Tuesday, May 19, 2009

PRK DUN PENANTI: Umno/Bn Tutup Kedai - BANKRAP ATAU BERJIMAT ?




BAGUS sangatlah Umno/Bn tidak meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti dimana penamaan calon pada 23 Mei 2009 dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 31 Mei 2009.

Jelas kepada pengundi Penanti yang ternanti-nanti berbagai perkara seperti lazimnya berlaku pada pilihanraya kecil dan umum, hampa belaka kerana Bn tidak meletakkan calon!

Bila Bn tidak meletakkan calon, pembaziran pasti tiada! Tiada bas dan makan percuma mengangkut para penyokong Bn dari seluruh negara. Tiada pengundi hantu. Tiada kerenah tak tentu hala yang ditiup oleh penyokong Bn.

Akan tiada ziarah hadiah yang selalu dilakukan oleh para petugas Bn menziarah para pengundi dan membawa habuan secara rahsia. Akan tiada kerahan terhadap agensi kerajaan untuk menghulurkan bantuan dan peruntukkan serta melaksanakan projek mee segera.

Tiada lagi kedengaran sibuk siren polis mengiringi para menteri dan PM yang tiba-tiba turun padang bertemu mesra dengan rakyat dan mengumumkan beberapa projek kononnya untuk pembangunan kawasan PRK tersebut.

Tidak akan ramai anggota dan pegawai polis berhimpun seperti yang berlaku di PRK dulu-dulu. Maka bolehlah para anggota polis dan pegawainya menjalankan tugas di kawasan masing-masing di negara ini! Rakyat juga tidak diugut oleh pihak-pihak yang sepatutnya tidak melakukan hal tersebut.

Adakah ini dinamakan menjimat wang rakyat? Atau kerajaan Umno/Bn sudah bankrap? Kerana selama ini Umno/Bn dikerumuni kerana ada imbuhan.

Tetapi Najib Rosmah tahu bahawa imbuhan yang dihulur tidak semestinya menerima balasan yang diharapkan oleh Umno/Bn dari pengundi.

Oleh itu lebih baik Umno/Bn menggunakan wang rakyat itu membuat projek yang tak sepatut dengan harganya untuk mendapatkan untung pada mereka.

Najib Rosmah serta beberapa orang pemimpin Umno merasa lega kerana segala isu-isu yang mengait dan terkait pada mereka diharapkan tidak terbongkar atau diperhebahkan di PRK tersebut.

Amalan Umno/Bn tidak meletakkan calon ini kononnya untuk menyelamatkan wang rakyat harus diteruskan oleh Najib Rosmah bukan saja di PRK Penanti dan PRK lain (jika berlaku) tetapi di PRU ke 13 akan datang. Maka amanlah pilihanraya itu dari tingkah laku yang tidak diingini termasuk bertentangan dengan amalan demokrasi.

Di PRK DUN Penanti, Umno/Bn tutup kedai untuk menyelamatkan maruah Najib Rosmah serta beberapa orang pemimpin Umno/Bn termasuklah idola kebinet Najib Rosmah iaitu Mahathir Mohammad.

SELADANG: Terbayang-bayang Pak Lah tersenyum lebar!

5 comments:

Anonymous said...

haha.. jimat duit rakyat.. haha..
gua tergelak kaw-kaw baca news nie td..
gua gelak pasal gua masih tak nampak bende yang menguntungkan rakyat..
gua rase btol ar lu ckp bn da bankrup pasal kroni-kroni depa suma korup..

hamba said...

semoga BN terus melakukan penjimatan ini pada PRU13 nnt..

mamai said...

pasal dah bankrup la adanya 60Billion...

Prof. Era Pasca said...

NNT dubn perak bubar pun mintak BN berjimat lah ye.... hahahahaktui!

Suhaimi Said said...

Yang pasti bankerap ialah Negeri Pahang. Bukan saja kena bayar RM63 juta; ada lagi tuntutan melebihi RM300 juta. Hutang dengan Kerajaan Pusat dah RM1 billion.
Habis pokai Negeri Pahang ni dilantak oleh UMNO.
Pemimpin-pemimpin UMNO jadi kaya raya, tapi Negeri Pahang jadi papa kedana.
Semua kini cukai tanah dan cukai pintu dah naik sekali ganda.
Tak kira parti sekarang ni, semua marah kenapa cukai tanah dan pintu naik tanpa sebarang notis.
Polong betul Kerajaan BN ni!