KEDATANGAN Ezam Md Noor ke Felda Bukit Damar pada malam 24 April 2010 berceramah dengan tajuk 'Membongkar Rahsia PKR' amat menguntungkan Parti Keadilan Rakyat di Dun Lanchang dalam Parlimen Temerloh.
Bukan sahaja majlis ceramah itu tidak mendapat sambutan hangat dari para peneroka tempatan malahan pemimpin PKR tempatan di DUN Lanchang menimba untungnya sedikit sebanyak.
Sepatutnya penubuhan Ranting PKR Felda Bukit lambat lagi dilaksanakan kerana hanya 21 orang sahaja yang mengisi borang keahlian PKR setelah program mencari ahli dilakukan dua bulan lalu tetapi kini sebaik sahaja Ezam Md Noor meninggalkan Felda Bukit Damar, esoknya seramai 7 orang mengisi borang keahlian PKR diikuti 28 orang lagi sehingga 25 April lalu.
Dengan penjumlahan ahli 56 sehingga kini, maka pihak Jawatankuasa Penyelaras PKR Dun Lanchang berjaya begitu cepat menubuhkan ranting parti tersebut setelah melebihi keahlian 30 orang bagi satu ranting.
Temberang Ezam yang lapok dipergunakan oleh Umno di Dun Lanchang sudah tidak laku dan berkesan. Kebangkitan generasi ke 2 felda amat memberangsangkan dan ianya menjadi cabaran besar pada Umno/Bn.
Sementara itu penambahan ahli di Felda Lakum juga meningkat dari 6 orang 2 bulan lalu, kini bertambah ke angka 27 orang.
Jawatankuasa Penyelaras Dun Lanchang menyatakan usaha menambah ahli dan aktiviti parti bukan sahaja ditumpukan ke felda tetapi turut ke kawasan taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisional.
SELADANG: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja tentu tak menang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment