ORANG ramai mula berkumpul di tepi reban ayam belakang sebuah rumah kampong. Pagi buta lagi ayam berkiuk tak henti-henti! Pastilah biawak atau ular sawa masuk reban tangkap ayam atau curi telor.
Tidak ada siapa yang berani nak buka pintu reban itu. Mereka bukan takutkan biawak tapi takut kalau-kalau ular.
Akhirnya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun membuka pintu reban dan meninjau ke dalam reban yang sedikit sahaja cahaya masuk. Kelam kabut ayam jantan betina di dalam reban itu. Banyak yang menghambur keluar dari reban.
Kanak-kanak itu mulai merasa heran bila dia merenung lembaga yang ada dalam reban itu sedang menjalar ke sana sini dengan mulut merah ternganga luas.
"Apa binatangnya tu?" Tanya salah seorang penduduk kampong.
"Bukan binatang!" Jawab kanak-kanak itu.
"Apa yang mengharu ayam dalam reban tu hingga banyak yang keluar? Kalau dah keluar susah juga nak masuk balik," ujar penduduk kampong itu lagi.
Kanak itu mendekati penduduk kampong yang siap dengan parang panjang dan berbisik, "Penghulu!"
"Aiii kamu biar cakap molek sikit," balas Penduduk kampong.
"Betul, kepalanya putih mulutnya merah, Penghulu kitalah tu!" Ujar kanak-kanak itu dengan yakinnya.
Penduduk kampong menjengok ke dalam melalui pintu reban .... Dia terkejut sakan. Mulutnya perlahan-lahan menyebut, " selalunya ular atau biawak masuk reban curi ayam atau telor, pagi ni Penghulu yang masuk."
Dengan penuh yakin kanak-kanak di sisinya menjawab, "pakcik, badannya kalau bersisik ular, jaga dibelitnya, kalau lidahnya bercabang, biawak! Usahkan ayam hidup, bangkai pun ditelannya!"
"Oh!!! Bukan biawak saja lidah bercabang!" Rungut penduduk kampong itu.
Semua penduduk kampong, besar kecil, tua muda, lelaki perempuan serentak menyebut, "kalau bukan biawak, siapa tuuuuuu?"
SELADANG: Tunggu berapa banyak wang rakyat habis di Manik Urai setelah selamat di Penanti?
2 comments:
Siapa lagi, dia tu lah...tau kan?
wahahahaahah ... menarik2..... kepala takde bulu... betul tak...?
Post a Comment