Sunday, March 15, 2009

PEMIMPIN UMNO GUNA DASAR ALA DIKTATOR

LARANGAN yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia untuk parti-parti poembangkang mengadakan ceramah di Pahang adalah satu tindakan luar biasa di sebuah negeri yang dibentuk dengan dasar demokrasi.

Tapi mengapa yang luar biasa itu biasa dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia? Jelas ianya begaikan menerima satu tunjuk arah dari satu pihak yangt dalam ketakutan tembelang mereka pecah kepada rakyat umum.

Siapakah mereka itu? Tentu rakyat rata-rata tahu bahawa mereka itu ialah pemimpin Umno yang kini dilamun oleh badi rasuah dan penyalahgunaan kuasa terutamanya menjelang Najib menjawat jawatan Presidsen Umno!

Mereka bertindak agar rakyat tidak mendapat maklumat yang disampaikan oleh para pimpinan parti pembangkang di ceramah-ceramah umum. Rakyat akan dapat tahu kedudukan dan perkara sebenar dimana mereka boleh membandingkan dengan apa yang dipropagandakan di akhbar arus perdana serta tv yang mengampu dan dikuasai oleh pemimpin Umno/Bn.

Rakyat hari ini sentiasa menunggu maklum balas dari pihak pembangkang setiap isu yang dipaparkan di akhbar arus perdana dan tv. Mereka dapat membandingkan secara terbuka setiap isu yang dipropagandakan oleh pemimpin Umno/Bn terutamanya menjelang setiap kali Pilihanraya Kecil dan Umum.

Pendedahan balas oleh pihak parti-parti pembangkang melalui ceramah umum bukan sahaja membuka minda rakyat umumnya terutamanya ahli-ahli Umno di kampung-kampung tetapi ianya juga banyak memberikan pemahaman kepada rakyat dan rakyat lantas memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Kalau dulu ceramah diizinkan dengan berbagai syarat dan dipatuhi oleh penganjur tetapi kini ianya tidak diizinklan terus oleh pihak polis.

Rakyat mula tertanya-tanya kenapa berlaku demikian? Jawapannya mudah sangat kerana pemimpin Umno rasa takut dengan tembelang busuk mereka akan pecah dalam beberapa kes besar dan terpenting yang membuatkan mereka tidak senang duduk di kerusi empok mereka duduki hari ini.

Bila kes-kes yang besar melibatkan pemimpin Umno/Bn terdedah kepada rakyat, selama ini pemimpin Umno/Bn mengelirukan fikiran rakyat melalui akhbar arus perdana dan tv, rakyat sudah boleh memilih antara antah dengan beras!

Pemimpin Umno/Bn jangan merasa lega duduk dengan ketiadaan kebenaran ceramah oleh pihak polis pada parti pembangkang, kerana rakyat terutamanya dari golongan muda mula memikir akan sikap Kerajaan Umno/Bn yang selama ini memperaga dan melaongkan dasar demokrasi sebenarnya mulai mengalih kepada dasar diktator dengan menggunakan kuasa polis!

Pemimpin Umno/Bn mahu rakyat hanya mendengar cakap dan propaganda mereka sahaja dengan menutup pintu penerangan kepada parti-parti pembangkang!

Mereka tidak boleh berasa puashati dan merasa rakyat akan menerima apa yang dipropagandakan di akhbar dan tv tentang kebaikan mereka dan tentang keburukan parti pembangkang. Rakyat tidak pekak! Rakyat mahu mendengar bunyi bersahut bila tangan kanan menghayun dan tangan kiri menyambut!

Jika sikap yang ditunjuk dan dilakukan oleh pemimpin Umno/bn terus menggunakan kuasa polis sebagai menghalang keterbukaan minda rakyat, maka suara rakyat adalah suara keramat! Mereka akan teersungkur dari asakan rakyat yang selama ini dibekukan minda mereka oleh pemimpin Umno/Bn.

Suara rakyat suara keramat, minda rakyat telah terbuka oleh parti-parti pembangkang dalam arus perjuangan demokrasi, pemimpin yang membawa dasar ala diktator akan lebur dan Umno/Bn akan berkubur!

Apakah tindakbalas kerja seharusnya dilakukan oleh para pejuang rakyat yang mendudukki parti-parti pembangkang bila suara mereka mula disekat?

SELADANG: Amat yakin dengan kebangkitan rakyat dalam arus demokrasi!


8 comments:

Prof. Era Pasca said...

tok...

baginda sekarang ni dah pening dah... ape persamaan UMNO dengan KERAJAAN? UMNO dengan POLIS, UMNO dengan PERKIDA dan UMNO dengan MAHKAMAH? kenapa KERAJAAN,POLIS, MAHKAMAH semua berkhidmat untuk UMNO bukan orang yang bayar gaji mereka? gaji kerajaan rakyat yang bayar.. gaji polis rakyat yang bayar.. hakim UMNO bayar ke? kita bukan kutuk kerajaan tapi kutuk UMNO... apa kepentingan K.P.negara dengan UMNO?

Seladang said...

Baginda Reformasi.

Ini dinamakan Kerajaan Lintang Pukang!

a.b geldofg said...

logo BN pun logo pnimbang model lama...org dah tk pakai yg model tu

kalau ada yg pakai juga...kena saman tau

Asrul Budi said...

ni la yang dinamakan family planning... memang celaka umno nie....

polis dan sprm seperti lembu dicucuk idung..

Seladang said...

a. b geldofg.

Itu Bn tak peduli. Kalau kena saman apa takut, hakim pun boleh timbang-timbang juga.

Seladang said...

Asrol Budi!

Jaga-jaga kamu nanti diserang oleh Pemuda Umno macam Karpal di Parlimen.

a.b geldofg said...

masa akan bsidangkan parti yg penuh rasuah.....stelah selamat dari tuduhan rasuah...yg yg bsalah tsenyum..."tkpa lain tahun cuba lagi"

Seladang said...

a. b geldofg.

Muka pemimpin tak malu begitulah agaknya ya?