Thursday, March 19, 2009

NAJIB ATAU RASUAH BERSIHKAN UMNO?

SETIAP kali menjelang perhimpunan terutamanya bila diadakan pemilihan jawatan dari cawangan hingga ke tertinggi, pemimpin Umno sentiasa menyuarakan bahawa Umno mesti dibersihkan dari politik wang (sebenarnya rasuahlah tu!).

Dari tahun ke tahun dari persidangan ke persidangan, hal yang sama diutarakan menjadi modal utama pemimpin tertinggi membuat kenyataan.

Namun barah politik wang (rasuah) sudah tidak dapat dibendung lagi! Ianya sudah menjadi darah daging kepada pemimpin Umno. Ianya bolehlah dikatakan 'kalau tak rasuah tak dapat jadi pemimpin' tak ada siapa nak undi mereka.

Penyakit rasuah dalam Umno telah tenat dan diibaratkan seperti sebatang pokok yang mana seluruh batang, ranting dan akarnya telah dihinggapi cendawan. Tidak ada ertinya lagi.

Hanya ahli-ahli yang tinggal di kampung-kampung sahaja masih teraba-raba berbicara mempertahankan kononnya Umno tidak ada rasuah!

Amalan rasuah ini bukan saja di musim pemilihan Umno tetapi diamalkan juga oleh Umno/Bn semasa Pilihanraya Kecil dan Umum. Kalau semasa pemilihan Umno disebut Politik Wang, di dalam Pilihanraya Kecil atau Umum disebut Bantuan dan Sumbangan. Caranya dan hajatnya sama, cuma sebutannya saja lain.

Maka rasuah adalah antara agenda dalam Umno (parti berslogan dulu, kini dan selamanya) untuk memastikan tertunai sesuatu hajat.

Kini Najib bersuara untuk bersihkan Umno dari gejala Rasuah (sebutan Umno Politik Wang) dengan meminta ahli-ahli yang pasti ditujukan kepada penyokong-penyokong mereka yang termasuk perangkap agar menghurmati Lembaga Tindakan Displin dan Tata Tertib Umno.

Sudah berbuih pemimpin Umno bersuara hal ini dari dulu lagi. Mereka tetap menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Lembaga Displin dan Tatatertib Umno adalah untuk membersihkan Umno. Namun ianya bukan saja bersih tetapi bertambah kotor dan menjijikan!

Kenapa jadi begitu. Kerana pemimpin Umno yang dapat jawatan tersebut berada dalam kawah rasuah juga! Masakan amaran ketua lanun supaya lanun-lanun jangan merompak boleh didengar akur oleh lanun-lanun!

Kini Najib mahu membersihkan Umno. Bersih bagaimana tu? Adakah dia mahu membersihkan Umno dari rasuah? Sedangkan rasuah sudah berakar umbi dalam Umno/Bn! Adakah Najib rasa berjaya dengan melarang Ali Rustam dari bertanding Timbalan Presiden Umno tahun ini maka Umno bersih dari Rasuah (Politik Wang)?

Atau dengan tiadanya Ali Rustam yang duikatakan orang kuat Pak Lah maka Najib telah dapat membersihkan orang yang tak sahaluan dengannya? Dengan itu Najib boleh sapu bersih Umno macam Kassim Baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapok sapu semua harta penyamun dalam gua?

Atau Najib terasa rasuah (Politik Wang) akan membersihkan Umno sebagai sebuah parti yang pemimpinnya ego, rakus dengan kuasa yang ada untuk menimbunkan harta bergunung bagi diri sendiri, keluarga dan kroni? Ertinya Umno hancur dan berkubur kerana rasuah!

SELADANG: Tertanya-tanya apa pasal Najib yang cakap Ali Rustam tetap Ketua Menteri Melaka. Pak Lah masih lagi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Awal-awal lagi Pak Lah dah diketepikan!



3 comments:

a.b geldofg said...

apalah kemaluan ..bgi org yg tk ada kemaluan.....hari ni kemaluan aku kena tunjuk..esok lusa kemaluan ko pulak kena tunjuk....takpa yg penting kita tetap kawan.....kita jgn gaduh

jom kita pkena kopi.....bnyak punggung2 indah yg perlu kita belai sbelum kita balik beradu...sambil bpura2 peluk bini.....kalau salah peluk....gelang2 emas isteri akan mcakar muka kita.....

Seladang said...

Alamak! Bila sebut bini ada orang yang takut tauuu!! Pada bini dia banyak rahsia tersimpan. Untuk naik ke puncak dia kena jaga hati bini.

Baginda Reformasi said...

hehe betul-betul... mase pemilihan UMNO dipanggil politik wang, mase PRU/PRK dipanggil sumbangan yang secara tak sengaja terbagi pada hari mengundi, dan...
kalau mati di bom terbom je kut...
tapi pada baginda sebenarnye UMNO yg membersihkan NAJIB dan RASUAH dan ROSMAH....