MENGAPA Najib mengumumkan calon Bn di PRK Hulu Selangor dari MIC? Bukan sedikit yang tertanya-tanya akan sikap Najib itu. Malahan ahli Umno juga menjadi sedikit bingong.
Bagi pengundi Melayu dan juga ahli Umno di PRK Hulu Selangor kebingongan ini menjadikan satu kerunsingan dan mungkin membawa satu protes. MIC yang dah bertapak dan telah tewas hendak diserahkan lagi kawasan itu. Majoritinya Melayu!
Berbagai alasan diberikan oleh pencacai pemimpin Umno untuk melegakan perasaan ahli Umno Hulu Selangor. Namun itu semua akan ditentukan pada 25 April 2010 ini.
Bagaimana pun usaha Najib meletakkan calon MIC di PRK Hulu Selangor adalah satu cubaannya untuk menguji sejauh mana kepatuhan ahli-ahli Umno dan juga orang Melayu dengannya.
Najib mahu seperti Mahathir dulu. Menguji kepatuhan ahli Umno dan Orang Melayu dengan apa saja yang dilakukan dan akan dilakukannya, antaranya mengusik keistimewaan Raja-Raja Melayu.
Najib juga begitu? Najib dan Rosmah sedang mencari keyakinan? Setelah setahun pentadbirannya, agaknya dia masih belum nampak kepatuhan ahli Umno dan orang Melayu kepada idea 1 Malaysianya.
Apakah jika usaha mendapatkan kepatuhan dari ahli Umno dan Orang Melayu ini berjaya, maka Najib akan terus mengikut jejak Mahathir dimana menyingkirkan orang No 2nya dahulu.
Inikah yang ditunggu-tunggu oleh kroni Najib melihat Mahyuddin tersingkir dan Hishamuddin melonjak naik diikuti Mukhriz? Barulah mereka dapat mengaut laba yang besar atas kepatuhan ahli Umno dan orang Melayu kepadanya suami isteri.
SELADANG: Tetap menanduk BN di Hulu Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment