Wednesday, April 28, 2010

MIC KEBAHKAN DEMAM POLITIK NAJIB: Umno Patut Balas Budi!

KOMPENAN Bn khususnya Umno pasti merasa terhutang budi kepada Mic yang mana calonnya telah berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil baru-baru ini dari kuasaan Pakatan Rakyat.

Walaupun pada awalnya pergolakan tuntutan dari Umno begitu beriya untuk meletakkan calonnya tetapi ditolak oleh pimpinan tertinggi Umno/Bn dan mereka lebih yakin dengan calon Mic bertanding di kawasan majoriti Melayu itu.

Atas kewibawaan Mic itu maka amat patutlah parti tersebut melebarkan lagi tuntutannya untuk beberapa penambahan kawasan Dun dan Parlimen di beberapa negeri yang majoritinya Melayu serta ketidak stabil Umno dari sudut kepimpinan yang bersinggit hati dan dari segi pengaruh serta kewibawaan Wakil Rakyat tersebut.

Selain di Selangor Mic berhak menuntut penambahan kawasan pilihanraya, di Pahang juga Mic berhak menuntutnya.

Kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2008 lalu adalah antara yang wajarnya diserahkan kepada calon Mic dalam PRU ke 13 nanti untuk dimenangi oleh Bn.

Kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota, sementara Dun Kuala Semantan, Baserah, Triang dan Teras juga patut diserahkan kepada calon Mic mewakili Bn. Umno dengan Mca sudah patah taring. Banyak Pilihanraya Kecil penggal ini yang calon Umno kecundang di tangan calon Pakatan Rakyat.

Mic Pahang juga boleh menuntut Dun Lanchang, Guai, Luit, Pulau Tawar, Jenderak, Benta dan Parlimen Temerloh, Lipis, Kuala Krau di PRU ke 13 nanti.

Jika tuntutan ini diutarakan oleh pemimpin Mic, berkemungkinan Najib senang hati untuk meluluskannya kerana Mic telah berjaya memulihkan demam politik Bn yang dikepalai oleh Najib di Hulu Selangor walaupun entah berapa banyak duit rakyat dipergunakan sebagai usaha memancing undi kalau pun tidak disebut rasuah musim Pilihanraya.

Jika Najib akur dengan tuntutan Mic ini, permimpin Umno Pahang semua perengkat akan akur walaupun pada awalnya ada sedikit bantahan seperti yang berlaku di PRK Hulu Selangor. Sementara ahli Umno akan akur bila-bila masa sahaja asalkan mereka dapat apa saja di musim pilihanraya itu dan Bn bertanding dan menang.

Adakah bagi mereka kemenangan calon Mic mewakil Bn akan dapat mempertahankan terus Ketuanan Melayu yang mereka agung-agungkan?


SEL
ADANG: Tetap mempertahankan Ketuanan Rakyat!

No comments: