SEMASA kesihatan baru nak pulih ini, saya sudah seminggu tidak ke mana-mana kecuali menguruskan peperiksaan kesihatan di hospital dan poliklinik.
Namun masa berada dengan keluarga yang selalu ditinggalkan siang dan malam sebelum ini dapat juga saya menfaatkan untuk melaksanakan beberapa tugas perlu untuk PKR Cabang.
Selaku Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN, saya mula menyemak keahlian dalam DUN untuk disenaraikan dalam lokasi masing-masing bagi memudahkan diadakan perjumpaan atau apa-apa aktiviti untuk dilaksanakan terutamanya menubuhkan ranting-ranting.
Bagaimanapun esok, InsyaAllah saya akan berada di Raub dari petang hingga ke tengah malam mengikut program PKR Zon Barat.
Saya percaya Sdr Mohd Ali selaku Pengerusi Zon Barat agak sibuk juga kerana Hulu Selangor bersempadan dengan kawasan Cabang Raub.
Yang berat saya tanggung sekarang bukannya tugas parti tapi pantang larang makanan yang saya jamah. Itu tak boleh, ini tak boleh! Yang sedihnya bila ada sahabat kenduri arwah menghidangkan kari kambing! Alamak kepala kambing yang kerap menjadi ratahan saya, hanya dipandang dengan aiu liur melileh sahaja.
Anak bongsu saya berkata: Kalau abah nak terus berjuang untuk membebaskan rakyat dari kezaliman Barisan Nasional, abah kena banyak berpantang kalau tidak penyakit tak kurang, di katil terlentang.
Sekarang ini tidak berapa ramai rakan-rakan yang nak bersembang panjang dengan saya, mereka lebih suka saya berehat! Namun terdengar juga komen mereka tentang Najib pilih calon Hulu Selangor menjadi tofik perbualan agak rancak oleh rakan-rakan Umno.
Saya terima pandangan anak bongsu saya itu yang kini sudah mula berkerja di Kuala Lumpur tapi bukan dengan Kerajaan Barisan Nasional!
SELADANG: Ayuh rakan-raskan, kita ke Hulu Selangor untuk tumbangkan keangkuhan permimpin Umno/Bn!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment