Sunday, April 11, 2010

FELDA DI PAHANG: Sasaran Utama Gerak Kerja Lepas PRK Hulu Selangor.

ALHAMDULILLAH Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Zon Pahang Barat yang dihadiri bersama keempat-empat Pengerusi Cabang zon tersebut telah bersedia memberikan kerjasama kepada Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) dan Biro Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang untuk kegiatan biro di kawasan zon tersebut.

Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Cabang Bentong (Sdr Osdman), Pengerusi Cabang Raub ( Sdr Mohd Ali), Pengerusi Cabang Lipis (Sdr Zakaria Abd. Hamid) dan Pengerusi Cabang Cameron Highland (Sdr Zakaria) bersama beberapa pimpinan cabang-cabnag dan Sdr Zaidi Mokhtar selaku Setiausaha Kerja PKR Zon Barat.

Pihak BIHEF telah mengenal pasti beberapa rancangan felda untuk sasaran kegiatan biro membantu kegiatan cabang-cabang antaranya Felda Sungai Koyan 1,2 dan 3 dalam DUN Jelai (Cameron Highland, Felda Lembah Klau dan Krau serta Rancangan Tanah Pemuda dalam DUN Dong (Raub).

Sementara di Bentong BIHEF akan menumpu seluruh felda dalam kawasan Parlimen Bentong iaitu Felda Mempaga 1, 2 dan 3 serta Felda Sertik (DUN Sabai), Felda Cemomoi, Kemasul dan Kemahal dalam DUN Sabai. Felda Bilut dalam DUN Bilut.

Pihak BIHEF akan menumpukan dahulu gerak kerja di felda-felda yang maklumat kasarnya telah diperolehi dari cabang-cabang berkenaan. Usaha yang pertama ialah menubuhkan ranting atau Jawatankuasa Bertindak PKR dalam rancangan-rancangan tersebut jika tiada lagi ranting PKR disamping berkempen memperbanyakan ahli dan menyebarkan isu semasa yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi peneroka felda dan rakyat hari ini.

SELADANG: Sementara ke PRK Hulu Selangor sempat juga menghadiri ceramah di Sungai Klau Raub anjuran Pakatan Rakyat Raub.

No comments: