SAYA amat berharap dan berdoa agar segala urusan kesihatan saya selesai sebelum 16 April ini untuk membolehkan saya meninggalkan kampung halaman bertandang seketika hingga 25 April ke Hulu Selangor.
Gamitan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor bukan saja meronta perasaan tetapi di hati kecil keinginan itu amat besar terutamanya tanah kelahiran saya 1949 tidak jauh dari kawasan PRK tersebut iaitu Sungai Choh, Rawang. Kini saya menetap di sebuah perkampungan dalam Pahang kerana arwah ibu saya orang Pahang.
Ada beberapa PRK yang saya tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan kewangan. Saya hanyalah orang kampung yang tidak punya pekerjaan tetap. Hanya anak-anak ada sedikit menghulur untuk abahnya ini berjuangan menegakkan perjuangan rakyat yang penuh harapan untuk bebas dari kezaliman Kerajaan Barisan Nasional.
Bagi PRK Hulu Selangor, bak kata orang tua-tua; Patah sayap bertongkatkan paruh, namun panji-panji perjuangan akan saya julang dan dari Ulu Yam hingga ke Sungai Tengi!
Saya sudah bersedia jika tidak ada wang untuk ke Hulu Selangor, berjalan kaki sanggup kerana sampai sahaja di Ulu Yam itu sudah kawasan Hulu Selangor! Di situ sudah boleh menyebarkan perjuangan rakyat!
Bagaimnana pun beberapa orang anak muda sudah menelefon saya bukan saja nak menemani saya tetapi untuk sama-sama berkempen dari rumah ke rumah atau menampal poster atau apa kerja yang diarahkan oleh pihak Bilik Gerakan PRK Hulu Selangor.
Kali ini kami ke PRK Hulu Selangor atas Biro Hal Ehwal Felda (BIHEF) Negeri Pahang yang di Pengerusi oleh Haji Suhaimi Said dan di Ketui Bersama oleh Wak Rabidin, Md. Nor Jaafar dan Bustamin.
Saya dan keluarga saya berdoa dan yakin bahawa rakyat / pengundi Hulu Selangor mengerti tentang perjuangan rakyat yang mahukan keadilan, keamanan, kemakmuran, kesejahteraan yang selama ini hanya dinikmati oleh kroni pemimpin Umno / Bn sahaja.
Disamping itu rakyat juga mahu negara ini bebas dari pengaruh secara tidak langsung pihak-pihak tertentu mengambil peluang merobek kedaulatan negara ini yang dibawa oleh Pemimpin Umno/Bn seperti APCO syarikat milik Yahudi yang diamanahkan menyelenggarakan komuinikasi negara ini.
Penglibatan dalam hal ehwal komnukasi negara ini pastilah melibatkan berbagai jabatan Kerajaan termasuklah Jabatan Polis, Tentera dan semua Jabatan Kerajaan. Bererti negara kita terdedah besar strategi dan semuanya kepada agensi atau kerajaan lain terutaman Israel! Sebuah negara musuh Islam!
Minggu lalu saya berada dalam wad hospital selama 3 hari kerana saluran jantung sedikit tersumbat. Balik ke rumah baru rehat 2 hari kena pula beretat di Poliklinik selama 8 jam disebabkan masalah perut.
Pagi tadi saya sekali lagi ke hospital untuk x-ray perut saya. Masih belum tahu lagi apa penyakit yang saya hidapi kerana perut saya selalu sahaja ditusuk angin yang amat memedihkan!
Namun segala kepedihan dan kesakitan itu terlalu jauh rendah tekanannya jika dibandingkan dengan tindak tanduk kerajaan BN yang berdasarkan NKRA - Najib Kaut Rosmah Angkut!
SELADANG: Perjuangan rakyat adalah rakyat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment