Friday, March 13, 2009

JANGKAAN AKU

DALAM jangkaan aku, bukan hayalan tapi pengharapan. Suatu tika nanti, tidak berapa lama sangat sebelum aku mati kalau bolehnya, akan ada produser filem luar negara kalau baiknya produser Malaysia sendiri melayarperakkan filem yang ada hubung kait dengan Trajedi Altantuyya.

Cerita ini pasti meletup kerana ianya ada banyak masej yang boleh ditonton! Terutamanya menyeramkan! Pasti box office!!

Jika ianya berlaku aku tertanya-tanya:

1) Siapa penulis lakonlayarnya? Adalah Musa Hassan? Ghani Patail?

2) Siapa pengarahnya? Adakah Jin Shamsuddin yang satu masa pernah nak melayarperakkan King of The River zaman Ramli Ngah Talib di Perak tapi entah ke mana? Atau Raja Petra?

3) Siapa pelakon-pelakonnya? Adakah para seniman tanahair layak memainkan peranan watak-watak utama dalam cerita tersebut? Atau ianya dipinjam dari Monggolia?

4) Siapakah yang akan menjadi propmaster dan juru tunjuk untuk meletupkan bom C4? Ketua Polis ke? Atau Ketua Angkatan Tentera?

5) Siapa yang nak menandatangani surat kebenaran untuk mengeluarkan bom C4 dari setor? Menteri Pertahanan ke? Menteri Dalam Negeri ke? Timbalan Perdana Menteri ke? Perdana Menteri ke? Atau penjaga setor saja?

6) Dimana lokasi penggambaran filem tersebut? Di Malaysiakah? Atau di Monggoliakah? Atau di Pariskah? Atau kesemuanyakah?

7) Adakah nama watak-watak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terdiri dari penjawatan awam, pemimpin negara dan individu tertentu menggunakan nama sebenarnya?

8) Siapakah yang akan merasmikan tayangan perdana filem tersebut semasa mula ditayangkan di Malaysia?

Dan akhirnya aku tiba-tiba tertanya-tanya?

Sirul - Azilah - Razak Baginda - Bala - Najib Rosmah - Para Pendakwaraya - Hakim yang melepaskan Razak Baginda - Para peguam - Para saksi - dimana sekarang ini nama-nama tersebut disebut dalam mahkamah semasa perbicaraan kes tersebut dan digembar gemburkan oleh ahli-ahli politik dan non politik yang suka sembang kedai kopi - dimana mereka masa itu?

Yang pastinya Altantuyya sudah sedia menunggu di alam baka'!


SELADANG: Sedang buat skrip "Curi Balak"!

7 comments:

a.b geldofg said...

hehehehe negaraku tanah muntahnya isi perut ku

Seladang said...

a.b geldofg

hahaha rakyat hidup derita kelana ...

Asrul Budi said...

altantuya di dapati telah sengaja meletupkan dirinya sendiri dengan bom c4..

altantuya sendiri telah mencuri bom c4 tersebut,,,

sirul bersalah kerana menjalin hubungan dengan altantuya..

wakakakaa,,,,,, lawak tol... zaman sekarang nie klu ade kuasa boleh bunuh sesaper jer....

Seladang said...

Arol Budi....

Najib Rosmahlah bapak pelawak paling besar sekali di negara ini ...

Apa tak melawaknya.... Dulu dia beriya sangat memperagakan Melayu dan Ketuanan Melayu ... Siang ni tadi di Bukit Gantang dia bercakap tentang Bangsa Malaysia pulak dan tak sebut pun Ketuanan Melayu ! Ini politik Monggolia ke?

Prof. Era Pasca said...

tok... baginda nak blakon skali... jadi razak baginda boleh x? hehehe asrol budi jadi sirul la sbb bentuk ada... ok ? blakon duduk lam court je... hehehe

Seladang said...

Baginda Reformasi.

Ok! Berapa untuk aku? Bukan rasuah tapi atas nama komisyen!

Ha ha Ha gurau aja! Kalau beli kapal selam bolehlah ada rasuah juta-juta! Ini belakon ciput je dikkkkk!!!

Seladang said...

Asrol Budi.

Maafkan aku komen kamu yang satu tu! Jangan marah ya! Satu ayat saja tak sedap hati aku. Yang lainnya cantikkkk!!!!