Tuesday, February 17, 2009

POLITIK LUBANG KENCING

Untuk pemimpin Umno/Bn hendak membendung kebangkitan rakyat menumbangkan kekuasaannya sudah tidak ada daya upaya lagi melalui cabang-cabang politik yang diamalkan oleh sesebuah negara berdasar demokrasi.

Bermula dari kerakusan Dr. Mahathir Muhammad meruntuhkan kekuasaan Raja- Raja Melayu dengan pindaaan perlembagaan setelah berlaku beberapa peristiwa jahat di Lubok Merbau, Memali serta penangkapan Operasi Lalang dan beberapa penangkapan lagi atas nama ISA, rakyat sudah mula membenci pimpinan Umno/Bn.

Untuk membendung kebangkitan rakyat itu dengan cara jahat yang kasar sudah tidak dapat menakut dan memujuk rakyat. Kini pimpinan Umno/Bn mengalih ke cara lain.

Mereka mula menggunakan taktik lebih jahat dan tidak bermaruah sebagai ahli politik yang kononnya mewakili parti politik besar di Malaysia dan di dunia (?).

Mereka mencipta dan membesarkan ke gelanggang politik isu berkaitan dengan seksual.

Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah laku sek. Namun terbukti ianya satu fitnah yang dihidupkan oleh pimpinan Umno/Bn. Ahli Umno yang kolot dan pencacai yang hanya tahu membodek terus mengiyakannya. Namun mahkamah telah membebaskan Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir Mohammad kecewa amat sangat dan rakyat telah tahu temberang kejahatan pimpinan Umno yang mampu bertahan dengan mengadakan fitnah!

Kebangkitan rakyat jelas ketara lagi bila PRU 12 rakyat seMakin tawar hati menyokong Umno/Bn. Lalu dicuba hidupkan kembali tuduhan liwat terhadap orang yang sama tetapi pelakon upahannya orang lain dan pengarahnya pun orang lain tetapi anak didik pengarah no1.

Rakyat tidak yakin dengan apa yang berlaku! Ianya ditunjukkan dengan kecundangnya Umno/Bn di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semasa itu juga dihidupkan sedikit kes habuan sek oleh beberapa kerat yang terlibat dengan Pakatan Rakyat di Perak dan bersama Rasuah oleh 2 ahli Exco.

Nampaknya rasuah mengatasi usaha fitnah sex. Perak dirampas dari PR cara haram setelah mereka yang hendak dihadapkan ke mahkamah memberikan sokongan di dalam istana kepada Bn. Mengapa mereka tidak berpidato berdepan rakyat menyatakan sokongan pada Bn? Tentu mereka malu dan Bn pun tak mahu nanti orang anggap perasuah menyokongnya.

Menjagkau pula ke Kedah, dihidupkan juga dengan isu sex kononnya seorang ahli Exco bukan Islasm menyimpan perempuan simpanan. Kini pilihanraya akan menentukan sokongan rakyat yang jelak dengan cerita politik sex.

Tak habis itu di Selangor dtimbulklan pula cerita tentang gambar separuh bogel seorang ahli Exco PR juga bukan Islam. Polis sedang menyiasat perkara itu!

Apa yang dapat dirumuskan sekarang ini. Pimpinan Umno/Bn dengan mengunakan media arus perdana terutamanya akhbar pro kerajaan dan tv yang memang mempropagandakan agenda kerajaan, kini lebih berminat membuka isu sex dengan pendedahan melampau dimana hak pribadi dalam bilik rumah pun disiarkan dan dijadikan bahan politik.

Habis semua lubang sekarang ini dikorek oleh Pimpinan Umno/Bn dalam waktu Najib hampir-hampir menjadi Perdana Menteri. Lubang kencing suda menjadi satu bahan politik yang diharapkan oleh pimpinan Umno/Bn dapat mengekalkan kekuasaan mereka kalau tak dapat lama pun cukup sementara waktu dengan tidak mengira hak maruah premis seseorang itu.

Pihak polis dalam kes terbaru ini tidak boleh berdiam diri dengan mengatakan akan siasat dan akhirnya penyiasatan tidak lengkap dan kes tersebut tertangguh dan didiamkan saja! Kita harus memberi sedikit keyakinan kepada pihak polis dalam usaha membasmi gejala menceroboh ke ruang pribadi rakyat negara ini.


SELADANG: Memekakkan lubang telinga dengan fitnah yang kerap diada-adakan oleh Umno/Bn.

1 comment:

abdrahim kassim said...

tokperan,
Kalau bab-bab sex ini UMNO memang pakar. Sebab itu cara dia orang perangkap orang PR dengan cerita sex juga.

Lepas ni pemimpin PR kalau tidur dihotel dengan isteri kena bawa surat nikah, kalau tidak dia orang akan seret ke balai polis dakwa khalwat.

Betul tak betul cerita dia orang tak peduli, asal boleh buat cetita cukup.

Kalau nak mandi dalam bilik air pun sekarang ini kena pakai kain basah, kalau tak nanti adalah gambar bogel yang akan dia orang sebarkan.