Thursday, February 26, 2009

MELAYU UMNO MULA MENGAJAR BIADAP

NASIB apalah kepada sebuah negara yang memperaga dasar demokrasi bila mana hampirnya peralihan kepimpinan parti tunggak pemerintah tiba-tiba petaka yang tidak pernah berlaku telah pun berlaku di bangunan Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen telah diserbu dan dihalang oleh sekumpulan permuda dari Umno dengan mendabik dada sebagai Melayu. Bagaimanapun kebiadapan mereka itu bukanlah adap sofan Melayu! Ia adalah peradapan samseng!

Mendabik dan menepok dada sebagai Melayu tetapi hati dan jiwa serta perangai tidak seperti Melayu. Apakah mahu mengajar orang supaya beradap seperti adap Melayu tetapi berperangai tidak Melayu perlu menjadi ikutan dan sanjungan oleh rakyat negara ini?

Budaya samseng sesetengah pemimpin Umno dan ahlinya di beberapa peringkat amat jelas di masa Pilihanraya Umum atau Kecil. Dengan barisan Pemuda Gempurnya seolah-olah Malaysia ini berada di tangan kotak-katik mereka.

Mengapa Pemuda Umno berani buat begitu?

Pertama: Adakah mereka memikirkan kerana pemimpin mereka memerintah negara ini?

Kedua: Adakah mereka begitu yakin pihak berkuasa keselamatan (Polis) adalah agensi kerajaan yang lumrahnya mengikut telunjuk pemimpin mereka untuk melindungi keporakperandaan keselamatan yang dilakukan oleh mereka?

Ketiga: Adakah mereka juga berfikiran jika ditahan pun hanya sekadar untuk ambil keterangan yang bersifat sembang-sembang sambil minum teh dan kemudian dilepaskan begitu saja dengan alasan tidak cukup bukti dan percanggahan kenyataan. Ini semua mengkaburkan mata rakyat dengan undang-undang pilih bulu!

Sikap tersebut inilah yang membuatkan sesetengah pemuda Umno bersedia menyerbu ahli Parlimen dan jelas bila Pengawal Keselamatan Parlimen tidak melakukan kawalan yang baik jauh sekali rapi terhadap ahli-ahli Parlimen.

Apakah kebiadapan itu boleh diikuti oleh penyokong pembangkang? Jawapannya tidak! Pihak pembangkang tidak akan dapat dan berkeinginan berbuat begitu.

Pertama: Pihak pimpinan Pembangkang lebih berhemah menghadapi isu serta kritikan.

Kedua: Pihak Polis lebih dulu lagi menghidu apa yang akan berlaku.

Ketiga: Tidak mahu menjadikan kebebasan hak ahli Parlimen tercemar.

Keempat: Tidak mahu menjadikan tempur yang akan merugikan rakyat dan mengkucar-kacirkan negara.

Oleh itu dalam keadaan Kerajaan BN teraju Umno ini kehilanagan arah terutamanya menjelang pimpinan Najib Razak, maka dijangka satu usaha untuk menghalang sidang Parlimen berlaku sedang diusahakan. Apakah negara ini akan kembali seperti pimpian Tun Razak Hussin (ayah Najib) dengan MAGERAN.

Kerajaan dan pemimpin Umno sibuk menyusun program untuk menyatu padukan rakyat dengan tidak membangkitkan perasaan perkauman, tetapi ada sesetengah pemuda Umno dan Pemimpin Umno lantang menyergah dan menepok dada dengan semangat perkauman.

Jika Parlimen sudah dicemari oleh kepungan, serbuan kepada ahli-ahli Parlimen oleh Pemuda Umno - dikhuatir zaman pentadbiran Najib nanti Demokrasi Melaysia mati! Wujudlah pimpinan diktator yang bertopengkan MAGERAN sebagai melindungi anika karenah yang boleh dikatakan keruh tidak akan jernih selagi Umno/Bn memerintah negara ini.

SELADANG: Tersenyum dapat tahu ahli Parlimen Melayu hempas songkok semasa perbahasan!

1 comment:

Asrul Budi said...

Umno nak ajar tentang biadap.. Dia sendiri biadap...