Thursday, May 7, 2009

MAT REMPIT: Cerita Bodoh Kerajaan & Penguatkuasa!

INI benar-benar cerita bodoh dari pihak Kerajaan hingga kepada pihak penguatkuasa mengenai Mat Rempit.

Kisah Mat Rempit adalah kisah yang mungkin tidak akan padam-padam. Ianya mungkin menjadi modal kempen untuk Kerajaan menunjukkan amat prihatin dengan telatah anak muda masa kini yang dianggap keterlaluan.

Artikal ini tidak membela Mat Rempit tetapi ianya mendedahkan kebodohan pihak Kerajaan dan penguatkuasa sendiri yang mana berbuih-buih mulut bercakap dan beriya-iya menjalankan tindakan untuk menghalang budaya Mat Rempit dari membiak tertapi ada pihak masih meneruskan kempen memperagakan kehebatan Mat Rempit.

Pihak Kementerian Penerangan masih menyiarkan lagi rancangan-rancangan hiburan dan iklan yang berkaitan dengan Mat Rempit antaranya ialah filem dan drama.

Beberapa filem dan drama yang menggambarkan kehidupan Mat Rempit dihidangkan kepada umum. Dengan alasan untuk menunjukkan keburukan & kehancuran Mat Rempit tetapi apa yang lebih ditonjololkan ialah kehebatan Mat Rempit sebelum menemui kegagalan.

Anak muda terjebak dan terpengaruh dengan dunia hiburan. Maka dunia hiburan Add Imagepula digunakan oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi anak muda ke arah merempit. Pengusaha filem dan drama seolah-olah mencari kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui thema Mat Rempit.

Begitu juga dengan melambaknya filem-filem dari luar yang dibawa masuk memaparkan Mat Rempait lagi hebat persembahannya jika dibandingkan dengan filem atau drama di Malaysia.

Apakah Kerajaan mahu mengatasinya bila sampai hampir pilihanraya nanti sebagai usaha menarik pengundi dengan berbagai program bersandarkan kepada mengatasi budaya Mat Rempit ?

Jika itu yang tersirat maka Kerajaan dan para penguatkuasa bertanggungjawab ke atas budaya Mat Rempit ini.

Budaya Mat Rempit terus menular bukan sahaja di bandar-bandar besar, malahan ianya juga berkembang di bandar-bandar sederhana dan juga taman-taman perumahan malahan di lebuhraya terutamanya musim cuti!

Salah siapa ini ? Terang-terang salah Kerajaan dan para penguatkuasa! Kerana melalui kaca tv dan panggunglah budaya Mat Rempit disuburkan!



SELADANG: Suka menonton tato angkatan tentera!

2 comments:

mamai said...

memang la dia orang nie bodoh...mencegah sambil mengalakan lagi aktiviti merempit nie mmg tak akan ada ending

Raja Fiqri Fauwaz said...

hehe.. ;) Pedih..