Thursday, May 21, 2009

BOIKOT PRK PENANTI: Najib kecewa Atau Ada Udang Sebalik Batu - HALA TUJU UMNO/BN TERUMBANG AMBING

TIDAK meletakkan calon di PRK Penanti bererti memboikot untuk perkataan yang lebih tepat dan mudah difahami.

Kenapa Umno/Bn mengambil keputusan memboikot? Banyak tanda tanya yang sedang berlegar di kepala rakyat termasuk juga para pemimpin Umno bawahan dan akar umbi Umno sendiri.

Rata-rata ahli dan pemimpin Umno/Bn tidak mampu untuk bercakap soal pemboikotan PRK Penanti. Mereka bagaikan tidak tahu apa nak dicakapkan.

Lumrahnya parti pembangkang yang memboikot PRK tetapi sebaliknya yang berlaku membuatkan Bn berserabut terutamanya Umno. Selama ini pemimpin Umno begitu menunjukkan belang setiap kali menjelang pilihanraya samada PRK atau PRU.

Tidak siapa yang tahu apa yang sebenarnya terpendam di hati Najib Rosmah. Adakah untuk menjaga emejnya yang begitu banyak diperkataan oleh umum? Adakah kerana usaha Kerajaan BN untuk menaikkan harga minyak seterusnya membawa kenaikan harga barang keperluan tidak menjadi isu besar diperkatakan di gelanggang ceramah PRK?

Adakah Najib Rosmah memang merasakan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia ini tidak akan memberikan kemenangan kepada Umno/Bn? Adakah Umno/Bn sudah tidak mampu untuk mempergunakan agensi-agensi kerajaan untuk memenangi Bn? Adakah Najib Rosmah takut benar dengan kebangkitan golongan muda yang mengisi saluran 2 - 3 - 4 dan seterusnya tidak menyebelahi Bn?

NAJIB BUKAN SAJA
MEMBOIKOT PRK PENANTI
TETAPI AMAT TAKUT
MEMBUBARKAN DUN PERAK

Selama ini Umno/Bn membanggakan dirinya sebagai sebuah parti yang terbanyak ahli - menghairankan dengan ahli yang begitu ramai Umno/Bn tewas di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam PRU 12 diekori dengan kekalahan berturut-turut di PRK Parlimen Permatang Pauh - Parlimen Kuala Terengganu - Parlimen Bukit Gantang dan di Dun Bukit Selambau. Cuma menang di Batang Air Serawak.

Inilah yang menakutkan Najib Rosmah dengan demokrasi yang mengamalkan pilihanraya sebagai hak rakyat untuk memilih pembentukkan sebuah kerajaan. Kerana itu Najib Rosmah bukan saja memboikot PRK Penanti tetapi juga amat takut untuk membubarkan DUN Perak.

Ertinya Najib Rosmah memperlihatkan ketakutannya menghadapi pilihanraya. Bagaimana bila sampai tempuh 5 tahun selepas 8 Mac 2008 dimana PRU 13 mesti diadakan?

Adakah Najib sedang mengerah semua sudut mengukuhkan Umno/Bn terutamanya membuat program untuk mengaut golongan muda menyertai dan menyokong Umno/Bn sebagai jalan menyelamatkan emejnya selaku Presiden Umno dan PM?

Kalau usaha itu berhasil mungkin Najib Rosmah akan berlapang dada untuk mengadakan pilihanraya umum atau kembali menyertai Pilihanraya kecil. Bagaimana pula jika ianya tidak berhasil? Atau golongan muda berpura-pura memberikan sokongan kepada Umno/Bn? Bila sampai pilihanraya mereka tetap dengan Pakatan Rakyat.

Apakah jalan yang terbaik untuk Najib Rosmah terus menyandar di kerusi PM banyak menggunakan polis? Bolehkah pelaksanaan kerajaan polis dengan Najib Rosmah sebagai PM? Ini boleh diandaikan dimana Hishamuddin Hussin (sepupu Najib Rosmah) mengeluarkan kenyataaan untuk menggubal beberapa undang-undang dan akta polis mengikut arus yang ada sekarang ini.

RAKYAT SEDANG
BERGANDING
BAHU BERSATU
HATI
MEMBAWA PANJI-PANJI
PAKATAN RAKYAT
UNTUK
SEBUAH KERAJAAN
YANG ADIL
DAN BERKEBAJIKAN

UNTUK RAKYAT


Apakah Najib Rosmah berusaha untuk menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan olehnya sebagai mana dilakukan oleh bapanya dulu dengan peristiwa 13 Mei 1969? Adakah sejarah ini akan berulang semula?

Rakyat sedang berganding bahu seiring membawa panji-panji Pakatan Rakyat untuk sebuah kerajaan yang adil dan berkebajikan untuk rakyat.

Memboikot PRK Penanti jangan dipandang rengan oleh rakyat Malaysia - ianya mungkin ada udang di sebalik batu yang mana Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu - namun hala tuju Umno/Bn terus bercelaru dan terumbang ambing!

SELADANG: Dalam keadaan kesihatan yang tak seberapa ini gembira sangat bila ada rakan-rakan kirim SMS.








2 comments:

Prof. Era Pasca said...

salam tok peran... mane nak berani najib di penanti... ia seperti telan mati bapak, luah mati mak... kalau kalah sure malu... kalau menang kene marah ngan laki die ROSMAH... ialah yg bertanding dekat PENANTI bukan calang2 orang MANSOR tu.... bapak mertua NAJIB... hahahaha

mamai said...

boikot = penakut

itu udang buat rencah mee goreng lagi baik...

UMNO/BN lepas nie boleh tutup kedai