersorak sorai dengan lagu "akulah lanun dalam ini negeri" tetapi hendaklah merapati rakyat agar rakyat boleh memberi sokongan dan kita boleh ..... ngruppppp sampai ke tulang!!!!

Mana yang besar ngruppp besar - mana yang kecil ngruppplah kecil atau jilat tulang ajalah!!

Nak rapati rakyat macam mana? Rakyat bukan bodoh sekarang ini! Rakyat tahu tabiat dan sifat hati budi lanun! 100 umpuk kamu - Sejuta umpuk aku: Itu dasar agihan ekonomi lanun! Bukan ekonomi rakyat!

Lanun tidak akan lari dari tabiatnya: mencuri - menyamun - meragut - merampas - merompak - memecah rumah - merogol - menipu - mencolek - membakar - mengurung - menerima dan menghulur rasuah - menyelewengkan kuasa - tak percaya sesama sendiri - berzina - mabuk tunggang langgang - ngerjakan anak bini orang - meraba punggung dan buah dada - akhirnya membunuh!!!

Balik ke sarang mana sekali pun kalau dah lanun tu lanun jugalah!!!! Hanya rakyat yang mampu menghancurkan lanun-lanun ini dengan slogan 'suara rakyat suara keramat!' 'Undi rakyat undi penyelamat!' 'Pakatan Rakyat perjuangan rakyat untuk rakyat!'

SELADANG: Tak mahu jadi kaldai untuk tunggangan lanun-lanun yang zalim.

4 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam dari pak cik nak

Baginda Reformasi said...

hapus kan lanun cetak rompak dan lanun blakang tarok.. suara rakyat jadi utama! baliklah ke sarang lanun! kami tak kebuloq tanpa kamu lanun!

Baginda Reformasi said...

salam semua..
saya perlukan pendapat anda..tq

panas-hisamudin bersilat cekak..
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

lebih panas-masjid di conteng dgn makian
link terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

p/s
buat banner besar2....

1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

ok tak cadangan aku? huhu
to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

Seladang said...

SALAM OTAI:
Aku acah aja dulu! Terima kasih.

SALAM BAGINDA REDORMASI:
Lanun-lanun tu sedang berkeliaran di Bukit Selambau - Bukit Gantang - Batang Ai. Jaga-jaga rakyat, si penipu akan banyak tabur janji dan buat fitnah!

Mengenai Altantuyya - Polis larangan jangan sebut dalam ceramah tetapi melalui tulisan dan bisik-bisik boleh!